Friday, November 22, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - SPAIN - SEVILLE - CASCO ANTIGUO

Assalamualaikum.
Zarina (local guide kami) seterusnya membawa kami berjalan kaki dari Plaza Puerta Jerez menuju ke kawasan bersejarah Seville yang dinamakan sebagai Casco Antiguo.



Laluan trem.




Melalui c. San Gregorio.






Plaza de la Contratación - sebuah town square.

Bangunan Delegation of the Government of the Junta de Andalucía in Seville. It is a Local government office.

Cámara de Comercio de Sevilla - Chamber of Commerce.

Zarina membuat demonstrasi penggunaan tong sampah. Just step on the pedal below. 

Melalui c. Miguel Manara.

Di Casco Antiguo ini, kami dibawa melihat Royal Alcázar of Seville, Cathedral of Seville dan General Archive of the Indies yang merupakan landmarks utama kota Seville yang telah mendapat pengiktirafan sebagai UNESCO World Heritage pada tahun 1987.

Ketika ini kami masih lagi sedang melalui Calle Miguel Mañara.

Tembok merah ini adalah sebahagian dari Royal Alcázar of Seville.

Sudah kelihatan Cathedral of Seville.

Dari sudut pandang ini kami dapat melihat ketiga-tiga Tapak Warisan Dunia UNESCO di Seville iaitu General Archive of the Indies (kiri), Cathedral of Seville (tengah) dan Royal Alcázar of Seville (kanan).

General Archive of the Indies (kiri) dan Cathedral of Seville (kanan).

🔵Cathedral of Saint Mary of the See (Catedral de Santa María de la Sede), lebih dikenali sebagai Seville Cathedral (Catedral de Sevilla), ialah sebuah katedral Katolik dan bekas masjid di Seville, Andalusia, Sepanyol.
🔵Ia adalah salah satu gereja terbesar di dunia serta katedral Gothic terbesar.
🔵Selepas ianya siap pada awal abad ke-16, Seville Cathedral menggantikan Hagia Sophia sebagai katedral terbesar di dunia, gelaran yang dipegang oleh gereja Byzantine Hagia Sophia selama seribu tahun.

🔵Ramai orang penting dari zaman lampau Sepanyol dikuburkan di katedral ini termasuk penakluk kota Seville, Ferdinand III dari Castile, anak dan pewarisnya, Alfonso the Wise, dan keturunan mereka, King Peter the Cruel, kardinal Juan de Cervantes dan Pedro González de Mendoza, serta Christopher Columbus dan anaknya Diego.

🔵Khalifah Almohad Abu Yaqub Yusuf mengarahkan pembinaan masjid besar baru pada tahun 1172 di hujung selatan kota itu dan siap pada 1198. 
🔵Ia menggantikan yang dibina antara 829 dan 830 oleh Umar Ibn Adabbas di tapak gereja kolej Divino Salvador sekarang, sebagai masjid utama di bandar itu.

🔵Tidak lama selepas penaklukan Seville oleh Ferdinand III, masjid Yaqub Yusuf telah diubah menjadi katedral di bandar itu. 
🔵Orientasinya telah diubah dan ruangnya dipisahkan dan dihiasi untuk disesuaikan dengan amalan penyembahan Kristian. 
🔵Ruang dalaman secara beransur-ansur dibahagikan kepada chapels dengan membina dinding di sepanjang dinding utara dan selatan. 
🔵Hampir keseluruhan bahagian timur katedral itu diduduki oleh chapels diraja yang menempatkan the remains of Ferdinand, his wife and Alfonso the Wise.

🔵Seville Cathedral dibina untuk menunjukkan kekayaan bandar itu, kerana ia telah menjadi pusat perdagangan utama pada tahun-tahun selepas Reconquista pada tahun 1248. 
🔵Pada 1401, pemimpin-pemimpin bandar itu memutuskan untuk membina sebuah katedral baru untuk menggantikan masjid besar yang berfungsi sebagai katedral sehingga ketika itu. 
🔵Begitu bersemangat mereka hingga, menurut tradisi lisan tempatan, ahli-ahli katedral berkata: "Hagamos una Iglesia tan hermosa y tan grandiosa que los que la vieren labrada nos tengan por locos" yang bermaksud "Let us build a church so beautiful and so grand that those who see it finished will take us for mad").
🔵Kerja bermula pada 1402 dan berterusan selama lebih satu abad.

🔵Beberapa elemen masjid Yaqub Yusuf telah dikekal semasa pembinaan katedral ini. 
🔵Contohnya Sahn masjid, iaitu, halaman untuk berwuduk dikenali hari ini sebagai Patio de los Naranjos. Ia mengandungi air pancut dan pokok oren. 
🔵Yang paling terkenal ialah menara masjidnya, yang telah ditukar menjadi menara loceng yang dikenali sebagai Giralda, dan kini menjadi simbol paling terkenal di bandar Seville.



Di katedral ini juga ada sebuah menara besar.
🔵Giralda ialah menara loceng Cathedral of Seville dengan ketinggiannya ialah 105 meter.
🔵Ia adalah bekas menara masjid yang telah dibina menyerupai menara Masjid Koutoubia di Marrakech, Maghribi. 
🔵Ia telah ditukar menjadi menara loceng untuk katedral selepas Reconquista, walaupun bahagian paling atas bermula dari Renaissance. 

🔵Ia telah didaftarkan pada tahun 1987 sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. 
🔵Menara ini merupakan salah satu simbol terpenting di bandar zaman pertengahan.

🔵Pada abad ke-16 menara loceng telah ditambah dengan patung di bahagian atasnya, yang dipanggil "El Giraldillo", dipasang pada tahun 1568 untuk mewakili triumph of the Christian faith.




Ini pula ialah Alcázar of Seville.
🔵Alcázar of Seville, secara rasmi dipanggil Royal Alcázar of Seville (Real Alcázar de Sevilla atau Reales Alcázares de Sevilla), ialah sebuah istana diraja yang bersejarah di Seville, Sepanyol. 
🔵Istilah Sepanyol Alcázar berasal daripada bahasa Arab al-qaṣr (اَلْقَصْر) yang bermaksud "istana". 



🔵Ia dahulunya merupakan tapak kubu kota era Islam, bermula pada abad ke-10 dan kemudian berkembang menjadi kompleks istana yang lebih besar oleh dinasti Abbadid (abad ke-11) dan Almohads (abad ke-12 hingga awal abad ke-13). 
🔵Selepas penaklukan Castilian ke atas bandar itu pada tahun 1248, tapak itu telah dibina semula secara berperingkat dan digantikan dengan istana dan taman baru.

🔵Istana ini telah didaftarkan pada tahun 1987 oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, bersama-sama dengan Seville Cathedral dan General Archive of the Indies.

🔵Seville telah ditakluki pada tahun 1248 oleh Ferdinand III dari Castile. Bekas benteng istana Moor itu telah diambil alih oleh raja Castilian dan pembinaan semula dilakukan dengan pengubahsuaian yang ketara, sehingga sebahagian besar struktur era Islamnya sejak itu telah hilang.

🔵Ini Puerta del León (Gate of the Lion), yang terletak di dinding luar kompleks, adalah akses utama ke dalam istana.
🔵Nama semasa "Puerta del León" bermula pada abad ke-19 dan berasal daripada singa heraldik dalam panel jubin di atas pintu masuk.
🔵Dari segi sejarah, pintu gerbang ini telah dikenali sebagai Puerta de la Montería (Gate of the Hunt). Ia dipanggil sedemikian kerana di situlah King Peter keluar bersama pemburunya untuk pergi berburu.

🔵Ini pula adalah bangunan Archivo General de Indias, selalunya dipanggil Archive of the Indies, telah dicipta oleh Carlos III dan dirasmikan pada 1785. 
🔵Ia ditempatkan di bekas bangunan persatuan pedagang di Seville, yang dibina pada akhir abad ke-16. 

🔵Ia menjadi repositori bahan arkib yang mendokumentasikan sejarah Empayar Sepanyol di Amerika dan Asia. 
🔵Struktur Archive of the Indies ini dan kandungannya telah didaftarkan pada tahun 1987 oleh UNESCO sebagai Tapak Warisan Dunia, bersama-sama dengan Katedral Seville bersebelahan dan Alcázar of Seville.

🔵Hari ini, Archive of the Indies menempatkan kira-kira sembilan kilometer rak, dalam 43,000 jilid dan kira-kira 80 juta halaman, yang dihasilkan oleh pentadbir di Americas and the Philippines.

Kanan, dinding Alcázar of Seville.




Berjalan sikit lagi dan ini Plaza del Triunfo atau Triumph Square. 
🔵Plaza del Triunfo ialah tempat yang unik, dikelilingi oleh bangunan-bangunan ikonik dan bersejarah seperti Seville Cathedral, Convent of La Encarnación, Archive of the Indies, Alcázar of Seville dan bangunan yang menempatkan Casa de la Provincia, dahulunya Provincial Government Building, serta menjadi pintu masuk ke kawasan kejiranan Santa Cruz, dahulunya Jewish Quarter.

🔵Nama "Triumph" itu adalah daripada kejadian gempa bumi dahsyat yang dialami di Lisbon pada 1 November 1755, yang tidak menyebabkan kerosakan peribadi kepada mereka yang pergi ke Katedral pada masa itu. 
🔵Jadi mereka memutuskan untuk memberi penghormatan akan keselamatan itu dengan menamakan dataran itu "Triumph". 
🔵"Triumph" adalah kesaksian yang luar biasa tentang apa yang berlaku semasa gempa bumi dan dianggap sebagai simbol terima kasih atas perlindungan Tuhan.
🔵Di dataran ini juga terdapat Monumento a la Inmaculada Concepción / Monument to the Immaculate Conception.

Seville Cathedral.








Ini Plaza Virgen de los Reyes.

Di dataran ini ada Palacio Arzobispal atau Archbishop's Palace.
The Archbishop's Palace of Seville (Palacio Arzobispal) is a palace in Seville, Spain. It has served as the residence of bishops and archbishops of the episcopal sees and numerous nobleman and military figures to the present time. 

Di dataran ini ada air pancut Fuente Farola atau Lantern Fountain. 'Lantern' kerana ia berfungsi bukan sahaja sebagai air pancut tapi juga sebagai lampu jalan.



Seville Cathedral and Giralda.







Convent of La Encarnación.


Monumento a San Juan Pablo II (Monument to St. John Paul II).





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.