Friday, April 11, 2025

SOUTH KOREA - BUSAN - GWANGALLI BEACH

 Sarah tiba dan kami pun memulakan tour hari kedua di Korea, iaitu di Busan. Tempat pertama Sarah nak bawa kami adalah ke satu pantai namanya Gwangalli Beach.


🔵Rasanya di Malaysia tiada diamond shape road markings seperti ini. Ada ke? If yes, what does it mean? 

🔵Kami nampak ada banyak bas-bas elektrik ELEC CITY di bandar ini. Memang efisien sistem bas di Busan.

Di kanan itu adalah bangunan Korea Scholarship Foundation atau Korea Student Aid Foundation. 
🔵Korea Student Aid Foundation (KOSAF) ​​​​adalah sebuah pertubuhan separa kerajaan di bawah Kementerian Pendidikan Korea yang ditubuhkan pada Mei 2009 semasa pentadbiran Lee Myung-bak dengan matlamat untuk menyumbang kepada pembangunan bakat yang diperlukan oleh negara Korea dan masyarakat dengan cekap mengendalikan dana biasiswa negara dan mewujudkan sistem sokongan biasiswa yang disesuaikan supaya sesiapa sahaja boleh berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi mengikut kehendak dan kemampuan ekonomi mereka tanpa mengira keadaan ekonomi.
🔵Membantu pelajar Korea dengan memberi National Scholarship dan Student Loan melalui bayaran balik am dan bayaran balik pinjaman pelajar selepas bekerja.








🔵Kelihatan sebuah kereta elektrik di depan kami ketika itu. Semalamnya Sarah ada beritahu kami yang tour kami ini adalah 'Eco-friendly Tour' kerana kereta yang digunakan oleh Sarah untuk bawa kami ke sini sana adalah kereta yang menggunakan LNG sebagai bahan bakar. 
🔵Naturally, kami pun tanya dia pernah ke dia bawa pelanggan dia touring guna kereta elektrik. Terus dia kata dia rasa tak selamat kalau memandu kereta elektrik. 
🔵Kata Sarah baru-baru ini telah tercetus anggapan negatif tentang keselamatan kereta elektrik di kalangan penggunaan kenderaan kereta berikutan kejadian kereta elektrik tiba-tiba terbakar di sebuah basement parking.

🔵Kebakaran dramatik yang menyebabkan ramai rakyat Korea Selatan panik tentang kebolehpercayaan kenderaan elektrik telah mendorong negara itu mengambil langkah yang belum pernah berlaku sebelum ini untuk meredakan kebimbangan orang ramai terhadap keselamatan bateri.
🔵Empat bulan lalu, sedan elektrik Mercedes-Benz yang dicabut plag terbakar dan meletup, memusnahkan tempat letak kereta bawah tanah di Incheon, barat Seoul. 
🔵Kebakaran itu menyebabkan lebih 200 keluarga kehilangan tempat tinggal selama berminggu-minggu dan mengambil masa lebih lapan jam oleh bomba untuk memadamkannya. 
🔵Kebakaran itu memusnahkan sepenuhnya 87 kenderaan-kenderaan lain dan mengakibatkan kerosakan yang besar kepada kemudahan kediaman itu.
🔵Insiden itu dengan cepat menjejaskan persepsi orang ramai terhadap kereta berkuasa bateri, dengan kebanyakan liputan berita dan siaran di media sosial tertumpu pada risiko kebakaran EV dan kekurangan peraturan keselamatan Korea Selatan. 
🔵Malah ada bangunan-bangunan di Korea kini yang melarang kenderaan EV dari parking di basement mereka. 
🔵Perbincangan antara pengeluar-pengeluar kereta dan para penggubal undang-undang berlangsung, dengan kerajaan mengumumkan rombakan dasar-dasar EV pada awal September.
🔵Set peraturan baharu itu termasuk mewajibkan pembuat kereta mendedahkan jenama bateri mereka, memperluaskan skop pemeriksaan keselamatan untuk EV sedia ada dan menghalang kenderaan daripada dicas sepenuhnya.
🔵Kerajaan Korea juga secara langsung bertindak untuk memastikan keselamatan bateri melalui sistem pensijilan yang dikendalikan oleh kerajaan. Projek perintis itu telah dijalankan sejak pertengahan Oktober dengan lima syarikat mengambil bahagian, termasuk pembuat kereta Hyundai Motor Co. dan Kia Corp. serta pengeluar sel LG Energy Solution Ltd.
🔵Projek ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan EV dengan meminta kerajaan memeriksa dan memperakui keselamatan bateri EV sebelum dipasang. Sebelum inisiatif itu, EV dijual di Korea Selatan tanpa sebarang ujian keselamatan pihak ketiga. Di bawah sistem baharu itu, agensi kendalian kerajaan seperti Korea Automobile Testing & Research Institute akan memastikan bateri melalui pemeriksaan sebelum pemasangan, memastikan mereka memenuhi piawaian pensijilan keselamatan yang disokong kerajaan.





🔵Di bawah flyover ini ada 'Beacon Ground Family Deck'.
🔵Ia adalah usaha transformasi di bawah lebuh raya bertingkat Busan untuk menjadi kemudahan budaya kontena yang unik.
🔵Satu projek menggunakan ruang terbiar untuk mewujudkan ruang bagi kegunaan keusahawanan belia dan seni persembahan.








🔵Ketika ini kami sedang pass by Gwangalli Beach. 


🔵Translation of the banner - 'Illegal filming is a serious crime'. 

🔵Di jalan tepi pantai Gwanganhaebyeon-ro ini terdapat deretan bangunan-bangunan tinggi hotel, pejabat, pangsapuri dan lain-lain.


🔵Terus merakam pemandangan cantik pantai ini.











🔵Agaknya melihat kami begitu sibuk mengambil gambar Gwangalli Beach ini dari dalam kereta, Sarah pun menawarkan kami untuk berhenti sekejap di sini dan ambil gambar di pantai. 
🔵Jadi sebenarnya dalam itnerari tiada lawatan ke Gwangalli Beach tapi di offer oleh Sarah. 

🔵Kami pun tentulah memanfaatkan peluang ini sebaik mungkin 😄.

🔵Tanpa perlu berjalan jauh, kami rakam saja mana-mana sudut pemandangan yang cantik. 
🔵Yang mana sempat sajalah. Mujurlah kami pernah ada pengalaman ambil gambar 'under time pressure' masa percutian-percutian sebelum ini... hihi 😄😅.

Kelihatan di depan kami itu adalah Gwangan Bridge.
🔵Gwangandaegyo atau Diamond Bridge ialah sebuah jambatan gantung yang terletak di Busan, Korea Selatan. 
🔵Ia menghubungkan Daerah Haeundae ke Daerah Suyeong. 
🔵Permukaan jalan raya adalah kira-kira 6,500 meter panjang, dengan jambatan secara keseluruhannya menjangkau 7,420 meter. 
🔵Ia adalah jambatan kedua terpanjang di negara Korea selepas Jambatan Incheon.

🔵Pembinaan bermula pada tahun 1994 dan berakhir pada Disember 2002, dengan kos keseluruhan sebanyak 789.9 bilion won.
🔵Jambatan itu dibuka buat sementara waktu pada September dan Oktober 2002 untuk Sukan Asia 2002. Walau bagaimanapun, ia tidak dibuka secara rasmi sehingga Januari 2003.

🔵Jambatan itu menjadi tajuk utama antarabangsa pada Februari 2019 apabila sebuah kapal kargo Rusia (yang baru berlepas dari Pelabuhan Busan dan menuju ke Vladivostok) merempuh jambatan itu. 
🔵Akibatnya, terjadi kerosakan lubang selebar lima meter di bahagian bawah jambatan dua tingkat itu.
🔵Namun tiada sebarang kecederaan dilaporkan. 
🔵Kapten kapal itu didakwa mabuk pada masa nahas, yang mungkin menyumbang kepada kejadian itu.





🔵Gwangalli Beach atau Gwangan Beach ialah sebuah pantai di Gwangan 2(i)-dong, Daerah Suyeong, Busan, Korea Selatan. 
🔵Ia terletak di barat Haeundae Beach. Ia terletak di dalam teluk yang direntangi oleh Gwangan Bridge dan meliputi 82,000 meter persegi sepanjang 1.4 km dan lebar 25 hingga 110 meter, dalam bentuk melengkung setengah bulan dengan pasir halus. 
🔵Bersebelahan adalah jalan dengan restoran, kedai kopi dan kelab malam. 
🔵Kerana popularitinya, pegawai bandar mendesak untuk meningkatkan kualiti air di sekitar pantai.


🔵Dari pantai ini ada pemandangan Busan skyline yang cantik, dibarisi oleh bangunan-bangunan tinggi hotel-hotel, pejabat, puat membeli belah dan pangsapuri.

🔵Suasana di jalan tepi laut Gwanganhaebyeon-ro.

🔵Right: Homers Hotel - 4 star.
🔵Left: Busan Gwangan Daewoo I-Ville - a officetel building that combines office and residential space.

🔵Sambung perjalanan. Next Sarah bawa kami ke Moontan Road Lookout. It's a look-out point.






To be continued.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.