Nak balik dah. Sarapan dulu.
Antara sebab kenapa kami menginap di Equitorial Hotel ni ialah makanannya sedap.
Tengah on the way home tu ternampak Rumah Melaka ni. Jom singgah jap.
Rumah Melaka: Pusat Promosi Perabot dan Perkayuan Negeri Melaka.
Lokasi.
Selamat Datang ke Rumah Melaka.
Masa Beroperasi
Masuk Percuma ~ Isnin-Sabtu ~ 9.00 pagi-6.00 petang
Ahad ~ Tutup
PUSAT PROMOSI PERABOT DAN PRODUK BERASASKAN KAYU DI NEGERI MELAKA (RUMAH MELAKA)
Rumah Melaka telah dibina atas tanah seluas 5 ekar di Bukit Katil, Melaka. Berkonsepkan ciri-ciri rumah tradisional rumah Melaka Melayu lama dengan tangga batu yang menjadi identiti dan keunikan rumah negeri di Melaka. Rumah Melaka dibina dengan tujuan untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman para spesifier, arkitek, jurutera, jurubina, pereka dalaman, landskap arkitek dan pelajar-pelajar serta rakyat Malaysia dan pengunjung terhadap perkembangan dan kepentingan perusahaan kayu kepada sosio ekonomi Malaysia amnya selain memajukan lagi industri perkayuan serta pelancongan negara. Rumah Melaka juga menempatkan bahan dan barang pameran yang akan sentiasa diperbaharui dari semasa ke semasa sejajar dengan perkembangan serta pembangunan semasa industri perkayuan negara.
http://www.mtib.gov.my
Nak buat kenduri kawin pun boleh di sini.
Ok, jom explore keindahan architecture Melayu Melaka.
Tak dapat masuk tengok pameran sebab tutup (Ahad).
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
best bau kayu kan rumah rumah gini!
ReplyDeletetingkap panjang-panjang. macam rumah nenek saya dulu
petangpetang jenuh nak tutup semua !
penat!
ni kira rumah baru jugak lah kan,, bukan rumah lama yang dibaik pulih ?
lain kali turun melaka, lajakkan sampai ke merlimau
rumah penghulu mat natar
cantik
rumah
Memang best. Ni la saya first time masuk bangunan bersenibina rumah tradisional Melayu yang besar macam ni. Rasa macam istana Melayu lama. Senibina dan binaannya nampak immaculate! Yes, ini rumah baru.
DeleteHehehe... sama dgn rumah arwah opah saya. Atas bawah semua tingkap kena tutup.. hehe
Okeh, noted. Tq.