Monday, January 21, 2019

EGYPT - DAY 10 - PART 01 - EGYPTIAN MUSEUM

Hari ke 10 ini adalah hari terakhir kami di Mesir. Lewat petang kami akan ke airport dah. Tapi pagi ni masih lagi ada program. 

Masa kami jalan-jalan di Bazar Khan el-Khalili pada hari ke 8 yang lepas, ada saya ternampak poster-poster lukisan lama 'Old Cairo' yang saya suka sangat. Gambar-gambar lukisan dari era itu gave me glimpses of what it was like back then and that just thrills me like I cannot explain.. hehe. Tapi tak la minat sampai nak beli :).

Dan kebetulan di hotel penginapan kami pun ada juga lukisan-lukisan sedemikian. And here they are. Yang ini tajuknya 'The Arab Tale-Teller' by Horace Vernet (1833).

Moroccan Dance with Handkerchiefs, by Théodore Chassériau.

Journey of the Magi (1894) by James Tissot (1836–1902).

Pelerins allant à La Mecque (Pilgrims Going to Mecca) by Leon-Auguste-Adolphe Belly.

Silk-Mercers' Bazaar of El-Ghooreeyeh, Cairo by David Roberts.

View Of Cairo To The East by David Roberts.

Arabes syriens en voyage (Syrian Arabs on a journey) by Prosper Marilhat.

Algerian Woman in an İnterior Courtyard by Eugene Pierre Francois Giraud (Spanish, 1846-1873).

Nomads In The Desert by Georges Washington.

The Road to the Pyramids at Giza, C1873 by Edward Lear.

The Lion Hunt by Horace Vernet. 

Laghouat In The Algerian Sahara by Gustave Caillebotte.

Carpet Merchant by Jean-Leon Gerome. 

Bazaar of the Coppersmiths, Cairo by David Roberts.

Voyage En Orient by David Roberts.

Safie, one of the three ladies of Baghdad (1900) by William Clark Wontner.


Egypt and Nubia by David Roberts.

Last sarapan di Mesir.

I was so naive to expect that mee hoon like dish would taste like mee hoon goreng.. hahaha... Ye la kan, dah 10 hari tak makan makanan Malaysia.. hehe.

Maka bergebak gedebuk la kami semua bawak beg-beg besar turun dan tarik ke bas. Kami datang dengan 2 beg kecil dan 2 beg besar dan total beg tetap sama masa balik ni. Ada akak-akak yang kami nampak telah bertambah 3 atau 4 lagi beg, big ones! Hehe... tak pe la tentu banyak dibelikan untuk keluarga sedara mara rakan handai.

Sementara menunggu bas nak jalan.



Untuk aktiviti hari terakhir kami di Mesir, kami diberi 2 pilihan: sama ada nak shopping di Genena Mall atau pergi ke Egyptian Museum.  

Kami berdua tentulah pilih muzium tu. Pada kami rugi sangat kalau tak pergi. 5 others in our group felt the same. Yang lain, the majoriti, semua nak pergi shopping. 

Kami faham kerana pada 9 hari yang lepas kami banyak dibawa lawatan ke tempat-tempat bersejarah dan hanya sekali sahaja ke bazar. Dan kalau ada pun yang sempat mereka bershopping it was done in a hurry. Kesian. Saya terfikir juga if I am rushed to take photos sebab tak cukup masa, saya pun akan rasa tak tenang. 

Bas kami terus meluncur di tengah kota Kaherah membawa kami ke Egyptian Museum dulu, drop the 7 of us bersama Thoha (our  local guide) dan lepas tu bawa the rest ke Genena Mall.

Plannya bila kami dah selesai dengan lawatan di muzium, kami akan naik Uber dan berkumpul semula dengan group di Genena Mall.

Menyeberang Sungai Nil for the last time. Meninggalkan Giza dan masuk ke Kaherah.

Good bye old river, may Allah will you to continue flowing for the good of the Egyptians and humankind.

And may Allah swt always be in the hearts of the Egyptian Muslims and they be bestowed with beautiful and fruitful lives. 

Breakfast food truck. A quick, cheap and satisfying way for a good hearty breakfast to help face yet another challenging day. 

Cairo = traffic jam. But this here was because it was early morning when Egyptians were on their way to work/universities/colleges/schools. 

The ancient Egyptian Aqueduct yang sangat bersejarah.

Menuju ke Egyptian Museum dahulu to drop us off before heading to Genena Mall. 

Sungai Nil kecil.

Memakai helmet sebenarnya adalah compulsory and punishable by law kalau tak pakai masa naik motor di Kaherah ni.

Tiba di kawasan Tahrir Square.

Sebuah dataran bersejarah bagi penduduk Kaherah / Mesir.


Tahrir Square adalah nadi kota Kaherah. Dataran besar ini juga menyaksikan kebangkitan rakyat Mesir menentang Presiden Hosni Mubarak sehingga menimbulkan Revolusi Tahun 2011 yang menggulingkan beliau dari pemerintahan.


The Nile Ritz-Carlton. 

Bangunan Egyptian Museum terletak di hujung Tahrir Square. 


Inilah Museum of Egyptian Antiquities.

Ia juga dikenali sebagai Egyptian Museum atau Museum of Cairo, di Kaherah, Mesir. Ia mengandungi koleksi artifak Mesir purba yang hebat sebanyak 120,000 item, yang sebahagiannya dipamerkan dan selebihnya ada disimpan dalam stor. Banyak item perlu disimpan di dalam exact environmental conditions untuk mengelakkan kerosakan dan pereputan.

Pada tahun 1835, Muzium Antikuiti Mesir ini telah dibina oleh kerajaan Mesir kerana terdesak untuk menghentikan plundering and looting banyak tapak arkeologi di negara ini. Diharapkan muzium itu akan dapat melindungi artifak-artifak yang tidak ternilai yang memberi kesaksian kepada masa lalu kuno Mesir.
Mungkin pada dinding depan muzium ini ialah patung Cleopatra VII.

Semasa Revolusi Mesir tahun 2011, muzium itu dipecah masuk, dan dua mumi telah musnah. Beberapa artifak lain juga telah rosak. Sekitar 50 artifak hilang.  

Pada masa itu, orang awam bertindak balas dengan cepat dan berani untuk mencegah pencurian. Mereka membentuk rantaian manusia di sekitar bangunan ini untuk mengamankannya, dan mereka berjaya melindungi muzium ini. Sejak itu 25 artifak telah dijumpai semula.

Ada pulak marching band.  

Walau pun tak faham kenapa ada marching band berarak depan muzium ni, kami enjoy je la sementara Thoha pergi belikan tiket masuk muzium untuk kami.



Tiket masuk ke Egyptian Museum berharga LE 120 (RM 30) seorang. Kalau nak bawa masuk kamera, tiket tambahan bernilai LE 20 (RM 5) turut dikenakan. According to my wife, pada tahun 2010 dulu when she was here, kamera langsung tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam muzium.

Ambil a few more photos marching band ni.



Ok jom masuk. Kena lalu 2 laluan sekuriti, di depan ni dan di pintu masuk utama bangunan muzium. And the security guys are everywhere! Tapi semua ok je. In fact, their unnecessarily plentiful presence (only my opinion lah) put us at ease knowing that security is tight. 

Di dalam Egyptian Museum, Cairo. Sambil melangkah masuk, sambil membaca yang perlu serta berdoa pohon dilindungi Allah swt.

Pelawat ke muzium ini datangnya dari seluruh dunia.


Ada peta to help guide visitors. Muzium ni sangat besar so with the limited time we had, kena la kami buat super quick sweeps on each of the 2 floors. Itu pun tak sampai 40% sections on each floor yang sempat kami cover. 

Pameran muzium ini bermula dari awal zaman Old Kingdom of Ancient Egypt (kira-kira 2700 SM) sehingga Greco-Roman period.

Ok jom explore. Fyi, saya share sini sangat banyak foto. Mana-mana artifak yang ada notes/info, ada saya share sekali info-info tu. Ok, have fun! 😤 See you at the bottom of the page 😊. 




Amenhotep, Son of Hapu.

Colossus of Ramesses II.


Tutankhamen shields. 




A Funerary shroud. 



Patung King Amenophis III dan isterinya Queen Tyi dengan 3 anak perempuan mereka (patung kecil) mendominasi ruang pameran New Kingdom di tingkat bawah Egyptian Museum.



Senwosret III.

Ramesses III.








King Tuthmosis II.

Sarcophagus of the Royal Overseer. 

King Senusret I.


King Ramesses II. 



















King Smenkhkere Mermsha.

King Amenophis III and wife Queen Tyi.















Relief batu kapur yang ditemui di Makam Diraja di Amarna ini menggambarkan Akhenaten, Nefertiti, dan dua anak perempuan mereka membuat tawaran kepada sun-disk Aten. Akhenaten dan Nefertiti mempersembahkan bunga-bunga yang di bawah sinaran "life-giving" Aten.

Amenhotep IV / Akhenaten. 


King Akhenaten. 

Stela of Ptahmay.

Shrine Stela with the Royal Family.

Queen Tiye. 



King Akhenaten's coffin lid. 








Facade of a shrine. 

Queen Tiye. 

Stela of Any. 


Aged King. 

Queen Nefertiti. 

The Amarna Period. 








Group statue of King Horemheb and the Osirian Triad. 


Ramses II. 







Ancient scrolls. 










Gilded Wooden Throne of Tutankhamun. 




Ka Statue of Tutankhamun wearing the Khat Headdress. 



Satu foto lama artifak-artifak yang dijumpai. 

Golden bed of Tutankhamun. 





Statuettes of gods. 











King Tatukhamun on Papyrus boat. 





Ostrich feather fan with ivory handle.


King Tutankhamun with royal signs. 


King Tutankhamun standing on a leopard. 




Foto lama penjumpaan patung-patung King Tutahkhamun selepas carigali.




Linen dress. 


Satu section yang luas di tingkat 1 yang penuh dengan keranda.


Antara sarcophagus yang masih intact. 





Pemandangan pintu masuk pelawat ke Egyptian Museum dari tingkat atas. Semua pelawat perlu melalui pemeriksaan X-Ray sebelum dibenarkan masuk ke dalam muzium.

Mayat Firaun Ramses II disimpan di sebuah bilik khas bersama-sama dengan mayat beberapa orang Firaun lain. Ada bayaran tambahan LE 90 (RM 23) dikenakan kalau nak melawat ke bilik ini. Oleh kerana fotografi tidak dibenarkan di bilik ini, maka kami decided untuk tidak masuk ke dalam. Tambahan pula orang ramai masa tu dan dah ada waiting time kena beratur sebab tak boleh masuk ramai dalam tu. Moreover, banyak lagi bahagian yang kami tak lawat dalam muzium ni. 

Anyway, beginilah rupa mumia Ramses II yang dipamerkan. Gambar ini diambil dari tiket kamera yang kami beli sewaktu nak masuk ke Egyptian Museum ini tadi. 

According to my wife yang sudah pernah masuk dan lihat mayat Ramses II di dalam bilik tu, ianya masih sempurna jika dibanding dengan mayat firaun-firaun lain yang disimpan bersama dengannya di bilik ini. Allah SWT telah berfirman di dalam Al Quran yang mana mayat Firaun ini akan dikekalkan sebagai pengajaran kepada generasi manusia yang akan datang. 

Surah Yunus (10): Ayat 92:
[92] Maka pada hari ini Kami selamatkan jasadmu agar engkau dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang setelahmu, tetapi kebanyakan manusia tidak mengendahkan tanda-tanda (kekuasaan) Kami.

Suasana di dalam Royal Mummies Room di dalam Egyptian Museum.

Inilah Firaun Ramses II yang menentang Nabi Musa dulu. Perhatikan mayatnya disemadikan dengan tangan yang bersilang di dada kerana dia memang seorang Raja. Cuma Raja saja disemadikan dengan tangan bersilang begini.

Gambaran Tomb of Tutankhamun yang ditemui di Valley of the Kings di Luxor.



Suasana di tingkat 1.

Dalam muzium ni ada sangat banyak keranda dan some of them penuh sarat dengan dekorasi seperti set sarcophagus ini. 





Look at the insane details!


Looking down ke ground floor. 


Indeed, animal mummy pun ada. 


Sebagai pets atau food for afterlife si firaun ikut kepercayaan mereka.
























More sarcophagus. 


Two masks of Thuya and Yuya.




Shawabi statues of different materials for Thuya and Yuya. 





Chair with lion feet. 



Box for keeping wigs of Thuya and Yuya.

The Chariot of Yuya. 


Coffin of Thuya. 




Second coffin of Thuya.







Ancient Egyptian sandals.





Linen ornamented garment. 




Ancient scrolls section. 












Tak la kami faham pasal scrolls di sini kecuali yang ini. 

In Ancient Egypt, it was believed that upon death, one's fate in the afterlife was determined by the weighing of one’s heart. One's heart was kept within the body during mummification so that it can travel with the deceased into the afterlife. Upon death, one entered the underworld (Duat), where Anubis, the God of the dead, weighed the persons heart on a scale against the feather of Ma’at, the goddess of order, truth, and righteousness. If the heart weighed more than the feather, meaning that the person was more wicked than good, then the heart would be devoured by Ammit, a demon with the head of a crocodile, the front half of the body of a leopards, and the back half of a hippopotamus, but with goat arms. If a person's heart was devoured by Ammit, then he would die a second death and be completely annihilated from existence.
- Wikipedia







Masuk ke bahagian mummy dari zaman Greco-Roman. Ini mumia seorang budak lelaki.

Cara mereka kebumikan mayat ialah dengan lukisan portret si mati di tampal sekali pada bahagian muka mumia.

Tentang mummy of a boy.

Di bilik ini ada banyak mumia, bertingkat-tingkat. Memang meremang masa ni. So kami cepat-cepat je tengok dan ambil gambar. Kalau kawan-kawan tak nak tengok, sila la navigate ke bawah laju-laju ya. Sebenarnya tak ada la apa yang mengerikan, cuma it gave us an unsettling feeling.

















Orang zaman tu tiru gaya firaun, dah mati dipakaikan topeng. Yang royalty dan kaya buat topeng logam macam ni. 


Yang the rest dengan lukisan begini.


Kotak salut emas ini pula ialah kotak tempat simpan King Tutankhamun punya organ-organ dalaman dia yang dah di mummified. 







Anubis.





Payung pengebumian Firaun.


Patung-patung the kings and queens.




Satu lagi peti salut emas tempat isi mummified organ-organ dalaman. 




















Juga ada foto-foto lama artifak-artifak yang dijumpai oleh arkeologi dahulu.










Ok dah, selesai dah lawatan ke Egyptian Museum ni. Banyak sungguh artifak yang ada. Yang kami sempat tengok dan ambil gambar rasanya tak sampai pun 30% (may be even much lesser than that) dari apa yang dipamerkan. Yang tak sempat tu kebanyakkannya adalah artifak-artifak kecil.

Anyway, kesimpulannya, muzium ni has so much to offer dan dengan masa 2 jam memang la tak cukup. Even at leisurely phase pun rasanya boleh rasa overwhelming. Terlalu banyak artifak yang tidak dilabelkan dan kalau ada label pun ianya tidak jelas and/or tidak cukup dan dalam pelbagai bahasa (French, English, Greek, German and Arabic). Also we find it difficult to navigate dalam muzium ni. Ada la sekali dua tu kami terhilang arah sekejap.. hehe. So bila kami nampak tourists lain ada guides, rasa jeles la jugak sebab tourists tu dapat macam-macam info tentang artifak dan tak perlu risau navigating. 

However, all in all we had a wonderful time. Kami terima keadaan that we were in and managed to have quite an enjoyable time. 

Macam biasa nak exit kena lalu kedai souvenirs. 



Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

4 comments:

  1. fuh, mmg nampak best giler museum ini...sambil saya baca posting ni, teringat2 filem 'the mummy returns'
    mumia yng tertingkat tu mmg ada 'isinya' lagi atau kosong?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muzium ni memang hebat. So many artifacts. Sekarang mereka sedang bina muzium baru yang lagi canggih dipanggil 'Grand Egyptian Museum' expected to be open in 2020.

      Ada yang ada 'isi' dan ada yang nampaknya kosong.

      Delete
  2. of course lah museum kan!!!!!??
    dua hari pun tak cukup nak cover museum ni rasanya .

    true.
    menyeramkan mummy mummy tu
    sebab it is still there! frozen in time..

    bestnya museum ni !!
    ada bau muesum tak? hahhaha weird question from your weidd friend :))

    saya tunggu 2020 lah baru nak pergu Cairo macam ni ....

    thanks for bringing me into the museum !!
    fascinating

    malam tu ngigau tak dalam plane ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang tak cukup. Yg dipamerkan pun cuma sebahagian. Banyak lagi dalam stor sebab dah tak cukup kawasan nak display. Yg mereka display pun agak cramped. Tu yg mereka buat muzium baru.

      Betul doc. Sibuk mulut saya baca apa2 yang patut dan doa pohon dilindungi.

      Best sgt doc. Every which way you turn ada je something yg menarik yg nak di teliti. Bukan sekadar tgk, tapi nak diteliti.
      Bau? Hmm.. tak perasan pulak. Not even di bahagian mummy tu atau ancient scrolls. I guess ventilation muzium tu bagus.

      Betul. Tunggu sampai muzium besar baru tu siap. Tapi still kena monitor from time to time sebab opening muzium baru tu dah kena postponed several times already.

      You're most welcome doc.

      Alhamdulillah tak de. I suppose letih sgt dah so nyenyak tidurnya.

      Delete