Friday, February 23, 2024

SEREMBAN - LORONG SENI

Assalamualaikum.
Selesai melawat Pasar Besar Seremban, Masjid Jamek Bandar Seremban dan Masjid Sri Sendayan, saya minta Mr. K, Grab driver/tour guide saya, bawa saya ke Lorong Seni Seremban pula. I love street arts, the murals 😃.

Lokasi Lorong Seni Seremban terdiri dari tiga lorong belakang rumah kedai yang berada di antara empat jalan raya di Bandar Seremban iaitu Jalan Dato' Sheikh Ahmad, Jalan Dato' Lee Fong Yee, Jalan Tunku Hassan dan Jalan Dato' Abd. Rahman. 

Mula-mula Mr. K bawa saya dalam kereta lalu di ketiga-tiga Lorong Seni di sini. Sampai di hujung saya minta turun dari kereta sebab saya nak berjalan kaki supaya senanglah nak ambil gambar. So I asked him to wait for me at the end of the furthest lane. Lorong seni ini panjangnya 250 meter jadi just nice lah untuk saya jalan-jalan di sini. 

Usaha mencantikkan bandar Seremban dan menjadikannya sebagai salah satu produk pelancongan ini sudah bermula sejak 2019 dan telah juga dinaiktaraf pada 2021/22. 

Ada usaha untuk menyenaraikan Lorong Seni ini sebagai Lorong Seni terpanjang di Malaysia dalam 'Malaysia Books Of Records'.

'Returning The Street To The Public' adalah konsep Lorong Seni ini. Terdapat lebih dari 30 lukisan di sini berkonsepkan pelbagai genre, grafiti, coret, avant-garde, poster dan lukisan warisan. 

Usaha ini bermatlamat untuk:
🔸Menghapuskan stigma negatif terhadap seni graffiti dan lorong belakang. 

🔸Memberi peluang kepada pemilik perniagaan untuk membuka gerai di belakang premis mereka untuk menjalankan aktiviti jualan, hiburan dan rekreasi, terutamanya pada waktu malam kerana lampu hiasan akan menerangi kawasan itu. Ini akan merancakkan ekonomi kawasan itu.

🔸Menjadikannya satu laluan pintas yang menarik dan berguna untuk meningkatkan aktiviti berjalan kaki dan ketercapaian ('walkability' dan 'accesibility'), disamping merendahkan suhu dan karbon dalam bandar.

🔸Membantu dalam perlaksanaan konsep bandar selamat dan mesra pelancong mewujudkan lorong di laluan belakang yang selamat serta selesa untuk dilalui terutamanya pejalan kaki.


Terlibat dalam membuat lukisan mural di sini adalah seramai enam orang pelukis tempatan dengan En. Mohd Nizam Jantan (kartunis Ciku – terkenal dalam Majalah Ujang) sebagai ketua kumpulan pelukis mural ini. 

Lukisan-lukisan mural di sini dibuat dalam bentuk lukisan kartun dan lukisan bermotifkan tokoh serta lukisan individu ternama. Lebih daripada 100 tin cat digunakan bagi menyiapkan projek ini.



Merentas satu lagi jalan utama untuk masuk ke satu lagi lorong seni.


Waaa... kebetulan saya sempat ambil foto ini dengan merakam sekali aunty yang menjadi subjek mural di belakangnya 😃. Agaknya aunty ini adalah seorang ikon Bandar Seremban disebabkan mungkin beliau sudah berniaga menjual air tebu di lorong ini begitu lama hingga dikenali ramai. Maka sebab itu dia diabadikan dalam mural yang dibuat betul-betul di belakang gerai air tebunya.

Curious, maka saya pun carilah info tentang this sweet aunty di internet. Betul tekaan saya, beliau, yang dikenali sebagai Aunty Amoi, adalah penjual air tebu di Jalan Dato' Lee Fong Yee ini selama sudah lebih 30 tahun. Beliau berniaga bermula seawal pukul 8:30 pagi. 


Kelihatannya ada banyak kereta yang park di lorong-lorong seni ini menjadikan susah untuk saya ambil gambar. Perhaps pihak MBS boleh buat sesuatu because letting vehicles be parked here basically defeats the purpose of having this wonderful Lorong Seni. Mungkin Bandaraya Seremban sedang menghadapi masalah parking yang kritikal ketika ini sehingga terpaksa membenarkan kenderaan diparkir menghadang mural-mural yang cantik di sini.

Kiri: Mural KEDAI JAHIT.


Mural pasangan pengantin India yang cantik, capturing a beautiful moment.

Masjid Jamek Bandar Seremban.








Mr. K terus membawa saya merentasi satu lagi jalan utama untuk ke Lorong Seni seterusnya.



DR. SHEIKH MUZAPHAR
Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha merupakan angkasawan pertama negara dan angkasawan pertama Muslim dunia yang telah ke angkasa pada 10 Oktober 2007. Kejayaan beliau ke angkasan merupakan inspirasi kepada golongan belia di seluruh Malaysia untuk berani dalam mencapai cita-cita.

BENTENG WALK
Pada Jun 1983, Majlis Bandaraya Seremban (MBS) telah membuka pasar malam atau “Street Market” pertama di Negeri Sembilan yang terletak di tengah-tengah bandar Seremban iaitu di Jalan Tunku Hassan. Kini, ia dikenali sebagai Benteng Walk yang beroperasi di Jalan Dato’ Abdul Rahman setiap hari bermula dari 5 petang sehingga larut malam. Pelbagai pilihan makanan tempatan ada dijual di sini.

BUSKING CORNER
Sampai di sini saya pun turun dari kereta dan berjalan kaki di Lorong Seni ini. 



TARIAN TRADISIONAL
Tarian piring atau tari piring merupakan sebuah seni tari kebudayaan masyarakat Minangkabau. Meskipun berasal dari Sumatera Barat, Indonesia namun ia sangat popular dalam kalangan masyarakat di Negeri Sembilan. Tarian ini memerlukan penari memegang piring yang mempunyai lilin di atas kedua-dua  tapak tangan. Penari perlu menari di dalam gelap mengikut lagu atau irama yang dimainkan oleh talempong dan saluang.

Ada info board.

Ada maklumat peta lokasi Lorong Seni ini dan lokasi mural-mural yang ada di sini. Tapi nampaknya banyak mural tidak ada disenaraikan pada info board ini. Definitely it needs to be updated.

Projek S.A.B.A.R.

The map.

Hmmm... even on foot, it was still very challenging for me to get decent shots of the beautiful and colorful murals at this Lorong Seni due to the parked vehicles. It's a pity, really. Sometimes sacks of sampah also got lah.  

Ok lah, here are the rest of the photos. 

Alleycats' Dato' David Arumugam and Oyen the 'kuching'.

The late Dato' Sudirman bin Haji Arshad, DSAP, JMN, AMN, AMP.

Mural by cartoonist Ciku.




A beautiful "Welcome" greeting blocked.


Bob Marley. I guess this was in reference to the song "One Love".


Sebelum dinaiktaraf, pada mural besar ini cuma ada lukisan wanita-wanita India bersama belanga sahaja. Dan ia bertajuk "Aci Labu".
Aci Labu memegang tembikar menunjukkan penggunaan tembikar amat sinonim di dalam masyarakat India. Tembikar ini digunakan di dalam beberapa perkara utama di dalam masyarakat India seperti memasak Nasi Manis semasa Pesta Ponggol, digunakan juga semasa ritual kematian dan juga sebagai tempat menyimpan air.

“Have no fear of perfection - you'll never reach it.” - Salvador Dali.

'Social media' generation that coin words like 'Serembanlicious'. Arsenine or 'evolution'?

Suku-suku Negeri Sembilan. 
Sumber: www.mkn.gov.my - Laman Web Rasmi Majlis Keselamatan Negara
🔸Terdapat 12 suku di Negeri Sembilan, iaitu:
Biduanda, Tanah Datar, Batu Hampar, Seri Lemak (Solomak Minang), Anak Melaka, Mungkal, Payakumbuh, Seri Melenggang, Tigo Batu, Tigo Nenek, Anak Aceh dan Batu Belang. 
🔸Suku Biduanda dikatakan yang yang terawal mendiami Negeri Sembilan. Orang-orang Sumatera dari Tanah Minangkabau datang ke Negeri Sembilan yang kemudiannya berkahwin dengan suku kaum Sakai, Semang dan Jakun.
🔸Suku Biduanda ini adalah pewaris asal Negeri Sembilan dan apabila hendak memilih pemimpin maka hanya mereka dari suku Biduanda inilah yang akan dipilih. 
🔸Kemudian, datanglah orang-orang dari luar dan membentuk suku-suku mereka di Negeri Sembilan.





TARIAN SINGA DAN NAGA
Kedua-dua tarian ini menggambarkan warisan seni dan budaya masyarakat kaum Cina di Malaysia yang masih diamalkan sehingga hari ini. Tarian ini merupakan simbolik kepada keamanan dan kekayaan. Ia sering dipersembahkan pada musim perayaan seperti Tahun Baru Cina dan Pesta Tanglung. Biasanya, tarian singa dan naga diiringi dengan bunyi gong, dram dan dentuman mercun yang dikatakan akan membawa tuah.

























PERLOMBONGAN SUNGEI UJONG
Dahulunya, Seremban dikenali sebagai Sungei Ujong. Ia terkenal sebagai salah satu kawasan perlombongan bijih timah utama di Asia Tenggara. Aktiviti ini telah menyaksikan kedatangan imigran Arab, Melayu dan Cina untuk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Aktiviti pelombongan juga telah membawa kepada campur tangan kolonial British terhadap pemerintahan dan pengutipan cukai di Sungei Ujong.

CHINESE LANTERN
“Pesta Tanglung” adalah suatu pesta Cina disambut pada hari kelima belas dalam tahun bulan dalam kalendar Cina. Sewaktu Pesta Tanglung, kanak-kanak keluar ke pekong membawa tanglung kertas dan menyelesaikan teka-teki di tanglung. Ia secara rasmi menandakan perayaan Tahun Baru Cina telah tamat.


MASJID JAMEK
Masjid Jamek merupakan masjid tertua di Bandar Seremban. Reka bentuk masjid ini memaparkan ciri-ciri seni bina Nusantara. Masjid ini mampu memuatkan antara 1,000 hingga 1,500 jemaah pada satu satu masa. Ia telah mendapat pengiktirafan sebagai bangunan Warisan Kebangsaan daripada Jabatan Warisan Negara.






















PINJAMAN WANG


GOTONG-ROYONG MEMASAK DODOL
Dodol atau penganan merupakan makanan tradisional masyarakat Melayu dan Adat Perpatih tempatan. Biasanya, ia disajikan pada sambutan hari raya dan majlis-majlis keraian seperti perkahwinan. Proses membuat dodol sangat rumit kerana ia perlu dikacau sentiasa di dalam kawah. Penyediaan dodol akan menjadi lebih lebih mudah jika dilakukan secara gotong-royong sekali gus dapat mengeratkan silaturahim antara keluarga dan masyarakat.



“BABU ROTI”
“Pak Cik Roti” sangat sinonim di taman-taman perumahan sekitar Bandar Seremban dimana hon akan dibunyikan sebagai tanda kehadiran penjual roti bermotosikal ini bagi pembeli terutama kanak-kanak yang ingin membeli pelbagai jenis roti dan makanan ringan untuk kudapan di waktu pagi atau petang.







Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

1 comment:

  1. Wowww.. menakjubkan.. suka dengan rural semua tu.. tapi lagi best kalau tiada kereta yang diparking dikawasan rural tersebut

    ReplyDelete