Assalamualaikum.
Kami pun tiba di Lake Como. Jom kita turun dan menikmati keindahan tasik yang cukup popular ini.
Ok, sebelum itu, ini peta Lake Como. Bola merah itu ialah lokasi di mana kami turun dari bas dan jalan-jalan di tepian tasik ini. Lake Como adalah persinggahan terakhir kami di negara Italy, sebelum bertolak masuk ke Switzerland. Dalam cerita percutian kami setakat ini, kami sudah pun melawat Pisa, Cinque Terre, Venice dan Milan.
Tasik Como adalah salah satu tasik utama di Eropah. Ia terletak di bahagian utara Itali, di utara Milan berhampiran sempadan Switzerland. Tasik ini berasal dari Lombardy, Itali, dan terbentuk semasa tempoh glaciation. Semasa ais melanda kawasan itu beribu-ribu tahun yang lalu, ia mengukir takuk yang dalam ke dalam tanah. Apabila ia berundur dan cair, takuk itu dipenuhi air dan membentuk Tasik Como.
Dan ini pula peta lokasi-lokasi gunung-gunung yang ada di sekitar Lake Como. Memang kawasan ini sungguh bergunung ganang.
Ok, itulah Lake Como.
Jeti ini namanya Pontile 2, a cruise terminal. Jadi kalau berminat bolehlah go for lake cruise. Kami tidaklah cruise sebab tak cukup masa. Kami cuma diberi masa 30 minit sahaja di sini sebab di tepi tasik ini tiada kawasan khas untuk park bas. Designated parking for tourists buses ada tapi jauh. Tak laratlah kami nak jalan di bandar berbukit-bukit ini. Moreover, selepas ini pun perjalanan ke Switzerland kami adalah jauh, jadi eloklah depart from Lake Como as early as possible.
Ok, jom kita jalan-jalan di pesisir tasik yang indah ini. Tasik Como, juga dikenali sebagai Lario, ialah tasik Itali ketiga terbesar, selepas Tasik Garda dan Tasik Maggiore. Terletak di kaki Alps, Lake Como menawarkan pemandangan-pemandangan paling romantis dan terindah di dunia.
Bentuk tasik ini menyerupai Y terbalik. Airnya berasal dari pencairan glasier yang digabungkan dengan tindakan hakisan sungai Adda purba. Ini membawa kepada pembentukan dua cawangan selatan yang memuncak di bandar Como dan Lecco, di mana di tengah-tengahnya terletak Bellagio (sebuah village) yang terkenal itu.
Mengapa Tasik Como ini begitu terkenal? Kerana ia terkenal dengan keindahan semula jadi persekitarannya dan vila-vila yang cantik di pesisir tasiknya. Antara tempat peranginan tepi tasik yang terkenal ialah Como, Lecco, Bellagio, Tremezzo, Menaggio, dan Varenna.
Seperti yang dinyatakan di atas, Tasik Como memang mempunyai reputasi sebagai salah satu destinasi yang paling popular di Itali. Popularitinya menjadikan bandar Como ini antara salah satu destinasi yang termahal di Itali. Pekan ini saiznya agak kecil dan mempunyai hanya beberapa hotel dan restoran, menjadikan permintaannya tinggi. So things are more expensive here.
Bergambar kenangan di Lake Como, Lombardy, Italy.
Ini jeti Pontile 2, sebuah terminal untuk lake cruise.
Lake Como waterfront.
Pemandangan yang indah dari selatan tasik ini.
Tasik Como adalah salah satu tasik yang paling indah di utara Itali. Pemandangannya bukan sahaja terhad kepada permandangan tasik tapi juga pemandangan persekitarannya yang juga menakjubkan. Pergunungan, matahari terbenam, vila-vila dan pekan-pekan kecil menyediakan pengalaman percutian yang sempurna berbanding Milan atau mana-mana bandar besar lain.
Saya juga nak la bergambar kenangan 😄.
Ok, jom kita jalan-jalan lagi di tepian tasik ini.
Tasik Como dikelilingi oleh pergunungan dan bukit-bukit yang hijau yang menjulang tinggi serta dihiasi pula dengan hotel-hotel bersejarah yang mewah, vila-vila Baroque dan bandar lereng bukit yang indah yang menawarkan pemandangan panoramik yang mengagumkan.
Tasik Como, Lago di Como dalam bahasa Itali, telah menjadi tempat percutian yang popular di kalangan bangsawan dan orang kaya sejak zaman Rom. Kini ramai selebriti serta A-lister memiliki atau pernah memiliki vila-vila di tepi tasik ini, seperti George Clooney, Madonna, Richard Branson, Sylvester Stallone, Gianni Versace, Matt Bellamy dan Ronaldinho.
Kelihatan jauh di seberang sana tasik, di atas puncak Cardina Hill yang tinggi sebuah bangunan putih yang tersergam indah. Namanya Villa Pisani Dossi. Ia ialah sebuah vila bersejarah yang terletak di Cardina, dalam perbandaran Como. Vila itu dibina oleh penulis dan diplomat Milan, Carlo Alberto Pisani Dossi (1849-1910) sebagai kediamannya selepas bersara dari kancah politik pada tahun 1896.
Daripada maharaja Rom dan bangsawan hinggalah bintang Hollywood, ramai menyukai Tasik Como. Keindahan yang menakjubkan dari persekitaran yang indah menjadi sebab utama tarikannya. Tasik Como bagai idea set filem untuk resort mewah. Ini adalah tempat untuk berehat dan menikmati 'la dolce vita'. Kehidupan di sini adalah lebih relaks berbanding bandar besar seperti Milan yang hectic.
Terdapat perkhidmatan feri harian yang membolehkan pelancong melawat ke beberapa kampung di sekitar Tasik Como. Ada 2 jenis boat tours di sini; public or private. Kalau private (below photo), dengan your own driver bolehlah pilih ke mana nak pergi ikut your time and budget. Ada yang 2 jam, 4 jam atau flexible time.
Yang ini naik ramai-ramai dengan kapasiti yang lebih besar, jadi lebih murahlah dari yang private. Nak naik feri pun boleh juga; ada yang regular service dan fast service.
Di hujung Diga Foranea Piero Caldirola fisico (terminal pemecah ombak Piero Caldirola dan jeti untuk bot berlabuh) ada sebuah sculpture namanya 'Life Electric'. Arca moden ini dibuat khusus untuk Alessandro Volta, pencipta bateri elektrik. Life Electric diilhamkan oleh voltan elektrik antara dua kutub bateri, hadiah hebat Volta kepada manusia.
Kelihatan dari waterfront ini lebuhraya di atas bukit iaitu Autostrada A9 (Italy). Dibina pada tahun 1924, ia merupakan lebuh raya pertama di Itali dan di dunia (bersaing dengan AVUS Berlin). Ia adalah sebahagian daripada set lebuh raya Milano - Laghi, lebuh raya tertua di dunia.
Selepas lawatan di Lake Como ini kami akan ke Switzerland menggunakan lebuhraya Autostrada A9 ini di mana ia bersambung ke rangkaian jalan raya Switzerland.
Kelihatan deretan hotel-hotel, restoran-restoran, bar dan cafe dan rumah-rumah mewah serta vila-vila di tepi tasik ini.
Kalau tidak silap gunung yang kami boleh nampak dari waterfront ini namanya ialah Monte Bisbino dan di sebalik gunung itulah sempadan Italy dan Switzerland.
Kelihatan nun jauh di sana Vila Geno dan water fountain yang besar di tepi tasik.
Tasik Como adalah salah satu tasik terdalam di Itali. Kedalaman itulah yang memberikan warna biru terang kepada perairannya yang menghasilkan pemandangan yang menakjubkan. Pada titik paling dalam, perairan Tasik Como adalah lebih daripada 425 meter dalam menjadikan ia tasik kelima terdalam di Eropah. Purata kedalaman bagi keseluruhan tasik ini ialah 154 meter dan mempunyai kira-kira 160 kilometer garis pesisir tasik.
Populariti tasik ini sebagai pusat peranginan musim panas juga bermula pada zaman Rom, dengan orang Rom yang kaya mengiktiraf keindahan kawasan itu dan mula membina vila-vila mewah di tepi tasik.
Saya baca dalam Lake Como ini terdapat pelbagai jenis spesies ikan. Kebanyakannya adalah ikan air tawar biasa seperti trout dan pike, juga spesis yang kurang banyak seperti bleak, chub, shad dan perch.
Lake Como local inhabitants.
Saya baca di tasik ini juga ada itik, angsa, cormorants, camar dan coots, tapi yang kami nampak masa itu cumalah pigeons ini.
S.Agostino floating pier, a fishing pier.
Piazza Domenico Croggi.
Di sini ada restoran, bar dan mini market.
Masa terbaik untuk melawat Tasik Como dan kawasan sekitarnya ialah dari April hingga Oktober, apabila cuacanya nyaman. Dihiasi dengan bunga-bunga azalea, camelia dan rhododendron, Tasik Como kelihatan lebih fotogenik pada musim bunga dan musim panas.
Memandangkan Lago Di Como ialah tasik yang terletak di kaki Alps Itali, pada masa winter keadaannya adalah agak sejuk dan tidaklah begitu sesuai untuk melawat wilayah ini pada masa itu. Walau bagaimanapun, ini tidaklah bermakna ia tidak boleh dilawat dan menikmati keindahan tasik masa winter. Tasik ini tidak pernah membeku sepenuhnya, jadi perkhidmatan feri dapat beroperasi sepanjang tahun.
Suasana tenang saja di pekan ini. Tidak kelihatan ramai pelancong.
Banyak restoran dan cafe saja yang kami nampak di tepi tasik ini.
Then saya bertembung pula dengan sekumpulan cyclists ini. Nampaknya mereka baru tiba di tasik ini dan bergambar. Bila mereka nampak saya ambil gambar mereka, terus mereka minta saya ambilkan gambar mereka berempat... hihi. Cemas kejap saya sebab ingatkan mereka tak suka saya ambil gambar mereka but they don't mind pun 😅.
Jadi saya pun ambillah peluang ajak gambar bersama. Mereka ok je. Sempatlah juga saya bersembang. Mereka curious saya dan isteri dari mana. Mereka tanya juga kami sudah ke mana di Itali ini. Kami pun beritahulah yang kami sudah ke Pisa, Cinque Terre, Venice dan Milan dan selepas di Lake Como ini kami akan ke Switzerland pula.
Tasik Como secara amnya tidaklah begitu sesuai untuk berenang kerana ia adalah tasik dengan kawasan yang dalam, serta berlumut mendap di sepanjang pantainya. Walaupun bukan yang terbaik, terdapat juga beberapa bahagian sepanjang 47 km tasik ini yang sesuai untuk pelancong berenang.
Rupanya Lake Como ini pun kononnya ada raksasa air tinggal di dalamnya, yang diberi nama 'Lario' 😃. "Sighting" pertama yang dilaporkan adalah pada tahun 1946 apabila seekor makhluk besar seperti reptilia dikesan berenang di tasik ini. Ia dinamakan Lariosauro, sempena reptilia prasejarah yang mayat fosilnya ditemui berhampiran tasik ini. Dikatakan hanya terdapat beberapa 'penampakan' sahaja sejak selama bertahun-tahun.
Memandangkan Tasik Como adalah salah satu yang paling dalam di Eropah, adalah mungkin untuk menyembunyikan makhluk yang sebesar Lario. Juga, ada kemungkinan apabila plat tektonik membentuk benua dunia, Lario atau Lariosaurus mungkin telah terperangkap di kawasan pedalaman dan berkembang biak hidup di dalam tasik air tawar yang dalam ini.
Sebuah lagi restoran, restoran piza Ristorante e Pizzeria Fontana D'Oro.
Ada yang kata bila berada di sini macam berada dalam movie sets. Mungkin sebab sudah banyak filem yang dibuat di Lake Como ini, seperti Once Upon a Time in America, Casino Royale, Star Wars: Episode II - Attack of the Clones dan Ocean's Twelve.
Sebuah public ferry sedang berlabuh. Perkhidmatan ini beroperasi sepanjang tahun, kecuali cawangan tenggara, di mana ia hanya beroperasi pada musim panas sahaja. Pada low season kekerapan perkhidmatan adalah berkurangan. Ada one-way trip, ada round trip dan free-circulation. Tiket Free-circulation Como-Bellagio (untuk 1 hari) berharga €23.30 atau RM116.
Rakam foto isteri sedang jalan-jalan di tepi Tasik Como.
Adakah air Tasik Como boleh diminum? Air Lake Como adalah salah satu dari produk 'Made in Lake Como' yang ada ditawarkan di hotel-hotel dan restoran-restoran eksklusif di sini. Katanya produk air ini adalah iringan sempurna untuk citarasa dan hidangan tempatan Como yang tipikal. Air Lake Como yang dibotolkan berasal dari Gunung Grona dikatakan adalah produk berkualiti tinggi dan dihargai oleh pelancong. Airnya bersih dan tulen, terbentuk dalam persekitaran yang unik.
Satu lagi Ristorante-Pizzeria.
Di sini juga ada stesen funikular - Funicolare Como-Brunate (stazione a valle) iaitu perkhidmatan mountain cable car. Ia penghubung di antara Como dengan sebuah kampung yang bernama Brunate yang terletak di atas bukit.
Funikular ini mengambil masa 7 minit untuk naik dari Como ke Brunate. Tiket pergi balik berharga €5.50, manakala €3.20 untuk kanak-kanak.
Jom tengok di dalam stesen ini.
Perkampungan Brunate diberi gelaran Balcony of the Alps kerana pada ketinggian 700 meter dari aras laut yang dimilikinya, ia menawarkan pemandangan indah Tasik Como dan pergunungan di sekitar.
Trek funikular.
Haaa... ada pun yang sedang naik ke atas.
Kelihatan Saint Mary Assunta Cathedral.
Saint Mary Assunta Cathedral. Di atas puncuk bukit sana itu ialah Castello Baradello (Baradello Castle).
Castello Baradello ialah kubu tentera yang terletak di atas bukit setinggi 430 meter bersebelahan dengan bandar Como.
'Life Electric' sculpture.
Azienda Autonoma di Soggiorno e Turismo - tujuan syarikat-syarikat ini adalah untuk mempromosi dan menyelaraskan dasar pelancongan sesuatu lokaliti, yang sebelum ini diiktiraf sebagai pusat peranginan pelancong.
Seorang local hendak pergi memancing. Ya, memancing adalah dibenarkan di tasik ini tapi mesti ada lesen.
Ok, jom kita balik ke bas untuk menuju ke Switzerland pula.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment