Monday, November 27, 2023

TAIWAN - TAIPEI CITY TOUR - CHIANG KAI-SHEK MEMORIAL HALL - PART 01

Assalamualaikum.
Lepas selesai morning walk di sekitar kawasan hotel penginapan, kami pun balik semula ke bilik. Tepat pukul 9 pagi, Philip our tour guide pun tiba to pick us up untuk mulakan program Taipei City Tour kami.
Inilah kenderaan yang disediakan untuk kami dengan pemandu Mr. Liu.

So off we went to the first destination - the Chiang Kai-Shek Memorial Hall. Lokasi memorial hall itu sebenarnya tidaklah jauh dari Hotel PaPa Whale (hotel penginapan kami), cuma lebih kurang 3 km atau about 7 minutes drive. Tapi sebelum ke sana, kami dibawa pusing-pusing dulu bandaraya Taipei ini untuk melihat beberapa monumen dan bangunan bersejarahnya.

Baru saja mula gerak sudah kelihatan bangunan sejarah penting berwarna merah ini. Namanya Taipei North Gate (Cheng’en Gate) yang terletak Zhongzheng District, Taipei City. Di belakang sana ialah Cosmos Hotel Taipei, a 4 star hotel.

Ketika ini kami di jalan besar Section 2, Zhongxiao W Rd. We passed Yuquan Park, a city park with an indoor swimming pool with a water slide, plus playgrounds and fitness equipment.


Bangunan putih itu adalah bangunan Taiwan Business Bank Head Office. Di sebelah kanan pula adalah kumpulan bangunan-bangunan National Taiwan Museum Railway Ministry Auditorium (merah putih), Taipei City 2nd Emergency Operation Center and other office and apartment buildings.

Ini Taipei North Gate (Cheng’en Gate) yang kita nampak tadi. Bangunan bersejarah ini terletak dalam Beimen North Gate Square atau North Gate Plaza. 
Pada masa awal Taipei bukanlah sebuah bandar tunggal yang bersatu tetapi merupakan beberapa penempatan-penempatan kecil mengikut keturunan Cina Han atau perkampungan orang asli. Apabila kadar migrasi dari China meningkat pada abad ke-18 dan ke-19 kebanyakan pendatang menetap dengan orang yang telah berpindah dari wilayah atau bandar yang sama. Contohnya, ramai yang dari Quanzhou dan Zhangzhou menetap di Wanhua. Ketika itu berlaku banyak konflik antara kumpulan pendatang yang berbeza. Mereka terus bermusuhan antara satu sama lain dan sering berlaku pertempuran kecil.
Dibina pada tahun 1884, Taipei North Gate, secara rasmi dikenali sebagai Cheng'en Gate, ialah pintu gerbang Tembok Taipei yang paling terpelihara, dan merupakan National Monument of Taiwan.

Maka kota berdinding dibina sebagai kawasan neutral antara kedua-dua enklaf ini oleh rejim Qing. Ia mengelilingi bangunan kerajaan dan kuil utama di bandar ini. Di samping itu tembok itu juga menjadi pertahanan daripada perompak dan penyamun yang masih menjadi masalah ketika itu. Tembok-tembok dan pintu-pintu gerbang itu siap dibina pada tahun 1884. Terdapat lima pintu: East Gate (Jingfu Gate), West Gate (Baocheng Gate), South Gate (Lizheng Gate), Little South Gate (Chongxi Gate) dan North Gate (Cheng En Gate). Little South Gate dibina khas untuk puak Lin Fuzhong yang kaya supaya mereka tidak perlu bertembung dan bergaul dengan orang kelas bawahan dan musuh di pintu-pintu lain. 
Pintu-pintu gerbang itu dibina oleh Liu Ming-chuan semasa pemerintahan Maharaja Guangxu dari Dinasti Qing sebagai langkah mempercepatkan pembangunan bandar dengan menggalakkan ahli perniagaan melabur atau membina rumah dan jalan di Taipei City.

Jepun kemudiannya merobohkan tembok bandar itu kerana ia menyekat pembangunan dan pembinaan landasan kereta api di lokasinya. Daripada lima gates, empat kekal. West Gate telah dirobohkan bersama dengan dinding tembok. North Gate adalah satu-satunya pintu yang mengekalkan gaya seni bina asalnya. Pada tahun 1960-an, pintu-pintu gerbang lain telah diubah suai dalam gaya istana Cina oleh Chiang Kai-Shek, sebagai sebahagian daripada usaha asimilasi ke dalam budaya Cina. 

Ini pula adalah Mitsui Warehouse. Bangunan ini adalah bangunan awal abad ke-20 yang pernah digunakan oleh Mitsui Company dan kemudiannya oleh syarikat kereta api dan telah disenaraikan sebagai tapak warisan bandar. Ia merupakan contoh tunggal bagi jenis bangunan gudang lama yang ada di bandar ini. Ia kini beroperasi sebagai kafe dan ruang acara dengan panduan VR tentang sejarah kawasan itu.

Bangunan seterusnya yang kami nampak ialah bangunan besar berbumbung merah HSR Taipei Station / High Speed ​​Rail Taipei Station. 
Beberapa fakta menarik tentang Taiwan High Speed Rail:
🚅Sejak 2007, jumlah penumpang telah melebihi 600 juta.
🚅99.8% Kadar Ketepatan Masa
🚅Purata masa lewat: hanya kira-kira 4.2 saat
🚅Korban akibat kemalangan: 0
🚅Kelajuan maksimum: 300 km/j

Ketika ini pukul 9:04 pagi tapi tiada pun kelihatan di jalan utama yang besar ini keadaan traffic jam. Mungkin sebab jalan utama ini ada 5 lanes.


Dari main road tadi kami dibawa Mr.Liu masuk ke Section 1, Chongqing S Rd. This is Taiwan Financial Holdings building.

This is Bank of Taiwan Head Office.
Wikipedia: The Bank of Taiwan is a commercial bank headquartered in Taipei, Taiwan. It was the main issuer of banknotes on the island from 1899 to 1961, when that role was taken over by the Central Bank of China. The Bank of Taiwan is owned by the Government of the Republic of China.

Bangunan berbumbung macam pagoda itu adalah bangunan National Taiwan Craft Research and Development Institute Taipei Branch, Ministry of Culture of the Republic of China.

Di Section 1, Chongqing S Rd ini juga merupakan lokasi Presidential Office Building / ç¸½çµ±åºœ  (Presidential Palace).

Bangunan Presidential Office ini ialah tempat kerja Presiden Republik China di Taiwan. Bangunan yang terletak di Daerah Zhongzheng di ibu negara - Taipei ini telah direka oleh arkitek Uheiji Nagano semasa tempoh pemerintahan Jepun di Taiwan (1895–1945). Struktur itu pada asalnya menempatkan Pejabat Gabenor Jeneral Taiwan. Rosak dalam pengeboman Bersekutu semasa Perang Dunia II, bangunan itu telah dipulihkan selepas perang oleh Chen Yi, gabenor jeneral Wilayah Taiwan. 

Ia menjadi Pejabat Presiden pada tahun 1950 selepas kerajaan Republik China kehilangan kuasa ke atas tanah besar China dan memindahkan ibu negara ke Taipei pada akhir Perang Saudara China. Kini bangunan gaya Baroque ini adalah simbol kerajaan dan mercu tanda bersejarah yang terkenal di pusat bandar Taipei.

Pada Julai 1998, Kementerian Dalam Negeri Taiwan telah mengisytiharkan Presidential Office Building dan kawasan sekitarnya sebagai tapak bersejarah negara.
Kelihatan nun di sana bangunan Taipei 101. Kami juga akan ke sana dalam program city tour kami ini. 

Pernah satu ketika dahulu bila berada di hadapan Presidential Office Building, pejalan kaki terpaksa lalu dengan kepala menunduk. Motosikal dan basikal pula diharamkan lalu di situ.

Next Mr, Liu bawa kami masuk ke Ketagalan Boulevard.
Wikipedia: Ketagalan Boulevard is an arterial road in Zhongzheng District in Taipei, Taiwan, between the Presidential Office Building and the East Gate. It is 400 meters long and has a total of ten lanes in each direction with no median.
🔹Bangunan dalam foto ini ialah Taipei Guest House (Taipei Hotel, Republic of China). Ia adalah mercu tanda bersejarah Taiwan. Rumah agam warisan dengan seni bina gaya Eropah ini digunakan sebagai lokasi untuk acara-acara negara. Ia dimiliki oleh Government of the Republic of China dan digunakan sebagai rumah tetamu negara untuk menerima tetamu negara atau untuk aktiviti perayaan.
🔹Sehingga tahun 1920, Taipei Guest House adalah kediaman Gabenor Jeneral Taiwan semasa zaman Jepun.
🔹Maharaja Showa (Putera Mahkota Hirohito) juga pernah tinggal di sini semasa melawat Taiwan.


Ok, saya cerita sikit sejarah Ketagalan Boulevard ini.
🔹Nama lama jalan raya ini ialah Chieh-shou Road (Chieh-shou bermaksud "Hidup Chiang Kai-shek"). Pada 19 Mei 1989, seorang aktivis pro-demokrasi bernama Chan I-hua melakukan pembakaran diri untuk membantah penyekatan perarakan pengebumian rakan aktivis Cheng Nan-jung. 
🔹Pada 21 Mac 1996, semasa Chen Shui-bian menjadi datuk bandar Taipei, Chieh-shou Road telah dinamakan semula sebagai Ketagalan Boulevard dan dataran di sekelilingnya dinamakan Ketagalan Square sebagai penghormatan kepada orang asli Taiwan Ketagalan yang asalnya tinggal di kawasan Taipei.
🔹Ketagalan Boulevard dan kawasan sekitar Presidential Office Building dan East Gate ialah lokasi popular untuk perhimpunan politik besar-besaran.

Kelihatan di depan sana pintu gerbang yang merupakan salah satu dari pintu-pintu gerbang tembok berdinding Taipei (Taipei City Walls) yang pernah ujud satu ketika dahulu. Ia adalah Taipei East Gate (JingFu Gate) di Zhongzheng District, Zhongshan S Rd.

Ini bukanlah bentuk asal Taipei East Gate kerana pada tahun 1960-an, ia (bersama pintu-pintu gerbang lain kecuali North Gate) telah diubah suai dalam gaya istana Cina oleh Chiang Kai-Shek, sebagai sebahagian daripada usaha asimilasi ke dalam budaya Cina. 


Saya tertanya, Taiwan ada ke kereta brand mereka sendiri? 
🔹Saya baca industri automotifnya kukuh, tapi lebih tertumpu pada pembuatan dan pemasangan kenderaan untuk companies lain daripada membuat jenama keretanya sendiri. Banyak pengeluar kereta terkemuka dunia mempunyai kilang di Taiwan, dan Taiwan terkenal dengan pengeluaran yang berkualiti tinggi dan cekap. 
🔹Mungkin tiada brand kereta sendiri sebab penduduknya tidak ramai jadi pasaran domestiknya kecil. Tambahan pula sistem pengangkutan awamnya bagus. Juga, orang Taiwan lebih suka guna motosikal. 
🔹After reading further, sebenarnya Taiwan ada kereta keluaran sendiri iaitu "Luxgen" yang dibuat terutamanya di China, melalui kilang usaha sama antara Luxgen dan syarikat kereta terbesar China, Dongfeng Group.

Taipei East Gate.



Zhang Rongfa Cultural and Educational Foundation building.

Dari Ketagalan Boulevard kami masuk ke Section 1, Xinyi Rd.

Ini pula bangunan National Concert Hall. National Theater dan National Concert Hall ialah tempat seni persembahan berkembar di Liberty Square di Daerah Zhongzheng, Taipei, Taiwan. Disiapkan pada tahun 1987, landmark ini terletak di sebelah selatan dan utara dataran dengan Chiang Kai-shek Memorial Hall di sebelah timur.



Taiwan's National Theater and National Concert Hall are two of the first major modern performing arts facilities to be established in Asia. 


Dan kami pun tiba ke tempat lawatan yang pertama dalam program Taipei City Tour kami, iaitu Chiang Kai-Shek Memorial Hall. Kami dibawa Mr, Liu, our driver, ke pintu gerbang ini iaitu Dazhong Gate di jalan Section 1, Xinyi Rd untuk masuk ke memorial ini. 
Chiang Kai-shek Memorial Hall Dazhong Gate

The front archway of the Chiang Kai-shek Memorial Hall is made of imitation white marble stone, 30 meters high and 80 meters wide. It has 5 entrance facades, 6 pillars and 11 large and small roofs. This style is called 5 rooms, 6 pillars and 11 floors. It is the highest standard of the traditional archway, with a sapphire blue glazed tile roof made of multi-layered dougongs.
Source: tour.cksmh.gov.tw
This gate is also known as Gate of Great Loyalty

In order to prevent fire and ward off evil spirits, traditional palace-style buildings are decorated with mythical animals on their roofs. The main hall, archway, corner pavilion and other roofs of the park are all decorated with immortals and animals. The main hall has the largest number of eaves and roofs. Behind the immortal riding a phoenix are dragons, phoenixes, lions, celestial horses, seahorses, Suan Ni, fish and Xie Zhi. with bullfighting. Except for the immortal at the front, the number of animals is all odd. For example, there are 9 in the main hall and 7 in the front arch.
Source: tour.cksmh.gov.tw

Tembok yang mengelilingi Chiang Kai Shek Memorial Hall.


Ada signboards larangan berbasikal, merokok, menjaja dan membawa masuk pets. And yet kami tidak nampak walau seorang pun security guard. Agaknya tidak perlu pun sebab orang Taipei/Taiwan berdisiplin. 

Reka bentuk penyokong di bawah bumbung itu dipanggil Dougong. 
Dougong is a very important structure in traditional Chinese architecture to disperse weight and enhance support. However, it is made of foam concrete, which is lighter than ordinary concrete.  Among the buildings in the park, the main hall has the largest and largest number of dougongs, which are mainly used for decoration. In order to set off the sapphire blue glazed tile roof, the dougongs are all in white, showing a solemn and majestic momentum.
Source: tour.cksmh.gov.tw


Kelihatan bangunan Chiang Kai-Shek Memorial Hall.


Phamplet memorial ini.

And these are park's plan as well as the main building's floor plans.
Source: www.cksmh.gov.tw








Sejarah Chiang Kai-Shek Memorial Hall.

Ada landskap taman di tengah laluan ini. 

Di sepanjang kiri kanan laluan ini dihias dengan bendera-bendera Taiwan.


Di kiri kanan laluan ke bangunan memorial ini ada taman-taman yang luas yang dibuka untuk kegunaan awam yang dikenali sebagai Zhongyong Exercise Area, a fitness park.

This is the scenic area map of the park.

Laluan ke Taiwan Cherry Garden and Ziqiang Exercise Area.

Di taman ini ada 'Plum Area' dan 'Ziqiang Sports Field'.

Berjalan ke Memorial Hall.

Bangunan Memorial Hall ini kelihatan seperti sebuah mausoleum. Chiang Kai Shek tidaklah dikebumikan di sini. Dia disemadikan di kediaman beliau di Taoyuan City.

The main hall, built with white exterior walls and a royal blue glazed tile roof, is the most eye-catching building in the park, attracting many people to take photos here. Glazed tiles can often be seen in large buildings such as imperial palaces and temples, but the colors vary with each building type: gold is used in the imperial palace, black is used in the Wenyuan Pavilion that houses books, and blue glazed tiles are used in buildings such as the Temple of Heaven in Beijing. There are approximately 400,000 sapphire blue glazed tiles used on the main hall and archway roofs. The main hall and the roofs of the two halls and courtyards are made of golden glazed tiles, with a total number of about 520,000.
Source: tour.cksmh.gov.tw

Selit satu foto wide angle.

Sebenarnya laluan yang kami guna untuk masuk ke kawasan memorial ini bukanlah laluan utama tapi laluan di sebelah kiri bangunan besar ini (if you are facing the front of the building). The main entrance is on the right of this photo.

Bergambar di Chiang Kai-Shek Memorial Hall.

Dewan Memorial Chiang Kai-Shek terletak di pusat bandar Taipei. la telah dibina untuk memperingati bekas Presiden Chiang Kai-Shek. Bangunan utama setinggi 70 meter ini berbumbungkan jubin kaca biru dan dindingnya dibina daripada batu marmar putih. Bangunan utamanya dilengkapi dengan ruang pameran dan galeri seni yang besar. la juga mempunyai teater kebangsaan, dewan konsert negara dan taman dengan gaya seni landskap Cina yang menarik. Keindahan senibina bangunan yang tersergam megah ini berjaya menarik beribu-ribu pelancong untuk melawat ke dewan ini setiap tahun. la bukan sahaja merupakan mercu tanda bandar Taipei, malah salah satu tarikan yang paling popular.

Terdapat patung gangsa Chiang Kai-Shek setinggi hampir 10 meter di dalam bangunan utama. Terdapat juga tentera pengawal beruniform yang melaksanakan upacara pertukaran giliran tugas dari pukul 9 pagi hingga 5 petang setiap hari. Teknik mempermainkan senjata dan pergerakan seragam yang ditunjukkan oleh tentera pengawal telah menarik minat ramai pengunjung ke memorial hall ini.


The platform base is an important structure of northern palace-style buildings. The base is higher than the ground to support the main building and has functions such as moisture-proof and anti-corrosion. The towering platform visually highlights the majestic momentum. The main hall has three levels of platform, with a total height of 14.5 meters. As you get closer to the hall, the area of ​​the platform gradually shrinks, creating a towering atmosphere. On the railings on the platform base, cloud bottles and capitals carved with cloud patterns and other patterns can be seen everywhere. The cloud pattern in architecture is derived from the natural form of clouds, which has the image of bringing auspiciousness and good luck.
Source: tour.cksmh.gov.tw

Di hujung sana itulah pintu gerbang utama memorial hall ini. Namanya Liberty Square Arch. Gerbang utama bersejarah yang besar itu mempunyai 5 pintu gerbang bercantum. 

Chiang Kai-shek Memorial Hall Dazhong Gate. Itu pintu gerbang yang kami guna untuk masuk tadi.

Bangunan besar di belakang itu ialah bangunan Chunghwa Telecom Co., Ltd., one of the telecommunications service providers in Taiwan. The others are Taiwan Mobile, FarEasTone, Taiwan Star Telecom and Asia Pacific Telecom (APTG).



Pengunjung boleh menaiki salah satu dari 2 set tangga putih dari hadapan dewan utama di Democracy Avenue untuk ke pintu masuk Bronze Statue Hall. Tangga itu mempunyai 89 anak tangga yang mewakili usia Chiang pada masa kematiannya. Presiden Chiang Kai-shek meninggal dunia pada 5 April 1975. Di antara dua anak tangga di hadapan dewan utama itu, terdapat hiasan langit biru, matahari putih dan corak gunung dan laut.


The white marble on the exterior wall of the main hall comes from the Vermont Marble Company in the United States. It has a delicate surface and a white color with some lines. During the maintenance of the exterior walls in recent years, some of the marble was replaced with American Tianshan cloud white marble. The main body of the Chiang Kai-shek Memorial Hall is made of reinforced concrete. The marble is hung on the exterior wall of the cement structure to create the appearance of a stone building. The marble slabs are extremely heavy. This construction method was a breakthrough at the time. 
Source: tour.cksmh.gov.tw


Bumbungnya berwarna biru dan berbentuk oktagon, bentuk yang mengambil simbolisme nombor lapan, nombor yang secara tradisinya dikaitkan di China dengan kelimpahan dan nasib baik.

Pada tangga in terdapat tiang-tiang dengan ukiran awan.

Seterusnya Philip bawa kami masuk ke bangunan memorial hall ini, tidak dengan menaiki tangga tinggi tadi, tapi melalui pintu di tingkat bawah ini. Aras bawah ini menempatkan perpustakaan dan muzium yang mendokumentasikan kehidupan dan kerjaya Chiang Kai-shek, dengan pameran yang memperincikan sejarah dan pembangunan Taiwan. Di tingkat atas pula ada dewan utama, di mana terletak patung besar Chiang Kai-shek, dan di mana upacara pertukaran pengawal diadakan secara berkala.


Ok, jom kita masuk.

Ada acara 'Changing of the Guards' setiap jam di tingkat 4F di mana ada patung besar Chiang Kai-Shek. Kata Philip kami akan dibawa untuk menyaksikan acara ini. Nice!

Masa nak masuk tu ada seorang sami sedang berjalan keluar. Kalau tidak silap dia adalah seorang Buddhist monk. Buddhisme adalah salah satu agama utama di Taiwan. Orang Taiwan kebanyakannya mengamalkan Buddhisme Mahayana. Buddhism dibawa ke Taiwan pada era penjajahan Belanda oleh peneroka dari wilayah Fujian dan Guangdong di China.

Reka bentuk seni bina dalaman siling yang grand dan indah. 


Pengetuk pintu bentuk kepala singa di pintu masuk besar di lantai bawah ini.

Di lantai 1F ini ada kedai souvenir Taiwan Corner dan pameran kekal tentang Taiwan dan tempat-tempat menarik yang ada di negara itu.


Terdapat juga sebuah lukisan 3D yang besar di lantai. 


Ini lukisannya. Ada burung-burung Taiwanese blue magpie, Kingfisher, Goldfinch (yellow) dan Malayan Night Heron.

Di ruang ini ada lagi gift shops, post office dan small exhibitions. 


Pejabat Pos.


Gift shop. Merujuk pada floor plan level 1F ini, on the other side of this gift shop is the location of the Muslim Prayer Room.

Jom kita tengok pameran model keseluruhan kompleks ini. 


With labels.






Ada rombongan pelajar.


A few more photos of the wonderful ceiling designs. 



Corak di tengah itu adalah plum blossom decorations. Bunga plum adalah bunga kebangsaan Republik China. Sejak zaman dahulu, para cendekiawan Cina sering menyatakan ketabahan mereka dalam masa sukar dengan menyanyikan tentang mekarnya bunga plum pada musim sejuk.

Bersambung ke bahagian ke 2. 

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
  
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment