Assalamualaikum.
Sambung lagi cerita jalan-jalan saya di Seremban. As mentioned in my previous blog entry, saya ke Seremban kerana isteri ada meeting di Klana Resort Seremban. Jadi masa dia meeting, saya pergilah jalan-jalan.
Selesai sarapan, isteri terus ke meeting dan saya pusing sekitar resort ini dulu sebelum memulakan program 'jalan-jalan Seremban' saya.
Pada pukul 8:40 pagi saya pun book Grab untuk pergi ke Pasar Besar Seremban. Memang saya teringin nak tengok suasana dalam pasar yang pastinya punya banyak photographic opportunities 😄. Anyway, kalau nak ke galeri atau muzium, mereka belum buka lagi masa itu. Tambah pulak lagi hari itu hari Isnin dan muzium/galeri di Seremban tutup setiap hari Isnin.
Seperti kebiasaan, saya beritahu pada pemandu Grab yang saya hendak jalan-jalan ke beberapa tempat menarik di bandar dan bertanya kalau the driver itu boleh bawa saya jalan-jalan, or, if he knows of anyone who could bawa saya jalan-jalan. That morning the Grab driver was Mr. K and he happily offered his service as my driver/tour guide. Needless to say I was super elated lah 😃.
Mr. K was a very friendly and jovial person. Seronok bersembang dengan dia. Moreover, dia orang local Seremban dan tahu banyak sejarah Seremban which made him the perfect 'tour guide' lah.
Prior to coming to Seremban, I had researched places of interests in or around Seremban. Since I had been to many such places in Negeri Sembilan, makanya pening juga mana lagi nak pergi. And as it turned out there are many more interesting places I could visit while in Seremban. So I told lah Mr. K of those places and he agreed to drive me.
Ini adalah salah satu bangunan warisan yang ada di Seremban. Pada tahun 1897, bangunan ini adalah lokasi Pejabat Lembaga Pembersihan dan Jabatan Agama Negeri. Semasa pendudukan Jepun, ia dijadikan Pejabat Risikan Polis Jepun masa itu (Kempitai). Setelah itu ia diambil alih oleh pihak berkuasa tempatan selepas Perang Dunia Kedua. Selepas itu ia pernah dijadikan pejabat Majlis Bandaran Sremban (MBS) dan Majlis Perbandaran Seremban (MPS). Sekarang ia adalah Ibu Pejabat Bank Simpanan Nasional Negeri Sembilan.
Kami pun tiba di Pasar Besar Seremban. Pasar Besar Seremban ialah sebuah pasar di Seremban berlokasi berhampiran dengan pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JAS Negeri Sembilan) and POS Seremban Utara.
Besar pasar ini. Ada dua tingkat. Terdapat sebanyak 306 unit gerai disediakan dengan merangkumi tiga segmen berbeza antaranya bahagian kedai makanan dan pakaian, jualan basah serta jualan bahan kering seperti buah-buahan, telur dan alat permainan. Pasar di bawah terdapat jualan ikan, daging, sayur-sayur dan sebagainya manakala tingkat atas dijadikan tempat penduduk Seremban dan pelancong membeli pakaian, kraftangan dan lain-lain sambil menikmati makanan di gerai makanan yang disediakan.
Mr. K pun turunkan saya di sini. Terdapat longgokkan tempurung-tempurung kelapa by the road side. Menarik ni! Selepas bincang dengan Mr. K untuk ambil saya dalam masa sejam, saya pun pergilah explore central market ini.
Jom explore bahagian kelapa di pasar ini dulu sebelum kita ke dalam. Ada peniaga menjual santan kelapa yang sudah siap dipek dalam beg-beg plastik.
Seorang uncle sedang memarut kelapa menggunakan mesin pemarut kelapa. Dulu masa kecik, mak selalu suruh saya ke kedai beli kelapa parut. Memang masa itu saya fascinated sangat tengok pekedai memarut kelapa guna mesin dengan besen biru begini. Ingat lagi saya, kalau mak nak kelapa parut untuk lumur kuih buah Melaka, parutan kelapanya mestilah yang cantik putih dan tak mahu yang ada coklat i.e tempurung kelapa.
Yang menariknya di deretan gerai ini ada peniaga-peniaga Melayu, Cina dan India dan tidak dimonopoli oleh satu-satu bangsa sahaja.
Auntie ini kata paling ramai yang memborong kelapa parut dan/atau santan adalah para peniaga restoran dan kedai-kedai makan. Suri rumah tangga juga ramai, tambah dia.
Bekalan buah kelapa. Ada saya tanya Auntie tadi berapa banyak santan dia jual sehari, tapi saya lupa dah 😅, but it is a lot!
Auntie itu juga kata dia ada jual minyak kelapa. Selain untuk memasak, dia kata minyak ini juga boleh digunakan sebagai minyak rambut bagi menyihatkan dan menyuburkan serta mencantikkan rambut. Lumur sahaja sekali sehari, kata dia.
Bergambar kenangan dengan Auntie. Memang seronok sangat bersembang dengan Auntie ini. Kalau boleh nak berborak lebih lama lagi tapi banyak lagi area nak explore di pasar ini. Sebelum beredar, pastinya saya ucapkan terima kasih pada dia.
Di sisi kiri lorong pasar ini ada peniaga barangan kering seperti ikan bilis dan serbuk rempah ratus.
Gerai ayam segar. Pelanggan ada pilihan untuk membeli bahagian-bahagian tertentu ayam.
Seperti di gerai-gerai kelapa tadi, di sini juga peniaga-peniaga adalah terdiri dari berbilang kaum.
Pada signboards dalam foto ini kita boleh lihat ada peniaga-peniaga Cina, Melayu dan India.
Yang bestnya di pasar ini, peniaga-peniaga di sini tak kisah pun saya ambil gambar mereka. I like! 😃 Habis-habis pun, they just had that curious look. I guess they were just too busy to care about some guy walking around dalam pasar ambil gambar.. haha 😄.
Tapi kita yang ambil gambar ni pun kena berpada-pada la, jangan sampai invasive pulak kan. Ada juga yang saya minta kebenaran dulu.
398 Seremban Market Fresh Chicken Stall.
On the opposite side of the chicken stalls, ada lorong-lorong kedai yang menjual pelbagai barangan kering.
Jom kita ke bahagian daging pula. Ada gerai-gerai yang menjual daging segar dan yang beku.
Ini daging kerbau beku tanpa tulang yang halal dari India.
Indian fresh frozen halal deboned & deglanded buffalo meat.
Peniaga ini pula sedang memotong bongkah daging-daging beku menggunakan mesin pemotong.
Teruja saya tengok Encik ini menggunakan frozen meat cutter machine ini.
You can imagine how hard the frozen meat is. The slicer machine can just cut the frozen meat so easily. Almost like a hot knife through butter.
Bekalan daging beku yang baru sampai, ready to be cut into smaller portions.
I wonder boleh habis ke jualan ikan sebanyak ini at end of the day. Jadi saya tanya peniaga ini dan dia kata selalunya tidaklah habis. Akan disambung jual keesokkan harinya mana yang tidak terjual hari ini.
Tapi saya nampak kebanyakkannya gerai menjual Chinese food sahaja.
Saya pun bertanyalah pada seorang peniaga pakaian di situ, tak ada ke gerai Melayu. Dia kata ada satu saja tapi sudah agak lama tutup.
Cantik reka bentuk masjid ini. Maka terus saya merancang untuk ke masjid ini setelah selesai dengan jalan-jalan di Pasar Besar Seremban ini.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment