Monday, August 14, 2023

ITALY & SWITZERLAND: SWITZERLAND - RÜMLANG TO ENGELBERG - PART 01

Assalamualaikum.
Sudah pun hari ke 7 kami dalam pecutian Itali dan Switzerland. Pagi itu bangun awal pagi tetiba rasa lapar. Sarapan lambat lagi, so kami makan mee segera.. hihi. 

Pemandangan matahari terbit dari balkoni bilik penginapan kami di Jet Hotel, Hofwisenstrasse 4, Rümlang, Switzerland. 




Ok, jom kita sarapan.





Ini sahaja yang boleh makan. Boleh je kalau bawak serunding, tapi malas pula pagi itu. 

Reception hotel.


Lepas sarapan, memandangkan masih ada masa, macam biasa kami akan jalan-jalan sekitar hotel, tengok apa yang ada. 

Jet Hotel. Kalau check di internet masa saya tengah buat blog ini, rate semalam di hotel ini adalah RM889.00. Hotel ini dekat dengan Zurich Aiport. 

Betul-betul depan hotel ini tiada sebarang pemandangan menarik. Yang ada tembok pembahagi jalan ini that separates the inner road and the main road. 

Oleh itu kami pun ke jambatan merah itu yang kami nampak dari balkoni bilik penginapan kami earlier. Perhaps the view from the bridge is better from down here. 


Stop kejap nak ambil gambar bunga-bunga tepi jalan.. hihi. 

Dandelions.

Anthyllis vulneraria (wound healer) and Meadow hawkweed (right).

Periwinkle (left) and red clover.

Vicia sepium. 




About the red bridge. Roughly translated as:
RUMILOBRUGG
CREATED IN 1992 AND NAMED AFTER THE ALEMAN RUMILO.
THIS HAS PROBABLY SETTLED IN THE AREA OF THE PRESENT VILLAGE CENTER IN THE 5TH CENTURY. THE VILLAGE NAME "RÜMLANG" SHOULD COME FROM RUMILO.

Hotel penginapan kami, Jet Hotel.

It is pedestrian bridge.

Bergambar di Rumilo bridge. 

Pemandangan matahari terbit dari Rumilo Brücke (Rumilo bridge).

Lokasi kami dekat dengan Zurich Airport makanya nampaklah beberapa kapal terbang berlepas. Ini kapal terbang Swiss International Air Lines.




Seorang lokal sedang berbasikal.


Pemandangan ke arah hotel.


On the opposite side, ada banyak establishments seperti hotels, commercial stores, mechanics and  companies.



Ini pula kapal terbang airBaltic, the flag carrier of Latvia.





On the way berjalan balik ke hotel, bertembung dengan pemandu bas kami. Teruslah ajak bergambar.. hihi.  Nama dia Vinco dari Slovenia. He is very tall. 

Ok, sudah hampir masa untuk bertolak. Pagi itu kami pakai winter jacket/clothings sebab nak naik ke puncak Mount Titlis. Walau pun masa itu Spring, tetap kena pakai tebal sebab di atas tu bersalji sepanjang tahun.

Our tour guide Amar dan Vinco, the driver sudah siap menunggu di bas.

Pagi itu kami tidak check-out dari hotel seperti hari-hari sebelum ini sebab kami akan bermalam satu malam lagi di Jet Hotel ini lepas selesai lawatan ke Mount Titlis.

Seronok nak pergi ke Mount Titlis kali kedua. Our first trip there was in 2015.

Macam biasa, dari dalam bas kami ambil banyak gambar pemandangan. Landskap Switzerland memanglah cantik, so banyaklah foto-fotonya. Fyi, kami ada bawak computer notebook, so tiap malam saya akan download all photos from our cameras and mobile phones to the notebook. Lepas itu buat satu lagi backup dalam pen drive, just in case. Lepas itu delete all photos in memory cards dalam kamera dan phone. Pernah cuba load ke Cloud Storage tapi slow sangat. Lagi pun total foto kami berdua untuk sehari boleh sampai lebih seribu.. hihi.. giler... 😄. But truthfully, bukan semuanya yang jadi, especially yang tembak dari dalam bas, banyak yang blur 😅.


Waktu dan suhu masa itu.

Passed by ladang-ladang yang luas saujana mata memandang.

Esok kami akan ke Lucerne. 




Dah sudah tentunya banyak juga pemandangan pergunungan Swiss.


Di Switzeland ini kami nampak ada banyak ladang canola. Canola adalah minyak bijian yang terpenting di Switzerland. Variasi canola yang ditanam di negara ini adalah winter canola yang disemai di antara penghujung April - pertengahan September setiap tahun. Biji canola yang masak dituai sekitar bulan Julai setiap tahun. Hasil sampingan canola turut digunakan sebagai makanan ternakan.


Apakah tanaman utama Switzerland? Di dataran tingginya, pertanian tertumpu pada bijirin (barli, oat, rai dan gandum), kentang, jagung, dan semakin banyak, penanaman 'rapeseed'. Kawasan penanaman buah yang paling penting adalah di Switzerland Barat dan Timur. Kanola ialah versi ubah suai genetik tumbuhan sesawi (rapeseed). Jadi, minyak canola pada asasnya sama dengan minyak rapeseed. Sebenarnya, sebahagian besar minyak masak bernama "rapeseed" sebenarnya adalah "canola".




Panas rimas pulak pakai kasut winter ni. Maklumlah sudah dekat 8 tahun tidak dipakai. Also mujurlah pakaian winter kami, especially the jacket, masih lagi muat... hihi. 



Sudah sampai ke simpang masuk ke Engelberg.

Saya ke depan bas duduk sebelah Vinco, our bus driver, nak ambil gambar pemandangan dari depan pula. Sebabnya dari pengalaman kami dulu ke Titlis, pemandangan di kawasan ini adalah cukup memukau. 


Vinco, our bus driver.

Ketika ini kami sedang melalui bandar Stans.

Di roundabout ini ada replika Titlis Rotair, cable car yang digunakan untuk bawa pelancong ke puncak Mount Titlis. 

Ini Titlis Rotair yang sebenar. 

Masa kami bincang nak ambil pakej percutian Itali/Swiss ini, kami ok saja dengan lawatan ke Itali kerana kami belum pernah ke negara itu. Tapi kami sudah pun ke Switzerland pada tahun 2015. Jadi itu yang teragak-agak nak ambil pakej ini atau tidak. Then we went for this package anyway sebab masa 2015 itu adalah winter. Masa ini adalah Spring, jadi pengalaman dan pemandangannya adalah berbeza. 




Di tengah roundabout itu adalah Nidwalden emblem. Nidwalden atau Nidwald adalah salah satu daripada 26 kanton yang membentuk Konfederasi Switzerland.










The Joch Pass is a mountain pass of the Uri Alps, located between the Bernese Oberland and Central Switzerland, at the foot of the Titlis.







Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments: