Friday, November 10, 2023

TAIWAN: FROM TAIWAN TAOYUAN INTERNATIONAL AIRPORT TO TAIPEI CITY

Assalamualaikum.
Ok, sambung lagi cerita. Di Taiwan Taoyuan International Airport kami disambut ceria oleh Philip, tour guide kami di Taiwan. Such warm welcome really helped us be in the right mood for vacationing.. hihi 😄.

Suasana di Taiwan Taoyuan International Airport. Ramai juga orang ketika itu may be sebab ada beberapa flights lain yang juga baru tiba bersama dengan flight kami tadi.

Dalam ramai-ramai itu tiada pula kami ternampak pelancong Melayu Malaysia. Cuma tadi dalam flight kami ada kami nampak beberapa orang sahaja. Perhaps ramai yang Chinese Malaysian. 

Dari apa yang saya baca Taiwan telah berjaya menarik seramai 60,742 pelawat Malaysia selepas ia membuka sempadannya kepada pelancong Oktober lalu (2022), menjadikan Malaysia sumber penting pelawat dari Asia Tenggara, kata Biro Pelancongan Taiwan. Dari Januari hingga Ogos tahun ini (2023), jumlah pelancong Malaysia yang melawat Taiwan melebihi 250,000 orang.

Kami pun dibawa Philip ke luar bangunan airport untuk menunggu kedatangan transport kami selama bercuti di Taiwan.

Suasana di luar bangunan terminal. Cuaca panas pada masa itu, macam di Malaysia.

Transport kami pun tiba. Pihak travel agent telah menyediakan kenderaan Volkswagen Transporter 7-seater ini untuk kami. 

Bersama Philip dan Mr. Liu pemandu kami, kami terus dibawa ke Taipei city untuk ke hotel penginapan kami. 

Pemandangan Taiwan Taoyuan International Airport.

Reka bentuk airport ini diilhamkan oleh landskap cantik Taiwan dan laut sekelilingnya serta irama dan kehidupan semula jadinya yang bergabung untuk mencipta satu siri ruang dalaman unik yang direka untuk tujuan individu mereka yang semuanya dilindungi di bawah bumbung melengkung yang elegan.

Sebenarnya Taiwan mempunyai 4 Lapangan Terbang Antarabangsa iaitu Taiwan Taoyuan International Airport, Taipei Songshan Airport, Taichung Airport dan Kaohsiung International Airport. Selain itu ia juga mempunyai beberapa lapangan terbang domestik. 

Kelihatan juga Skytrain sedang lalu yang disediakan oleh TTIA Skytrain untuk membawa penumpang antara Terminal 1 dan 2.

Perjalanan dari Taiwan Taoyuan International Airport ke Taipei ambil masa lebih kurang 40 minit sejauh kira-kira 50 km. Ini memberikan kami peluang untuk melihat suasana negara Taiwan di bahagian utara ini.



Taoyuan International Airport ini juga sedang diperbesarkan dengan pembinaan Terminal 3 ini. Ia seluas 540,000 meter persegi dan akan mampu menampung 45 juta penumpang setahun. Terminal baharu itu pada asalnya dirancang untuk dibuka pada 2020. Bagaimanapun, projek itu telah ditangguhkan, dan disasarkan ke 2025.

Sambil dalam perjalanan, Philip menerangkan serba sedikit tentang Taiwan. 
 
Mula-mula tentulah kami bertutur dalam bahasa Inggeris dengan Philip kerana kami lihat iras muka si Philip seperti seorang yang berbangsa Cina. Tapi lepas kami tanya serba sedikit tentang diri dia, rupanya dia orang Indonesia! Wah... apa lagi, ngobrol Indonesia lah kami dengan dia 😄. Kisahnya dia pertama kali ke Taiwan untuk belajar Mandarin kerana ajakan dari kawan dia yang sudah berada di Taiwan ketika itu. Tapi akhirnya dia buat keputusan untuk lebih lama dan bekerja di Taiwan.

Keluasan pulau Taiwan adalah lebih kurang saiz negeri Pahang. 
Taiwan = 36,197 km²; Pahang = 35,965 km²

Taiwan terletak di Asia Timur dan sebelah barat laut Lautan Pasifik. Pulau yang panjang dan sempit ini terdiri daripada pelbagai jenis landskap, ekosistem hutan, pertanian dan marin. Pulau ini bukan sahaja memiliki pemandangan alam semula jadi yang indah tetapi juga rupa wajah kebudayaan berbilang etnik yang mempesonakan.

Taiwan ialah sebuah pulau yang indah berbentuk seperti daun dan terletak di seberang Selat Taiwan, timur tanah besar China dan barat Lautan Pasifik. Taiwan adalah kepulauan dengan banyak pulau-pulau kecil.


Taiwan menikmati iklim yang agak sederhana yang mesra perjalanan sepanjang tahun. Musim bunga, musim luruh dan musim sejuk adalah musim-musim yang sejuk manakala musim panas mungkin menyaksikan beberapa taufan antara Julai hingga September. 

Taiwan yang terletak di kawasan subtropika mempunyai musim dan iklim yang berbeza di bahagian utara dan selatannya. Purata suhu tahunan adalah 22°C di mana suhu musim sejuk adalah sekitar 12°C - 17°C dan suhu musim panas mencecah 30°C. Di samping itu, bahagian selatan Taiwan berada lebih dekat dengan zon iklim tropika. la mempunyai suhu yang lebih tinggi dan perubahan suhu pada musim sejuk dan musim panas juga adalah kurang ketara berbanding dengan bahagian utara Taiwan.

Ada 5 klasifikasi lebuh raya di Taiwan seperti National Highways dan Provincial Highways.

Ini 2 lebuh raya yang kami nampak semasa sebelum mendarat di airport earlier.
Kanan: National Highway 2A
Kiri: Provincial Highway No. 61

Had laju dikuatkuasakan melalui kamera aktifan radar yang mengambil gambar kereta yang melanggar kelajuan. Tanda amaran kuning diletakkan lebih awal dalam bahasa Cina mengenai kamera yang diaktifkan radar yang menghampiri.

Taoyuan Longde Temple.
Long De Temple, established on March 23 1997 in the lunar calendar, is a temple located near the border between Taoyuan City and Luzhu Township. It is built along the Jiadong River, and is a peaceful and solemn place for Taoist practice. People mainly worship Si Mazu, i.e. the Fourth Heavenly Holy Mother there.
Source: longdetemple.tumblr.com

Walaupun Taiwan kaya dengan budaya dan tradisi, ia juga merupakan sebuah negera moden dengan infrastruktur termaju. And it is always nice to see despite modernization, the city is still kept green.

Bahasa rasmi Taiwan adalah bahasa Mandarin. Dengan keluasan kira-kira 36,000 kilometer persegi, ia mempunyai populasi seramai kira-kira 23.54 juta orang.

Pemandangan Taoyuan City, Taoyuan District dari National Freeway 1. Kelihatan begitu banyak dan padat sekali residential high rises and apartment buildings. Kebanyakkan warna bangunan-bangunannya adalah begitu, coklat, putih dan kelabu. 

Jenis rumah-rumah di Taiwan ada pelbagai ciri dan gaya unik. Ada empat jenis perumahan yang paling biasa di Taiwan: pangsapuri, kompleks pangsapuri, bangunan bertingkat tinggi dan rumah. Empat jenis perumahan ini semuanya adalah kediaman berbilang tingkat, tetapi ia berbeza dari segi struktur, reka bentuk dan fungsinya, memenuhi pelbagai keperluan dan pilihan kediaman.

Dengan pemandangan skyline padat dengan high rise, kami pun berbual dengan Philip tentang perumahan di Taiwan. Satu fakta menarik yang Philip kongsi dengan kami ialah di bandar-bandar besar Taiwan, penduduk adalah dilarang memasak di rumah menggunakan api. Ini kerana pernah satu ketika dahulu berlaku kebakaran besar. Oleh itu ramai penduduk bandar makan di luar di mana ia adalah lebih murah, banyak pilihan makanan dan tentunya lebih relaks kerana tidak perlu beli barang dapur dan juga tidak perlu bersusah payah memasak. Tapi dibenarkan menggunakan rice cooker, microwave, hotplate and electric stove. Asal tak ada open fire, dibolehkan. 

Evergreen Container Terminal, Jingguo Rd, Luzhu District, Taoyuan City, Taiwan.

Had laju untuk kereta di lebuh raya Taiwan adalah dari 80 km/j hingga 110 km/j. 


Apartment complexes Changrong Jidi (red) and Zhongyue Shanglinyuan Community (4 domes).

Di depan itu adalah apartment complex Linkou Yaxin Starry Sky Tree dan Senlian Skyscraper 41. 

Ketika ini kami di National Freeway 1 atau Sun Yat-Sen Freeway (toll road). 

Kerajaan Republic of China menamakan lebuh raya ini Sun Yat-sen Freeway sebagai penghormatan kepada Sun Yat-sen, bapa pengasas negara Taiwan. Kerajaan Arab Saudi menyokong pembinaan lebuh raya ini dengan memberikan pinjaman tanpa faedah.




Oleh kerana lokasi geografinya, pergerakan tektonik yang lalu telah mencipta gunung yang megah, bukit bukau dan dataran, garis pantai, dan landskap semula jadi yang menjadikan pulau ini begitu indah. 

Terdapat banyak kuil di Taiwan yang tergolong dalam tiga agama: Taoisme, Konfusianisme dan Buddhisme. Agama di Taiwan dicirikan oleh kepelbagaian kepercayaan dan amalan agama, terutamanya yang berkaitan dengan pemuliharaan berterusan budaya dan agama Cina purba. Kebebasan beragama termaktub dalam perlembagaan Republik China (Taiwan). Majoriti orang Taiwan mengamalkan gabungan Buddhisme dan Taoisme selalunya dengan pandangan dunia Confucian, yang secara kolektif disebut sebagai agama rakyat China.
Kelihatan di tepi lebuh raya ini adalah Yuantong Buddha Daozhong Temple, a Buddhist temple. Di atas bumbung bangunan, terdapat patung Buddha Sakyamuni, sejurus selepas dia dilahirkan, berjalan tujuh langkah. Kuil ini diasaskan oleh abbot Master Bocheng di Tianyun Dingsi (tahun ke-66 Republik China).

Di depan sana sudah kelihatan New Taipei City, Wugu District. 

Right: Xiangde Emperor Bao Condominium complex.

More apartment complexes.


Factories, storage facilities and logistic companies.



Kalau tidak silap di kawasan pergunungan sana itu adalah Yangmingshan National Park. 



Meneruskan perjalanan ke hotel penginapan kami di Taipei city center.


Then we came upon the Tamsui river. Sungai Tamsui ialah sungai ketiga terpanjang di Taiwan selepas Sungai Zhuoshui dan Sungai Gaoping, panjangnya 158.7 km, mengalir melalui Daerah Hsinchu, Taoyuan, Taipei dan New Taipei City. Ia terletak di bahagian utara pulau Taiwan.

Terkejut saya bila baca yang sungai ini sebenarnya sangat tercemar disebabkan heavily polluted by both raw sewage and industrial pollution from illegal industry. 

Aktiviti dan penempatan manusia berskala besar telah menjejaskan sungai ini selama lebih satu abad. Perindustrian Taiwan yang pesat pada tahun 1960-an dan 1970-an telah mempercepatkan lagi pencemarannya. Dan ia bukan hanya dari kilang. Sungai ini pada dasarnya menjadi tempat pembuangan sampah awam apabila populasi kawasan Taipei meningkat. Kerajaan New Taipei City berikrar untuk menghapuskan sepenuhnya pencemaran air sungai ini menjelang 2030.

Artikel 'Taiwan Today' menyatakan bahawa pencemaran itu ialah 65% air sisa domestik dan kumbahan, 18% air buangan industri, 14% sisa ladang haiwan dan 3% kebocoran dari tapak pelupusan sampah atau tempat pembuangan sampah lain yang berhampiran. 


Sungai Tamsui ini adalah sempadan antara Taipei dan New Taipei City.

Apakah perbezaan antara Taipei dan New Taipei? New Taipei pada asasnya adalah pinggir bandar Taipei yang diduduki oleh lebih daripada 3.5 juta orang. Ia pernah dikenali sebagai Taipei County, tetapi dinamakan semula sebagai New Taipei City selepas penduduknya melebihi 2 juta pada tahun 2010, kerana ini melebihi had penduduk yang sah untuk status County/daerah.

Ini peta Taipei and New Taipei City. Kedua-duanya bersama bandar Taoyuan, daerah Hsinchu dan daerah Miaoli membentuk Taiwan Utara.


Bangunan tinggi itu adalah Shin Kong Life Tower, 51 tingkat dengan ketinggian 245 meter. Ia merupakan salah satu bangunan pencakar langit terawal di Taiwan.


Kelihatan kapal terbang kerana berdekatan ada satu lagi lapangan terbang antarabangsa di Taiwan iaitu Taipei Songshan Airport.

Dan kami pun masuk ke area bandar Taipei. Taipei ialah ibu kota dan sebuah perbandaran khas Taiwan. Terletak di Taiwan Utara, Taipei City ialah enklaf perbandaran New Taipei City

Perbandaran Taipei yang diduduki oleh seramai kira-kira 2.4 juta orang, membentuk bahagian teras kawasan metropolitan Taipei–Keelung, juga dikenali sebagai "Great Taipei". Ia merangkumi bandar raya berdekatan New Taipei dan Keelung dengan populasi 7 juta orang. Dianggarkan satu pertiga daripada warga Taiwan tinggal di kawasan metro.

Wikipedia:
The name "Taipei" can refer either to the whole metropolitan area or just the municipality alone. Taipei has been the political center of the island since 1887, when it first became the seat of Taiwan Province by the Qing dynasty until 1895 and again from 1945 to 1956 by the ROC government, with an interregnum from 1895 to 1945 as the seat of the Government-General of Taiwan during the Japanese rule. The city has been the national seat of the ROC central government since 1949, it became the nation's special municipality (then known as Yuan-controlled municipality) on 1 July 1967 from provincial city status.

Taipei ialah pusat ekonomi, politik, pendidikan dan kebudayaan Taiwan dan salah satu hab utama di Asia Timur. Dianggap sebagai bandar global, Taipei adalah sebahagian daripada kawasan perindustrian berteknologi tinggi utama. Kereta api, lebuh raya, lapangan terbang dan laluan bas menghubungkan Taipei dengan semua bahagian pulau. 

Seperti di bahagian Taiwan yang lain, Taipei terdiri daripada empat subkumpulan etnik utama: Hoklos, Waishengren, Hakkas, dan orang asli. Walaupun Hoklos dan Waishengren membentuk majoriti penduduk bandar itu, dalam beberapa dekad kebelakangan ini ramai kaum Hakka telah berpindah ke bandar itu.


Sebagai hab perniagaan, kewangan dan teknologi Taiwan, Taipei telah berada di pusat pembangunan ekonomi yang pesat di negara itu dan kini telah menjadi salah satu bandar global dalam teknologi dan elektronik. Bidang pembangunan utama Taipei termasuk teknologi maklumat dan komunikasi (perkakasan dan perisian), bioteknologi, dagangan am (borong/runcit), perkhidmatan kewangan, dan industri MICE (meetings, incentives, conferences, and exhibitions). Kebanyakan firma utama negara berpusat di Taipei termasuk Acer Computers, Asus, CTBC Bank, Fubon Financial Holding, Syarikat Tatung, D-Link, dan lain-lain. 5 syarikat Global Fortune 500 beribu pejabat di Taipei. Syarikat asing yang mempunyai pejabat atau ibu pejabat wilayah di Taipei termasuk Google, Microsoft, IBM, Intel, HSBC, Citibank, Facebook, Amazon, Apple, JP Morgan, PwC dan banyak lagi.

Dilaporkan Taipei adalah tempat tinggal 30 orang billionaire, yang ke-16 paling ramai di dunia, mendahului banyak bandar global seperti Los Angeles dan Sydney. Business Insider juga meletakkan Taipei sebagai bandar berteknologi tinggi ke-5 di dunia, yang tertinggi di Asia, pada tahun 2017. Manakala IESE Cities in Motion Index 2017 meletakkan Taipei sebagai bandar teknologi paling pintar di seluruh dunia.

Pada tahun 1500-an pelaut Portugis, orang Barat pertama yang tiba di Taiwan, 'membaptiskan' Taiwan sebagai "Ilha Formosa" yang bermaksud "pulau yang indah." Taiwan telah didiami oleh ramai orang puak asli, kemudian oleh orang Cina Han dalam jumlah yang besar dari Fujian, China. Kaum Hakka dari wilayah Guangdong pula mula membuka tanah di Taiwan pada permulaan abad ke-18. Pada akhir abad ke-19 Taipei telah diisytiharkan sebagai ibu kota wilayah dan sebuah bandar berdinding telah dibina. Taipei pun menjadi pusat terkemuka pulau itu. Fyi, 'Taipei' bermaksud 'Utara Taiwan' dalam bahasa Cina.

Ketika dalam perjalanan di kawasan bandar ini kami nampak ada banyak kedai yang dipasang lampu hijau berkelip-kelip bentuk kipas seperti dalam foto di bawah. Philip kata itu tandanya kedai-kedai itu ada menjual buah pinang dan dikunyah seperti mengunyah sirih. Rupanya kunyah sirih buah pinang adalah popular di Taiwan. 
🔴Pinang sangat popular di Taiwan. Ia banyak ditanam dan merupakan 'cash crop' kedua selepas padi di Taiwan.
🔴Sirih pinang adalah bahan psikoaktif keempat yang paling biasa digunakan selepas tembakau, alkohol dan minuman berkafein, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (World Health Organization). Juga dikatakan boleh menyebabkan kanser mulut dan kerongkong.
🔴Pinang pada mulanya digunakan sebagai tumbuhan herba, namun pada zaman moden ia kebanyakannya diambil untuk sifat merangsangnya.
🔴Mengunyah pinang merupakan amalan yang meluas di Taiwan, pertama kali diperkenalkan kepada majoriti penduduk Han oleh orang asli Taiwan.
🔴Dianggarkan lebih seratus bilion dolar Taiwan Baru dibelanjakan setiap tahun untuk produk ini yang juga dikenali sebagai "Taiwanese chewing gum".
🔴Pengguna yang kerap sering dipanggil "red-lip clan", kerana sisanya sering memerahkan bibir dan gusi.

Taipei and George Town, Penang, are Friendship Cities since 2009.

Kebanyakan kilang-kilang penting negara yang mengeluarkan tekstil dan pakaian terletak di Taipei. Industri lain termasuk pembuatan produk dan komponen elektronik, mesin dan peralatan elektrik, bahan bercetak, peralatan ketepatan, dan makanan dan minuman. Perkhidmatan, termasuk yang berkaitan dengan perdagangan, pengangkutan dan perbankan, telah menjadi semakin penting. Pelancongan adalah komponen kecil tetapi penting dalam ekonomi tempatan Taiwan.


Ketika ini kami sedang passed by Dadaocheng Pier Plaza, a riverside square with street food carts.

Kelihatan deretan basikal-basikal yang tersusun elok di bicycle station. Kata Philip namanya YouBike dan basikal ini boleh di sewa oleh penduduk kota. Taipei is a bicycle-friendly city and perhaps the very first Asian bicycle capital. 

Kami passed by sebuah depot lori-lori sampah Taiwan warna kuning ini. Kata Philips, di Taiwan/Taipei ada jadual kutipan sampah yang ketat yang perlu dipatuhi oleh penduduk Taipei. Tong-tong sampah/sampah tidak boleh letak di depan rumah dan penduduk perlu meletak sendiri sampah mereka di lokasi yang ditetapkan di mana lori-lori kutipan akan lalu di kawasan mereka mengikut jadual. Jika terlepas maka sendiri mesti hantar sampah ke tempat pembuangan sampah. 
🚚Dasar "sampah tidak mencecah tanah" yang diamal di Taiwan memerlukan penduduknya membawa sampah terus keluar dari rumah mereka ke trak dan ini menjamin jalan-jalan yang lebih bersih dalam iklim panas Taiwan.
🚚Trak-trak pengumpul sisa di Taiwan memainkan musik sama ada "Für Elise" karya Beethoven atau "Maiden's Prayer" oleh komposer Poland abad ke-19, Tekla Bądarzewska-Baranowska, untuk mengingatkan penduduk supaya membawa sampah mereka ke trak-trak sampah berwarna kuning kenari itu.

Bagi penduduk Taipei terdapat apps yang dipanggil "Taiwan Garbage Service" yang menunjukkan semua lokasi dan masa pengambilan sampah dan kitar semula di kawasan tempat tinggal. Dalam apps ini juga pengguna boleh set reminders untuk ingatkan masa pungutan sampah supaya tidak lupa.
🚚Aplikasi ini menyediakan pelbagai fungsi, termasuk kemas kini maklumat semasa, cari tapak kutipan sampah, pertanyaan jadual trak sampah, pemberitahuan ketibaan trak sampah dan peta tapak pungutan sampah. 
🚚Ada hari-hari tertentu untuk pungutan jenis-jenis sampah berlainan, maknanya recycling mesti dibuat. Fyi, Taiwan mempunyai kadar kitar semula berkesan kedua tertinggi di dunia, kedua selepas Jerman.
🚚"Taipei thinks green". Penduduk tempatan Taiwan memandang dan mempraktikkan 3Rs (reduce, reuse, recycle) dengan sangat serius. Bayaran dikenakan bagi setiap penggunaan beg plastik dan tong kitar semula boleh didapati hampir di mana-mana. Semua plastik sekali guna (single-use plastics) dirancang untuk dihapuskan secara berperingkat menjelang 2030.

Ternampak banyak kedai-kedai begini, jadi curious hendak tahu apa yang dijual. 
Wentai tableware wholesale and retail shop. Selling porcelain tableware from various countries, imported glass tableware, roast duck stove, Mongolian barbecue stove, plastic container, Chinese/Western/Japanese restaurant utensils, cleaning supplies, stainless steel products, hardware supplies and appliances.

Ketika ini baru pukul 4:41 petang tapi sudah kelihatan senja. Bulan Oktober di Taiwan siangnya pendek dan waktu sunset pukul 5:24 petang (18 Okt 2023). The daylight was from 6:06 to 17:08. Oktober biasanya dianggap sebagai bulan pertama musim luruh di Taiwan; mungkin ada yang kata bulan September, tetapi September masih dikira musim panas di Taiwan. Jadi kalau bercadang hendak melancong ke Taiwan, eloklah datang ketika September/Oktober sebab suhu macam di Malaysia, kalau tidak mahu sejuk-sejuk la 😄. 

Suasana bandaraya Taipei. Seimbas memanglah kelihatan bangunan-bangunannya nampak seperti bangunan lama dengan pelbagai jenis reka bentuk dari stail zaman 60an hingga yang terkini. Juga unik sebab fasad depan kedai-kedainya penuh dengan pelbagai signages. Sangat mirip di Hong Kong. 

Kelihatan bangunan tinggi hotel mewah Solaria Nishitetsu Hotel Taipei Ximen, located in the trendy Ximending District, a hub of food, fashion, and culture. Saya baca, atas permintaan Pejabat Presiden Taiwan, beberapa bilik hotel ini mempunyai tingkap yang direka bentuk tidak dapat melihat dengan jelas ke arah the Presidential Office Building yang terletak di tenggara hotel ini. Saya fikir tentu atas sebab-sebab keselamatan negara.

Dan kami pun tiba di hotel penginapan kami ini. Namanya Hotel PaPa Whale, sebuah hotel 4 bintang. Kami menginap selama 4 hari 3 malam di hotel ini. Kata Philip, owners (corp groups) Hotel Papa Whale ini juga ada 3 lagi hotel di bandaraya Taipei ini iaitu Midtown Richardson, Papa Whale-Kaohsiung Formosa Boulevard dan CitySuites. 
🏨Hotel PaPa Whale, No. 46號, Kunming St, Wanhua District, Taipei City, Taiwan 108
🏨Kata travel agent hotel ini 3 bintang tapi website hotel ini stated it is a 4 star hotel
🏨Nampak tak lukisan ikan paus yang besar pada fasad depan hotel ini? How awesome is that! 😃

Reception Hotel PaPa Whale. Kami sangat suka vibe hotel ini. Tengoklah the vintage light bulbs sign di belakang reception ini! Retro yang proper 😃. The overall style of this hotel is described as "Light Industrial Style Metropolis Hotel". Well, that's definitely a first for us staying at such a fabulous hotel 😃.
Philip sedang check-in untuk kami

Sementara Philip sedang uruskan check-in untuk kami, jom kita tengok suasana di lobi hotel ini. Ada beberapa communal tables disediakan untuk hotel guests. 




Banyak betul barang-barang vintaj/antik di sini. Rasa macam dalam muzium pula. I love it! 😃



Telefon dengan stail vintage public coin operated telephone dalam retro telephone booth pun ada di lobi ini. How cool!

Di tempat communal tables ini ada beberapa cash registers dan alat penimbang vintaj yang diletakkan di atas kabinet-kabinet repurpose. Dindingnya pula dihias dengan 3 set susunan speaker diaphragms pelbagai saiz yang disuluh secara dramatik dengan cahaya lampu membentuk wall art yang menarik. 

Selepas check-in, kami diberi key cards dan slips ini - room number and breakfast voucher.

Bilik kami di tingkat 3, nombor 3070. 

Masa kami lalu di lorong ini untuk ke bilik, terasa sungguh industrialnya hotel ini. I love it that the precast concrete walls were left bare with their coarse textures exposed. Memang terasa the industrial vibe and urban feel.

Bilik kami. 

Barulah pak cik faham, beginilah rupa interior design yang dipanggil 'soho style'. Saiznya ok la, selesa untuk bentang sejadah. Serba serbi cukup. 



Bilik airnya terbahagi kepada 3 bahagian: shower, sinky and toilet. Baguslah begitu. Looking at the hardwares, it is also interesting to note that the industrial style is extended even into the bathroom. 

Semua keperluan dalam bilik air ada disediakan. Cumanya dalam toilet tidak ada 'bum gun' 😄.

The shower, sink and toilet.

Biasanya kalau tidak terlalu letih, lepas seharian berjalan dan touring, bila malam di hotel sebelum tidur, saya suka bancuh minuman, minum sambil check foto-foto yang dirakam for the day. Jadi, happy la saya bila hotel ini ada menyediakan cerek letrik. Sejak mengalami duduk di hotel yang tidak menyediakan cerek letrik untuk hotel guests, salah satu check list saya ialah to check if the hotel provided an electric kettle. Kalau tidak ada, saya akan bawa dari rumah.

Di meja ada ditampal info tentang hotel.

The clothing rack. 

Adjustable, rotatable and extendable light.

Key card slot, air conditioning control panel and light switches metallic box with exposed electrical conduit. How industrial. 

The ceiling is also 'decorated' with exposed electrical conduits. 


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment