Assalamualaikum.
Lepas selesai lawat Bentong Gallery saya pun sambung sikit lagi dengan "Bentong Town Walk" saya sebelum pulang ke KL.
Ada sebuah kuil di Jalan Loke Yew ini namanya Kwong Fook Temple, a historic Buddhist temple. It is about 132 years old. Setiap 3 tahun, kuil ini akan mengadakan acara besar untuk salah satu dewa yang ada di dalamnya.
Masuk ke Jalan Ah Peng. Jalan ini dinamakan sempena San Ah Peng. Pengasas Bandar Bentong (1897): Loke Yew, Cheong Fatt Tze (Chong Sow Sit), Chia Choon Seng, bersama-sama Pengurus San Ah Peng dan Chui Yin telah meneroka Bentong.
Ini sebuah restoran Cina, namanya Kedai Kopi Cheong Fatt.
Ada mural di Jalan Pasar ini. Let's have a closer look shall we.
Mural "Panda" (Yun Yun Taipei) dan "Kakak Adik Menunggang Basikal Bersama-sama" (Magic Focus).
Bandar Bentong ini adalah unik dari segi lokasi geografinya berbanding bandar-bandar lain di Malaysia. Bandar ini terletak di suatu dataran lurah yang rata dan dikelilingi oleh bukit-bukau dan hutan semulajadi. Secara tidak langsung ia mewujudkan pemandangan yang terbuka ke arah bukit-bukau yang hijau dan menarik di sekelilingnya.
Jom kita masuk sekejap tengok dalam pasar besar ini.
Waktu itu sudah pun tengahari, jadi banyak gerai sudah tutup dan kelihatan peniaga-peniaga sedang berkemas-kemas untuk stop berniaga for the day.
Ok, sambung lagi jalan-jalan. Terjumpa mural lagi.
I just love the wooden window shutters of these heritage shophouses.
Bamboo blinds yang ada tulisan "Kedai Gunting Rambut Sin Joo Hin" (新裕典理髮室) dengan gambar 'passport' seorang lelaki itu adalah sangat klasik. I love it! 😃 Kedai gunting ini menawarkan 新裕典 理髮 "Shin Yudori haircut" kepada pelanggannya.
Pada facade depan bahagian atas shophouse warna pale peach itu tertera tahun bangunan itu dibina iaitu tahun 1934.
The baby looks like an adult... hihi. My first thought was may be the store owner could spend a little for a better signage but on second thought perhaps, in the spirit of preserving the town's charm and history, best that the painting remains 😁.
Classic wooden window shutters with decorative metal awning.
Dan saya pun sampai di hujung Jalan Ah Peng yang bersimpang dengan Jalan Padang. Ini Hospital Bentong bahagian Kecemasan dan Trauma.
Di hujung sana adalah Gurdwara Sahib Bentong.
🔸In the early 1900s, there were a few Sikhs in the Bentong area who worked as Police constables, security guards, dairy farmers and general labourers. In 1909 these Sikhs built a 🔸Gurdwara Sahib on a piece of land approximately 64 feet by 110 feet in size.
🔸In early 1968 the Gurdwara Sahib building was extensively repaired and renovated. The Government donated RM25,000.00 towards the cost of the renovations. There are three rooms in this Gurdwara Sahib to cater for Sikh visitors.
🔸This Gurdwara Sahib has a Sikh Assistant Registrar of Marriages who officiates at Sikh marriage ceremonies when called upon to do so. The actual marriage ceremony is performed by the Granthi in accordance with Sikh rites.
🔸There are currently about 35 Sikh students who attend Gurmukhi classes twice a week in this Gurdwara Sahib.
🔸The current trustees of this Gurdwara Sahib are Sardar Puran Singh, Sardar Harbhajan Singh and Sardar Inder Singh.
🔸Presently there are about 50 Sikh families who participate in the religious activities in this Gurdwara Sahib. The normal weekly prayers are held on Sundays at 10.00 a.m.
Source: www.allaboutsikhs.com
Ini Bentong Chinese Methodist Church terletak di persimpangan Jalan Chui Yin dan Jalan Padang.
Earlier saya sudah pun menyusuri jalan-jalan utama Bandar Bentong iaitu Jalan Loke Yew dan Jalan Ah Peng, sekarang saya ke Jalan Chui Yin pula. Chui Yin adalah salah seorang dari pengurus yang dilantik untuk meneroka dan membangun bandar Bentong ini bersama San Ah Peng.
Deretan bangunan-bangunan sebelum perang ini kini menempatkan antara lain kedai runcit, institusi kewangan, klinik, hotel, restoran, salon kecantikan dan kedai telefon bimbit, manakala Dewan Perhimpunan Cina gaya kolonial adalah tempat kegemaran untuk acara awam seperti kempen derma darah, acara makan malam, seminar dan pameran.
Bangunan sudut di persimpangan Jalan Chui Yin dan Jalan Wayang ini adalah salah satu bangunan bersejarah di Bentong. Ia adalah bangunan Dewan Perhimpunan Cina Bentong dengan rekaan gaya kolonial yang ditubuhkan pada 1914, tahun yang tertera pada fasad depan di bahagian atas bangunan ini.
Jalan Chui Yin, Bentong.
Jalan Wayang ini telah dijadikan laluan "Bentong Walk". Ada pasar malam di sini pada malam Sabtu dan Ahad. Bentong Walk, salah satu tarikan pelancong di daerah ini, telah diinspirasikan oleh Ahli Parlimen Bentong, Datuk Seri Liow Tiong Lai.
Di Jalan Wayang ini ada beberapa mural. Let's have a closer look. Yang ini menggambarkan seorang petani halia sedang mencabut hasil kebunnya.
Mural Halia Bentong. Di Malaysia, pelbagai jenis halia ditanam, termasuk halia bara, halia tanduk rusa, halia bentong dan halia Indonesia. Di antaranya yang paling terkenal ialah Halia Bentong, yang sangat dicari dalam pasaran domestik dan antarabangsa.
Ini pula mural Jambatan Gantung Air Terjun Chamang di Taman Eko Rimba Chamang.
Bentong juga terkenal dengan duriannya.
Kwong Fook Temple.
Maka selesailah "Bentong Town Walk" saya, jalan-jalan di kawasan 3 jalan-jalan utama di Bandar Bentong ini iaitu Jalan Loke Yew, Jalan Ah Peng dan Jalan Chui Yin, selama lebih kurang 2 jam,termasuk lawatan ke Bentong Gallery.
Met up with my wife yang sudah pun selesai meeting di Hospital Bentong dan kami terus bertolak balik ke KL. Panas terik masa itu at 37℃.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment