Monday, February 19, 2024

NEGERI SEMBILAN - SEREMBAN - MASJID JAMEK BANDAR SEREMBAN

Assalamualaikum.
Sambung lagi cerita jalan-jalan saya di Seremban. Lepas selesai jalan-jalan dalam Pasar Besar Seremban, saya menuju ke Masjid Jamek Bandar Seremban pula. Tak jauh, cuma dalam 200 meter sahaja dari Pasar Besar Seremban. 

Dari Pasar Besar Seremban, saya berjalan menyusuri Jalan Kapitan Tam Yeong.
🔸Kapitan Tham Yong (Tam Yeong), juga dikenali sebagai Tham Tuck Thong dan Tham Onn Yong, adalah seorang pemimpin Cina di Negeri Sembilan pada akhir abad ke-19.
🔸Dilahirkan di China pada akhir zaman Dinasti Ching, beliau berhijrah dari Wilayah GuangDong ke Tanah Melayu untuk mencari kehidupan baru.
🔸Beliau berjaya menjadi pelombong bijih timah terkemuka di Seremban dan dipandang tinggi oleh Kerajaan Kolonial British dan masyarakat tempatan. Hasil daripada pencapaian ini, beliau telah dianugerahkan dengan gelaran "Kapitan Cina". Beliau meninggal dunia pada 8 Ogos 1913 pada usia 57 tahun.
🔸Selepas kemerdekaan Tanah Melayu, Kerajaan tempatan menukar nama Jalan Murray di Seremban kepada Jalan Kapitan Tham Yong sebagai menghormati banyak sumbangan beliau kepada negara.


Inilah Masjid Jamek Bandar Seremban. Unik senibinanya.



Melintas jalan untuk ke Masjid Jamek Bandar Seremban.




Oh! Hello sweetheart 😊.

Di perkarangan masjid.

Masjid pertama di Negeri Sembilan ialah Masjid Jamek Seremban, yang dahulunya dikenali sebagai Masjid Jamek India. Walaupun ramai orang mengatakan bahawa masjid ini adalah yang tertua di Negeri Sembilan, sebenarnya ia adalah yang tertua di Seremban. 

Masjid ini dibina pada tahun 1900 dengan menaranya dibina pda 1924. Ia kini sudah berusia 124 tahun.

Masjid ini menjadi tarikan pelancong kerana seni binanya yang indah dan diiktiraf di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005.

Bukan sahaja dikatakan masjid tertua di negeri Sembilan, tapi seni binanya juga unik dan berbeza daripada masjid-masjid yang lain. Bangunan-bangunan di Negeri Sembilan biasanya mempunyai elemen Minangkabau yang mencerminkan Adat Perpatih, tetapi berbeza dengan reka bentuk bangunan Masjid Jamek Seremban ini.

Pada atas pintu masuk ke dalam menara masjid ini ada tertera tahun menara ini dibina iaitu pada tahun 1924.

Jom kita masuk ke dalam. Ruang induk masjid ini berukuran 30 meter lebar dan 35 meter panjang, dengan beranda bersaiz 2.5 meter di sekelilingnya. Ia juga mempunyai mimbar asal.

Masjid ini mempunyai 30 tiang kecil yang mengukuhkan struktur binaan, sekali gus mengekalkan reka bentuk asal.

Berikutan kemajuan pesat pusat bandar Seremban, masjid ini telah dinaik taraf dan dibesarkan bagi menampung lebih ramai jemaah oleh kerajaan negeri kemudian melalui Majlis Agama Islam dari 500 orang jemaah ke hingga 1,500 orang jemaah dalam satu masa.


Mengikut sejarah, tapak masjid ini telah diwakafkan bersama oleh Dato Bandar Haji Ahmad Ali dan Sheikh Abdul Rahman Sheikh Safar Alghamdi yang dikatakan adalah antara pendakwah terkenal di Arab Saudi ketika itu. Mereka bersetuju untuk mewakafkan tapak masjid ini memandangkan waktu itu tiada masjid di kawasan itu.

Juga menarik ialah kisah Allahyarham Sheikh Abdul Rahman Safar sendiri, yang merupakan salah seorang pembesar yang membantu Bani Hashim, yang pada masa itu menjadi gabenor Arab. Maka masjid ini menjadi salah satu tarikan pelancong dan simbol keagungan syiar Islam Negeri Sembilan.

Ketika berlakunya pergolakan dan peperangan di Tanah Arab, Dato Bandar Ahmad Ali telah datang ke Seremban untuk berdagang bersama tiga beradiknya yang lain. Selepas beberapa tahun bila keadaan sudah reda di Tanah Arab, dua adik beradiknya pulang semula ke Jeddah. Tinggallah beliau dan isterinya sahaja yang menetap di Seremban, meneruskan perniagaan sehingga menghembuskan nafas terakhir di sini.

Mimbar dan mihrab.

Ini adalah mimbar yang asal masjid ini.


Ruang solat jemaah wanita.

Menara Masjid Jamek Bandar Seremban yang unik dan indah. Menara ini mengingatkan saya kepada 2 menara masjid yang juga merupakan menara-menara masjid warisan bersejarah di Malaysia iaitu menara Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh, Pulau Pinang dan Masjid Kampung Kling, Melaka.

Ini Masjid Melayu (Jamek) Lebuh Acheh, Pulau Pinang.

Dan ini Masjid Kampung Kling, Melaka.

Maklumat tentang Masjid Jamek Bandar Seremban yang ada pada "Jejak Warisan Seremban" info board.




Oleh kerana peredaran zaman dan pemodenan, masjid ini perlu dinaiktaraf mengikut kesesuaian. Ini dilakukan tanpa mengubah bangunan asalnya kerana masjid ini merupakan salah satu bangunan warisan yang perlu dipelihara sejarahnya. Oleh itu bangunan utamanya tidak terjejas termasuk menara masjid yang dibina pada 1924, masih kekal di ruang legar masjid ini. 


Reka bentuk hiasan pada bucu bumbung yang sangat menarik. 

Ada rain chains and outdoor sconces yang vintaj dan cantik. 

Beautiful well preserved capital decorative designs, which I think is the actual original parts of the masjid.


The masjid also have these beautiful and elegant moors style arch designs. The combinations of white and red colors made them look quite graceful, reminisce of designs of bygone era. Quite nostalgic actually.

Plak oleh Jabatan Warisan Negara.

Keunikan seni bina berunsurkan Islam menjadikan masjid ini dikagumi ramai sekali gus menjadi tarikan pelancong serta lambang keagungan syiar Islam di Negeri Sembilan.

Bumbung utama masjid ini berbentuk segi empat dengan reka bentuk bumbung dua tingkat. Bumbung paras bawah dan atas dipisahkan oleh tingkap panjang with air vents. Reka bentuk bumbung begini dipanggil 'Hip Roof' yang merupakan salah satu dari reka bentuk bumbung Cina yang paling klasik. Di China, bumbung berbentuk begini hanya dibina untuk Imperial Palaces. 'Hip Roof' boleh dibina dengan atap tunggal atau dua atap.


Reka bentuk indah puncak kubah dan bucu bumbung.





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment