Thursday, November 23, 2023

TAIWAN - TAIPEI CITY - MORNING WALK

Assalamualaikum.
Ok, sambung lagi cerita percutian kami di Taiwan pada hari kedua. Masa di Malaysia ada kami check weather and there'll be rainy days. Bila check pagi itu, nampaknya tidak hujan tapi suasana dijangka mendung. Suhu macam di Malaysia.

Sebelum Philip, our tour guide, sampai kami sarapan dahulu. Masa masuk di restoran hotel ini, ada keluarga Muslim dari Thailand di hadapan kami. Petugas restoran yang menyangka kami satu group dengan keluarga Thailand itu terus bawa mereka berenam dan kami berdua ke meja khas ini di mana hidangan makanan halal telah disediakan oleh pihak restoran. Kami berdua merasa pleasantly surprised dan tentulah happy ada sarapan halal. 
Wah! Sarapan pagi halal yang disediakan oleh pihak restoran ini ada lauk ayam, mee goreng, sayur kobis, telur rebus, salad and condiments. 

Tapi akhirnya kami makan roti dan telur rebus sahaja pada pagi itu because apparently the halal breakfast had to be requested in advance, as the Thai Muslim family did. Anak lelaki dari family Thai itu yang beritahu kami. In fact, dia dengan baik hati mengajak kami makan bersama. But of course we had to politely decline as we do not want to intrude the family's breakfast. Lepas sarapan, kami pun terus ke reception hotel dan requested for halal breakfast for the next 2 mornings. The reception staff said that the hotel will be able to accommodate our request. Alhamdulillah.
Masa kami sedang sarapan roti dan telur rebus, datang si ibu dari Thai family itu mengajak kami makan bersama sebab dia kata makanan sarapan halal yang disediakan untuk mereka ada banyak. Agaknya dia rasa kesian pada kami sebab earlier kami sampai sudah duduk di meja mereka untuk makan di situ. 

Selesai sarapan, masa itu baru pukul 7:52 pagi. Jadi masih ada masa lagi untuk kami jalan-jalan sebab Philip hanya akan datang to pick us up pada pukul 9 pagi. 

Seperti kebiasaannya kami bila bercuti, di awal pagi lepas sarapan bila ada masa, kami akan buat short morning walks di kawasan persekitaran hotel penginapan kami. Since Hotel PaPa Whale berlokasi dalam bandar, maka dapatlah kami menyaksikan dan merakam suasana bandaraya Taipei di pagi hari on foot.
๐Ÿฅ˜็ฆๆ˜Ÿ้ฃŸๅ ‚ (Fuxing Canteen) restaurant offering Fu Xing Fusion Cuisines such as Pork Knuckle Rice, Braised Pork Rice, Taiwanese food, Curry Chicken Rice and Curry Beef Rice.   
๐ŸฒSatu lagi restoran di hujung menghidangkan Squid Thick Soup, a common dish in Taiwan. 

7-Eleven ialah rangkaian kedai serbaneka terbesar di Taiwan, Dengan 6,712 cawangan, 7-Eleven ialah rangkaian kedai serbaneka terbesar di Taiwan setakat 2022.


Hotel penginapan kami di Taipei adalah di Hotel Papa Whale yang terletak di persimpangan Kaifeng Street dan Kunming Street. Since malam semalam kami sudah walking tour di Kaifeng Street, maka pagi ini kami jalan-jalan pula di Kunming Street.

We came upon Fuxing Park (Wanhua), a city park in the Wanhua District. The park is located at the intersection of Hankou Street and Kunming Street.


Pada plak bulat di lantai entrance taman ini tertulis ่ฌ่ฏ ็ฆ、ๆ˜Ÿ ๅ…ฌๅœ’ atau Wanhua Fu Xing Park atau Wanhua Blessing Star Garden.

Kecil saja saiz taman in tapi cantik, bersih dan terjaga. 

Taman-taman Taipei yang pelbagai termasuk hutan bandar, kawasan hijau tepi air dan ruang ekosistem semula jadi digunakan untuk rekreasi komuniti dan untuk bersukan atau bersenam.

Tapi di awal pagi begini, di tengah minggu, tiada kelihatan penduduk-penduduk setempat menggunakan taman ini untuk aktiviti luar mereka. Very likely during weekends. 

Just an auntie walking her French bulldog. 

Nicely paved and clean.


It almost felt like being in a secret garden. A nice secluded park. 


Ada dataran kecil di tengah taman ini. I imagine ramai uncles and aunties bertai chi di sini.

Kelihatan seorang pekerja bandaraya sedang memungut sampah yang diletakkan oleh penduduk at designated places for collection. 

Sistem kitar semula sampah Bandar Taipei terkenal dengan usaha kitar semula sampah dan telah menjadi contoh antarabangsa yang baik sehingga negara lain telah menghantar pasukan mereka untuk mengkaji sistem kitar semula Taiwan.
๐ŸššYellow garbage trucks blasting classical music collect trash several times a week. In Taiwan’s capital Taipei there are more than 4,000 pickup spots five nights a week, with mobile apps that let users track the trucks and alert them whenever a garbage truck is nearby.
๐ŸššThese trucks are followed by open-bed recycling trucks. People hurry out of their homes when they hear the music and toss their garbage into the trucks, on the basis of general refuse, raw food waste, cooked food waste, and other categories including plastic and paper.
๐ŸššAll non-recyclable waste must be disposed of in government-certified blue bags that have to be bought and cost from 3 – 43 cents according to size.
๐ŸššPublic ‘shaming’ is used with repeat offenders, with partially anonymised video footage (offenders’ faces are blurred) from CCTV being published to serves as an incentive to not violate the rules.

Source: rapidtransition.org

Saya perasan ada seperti iklan pada trak sampah ini. Curious hendak tahu, saya pun check. Rupanya di Taiwan ada perkhidmatan social yang disediakan oleh kerajaan Taiwan untuk rakyatnya tentang penjagaan dan perlindungan kanak-kanak dan keluarga dan pendidikan keibubapaan.
Ini terjemahan iklan pada dinding trak ini. 
"Social worker knocks on the door" and "Caring for safety of children and families".

Kenapa pula ada "social worker knocks on the door"? Jadi tambah curious, so saya pun check lagi dan jumpa risalah ini yang disediakan oleh kerajaan Taiwan. Silalah baca, saya sudah cari terjemahannya.
Child and Child Protection Parenting Education Promotional Leaflet_Family Situation.
Source: https://www.mohw.gov.tw

Ok, sambung semula cerita morning walk kami. 

Kelihatan ada murals di dinding bangunan sana.

Di tengah plak lantai bulat ini ada gambar bunga yang di sebelahnya tertera "็™ฝ็‰กไธน" yang bermaksud "white peony".
Apakah kepentingan budaya dan simbolisme bunga peony dalam budaya Cina?
๐Ÿ’ฎBunga Peony adalah simbol kekayaan dan kemakmuran dan dianggap sebagai salah satu bunga tercantik di China. Dari segi sejarah, peonies ditanam dan dinikmati oleh maharaja China dan bangsawan. Mereka menghiasi bunga peony di istana dan rumah-rumah agam mereka dan menanamnya di taman-taman diraja.

Di taman ini ada disediakan beg plastik oleh pihak majlis perbandaran untuk kegunaan dog owners to collect their dog's droppings. 
๐Ÿถ่น“็‹—็นซ็‹—้Š ้ †ๆ‰‹ๆธ…็‹—ไพฟ ไฝœไธ€ๅ€‹่ฒ ่ฒฌไปป็š„ๅฅฝไธปไบบ
๐ŸถWalk your dog on a leash, clean up the dog's poop easily, and be a responsible and good owner


Bergambar di Wanhua Fu Xing Park / Wanhua Blessing Star Garden.




Ok, sambung semula morning walk di jalan raya. Ada macam-macam business di persimpangan ini: karaoke bar, Taipei National Essence Exchange Association, Haoshe Youth Hostel and shops.


Kelihatan di celah bangunan Cathay Zhonghua Tower, lokasi Solaria Nishitetsu Hotel Taipei Ximen 28 tingkat.





ONEBOY is a Taiwanese online functional clothing brand that provides affordable and high-quality functional clothing.

ONE BOY - Light Fleece Jacket - high thermal technology to keep warm and windproof.

Ada tempat parking berbayar di bawah tanah ini. It has License Plate Recognition sensor with automatic toll stations at B2 and B3. Rate: 40 yuan per hour, which is about RM5.90. Also has parking space for rent.

Seperti di bandar-bandar besar lain, Taipei juga mengalami masalah kekurangan tempat parking. 
๐ŸšฆTaipei ialah hab komersial yang menempatkan kenderaan daripada penduduk bandar dan luar bandar. Pada waktu puncak, cuti dan waktu perjalanan yang sibuk, pemandu sering terpaksa mengelilingi bandar untuk mencari tempat letak kereta. Di pusat bandar dan zon komersial, memandu di persekitaran dan beratur untuk mencari tempat letak kereta menjadi sesuatu kejadian harian yang membebankan: pemandu membuang masa dan minyak, memburukkan kesesakan lalu lintas dan mencemarkan udara.
๐ŸšฆMaka "Taipei Parking Information Guidance System" dicipta dan ia menyediakan maklumat ketersediaan masa nyata di 1,887 tempat letak kereta awam dan persendirian serta 6,700 tempat letak kereta di tepi jalan. Guidance system ini boleh diakses melalui laman web dan aplikasi mudah alih.

Louisa Coffee and ★๐Ÿž Coffee.

Ini di kawasan Xi-Men Walk yang kami lalui semalam semasa night walking tour.

Bangunan Oman TiT yang dibina seperti Burj Al Arab di Dubai.

Ximending Walk.






Taipei City Hospital Kunming Branch.

Taipei City Hospital is a full-service, total care medical institution that is prepared to meet the comprehensive healthcare needs of Taipei’s 2.6 million residents. The merger of ten municipal hospitals into one unit has made the Taipei City Hospital the largest healthcare organization in Northern Taiwan. 




This guy also got French Bulldogs, just like the auntie we saw earlier walking her dog at the Fuxing Park. Popular dog breed itu nampaknya di Taiwan.





Tentulah ada banyak jenama negara barat.


Dalam McD.

Kedai claw machine games. 



Pada tricycle ini ada dipasang iklan dating ~ HelloO Dating App - Anonymous Chat Free Dating. Founded in 1995, it is Taiwan's oldest dating platform.

Masa ini pukul 8:21 pagi. Kebanyakan kedai di sini dibuka setiap hari dari 11:00 pagi hingga 10:00 malam.

Vietjet Air takes you to experience the real Vietnam. From Taipei | Taichung | Tainan | Kaohsiung → Ho Chi Minh City | Hanoi | Can Tho.



่ฌ่ฏๅ€้ƒต้žๅ€่™Ÿ108 - Wanhua District postal code 108.

Kami juga perasan di Taipei ini ada begitu banyak motorsikal. Kalau di negara-negara membangun seperti Thailand, Vietnam, Indonesia and even in Malaysia, memang kita sedia maklum ada banyak motosikal. Tapi negara maju dan berteknologi tinggi macam Taiwan ini saya expect tiadalah banyak motosikal di jalan raya especially dengan adanya sistem mass transit yang moden dan dependable di Taiwan. 
Hari ini, Taiwan mempunyai motosikal yang paling banyak didaftarkan per kapita di dunia: kira-kira 400 motosikal setiap kilometer persegi. Di ibu kota Taipei, 2.6 juta orang memandu 1.75 juta kereta tetapi mereka juga menunggang 1.4 juta motosikal.

Tahap pemilikan motosikal yang tinggi di Taiwan didorong oleh dua faktor ekonomi yang saling berkait: 
๐ŸJepun menjajah Taiwan dari 1895-1945 dan akhirnya melepaskan kedaulatannya ke atas pulau itu selewat-lewatnya pada tahun 1952. Selepas Perang Dunia II, industri pesawat Jepun terpaksa ditutup dan digunakan semula menjadi industri pengeluaran motosikal. Pembuatan motosikal di Taiwan menghapuskan kos penghantaran yang mahal dan menurunkan harga pembelian untuk pengguna. 
๐ŸPemilikan motosikal di Taiwan juga disebabkan oleh pengambilalihan komunis di tanah besar China pada tahun 1949. Pada masa itu, orang yang melarikan diri ke Taiwan diberitahu oleh kerajaan bahawa ia akan melancarkan serangan balas dan kerajaan komunis tanah besar tidak akan memerintah lama. Semua orang menyangka mereka akan dapat cepat pulang ke tanahair mereka, makanya daripada membeli kereta mahal lebih baik mereka membeli motosikal yang lebih mampu milik.

Lagi iklan dating. 
"Participate in the Hello Dating App and have a chance to get 7-11 Supermarket Gift Certificates. Welcome to Participate".

Berjalan balik ke hotel penginapan.

Sempat tadi kami singgah 7 Eleven beli biskut, nak buat cecah dengan teh tarik ๐Ÿ˜„.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
  
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

1 comment: