Assalamualaikum.
Waktu saya selesai jalan-jalan di Kampung Patau-Patau 2 adalah lebih kurang pukul 11:30 pagi. Hari makin terik dan saya juga rasa agak keletihan sebab sudah mula berjalan-jalan sejak awal pagi dari lepas sarapan lebih kurang pukul 7:15 pagi lagi. Saya telah bermula dengan berjalan di Pantai Tanjung Batu hingga ke Taman Awam Tanjung Purun. Selepas itu singgah di Arena Boling Padang Antarabangsa Labuan, Menara Jam Labuan dan Medan Selera Labuan. Next saya lawat 2 muzium iaitu Muzium Marin Labuan dan Muzium Labuan dan selepas itu melawat Kampung Patau-Patau 2.
Memandangkan cuaca sudah semakin panas dan saya pun sudah mula keletihan, maka saya pun decide untuk balik ke hotel dulu untuk berehat, solat dan lunch sebelum menyambung semula program Jalan-Jalan Labuan saya ini.
Tiba di Tiara Labuan Hotel. Punyalah lega masuk dalam air-con ni 😄.
Sambil berjalan ke bilik, saya merakam keindahan landskap hotel ini yang hijau subur dan menyegarkan.
Lepas berjalan-jalan sejak awal pagi, rasa refreshing sungguh masa lalu di laluan 'hijau' seperti ini.
Saya pun berjalan kaki ke Pantai Tanjung Batu kerana earlier ada saya ternampak sebuah gerai di tempat parkir pantai ini. Tak jauh dari hotel, cuma about 50 meters.
Macam-macam ada dalam menunya.
Ada disediakan tempat duduk makan. Boleh je bungkus makan di hotel tapi rasa lebih selesa makan di sini.
Mestilah ada telor goreng 😄.
Masa makan saya berbual dengan pemilik gerai dan salah seorang dari customer yang ada di situ. Bila saya beritahu program Jalan-Jalan Labuan saya pada mereka, banyaklah cadangan-cadangan tempat menarik di Labuan ini yang mereka suggest saya lawati. I must saya again, orang Labuan memang baik dan sangat ramah sekali. So it was quite an enjoyable lunch for me lah 😃.
Lepas makan saya singgah pula ke gerai ini untuk beli goreng pisang dan karipap. Nak buat minum petang nanti.
Lepas lunch saya balik ke hotel dulu to freshen up before continuing my jalan-jalan program. Lepas check lokasi, around pukul 3:30 petang saya pun berjalan kaki ke Labuan War Cemetery. Tak jauh dari Tiara Labuan Hotel, about 300 meters away.
Mujurlah ada banyak pokok-pokok rendang di beberapa bahagian jalan ini.
Inilah Labuan War Cemetery atau Tanah Perkuburan Perang Labuan.
Batu-batu nisan yang tersusun rapi.
Saya terus berjalan ke arah main entrance of this cemetery.
Ada dibina seperti sebuah pavilion di pintu masuk perkuburan ini.
The main entrance.
Tanah Perkuburan Perang Labuan di Jalan Tanjung Batu ini adalah tempat persemadian 3,908 anggota tentera bersekutu yang terkorban di Borneo pada Perang Dunia Kedua dulu. Sebahagian daripada mereka mati ketika dalam tawanan tentera Jepun.
Kebanyakan anggota tentera yang disemadikan di sini berasal dari Australia dan Britain, manakala yang lainnya terdiri dari anggota-anggota Kor Semboyan Punjab (Punjab Signal Corp), dan anggota-anggota tentera New Zealand dan Malaysia.
Di tanah perkuburan ini mengandungi 3,908 pusara, di mana lebih separuh daripada jasad yang disemadikan di pusara ini tidak dikenali. Pusara yang dikenalpasti hanya 1,752: 5 kelasi, 1,523 askar, 220 juruterbang dan 4 orang awam. Mereka terdiri daripada 814 askar British, 858 Australia, 1 New Zealand, 43 India dan 36 askar Malaya. 34 mayat askar India yang dibakar diabadikan di satu tugu peringatan di kawasan penempatan Tentera India.
Kebanyakkan batu nisan di sini diukir dengan mesej atau pesanan menyayat hati daripada kaum keluarga mereka dan yang lainnya diukir dengan perkataan "Hanya Tuhan Yang Mengetahui" (Known unto God).
Tanah Perkuburan Perang ini dibina dan diselenggara oleh Suruhanjaya Tanah Perkuburan Perang Komanwel (Commonwealth War Graves Commission).
Ada dipaparkan kerja-kerja maintenance cemetery ini pada hari itu untuk pengetahuan pelawat.
Di The Labuan Memorial pula terdapat tugu untuk mengabadikan askar-askar Australia daripada tentera laut, udara dan darat serta pasukan tempatan yang terkorban semasa menjalani operasi bagi menawan semula Borneo atau semasa menjadi tahanan perang di Borneo atau di Pilipina dan mereka yang tidak diketahui pusaranya. Ia mempunyai 2,207 nama-nama askar Australia, 1 nama askar British dan 3 nama askar New Zealand yang berpengkalan dengan Tentera Australia, 51 juruterbang Australia dan 65 nama-nama pasukan tempatan daripada Borneo Utara, Brunei dan Sarawak.
Tanah perkuburan ini dihadiahkan oleh negara Malaysia.
Juga terdapat maklumat tentang Perang Borneo untuk bacaan pelawat.
Selama saya di sini, kelihatan flying by beberepa buah kapal terbang tentera udara yang terbang rendah sebab hanya 1.3 km dari tanah perkuburan ini adalah Labuan Airport. Dan Labuan Airport berkongsi landasannya dengan Tentera Udara Diraja Malaysia.
Batu-batu nisan bagi menandakan pusara para pahlawan ini tersusun rapi di taman yang aman lagi tenang ini.
Nama anggota-anggota tentera yang disemadikan di sini ada dipamerkan di papan kenyataan untuk kemudahan para pengunjung. Jadi pengunjung boleh merujuk kepada panel-panel di memorial ini nama tentera-tentera yang terkorban.
Sebuah tiang salib besar dinamakan 'Cross of Sacrifice' didirikan sebagai simbol keberanian dan pengorbanan.
Perkuburan Perang Dunia Kedua Labuan ini adalah merupakan pusara perang terbesar di Malaysia dengan hiasan lanskap yang indah di atas tapak seluas kira-kira lima ekar.
Kebanyakan tahanan perang yang mati dalam 'Perjalanan Maut' sejauh 240 km dari Sandakan ke Ranau dalam bulan Januari hingga April 1945 turut disemadikan di sini.
Pada hari Ahad pertama bulan November setiap tahun diadakan Remembrance Day di tapak pusara ini sebagai memperingati pahlawan-pahlawan yang telah gugur dalam Perang Dunia Kedua. Upacara peringatan tersebut dihadiri oleh pesara tentera dan keluarga perang khususnya dari Australia dan lain-lain negara Komanwel setiap tahun.
PERANG BORNEO - 1941 hingga 1945
Untuk menawan telaga-telaga minyak dan menyekat askar-askar Jepun yang sedang mara ke Singapura, Jepun membuat keputusan untuk menawan Borneo yang ketika itu di bawah jajahan British.
Kubu yang mempertahankan Borneo ketika itu hanya terdiri daripada satu batalion iaitu Regimen ke 2 dan ke 15 askar Punjab, satu kompeni berasingan yang berpusat di Miri. Mereka memusnahkan telaga-telaga minyak sebelum berlayar pada 13hb Disember 1941 untuk menyertai pertahanan yang selebihnya yang mempertahankan lapangan terbang di Kuching.
Bahagian utama pasukan Jepun mendarat di Miri pada 16hb untuk menyerang Kuching. Pasukan pertahanan ketika itu yang mendapati lapangan terbang Kuching sudah tidak berguna lagi, telah berundur pada 25hb Disember.
Mereka bertempur ketika berundur melalui Borneo yang dijajah oleh Belanda dan berada di bawah pemerintahan Belanda. Kemudian mereka melalui Singkawang, Ngabang, Nangapinoh dan akhirnya dalam dua pasukan ke Pangkalanboeden dan Sampit. Setelah tidak dapat melarikan diri, mereka menyerah diri pada 9hb Mac.
Ketika berundur sejauh 800 batu itu melalui kawasan yang amat sukar dilalui, batalion itu berjaya menyebabkan kerugian kepada pihak Jepun manakala seramai 524 orang daripada mereka sendiri mengalami kecederaan dan kebanyakannya membawa maut.
Penawanan semula Borneo dijayakan oleh 1st Australian Corps dengan dibantu oleh tentera laut dan udara Amerika Syarikat yang mempunyai bahagian-bahagian tentera laut dan udara Diraja Australia yang kuat. Yang mula-mula sekali ditawan semula ialah pulau Tarakan yang dikawal oleh 1,800 askar Jepun.
Pada 1hb Mei 1945, 26th Brigade Group of 9th Australian Division berjaya mendarat di pulau Tarakan dengan membersihkan periok-periok api dan dilindungi oleh bedilan tentera laut. Pendaratan itu hanya mendapat tentangan ringan tetapi askar-askar Jepun itu berperang bersungguh-sungguh di tanah tinggi yang berhadapan dengan pantai dan kota di pulau itu. Pada 5hb ia ditawan. Pertempuran sengit berterusan lagi sehingga keseluruhan pulau itu benar-benar ditawan dan kumpulan-kumpulan yang menentang akhirnya dapat dipatahkan pada 24hb Jun.
Baki 9th Division ditugaskan untuk menawan semula kawasan Teluk Brunei yang dikawal oleh empat batalion askar Jepun. Pada 10hb Jun, dilindungi dengan bedilan, 24th Brigade mendarat di Pulau Labuan dan 20th Brigade di Brooketon. Pendaratan-pendaratan tersebut tidak ditentang.
Landasan kapal terbang Labuan ditawan pada hari yang sama tetapi penentangan terakhir hanya berjaya ditumpaskan di pulau itu pada 21hb Jun. 20th Brigade yang menawan bandar Brunei pada 15hb terus mara untuk menawan Seria dan dengan menggerakkan satu batalion laut berjaya menawan semula Miri dan telaga-telaga minyaknya. Sementara itu dua batalion dari Briged ke 24 menyeberang ke pantai timur teluk itu dan mengepong Beaufort dan menawannya pada 28hb.
7th Australian Division ditugaskan untuk membuat serangan terhadap telaga minyak di Balikpapan dan landasan kapal terbang di Dutch Borneo yang dikawal oleh 4,000 tentera dan dilindungi dengan periok api serta pertahanan pantai. Pembersihan periok api dan segala halangan bawah laut dijalankan selama dua minggu sebelum Division tersebut mula membuat pendaratan pada 1 hb Julai.
Pendaratan tersebut berjaya dilakukan tetapi dengan kerugian yang tidak ternilai manakala pertentangan yang lebih hebat ditemui di pertengahan. Kota dan pelabuhan ditawan pada 3hb Julai dan kedua-dua landasan kapal terbang pada 4hb dan 9hb. Askar Jepun diasak sedikit demi sedikit ke utara dan berundur ke pendalaman menjelang akhir bulan Julai apabila pertempuran dihentikan.
Jumlah kecederaan di pihak Australia dalam operasi-operasi tersebut adalah kurang daripada 700 tetapi kecederaan di pihak Jepun dianggarkan berjumlah 5,000. Pusara mereka yang terkorban dikumpulkan di tanah perkuburan perang di Labuan dan askar-askar dan juruterbang-juruterbang yang tidak diketahui pusara mereka diabadikan di tugu peringatan di situ. Kelasi-kelasi yang tidak diketahui pusara mereka diabadikan nama-nama mereka di tugu peringatan tentera laut di Plymouth, England.
Selepas kejatuhan Singapura beberapa ribu askar British, Australia dan India yang menjadi tawanan dibawa ke Borneo untuk membuat kerja-kerja pembinaan di lapangan terbang. Pada bulan Februari 1945 askar-askar Jepun yang sudah mengetahui tentang pendaratan askar-askar bersekutu di kawasan Sandakan mula mengerahkan askar-askar tawanan tersebut ke Ranau di kawasan pedalaman.
Hanya 260 orang daripada 2,400 yang dikerahkan ke Ranau selamat dan akhirnya hanya 6 orang sahaja yang telah berjaya melarikan diri dan diberi perlindungan oleh orang-orang kampung yang baik hati dan mereka dapat terus hidup sehingga perang tamat.
Pusara-pusara mereka yang ditemui serta pusara-pusara tawanan-tawanan lain yang mati di Borneo dipindahkan ke Tanah Perkuburan Labuan manakala pusara-pusara yang tidak diketahui nama-nama mereka diabadikan di Tugu Peringatan Singapura (nama-nama askar British dan India) atau di Tugu Peringatan Labuan (nama-nama askar Australia).
Di bahagian pusara tentera yang beragama Islam. Inna lillahi wa inna ilaihi raji'un. Al Fatihah.
Di pusara ini juga tersimpan beberapa buah daftar tentang tentera yang disemadikan di tapak perkuburan ini. Ia boleh dirujuk oleh sesiapa sahaja yang mungkin ingin mencari pusara rakan atau keluarga yang disemadikan di sini.
Tempat simpanan daftar anggota yang disemadikan di Tapak Perkuburan Perang Labuan.
Maklumat mengenai Commonwealth War Graves.
Rekod-rekod yang ada disimpan di sini yang pelawat boleh rujuk.
🔴1939-1945 - THE WAR DEAD OF THE COMMONWEALTH - LABUAN MEMORIAL - LABUAN CREMATION MEMORIAL
🟢1939-1945 - THE WAR DEAD OF THE COMMONWEALTH NON WORLD WAR DEAD - LABUAN WAR CEMETERY
This register has been re-published from the records of the Commonwealth War Graves Commission
Maklumat tentang Labuan War Cemetery.
Map of Labuan War Cemetery.
Senarai 'Commonwealth War Dead 1939-1945'.
Terdapat juga mereka yang beragama Islam.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment