Friday, May 24, 2024

LABUAN - DAY 02 - MASJID JAMEK AN-NUR LABUAN

Assalamualaikum.
Setelah selesai lawat Labuan War Cemetery, saya ke Masjid Jamek An-Nur Labuan pula. Lokasi masjid itu tidaklah jauh dari Labuan War Cemetery, lebih kurang 3 km sahaja.

Inilah Masjid Jamek An-Nur Labuan. What a unique design! Masjid ini di kelilingi oleh Jalan Tun Mustapha, Jalan Masjid dan Jalan Haji Ismail. Bersebelahannya adalah Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Labuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Labuan.

Masjid Jamek An-Nur juga dikenali sebagai Masjid Negeri Wilayah Persekutuan Labuan. Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) adalah agensi kerajaan Sabah yang ditugaskan untuk mengendali pembinaan masjid ini pada peringkat awalnya. 

Kerja-kerja projek pembinaan telah dimulakan pada 9 Jun 1980 Masihi tetapi atas beberapa sebab teknikal, projek ini telah ditangguhkan. Namun pada 16 April 1984 Masihi setelah Pulau Labuan dijadikan Wilayah Persekutuan yang kedua selepas Kuala Lumpur, projek ini diambil alih dan dilaksanakan di bawah pentadbiran kerajaan Persekutuan.

Pada 1 Februari 1988, Yang di-Pertuan Agong kelapan, Sultan Iskandar ibni Sultan Ismail dari Johor, merasmikan masjid ini bersempena Hari Wilayah. Masjid ini dibina atas tanah seluas 4.5 ekar dengan kos sebanyak RM12.3 juta. 

مسجد جامع النو ولايه ڤرسكوتوان لابوان - Masjid Jamek An-Nur Wilayah Persekutuan Labuan

Masjid ini dibina dengan gabungan seni bina dari unsur senibina Melayu-Brunei bercampur dengan senibina Turki. Hasil dua pengaruh ini telah menghasilkan sebuah masjid baru dengan identiti unik yang indah. Ia dilengkapi dengan kubah dan dua menara tinggi di kedua belah masjid. Ciri yang paling membezakan masjid ini mungkin adalah kubah futuristiknya yang menyerupai bulu tangkis raksasa atau sebuah kapal angkasa yang bersedia untuk berlepas.

Masjid Jamek An-Nur Labuan berbentuk futuristik dan senibina moden yang melambangkan perkembangan dan kemajuan Nur Islam di tanah bertuah Labuan. Ia turut dilengkapi dengan kemudahan dan peralatan bagi kegunaan awam seperti tiga dewan kuliah, perpustakaan Darul Hikmah, pejabat pentadbiran dan bilik rehat bagi VIP.

Ok, jom kita masuk ke dalam masjid ini.

Tabung-tabung bersedekah ada disediakan.

Seterusnya saya naik ke tingkat atas untuk ke dewan solat utama.

Ruang solat utama masjid.

First impression, memang saya sangat kagum. Reka bentuk terutamanya kubah masjid ini adalah something I had never seen before. 

Bahagian dalam masjid menampilkan reka bentuk kontemporari yang lengkap dengan cermin lut sinar dan gril untuk membolehkan pengudaraan dan pencahayaan semula jadi.

Masjid Jamek An Nur ini bukan sahaja menjadi tempat ibadah malah juga sebagai pusat perkembangan ilmu dalam usaha meninggikan syiar Islam di Labuan.

Pemandangan siling/kubah masjid dari dalam. Sebahagian besar bahagian dalam kubah masjid ini dilapisi dengam kepingan kayu yang menjadikannya cukup indah sekali. 

Masjid ini boleh menampung seramai 4,000 orang jemaah dalam satu-satu masa. 

Arkitek masjid ini adalah Dato' (Dr.) Ar. Hj. Baharuddin Abu Kassim. Beliau adalah arkitek yang membina Masjid Negara dengan bentuk bumbung seperti 'payung kertas - folded umbrella' itu. Beliau juga dianggap sebagai bapa seni bina moden (modernist architecture) di Malaysia.

Dato' Baharuddin bersama Jurubena Bertiga International telah mereka banyak masjid-masjid moden yang hebat di seluruh Malaysia antaranya Masjid Negeri Selangor di Shah Alam, Masjid Sandakan, Masjid Negeri Sabah di Kota Kinabalu, Masjid Kolej Islam Malaya di Petaling Jaya dan Masjid Negeri Sembilan di Seremban. 

Tempat menyimpan Al Quran dan stand untuk kipas-kipas.

Masjid ini merupakan salah satu daripada tiga masjid moden yang dibina di Labuan/Sabah. Dua lagi masjid terletak di Kota Kinabalu dan Sandakan.




Mimbar dan Mihrab.


Dewan Solat Utama ini turut dilengkapi dengan HVLS (high-volume, low speed) industrial fan.



Ok, jom kita lihat pemandangan dari luar dewan solat utama.

Menurut laporan 'Rancangan Struktur Labuan 2040', Masjid Jamek An-Nur Labuan adalah merupakan salah satu aset warisan Labuan dan ia tersenarai di bawah kategori 'Bangunan Warisan'. 




Dua menara tinggi yang mengapit di kedua-dua belah struktur megah itu juga bertindak sebagai panduan pelayaran untuk kapal-kapal di Laut China Selatan, terutamanya pada waktu malam.








Masjid Jamek An-Nur merupakan salah satu mercu tanda Labuan yang paling menonjol, dengan seni bina hasil gabungan seni bina Brunei-Melayu dan Turki. Pada saya walau pun masjid ini sudah berusia lebih 35 tahun namun dari segi architectural design ia masih kelihatan releven, futuristik dan menarik. 

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment