Wednesday, August 16, 2023

ITALY & SWITZERLAND: SWITZERLAND - RÜMLANG TO ENGELBERG - PART 02

Assalamualaikum.
Baik, saya sambung dengan bahagian kedua cerita perjalanan kami dari Rümlang ke Engelberg. 

Perjalanan kami terus dihidang dengan permandangan-pemandangan landskap pergunungan Swiss yang cukup indah. 

Willkommen in Dallenwil. Dallenwil is a municipality in the canton of Nidwalden in Switzerland. 

Dallenwill ini kecil saja, seluas 15.5 kilometer persegi. 53.7% darinya digunakan untuk tujuan pertanian, manakala 38% adalah hutan. Daripada selebihnya, 4.6% diduduki dan berjalan raya dan selebihnya 3.7% adalah sungai, glasier atau gunung. Penduduknya pun tidak ramai, cuma dalam 2 ribu orang sahaja di mana hampir 50% lelaki dan 50% wanita. Terdapat lebih dari 600 rumah di mana separuh darinya dihuni oleh dua orang sahaja. Begitulah info yang dapat dicari untuk beri gambaran perkampungan-perkampungan kecil di kawasan ini. 

Kenapa ada patung kambing putih diletak di roundabout di Dallenwil ini? Ok, nama spesis kambing putih ini adalah Saanen goats. Sejarah kambing Saanen bermula di Lembah Saanen, terletak di Canton of Bern di barat daya Switzerland, tempat baka itu mula dibiak.

Kambing putih yang comel ini terkenal kerana pengeluaran susu yang tinggi dan penghasilan susu yang berterusan. Maka ia dikenali sebagai 'Queen of milk of the goat world'. Kambing baka domestik Switzerland ini kini boleh didapati di 80 negara di seluruh dunia, di mana ia banyak dikacuk dengan kambing-kambing lokal di negara-negara lain. 

Passed by Oberdorf Nidwalden. Di kawasan pergunungan begini tentulah ada khidmat cable car. Kelihatan poster cable car service untuk naik ke Maria-Rickenbach, salah satu dari tempat hiking di sini. 'Up the cable car - to the most natural energy center in Switzerland'.





Cantik sungguh pemandangan pergunungan yang berlapis-lapis dilihat dari bahagian depan bas yang kami naiki ini. 

Mencabar sungguh masa zoom-in nak ambil gambar puncak gunung yang ada didepan kami ini dari dalam bas yang bergerak. Walau pun hasilnya blur-blur sikit, tapi kira boleh la nak dikongsikan di sini 😅.


Jalan yang kami lalui ini seiring dengan laluan kereta api Schweizerische Bundesbahnen (SBB), the Swiss Federal Railways, the national railway company of Switzerland.

Suasana perkampungan di sini nampak begitu serene and picturesque. Macam sesuai as a retirement village. Cakap pasal retirement, umur persaraan berkanun di Switzerland ialah 64 untuk wanita dan 65 untuk lelaki. Boleh bersara awal dalam tempoh satu atau dua tahun, tapi pencen akan dikurangkan.

Kelihatan ada cable car kecil di pondok itu. Agaknya untuk kegunaan komuniti di sini especially untuk penduduk-penduduk yang tinggal di lokasi yang tinggi di atas sana.

Bolehkah orang yang sudah bersara berpindah ke Switzerland? Secara umum, orang bukan EU yang berumur 55 tahun ke atas boleh memohon visa pemastautin Switzerland. Permohonan mesti dibuat melalui konsulat Switzerland atau kedutaan di negara tempat tinggal pemohon. Warganegara bukan EU mesti membuktikan mempunyai status kewangan yang mencukupi untuk mengekalkan kehidupan mereka di Switzerland sebelum diberikan status pemastautin Switzerland.

Melalui Wolfenschiessen Nidwalden.

Bolehkah orang luar beli rumah di Switzerland? Warga asing dibenarkan membeli hartanah di Switzerland, tetapi syarat-syaratnya berbeza-beza bergantung pada jenis hartanah dan negara asal pembeli. Switzerland mempunyai undang-undang persekutuan khusus yang mengawal selia cara orang asing boleh membeli harta, yang dikenali sebagai "Lex Koller" (bekas menteri kehakiman Arnold Koller).

Melalui sebuah pekan kecil di Wolfenschiessen.

Wolfenschiessen ialah sebuah kampung dan perbandaran di kanton Nidwalden di Switzerland dengan kawasan luas tanah alpine tinggi, gunung, tasik dan glasier.


Wolfenschiessen is a mixed agro-industrial community, a municipality where agriculture and manufacturing play a significant role in the economy.





Volg is a supermarket.


Kalau tak silap puncak gunung di kanan itu adalah Schluchberg, di kiri ialah Gross Walenstock dan di tengah ialah Huetstock, dilihat dari jalan Hauptstrasse



Goat farm.


IHR Blickfang - optician.


Mondholzwerkstatt - Moon wood workshop - woodwork and restorations.




















Masa ini kami mula melalui kawasan tanah tinggi di lereng-lereng gunung pula. Jalan rayanya berbelok-belok, jadi tidak dibenarkan memotong. Mula memasuki kawasan Engelberg, Nidwalden.

Engelberg di Switzerland ialah sebuah perkampungan peranginan yang terletak di tengah-tengah Pergunungan Uri Alps Switzerland. Kampung Alpine ini dibentuk di sekitar biara zaman pertengahan dan terkenal dengan landskap yang memukau, keju yang lazat, cerun ski, coklat dan hospitality.

Kadangkala kelihatan jaring pengukuh cerun. 


Engelberg-Titlis ialah destinasi percutian musim sejuk dan musim panas terbesar di tengah Switzerland. Ia juga merupakan salah satu kawasan ski yang paling pasti bersalji di dunia kerana ia memiliki gabungan cerun glasier dan rekod jumlah salji yang melebihi purata Switzerland. Gabungan ini juga menjadikan kawasan ini mengalami musim sejuk terpanjang di Alps, dengan purata 220 hari (lebih tujuh bulan) dari Oktober hingga Mei dengan salji dijamin ada dan sesuai untuk berski.





At times ternampak juga longgokkan kayu yang sudah siap dipotong di tepi jalan. 

Ok, sambil tengok foto-foto ini, saya imbau semula perjalanan kami ke Titlis pada tahun 2015 yang lalu, yang melalui jalan yang sama. 

2023 vs 2015 ~ Spring vs Winter in Switzerland.




Kedua-dua musim tentunya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Yang satu colorful, dan yang satu lagi pure white with all shades of grey and black. Teringat lagi masa 2015 itu, pemandu bas drive bas dengan perlahan dan berhati-hati kerana jalan raya bersalji. 




Masa Spring, hanya puncak bersalji. Masa winter habis semua dilitupi salji. Kedua-duanya pun cukup indah sekali.


The Swiss' beauty of the perfection and orderliness is out of this world. Susun kayu di tepi jalan pun nampak macam art. Love it! 😃 


Kelihatan ada air terjun yang cukup tinggi sekali di lereng gunung sana.

Cantik sungguh contrast between green forest against the snow capped mountain with cloudy blue sky. 



Looked so fresh and pristine.


Lagi longgokkan kayu-kayu yang sudah siap dipotong. I wonder why are there such piles of woods by the roadside? Untuk siapa? Saya agak la kan, mungkin pokok-pokok dari hutan berdekatan yang ditebang atas sebab-sebab maintenance, dari dibuang, pokok-pokok itu 'dibersihkan' dan dipotong dan dikumpulkan supaya boleh diambil oleh penduduk tempatan bagi pelbagai kegunaan mereka. Mungkin la. Saya fikir begitu sebab ada saya baca di internet, longgokkan kayu-kayu ini ada dilabelkan tahun ia diletak di situ. Some of them were dated many years ago.

Foto-foto longgokkan kayu-kayu di tepi jalan dari Spring 2023 vs Winter 2015. 




Engelberg, Willkommen.

Bila sudah nampak Tasik Eugeniesee ini, maka sudah dekatlah nak sampai di kaki Gunung Titlis dan lokasi stesen cable car untuk ke puncak gunung itu. 



Tasik Eugeniesee: Spring 2023 vs Winter 2015.




Lihatlah keindahan landskap di sini ketika dua musim. Sama indah, sama memukau.






Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment