Friday, January 11, 2019

EGYPT - DAY 09 - PART 03 - ISTANA QARUN

Around pukul 11 pagi kami pun meninggalkan Wadi El Rayan and its beautiful waterfall and lakes ke arah Tasik Qarun untuk ke Istana Qarun pula. 

On the way tu, Ustaz ajak kami turun sekejap di sand dunes ini. Nice lah! It was just so amazing. Such vast area all covered with fine sand, sejauh mata memandang. Pada saya it was quite sublime actually walau pun kami sudah pun pernah melihat kawasan padang pasir di negara lain seperti di Arab Saudi, UAE, Kuwait dan Jordan dan Turki (Sanliurfa).

Kereta polis yang escort kami sepanjang perjalanan kami di Fayoum.

Corak pasir yang cantik sangat berombak-ombak dibentuk oleh aliran tiupan angin. Foto kanan di bawah ni dipanggil sand ripples. Yang kiri dipanggil sand dune.

Langit pula biru sangat masa tu. SubhanAllah, cantik sangat pemandangan ini.

Walking to the sand dune. Tinggi juga bukit pasir ni. 



Maka haruslah diambil gambar dari low angle macam ni. Baru le nampak corak amazing sand ripples ni. 

Masa sampai dekat kaki sand dune ni, haaa.. baru tahu tingginya yang sebenar. Tak larat nak panjat especially masa setiap pijak, kaki akan terjerlus. Mengah weh! Hehehehe... Tapi kalau masa ni ada board for sandboarding, may be I'd consider daki.. hehe.. yeah, right.. hahaha. I'd be fun though I reckon.

So we just had to be content with posing2 je la di sini.. hehe.


So beautiful.

Sand ripples dan coarse-grained ripples bertemu. 

Bas kami dan kereta polis escort.

Dari sand dune boleh nampak Upper Lake Wadi El Rayan. Biru sungguh airnya amidst the yellow sand.

One more shot before we leave.

Jadi kami dari Wadi El Rayan menuju ke arah Fayoum Oasis untuk ke Istana Qarun / Qasr Qaroun Temple.

Meneruskan perjalanan ke arah Tasik Qarun.

Pemandangan Upper Lake. Ada pulau kecil nampaknya dengan unique rock formation. Dan sayup di horizon tu ialah bandar Fayoum.

Jarak dari Wadi El Rayan ke Istana Qarun adalah lebih kurang 30 km atau about 30 minutes perjalanan dalam bas.

Walaupun sebenarnya binaan purba yang akan kami lawat ini bukanlah istana Qarun, perlu rasanya saya catatkan di sini kisah Qarun dalam blog ini. Moreover, lokasi kuil ini terletak di pinggir barat Tasik Qarun.

Dari: ikimfm.my
Seorang lagi orang kanan Firaun yang dimurkai Allah sehingga akhirnya azab diturunkan kepadanya. Dia yang dimaksudkan adalah Qarun. Istilah “harta karun” yang biasa menjadi ungkapan dibibir kita sebenarnya lahir daripada ketamakan manusia bernama “Qarun” di atas kekayaannya dan perihal keadaan tersebut menjadikan dia sombong dan angkuh kepada Allah Taala.

Allah Taala memperincikan kisah Qarun di dalam al-Quran melalui Surah al-Qasas bermula ayat 76 hingga 82. Kisah ini menjadi saksi bahawa kesombongan melalui harta tidak akan kekal lama jika umat Islam tidak memahami konsep kekayaan di dalam hidup ini.

Allah berfirman, “Sesungguhnya Qarun adalah ia dari kaum Nabi Musa, kemudian ia berlaku sombong dan zalim terhadap mereka; dan Kami telah mengurniakannya dari berbagai jenis kekayaan yang anak-anak kuncinya menjadi beban yang sungguh berat untuk dipikul oleh sebilangan orang yang kuat sasa. (Ia berlaku sombong) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah engkau bermegah-megah (dengan kekayaanmu), sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang bermegah-megah. (seperti lagakmu itu).’

Perkara kedua yang menambahkan lagi keangkuhan Qarun adalah kerana dia berbangga terhadap kekayaannya itu disebabkan ilmu yang ada pada dirinya.

Allah berfirman di dalam Surah al-Qasas ayat ke-78, “Dia Qarun berkata, Sesungguhnya aku diberi harta itu semata-mata kerana ilmu yang ada padaku. Tidakkah dia tahu, bahawa Allah telah membinasakan umat-umat sebelumnya yang lebih kuat daripadanya, dan lebih banyak mengumpulkan harta? Dan orang-orang yang berdosa itu tidak perlu ditanya tentang dosa-dosa mereka.”

Kisah Qarun dalam Surah al-Qasas diakhiri dengan kemurkaan Allah sendiri dengan menenggelamkan Qarun bersama rumahnya ke dalam bumi.

“Maka Kami benamkan dia (Qarun) bersama rumahnya ke dalam bumi. Maka tidak ada baginya satu golongan pun yang akan menolongnya selain Allah, dan dia tidak termasuk orang-orang yang dapat membela diri.” (Surah al-Qasas ayat 81)

Kisah Qarun yang panjang, kisah Firaun yang berulang-ulang pada beberapa surah di dalam al-Quran menjadi teladan bermakna kerana Allah seringkali mengingatkan betapa besar kurniaan Allah bagi mereka yang mentaatinya dan besar juga azab Allah bagi yang mengingkarinya.Allah berfirman lagi, Sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah kesenangan sementara dan sesungguhnya akhirat itulah negeri yang kekal. (Surah Ghafir ayat 39)
__________________________________________________

Dan kami pun tiba di Istana Qarun atau Qasr Qarun yang bermakna Istana Qarun dalam bahasa Arab. Sebenarnya ianya bukanlah sebuah istana (a misnomer) tapi adalah sebuah kuil Ptolemaic (dikenali juga sebagai "Temple of Stone") yang dianggarkan dibina pada zaman Ptolemaic (304-30 SM) antara 323 and 330 BC. Keujudannya masih belum bertarikh lebih tepat kerana ketiadaan inskripsi pada kuil ini. 

Kuil ini dibina dari batu kapur kuning dan bahagian luar kuil telah dipulihkan sebahagiannya oleh Egyptian Antiquities Service.

Kawasan binaan kuil ini juga direkodkan sebagai Dionysius Qasr Qarun yang pada zaman dahulu kala adalah merupakan tempat persediaan untuk karavan ke Baharia Oasis di Gurun Libya yang menguasai rantau ini.

Qasr Qarun adalah sebuah kuil yang didedikasikan untuk ancient Egyptian god Sobek. Kuil Qasr Qarun ini terletak di pinggir barat Tasik Qarun di El Fayoum, kira-kira 40 km dari ibu kota El Fayoum dan 120 km dari timur Kaherah, Mesir. Ia dibina dari batu kapur Eocene yang dibawa dari kuari Qarun.

Salah satu aspek yang paling menarik tentang kuil ini ialah bumbungnya masih lagi ada, memberikan pengunjung peluang mengalami suasana di dalam kuil ini suatu ketika dahulu. Dan ini adalah sebahagian daripada daya tarikannya, kerana hanya sedikit dari kuil-kuil di Mesir yang masih mempunyai bumbung dan kalau ada pun hanya sedikit sahaja diberi kebenaran untuk masuk ke dalamnya.

Ada ukiran di atas gerbang pintu masuk ke kuil ini.

Jom kita masuk ke dalam tengok ada apa.

Masuk ke dalam kami melalui beberapa pintu yang tinggi yang mempunyai ruang di kiri dan kanan antara setiap pintu.

Tidak banyak yang dapat dilihat di dalam kuil itu, kerana semua hiasannya sudah tidak ada. 

Kuil ini dibina daripada blok batu kapur kuning, tetapi pelik kerana tidak mempunyai sebarang inskripsi, tidak seperti binaan purba lain di Mesir. 

Ukiran yang ada di bahagian dalam kuil ini cuma pada atas pintu masuk tadi dan pintu-pintu di dalam, iaitu ukiran matahari bersayap/winged sun. 

'Matahari bersayap' adalah salah satu ikon dan simbol Mesir tertua yang muncul seawal zaman Old Kingdom. Ia biasanya simbol yang melambangkan royalty, divinity and power bukan sahaja di Mesir tetapi juga di seluruh Near East termasuk negara-negara Mesopotamia, Persia dan Anatolia. 

Di Mesir, ia adalah simbol soul and its eternity. Ia sering ditempatkan di kuil-kuil sebagai memento to the people of their eternal nature. Semasa zaman Middle Kingdom, ia berkembang menjadi simbol perlindungan dan menjadi azimat pelindung yang popular semasa Tempoh Ptolemaik. Kerana ada rujukan kepada matahari, maka ia dikatakan ada hubung kait dengan tuhan matahari, Ra.

Pandangan ukiran matahari bersayap di atas pintu dengan lebih dekat. Banyak features pada relief ini yang dah hilang. 

Ini contoh winged sun yang lengkap.

Kami terus dibawa Ustaz jalan ke dalam temple ini hingga apa yang saya kira adalah di hujung bangunan kuil ini. 

Di dalam ruang ini pada masa dahulu penyembah-penyembah tuhan Sobek (tuhan buaya yang merupakan salah satu dari ancient Egyption gods) mengumpul dan meletakkan semua patung-patung dewa itu di ruang ini pada setiap 21 Disember untuk dipuja dan sembah.

Ini pintu depan yang kami lalui tadi untuk masuk ke temple ini.

Dikatakan di altars ini diletak patung-patung dewa Sobek sembahan mereka. Ia juga tempat takhta firaun.

Kuil ini menjadi tumpuan pada setiap 21 Disember iaitu tarikh yang menandakan Winter Solstice.  Pada hari itu, pancaran cahaya matahari akan memasuki tepat ke dalam Qasr Qaroun temple ini dan menerangi kuil di mana patung-patung Sobek ditempatkan dan disembah. Oleh kerana kuil itu kekal dalam kegelapan sepanjang tahun dan hanya dipenuhi dengan sinar matahari pada hari istimewa ini, maka fenomena yang berlaku hanya sekali setahun ini menjadi tarikan kepada pelancong. Kami tak dapat la tengok sebab kami ke Mesir pada bulan Oktober. Tapi lebih kurang begini la rupanya agaknya.

Anyway, curious nak tahu macam mana keadaannya di kuil ni pada 21 Disember tu, saya pun cari le dalam internet. Pancaran cahaya matahari nampak keemasan. Sebagai salah satu usaha mempromosi pelancongan, arkeologi dan kebudayaan, Fayoum Governorate dengan kerjasama Ministry of State for Antiquities mengadakan Qasr Qarun Sun Festival di kuil ini, a once a year event called  the ‘Wonder of the Sun’.

Seterusnya kami naik ke tingkat atas. Untuk naik ke tingkat atas, pelawat boleh menggunakan salah satu dari dua square spiral staircases.

Bahagian dalam kuil ini bagai satu labirin bilik, tangga, koridor, bilik bawah tanah, terowong dan bilik atas, semua berbeza saiznya dan di tingkat berlainan. Secara khusus, terdapat empat belas bilik di kedua-dua belah koridor tengah yang membawa kepada tiga chapels. Kelihatan juga batu batan yang asal yang digunakan untuk membina kuil ini masih disimpan di sini. Bagaimanapun, kuil ini dikatakan belum habis digali. Banyak lagi bilik dan ruang bawah tanah yang belum diteroka.

Kemudian Ustaz bawa kami ke bilik ini yang merupakan salah satu dari bilik menyimpan harta firaun. 

Bilik ini mempunyai ciri-ciri keselamatan Mesir purba seperti dinding yang tebal dan tingkap embrasure.


Moh naik ke bumbung pula. 

Pintu keluar ke aras bumbung.

Pemandangan di bumbung bangunan.

Satu lagi pintu naik ke bumbung. 

Sekeping batu yang juga ada ukiran purba di atasnya. 

Kuil ini adalah pusat penyembahan dewa buaya iaitu Sobek. Oleh itu orang Yunani memanggil kawasan ini "Kota Buaya" (Krokodeilópolis), yang dipinjam dari perkataan Latin 'CrocodÄ«lopolis'. Penduduk zaman dulu kota ini menyembah buaya suci yang  dijinakkan yang dipanggil Koine Petsuchos (the Son of Soukhos). Buaya ini dihiasi dengan pendants emas dan permata dan tinggal di kolam kuil yang istimewa dan diberi makan oleh priests dengan makanan yang disediakan oleh pengunjung. Apabila Petsuchos mati, ia digantikan oleh buaya lain.

Di bumbung, ada terdapat relief tanpa kepala Sobek (an ancient Egyptian god) di sebelah kiri dan ukiran firaun di sebelah kanan. Nampaknya ukiran kepala Sobek dan separuh ukiran firaun telah ditarah very likely kerana sebarang bentuk ukiran kehidupan tidak dibenarkan di sini. Mungkin berlaku lama dahulu sebelum penglibatan Ministry of State for Antiquities bila Islam menakluk Mesir. 

Dewa Sobek (kiri) dan firaun.

Beginilah bentuk asal ukiran dewa Sobek.

Dan ini pula perbandingan ukiran firaun di dinding kuil ini dan patung firaun.

Ustaz memberikan penerangan.


A closer look of the pharaoh's relief. Perasan tak the pointy skirt?

Haa.. memang begitu pakaian firaun masa tu.

Kepala si Sobek dah robek.

Kuil ini adalah salah satu dari few ancient Egyptian buildings yang masih lagi ada bumbungnya. 

Dari bumbung kuil ini juga boleh nampak jelas runtuhan bandar Dionysias. 

Foundations dan dinding-dinding banyak rumah zaman kuno boleh dilihat di celah-celah timbunan pasir. 

Buat masa ini masih lagi tiada penggalian sistematik dibuat di sini. Makanya tak dapat la pelawat nak rasa 'feel' sebuah kota purba. 

Dari bumbung kuil ini juga pelawat boleh nampak padang pasir di belah selatan dan barat dan tanah pertanian dan villages di utara dan timur.

Kampung, kebun dan ladang dan di horizon padang pasir dan bukit bukau.

Menara sebuah masjid juga boleh kita nampak.

Bergambar kenangan.

Pemandangan bangunan purba Qasr Qarun dari bumbung.

Ok dah, jom turun. Risau jugak tengok akak-akak ni. Batu tangga sini besar-besar belaka. Tapi mereka ok je sebab they are frequent travellers dan dah biasa ke tempat-tempat macam ni.


One more shot before we leave for the album.

Papan kenyataan mengenai usahama projek arkeologi di antara Egypt's Supreme Council of Antiquities (SCA) dengan University of Siena dari Itali.

Secara kesimpulannya lawatan ini membawa kita ke kisah Qarun, mengingatkan kita jangan bersikap angkuh dan sombong. Mana layak kita manusia yang serba serbi lemah nak bermegah-megah dan sombong terhadap Allah s.w.t yang menjadikan alam semesta ini.

Terkandung dalam Al Quran kisah-kisah umat yang dimurkai Allah swt supaya kita sentiasa beringat. 
"Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan dibumi dengan berlagak sombong, sesungguhnya Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong, takbur lagi membanggakan diri".
Surah al-Luqman: ayat 18.

"(Setelah itu) dikatakan kepada mereka: Masukilah pintu-pintu Neraka Jahanam itu dengan keadaan tinggal kekal kamu di dalamnya; maka seburuk-buruk tempat bagi orang yang sombong, takbur ialah Neraka Jahanam". 
Surah al-Zumar : ayat 72.

Peingatan kepada kita juga ada dari hadis.
Rasulullah s.a.w berkata: "Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni syurga? Para sahabat menjawab: "Tentu wahai Rasulullah", lalu baginda berkata: "Penghuni syurga adalah orang yang lemah lagi direndahkan orang lain, kalau dia bersumpah (berdoa) kepada Allah s.w.t nescaya Allah kabulkan doanya. Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni neraka? Para sahabat menjawab: "Tentu wahai Rasulullah" , lalu baginda berkata: "Penghuni neraka adalah orang yang keras kepala, berbuat sesuka hati (kasar), lagi sombong perangainya".- hadis riwayat Bukhari dan Muslim.

Oleh itu, marilah kita berdoa dalam doa harian kita supaya Allah swt menjauhkan diri kita dari sifat angkuh dan sombong. 
__________________________________________________

Selesai dengan lawatan ke 'Istana Qarun', kami naik bas semula untuk makan tengahari.

Tak tahu pak Arab ni jual apa. Nampak macam tangki air/minuman berpaip. 

Kanak-kanak Fayoum.



Dua orang kanak-kanak menunggang keldai menarik dua ekor lembu. Nak balik ke rumah agaknya lepas lembu dah kenyang grazing the grass.

Nampaknya orang di sini pun membawa barang dengan menjunjung di atas kepala.

Kedai runcit / bakery.

Kelihatan penduduk Fayoum di masjid untuk menunaikan solat Jumaat. 


Di Mesir Friday is a weekend. So tak sekolah la adik-adik ni hari tu.

Passed by another mosque.

Passing by Qaroun Lake.

Memang kawasan sekitar tasik ini penuh dengan vegetation.




Mungkin ini sebuah resort.

Ladang kurma.

Ladang pertanian.







Migratory birds.

Taman kanak-kanak.


Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. so..
    makna nya bukan istana Qarun lah ya?
    atau memang tempat simpanan harta Qarun tapi bukan istana , di kuil
    tapi kecik je tempat simpanannya..
    dalam tasik pun ada harta dia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. A'aa, bukan istana. Kalau istana sure lagi besar yg amat.
      Kuil dan stor simpan harta as we were told.
      Bangunan ni mmg nampak kecil sebab ada lagi bahagian yg belum digali oleh ahli arkeologi di kawasan sekitarnya. Kata mereka kawasan tu sangat besar. I guess tak de bajet nak buat tu semua. Maklum la di Mesir ada sgt banyak kawasan bersejarah yg nak dikorek.

      Dah banyak expeditions cari harta dlm tasik tu tapi satu pun tak jumpa.

      Delete