Monday, January 14, 2019

EGYPT - DAY 09 - PART 04 - DARI FAYOUM KE KAHERAH

Sebelum bertolak balik ke Kaherah, kami dibawa singgah dulu ke restoran ini untuk makan tengahari. Lokasi restoran ini is just across the road dengan Tasik Qarun. 

Berjalan masuk ke bahagian dalam kawasan restoran. Kami lalu ruang yang cukup teduh dan nyaman ini, dengan tempat duduk bersofa yang very inviting actually.

Bumbung ruang ini ditutupi dengan daun-daun kering pokok kurma dengan celah-celah yang membenarkan angin bertiup masuk. 

Terus ke tempat makan. 

Kami kena tunggu sekejap for lunch sebab the owner yang juga chef restoran ini baru sahaja balik dari bersolat Jumaat. So we just relax and go to toilet and freshen up ourselves. Fyi, tandasnya ada for ladies and gents dan sangat bersih.

Sementara menunggu lunch disediakan kami juga bersolat. Tiada bilik solat tapi ada disediakan tikar dan sejadah di bawah pokok di padang rumput hijau ni. Pada saya terasa nyaman sungguh bersolat dalam suasana begini, out in the open air di tiup angin tasik. Suhu pun tidaklah terlalu panas. Just nice actually. Saya perhatikan group members wanita kami pun tidak langsung nampak seperti mereka kepayahan. Macam seronok pula mereka saya nampak.. hehe. Elok lah begitu. Permudahkan, janganlah terlalu rigid. Kan situasi dah begini. Ni pun dah cukup baik ada disediakan tempat bersolat. Lagi pun kalau ambil pakej percutian begini, kena expect la things like this kan.

Pemandangan di sekitar restoran.


Ada padang hijau dan gazebo. Di hujung tu Tasik Qarun.

Bumbung daun kering sebelah kanan tu ialah ruang makan. Bangunan merah tu ialah tandas. Bangunan besar belakang tu kalau tak silap adalah samada rumah persendirian atau hotel/motel.

Seekor kuda sedang berteduh. 

Tertarik dengan design pada rida' shawl Ustaz Toyyeb yang digunakannya sebagai alas kami bersolat, saya pun tanya dia apakah corak pada kain tu? Ustaz kata itu adalah bentuk tapak sandal Rasulullah saw. Saya terdiam dan admire the design. Kagum sekejap dengan gaya hidup Ustaz yang menerapkan aspek kehidupan Rasulullah saw termasuk dari segi pemakaian dalam hidup dia i.e the rida' shawl.

Ini adalah salah satu dari sandal Rasulullah saw yang ada di Topkapi Palace Museum, Istanbul.

Info tentang sandal dan kasut Rasulullah saw. 

Sebelum ini pernah juga saya nampak design yang sama pada songkok putih/kopiah/serban dan selipar.

Tengah sembang dengan Ustaz Toyyeb, ternampak burung ni. Ini burung Hoopoe atau Upupa epops. Dalam bahasa kita namanya burung Hupu Tunggal. Kalau di Malaysia burung ni adalah haiwan terlindung, Nak buru kena ada lesen. Feature menarik burung ni ialah paruhnya yang panjang meruncing dan melengkung, jambulnya dan sayap berbelang. Jantung Burung Hupu Tunggal terdiri daripada empat kamar seperti manusia. SubhanAllah, cantik sangat. Tak sangka la pulak dapat ambil gambarnya.

Dan inilah hidangan makan tengahari kami di Fayoum. 

Ada ikan bakar makan bersama nasi dan roti dengan mix vege salad. Alhamdulillah, sedap! 

Juga ada anggur dan kurma. Juga teh.


Lepas makan, sebelum berangkat balik ke Kaherah, Ustaz Faiz ajak kami bergambar di tepi Tasik Qarun sekejap. 

Tasik Qarun ini adalah sangat luas. Bayangkanlah jika benar ini lokasi harta Qarun dibenamkan, betapa banyak sekali harta dia! 

Tasik Qarun adalah tasik kedua terbesar di Mesir selepas Tasik Nasser. 

Ini lokasi Qarun Lake and Lake Nasser.


Anak-anak muda Mesir melepak di tepi Tasik Qarun.





Lebih kurang pukul 2:30 pm kami pun bergerak balik ke Cairo dengan diiringi oleh polis escort hingga ke Plaza Tol Fayoum. Polis escort yang bersama kami di dalam bas pula terus bersama kami hingga ke hotel. Syukur Alhamdulillah ada escort untuk menjaga keselamatan.

Perjalanan ke Kaherah ambil masa lebih kurang 2 jam.

Ada ferris wheel di salah satu amusement park di sini. But I think this particular ferris wheel tak meet safety codes sebab boxes/compartments terbuka macam tu. Should be covered right, for safety reasons. Mana la tau kot baldi tu terbalik, terhumban keluar orang di dalamnya.

Nelayan di Tasik Qarun. Nampak tak ada orang tengah mandi tu?

Ini Helnan Auberge Fayoum, sebuah 5 star hotel di Tasik Qarun.

Sampan-sampan nelayan.


Motosikal penjual tikar dan karpet. Di Mesir memang banyak motosikal hybrid macam ni. Memang dimanufactured keluar dari kilang begitu rupanya.

Lembu diternak untuk susu dan baja. Anak lembu juga dijual.

Pak Arab ni tengah tunggu public transport agaknya.

Seorang lelaki Fayoum sedang menunggang keldai melalui kawasan ladang pertanian yang luas. Seperti Alexandria yang kami lawati tempohari, di Fayoum juga pemandangannya adalah hijau dan subur.


Mereka yang tinggal di Fayoum ramai adalah petani. Mungkin juga ada pengaruh etnik Greek yang kuat di Fayoum kerana ia merupakan hab kehidupan Greco-Rom selama berabad-abad. Terdapat juga kehadiran Kristian Koptik yang kuat di sini.


Pada pengangkut beroda yang ditarik traktor tu ada tertulis "ومن يتوكل علي الله فهو حب" yang lebih kurang maksudnya "Dan sesiapa yang bertawakkal kepada Allah, Dia adalah seorang alim" atau "Dia yang percaya kepada Allah adalah cinta". Maaf kalau salah sebab saya tak belajar bahasa Arab. 


Anak-anak Fayoum.

Ke mana agaknya nak dibawa budak-budak ni? Saya baca antara kerja yang dilakukan oleh kanak-kanak di Fayoum ini ialah di ladang kapas di mana mereka ditugaskan mencari dan membuang ulat-ulat kapas disamping kerja-kerja memetik kapas. Of course la saya tak pasti samada kanak-kanak di belakang lori ini adalah child labour or not, tapi dalam keadaan mereka ditransport begitu I can't help but think that they are. I hope they are not, that they are going to some fun outdoor event or games. I don't mind being thought as naive for the wishful thinking but whatever it is I make doa for them to have the childhood that they deserve and have a happy healthy period of growing up and not be stressed and 'hardened' by the at times cruel working conditions. 
Di Fayoum Governorate, dari penduduknya yang seramai lebih kurang 3 juta orang, majoriti tinggal di kawasan luar bandar dan bekerja di bidang pertanian dan dalam industri berkaitan. Dan majoriti ibu bapa di situ cuma mempunyai pendidikan tidak formal. Jadi mungkin pelajaran tidak di beri keutamaan pada anak-anak mereka. 

Dan hampir separuh bapa-bapa tersebut tidak mempunyai kerja tetap, bekerja sehari dan hari lain tanpa kerja. Jadi anak-anak mereka terpaksa keluar bekerja untuk membantu keluarga. 
Fyi: "Minimum Age Convention No. 138 set the minimum age for admission to employment as the age of education completion. The education completion age in Egypt is 15 years old. The minimum age for hazardous work and military recruitment is 18 years old".

Pada 2014, World Food Program dan European Union melaporkan bahawa bilangan anak kecil yang bekerja di Mesir melonjak kepada sekurang-kurangnya 2.7 juta orang.

Menurut UNICEF Mesir, 5.6% daripada kanak-kanak ini bekerja di bawah keadaan berbahaya.

Setiausaha Agung Gabungan Hak Asasi Kanak-Kanak Mesir, Hani Helal menjelaskan kenaikan ini disebabkan oleh pengabaian kerajaan di bawah kemerosotan politik dan keselamatan yang menyusul Revolusi 25 Januari.

Buruh kanak-kanak di Mesir adalah akibat daripada kemiskinan dan jumlah penduduk yang melebihi usaha pembangunan.

Kedai jual local fruits.

Nampak macam mereka sedang tunggu public transport. Cannot be sure sebab tak nampak pun sebarang bus/public transport stop.

Kedai buah-buahan, kedai runcit dan kedai pakaian.

Salah satu terusan yang besar.

Locals menjual itik di tepi jalan. Saya baca Fayoum memang terkenal sebagai tempat menternak itik dan makan lauk itik adalah perkara biasa di Mesir. Dikatakan juga the best ducks datangnya dari Fayoum. Dan hidangan masakan itik popular ialah duck with orange sauce. 


Fayoum dikenali untuk pertaniannya walaupun hanya 24% daripada kawasan tanahnya adalah untuk pertanian. 

Pertanian adalah salah satu aktiviti yang paling penting untuk Fayoum kerana tanahnya bertekstur walaupun sebahagiannya adalah bergaram. Kebanyakan ladang dikendalikan oleh petani-petani kecil yang memiliki tanah yang tidak besar. 

Pertanian dilakukan dengan sistem 3 tahun penggiliran. Tanaman utama adalah Alfa Alfa (berseem), gandum, kapas, broad beans, tomato, tembikai dan padi.

Lebuhraya di Fayoum.


Bapak dan anak sedang menjala ikan di terusan.

Gitu je disusun itik-itik dan ayam-ayam belanda tu di tepi jalan 😊. 

Daging ayam, itik dan ayam belanda adalah popular di kalangan penduduk Mesir kerana harga yang rendah berbanding dengan daging merah dan ikan. Ia juga merupakan sumber pendapatan bagi golongan miskin terutama ketika harga daging merah dan ikan naik. Usaha menternak haiwan-haiwan ini dianggap sebagai satu jawapan kepada kadar pengangguran yang tinggi di Mesir.

Ladang jagung.

Ini adalah kawasan perkuburan di Fayoum. 

Saya baca di Fagg al-Gamous, salah satu wilayah di Fayoum Governorate, ada satu kawasan perkuburan purba yang luas berusia lebih dari 2,000 tahun yang lalu. Ia sangat luas dan dianggar ada lebih sejuta mummified remains di situ.
Ini bukan kawasan perkuburan purba di Fagg al-Gamous.


Sudah hampir tiba di Kaherah. 

Kelihatannya ada beberapa kenderaan berhenti berhampiran Plaza Tol.

Mungkin mereka ini adalah penumpang 'public transport' yang baru nak leave Kaherah. 

Plaza Tol Giza.

Le Meridien Pyramids Hotel & Spa, Giza.


Pyramid of Khufu (kiri) dan Pyramid of Khafre.



Untuk 'mencantikkan' lagi imej Kaherah, kerajaan Mesir telah tidak lagi membenarkan kemasukkan binatang tunggangan di jalanraya. Tapi macam rasa hilang pulak identity bandar Kaherah ini tanpa mereka. 

Haaa.... kalau nak larang kenderaan, elok kalau forbid cars of a certain age from being driven on Cairo's road. Law ini pasti akan improve Cairo's image kan. Kalau tak, jadi macam ni la.  

Alhamdulillah kami selamat sampai ke hotel penginapan kami di Kaherah selepas seharian travelling pergi balik ke Fayoum serta melawat ke tempat-tempat menarik di sana. Seperti biasa masa malam di hotel saya akan download semua foto-foto yang kami diambil siangnya. 

Untuk dinner malam itu kami boleh opt for the Nile Boat Cruise dan dinner atas bot tu sambil menonton persembahan kebudayaan Arab (optional activity) atau makan sendiri. Since kami rasa letih dan sudah pun pernah tengok persembahan kebudayaan sebegitu di Dubai, maka kami pun decided untuk makan malam on our own. Makan pun di restoran hotel je. Tak larat nak jalan keluar hotel cari restoran. 

Anyway ini foto-foto yang dikongsi oleh salah seorang kakak dalam group dengan kami yang pergi boat cruise tu. Ini foto-foto dewan makan dalam bot and the dinner.

Ini foto persembahan tarian yang dipanggil Tanoura atau el-Tanoura yang bermakna 'skirt'. Ia adalah sebuah tarian rakyat Mesir biasanya dipersembahkan dalam perayaan Sufi Mesir. Tarian ni selalunya dibuat oleh orang Sufi lelaki dengan berpusing-pusing macam tarian dervish di Turki.

While the rest of our group members enjoying their dinner on a boat and watching local traditional performances, kami berdua had a very nice quiet dinner di restoran Amarante Pyramids Hotel. 

And we had pizza and spaghetti. Masa our orders arrived, we looked at each other dan ternganga. Besar sungguh portionnya! Hehehe..

Both dishes memang sedap!


Dalam kembang kempis hidung nak habiskan dinner tu, akhirnya kami managed juga 😊. Alhamdulillah.

Teringin nak hot drink so I ordered hot chocolate.

Dan tak lupa telan ubat-ubatan.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Replies
    1. Laa... pelik kejap... ingatkan ubat apa.. hehehe
      Tu dari Klinik Kesihatan Ampang doc :). Actually free je doc. Alhamdulillah.

      Delete