Monday, May 27, 2024

LABUAN - DAY 02 - TAMAN DAMAI

Assalamualaikum.
Seterusnya saya ke Taman Damai (Peace Park) di Kampung Layang-Layangan. 

Gerbang masuk ke Taman Damai. Terletak di kawasan berlandskap yang indah, Taman Damai di Labuan ini merupakan peringatan Perang Dunia II dan peringatan pedih tentang kengerian perang.

🔹Taman Damai ini dibina oleh Kerajaan Jepun pada tahun 1982 sebagai satu memorial kepada keamanan dan kedamaian. 
🔹Tarikan utama taman ini ialah dua timbunan tanah yang besar beserta tembok yang melengkung yang dikelilingi taman batuan tropika yang indah dan astaka. 
🔹Gazebo (tempat berteduh) dan jambatan-jambatan merintangi tasik juga menambahkan lagi suasana kedamaian di sini. 
🔹Sebuah plak gangsa yang menjadi simbol kebencian dan penentangan kepada peperangan dan kekejamannya diletakkan pada salah satu daripada tembok di taman ini. 
🔹Sebuah lagi plak gangsa bagi memperingati perletakkan senjata tentera Jepun di akhir Perang Dunia Kedua pula diletakkan di pintu masuk utama.

🔹Peace Park (Taman Damai) was built as a memorial to peace. 
🔹A large mound with two prominent curved walls and ringed by pretty tropical rock gardens and pavillion are the centerpiece of the park. 
🔹Shaded gazebos and bridges that arch over serenely tranquil ponds are also features of this peaceful place. 
🔹A bronze plague that symbolises the renunciation of war and its horrors hangs on one of the curved walls. 
🔹Another bronze plague mounted on a stone slab near the entrance commemorates the surrender of Japanese force at the end of the Second World War. 
🔹The Park was built by the government of Japan in 1982.

Ini maklumat tentang Taman Damai yang dipamerkan di Muzium Labuan yang saya lawat earlier.




Peta Taman Damai Labuan yang disediakan untuk pengunjung taman ini. Malangnya kelihatan sudah sangat lusuh dan menyedihkan. 

Taman itu dibina oleh Jepun sebagai simbol keamanan, keharmonian dan persahabatan serta penghormatan kepada mereka yang kehilangan nyawa di Borneo semasa Perang Dunia II.

Ia telah diserahkan kepada Ketua Menteri Sabah ketika itu, Datuk Harris Salleh, pada 14 April 1984 (sebelum Labuan menjadi Wilayah Persekutuan). Taman ini kekal dibiayai oleh Jepun sehingga hari ini.


This is the pathway to Peace Park Memorial Rocks. 



These are the Peace Park Memorial Rocks. 

'Peace is the best'.



Satu lagi penerangan 'Tugu Peringatan Perdamaian'.

Pemandangan dari Taman Damai ke arah Pantai Layang-Layangan.


Jom kita jalan-jalan dalam taman yang indah ini.

And I came upon the 'Surrender Point'. 

🔹'Surrender Point' adalah merupakan lokasi dimana Mejor General George F. Wooten, Komander Tentera Australia 9th Division, menyaksikan majlis menandatangani surat menyerah diri bertulis oleh Lieutenant General Masa Baba, komander 37th Tentera Jepun, pada 9 September 1945. 
🔹Sehingga 1947 kawasan ini menjadi lokasi ibupejabat sementara Tentera Australia 9th Division dan Pemerintah Bersekutu bagi kawasan British Borneo selain sebagai pusat tahanan tentera Jepun yang disyaki melakukan jenayah perang, pusat soal-siasat, siasatan jenayah perang dan perbicaraan perang.

'Surrender Point'.



Ada plak besar ini yang memaparkan timeline kejadian-kejadian yang membawa ke penyerahan diri oleh Jepun.

Inilah
garis masa peristiwa yang dipaparkan di sini.




"Walaupun menghadapi ancaman dan bahaya dari pelbagai sudut, namun berbekalkan keberanian dan kecekalan hati, penduduk di sini tidak patah semangat, sebaliknya mereka tetap setia dalam menempuh tahun-tahun yang suram dan sukar".
Major General Sir Herbert Ralph Hone KCMG KBE MC, Gabenor Borneo Utara-Tanah Perkuburan Perang Labuan, 10th June 1953

“All around there was danger, but through the long, dreary years the courage of the people did not waiver and their hearts remained true”.
Major General Sir Herbert Ralph Hone KCMG KBE MC, Governor Of North Borneo Labuan War Cemetery, 10th June 1953


Di sini adalah lokasi menyerah kalah secara rasmi tentera darat Jepun.

Ini maklumat penyerahan kalah Jepun 10 September 1945 yang ada di Muzium Labuan.


Ok, jom kita saksikan keindahan Taman Damai ini.



Kawasan Taman Damai yang tenang ini menampilkan timbunan peringatan yang besar dan tinggi yang dikelilingi oleh dua dinding melengkung yang menonjol, gazebo yang indah serta kolam dan jambatan bertema Jepun.




Tarikan utama taman ini ialah timbunan tanah yang besar berserta tembok yang melengkung ini.






Inilah yang tertulis pada dinding monumen ini.

Sambung lagi jalan-jalan di taman ini.







Ada disediakan tempat duduk berbumbung yang dihiasi dengan mural-mural yang cantik dan berwarna warni.

Di taman ini juga ada beberapa tasik-tasik dan kolam-kolam kecil yang mengindahkan dan mendamaikan lagi suasana taman ini.



Beberapa jambatan-jambatan juga dibina untuk pengunjung menyeberangi tasik/kolam di sini.








Cahaya matahari lewat petang ketika itu turut mengindahkan lagi suasana di taman ini.
























Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment