Assalamualaikum.
Dan kami pun tiba di Milan dari Venice selepas perjalanan selama lebih kurang 3 jam.
Wikipedia:
⭕Milan is a city in northern Italy, capital of Lombardy, and the second-most populous city proper in Italy after Rome. The city proper has a population of about 1.4 million, while its metropolitan city has 3.26 million inhabitants.
⭕Milan is considered a leading alpha global city, with strengths in the fields of art, chemicals, commerce, design, education, entertainment, fashion, finance, healthcare, media (communication), services, research and tourism.
⭕Its business district hosts Italy's stock exchange and the headquarters of national and international banks and companies.
⭕In terms of GDP, Milan is the wealthiest city in Italy, has the third-largest economy among EU cities after Paris and Madrid, and is the wealthiest among EU non-capital cities.
⭕Milan has been recognized as one of the world's four fashion capitals; many of the most famous luxury fashion brands in the world have their headquarters in the city, including: Armani, Prada, Versace, Moschino, Valentino and Zegna. It also hosts several international events and fairs, including Milan Fashion Week and the Milan Furniture Fair, which are among the world's biggest in terms of revenue, visitors and growth.
⭕Milan is a global centre of tourism, receiving millions of visitors every year, and a major cultural centre, with museums and art galleries that include some of the most important collections in the world, such as major works by Leonardo da Vinci.
⭕The city is served by many luxury hotels and is the fifth-most starred in the world by Michelin Guide.
⭕In the field of sports, Milan is home to two of Europe's most successful football teams, A.C. Milan and Inter Milan, and one of Europe's main basketball teams, Olimpia Milano.
Milan terkenal dengan Duomo Cathedral yang megah, opera La Scala yang terkenal, Sforza Castle zaman pertengahan, arked beli-belah Vittorio Emanuele II yang mempesonakan dan warisan Leonardo Da Vinci. Kami sempat melawat ke Duomo Cathedral, Sforza Castle dan arked beli-belah Vittorio Emanuele II di Milan ketika percutian ini.
Milan terletak di Itali Utara jadi ia dipengaruhi Perancis dan Switzerland terutamanya jika dibandingkan dengan Itali selatan. Milan adalah salah satu bandar paling mahal di Itali kerana ia adalah pusat perniagaan negara itu. Milan secara amnya adalah bandar yang lebih mahal untuk dikunjungi berbanding dengan tempat lain di sekitar Eropah.
UCI Cinemas Certosa |
Di tepi highway ini ialah Parish of S. Maria Assunta in Certosa (Certosa di Milano in Garegnano Parrocchia di S Maria Assunta).
Milan ialah sebuah bandar yang indah dan vibrant yang dikenali sebagai ibu kota fesyen dunia dan dipuji kerana masakan dan hiburannya. Tetapi Milan juga merupakan bandar yang kaya dengan sejarah dan tempat kepada beberapa seni bina dan seni terbaik dunia. So it is worth visiting.
Car dealer - AutoVanti Milano Showroom - BMW and MINI dealership |
Saya baca, di Milan yang terkenal sebagai bandar kepada label mewah, ada terdapat beberapa kedai berjenama yang menjual branded items dengan harga yang murah disebabkan bayaran balik VAT. Patutlah ramai group member kami yang shopping di Milan.
Jambatan di Viale Alcide de Gasperi |
Tourists and first-time travelers need not fear because Milan is a safe city to visit. It finished strong with a high overall score of 71.3 in The Economist's 2021 Safe Cities Index.
World Join Center - center for events such fashion shows, exhibitions, launch of new brands, presentation and display of products. |
Sudah tengahari, makin panas.
MiCo - Milano Portello - an event avenue.
From left: Libeskind Tower (4th tallest in Milan), Allianz Tower (2nd tallest in Milan) and Generali Tower (3rd tallest in Milan).
Milano ialah bandar ke-5 paling sesuai untuk didiami di dunia (sumber: Global Power City Index 2022), dengan mengambil kira petunjuk seperti kos sara hidup, persekitaran kerja, keselamatan, kesejahteraan dan kemudahan hidup.
Residenze Libeskind - a Condominium complex |
Ada nampak beberapa taman-taman kecil hijau di celah-celah bangunan Milan.
A city art installation by Gianfranco Pardi titled 'Dance'.
Bangunan (bottom right) ialah Commuter Station Amendola bawah tanah.
Milan mempunyai sistem pengangkutan awam moden yang menghubungkan hampir semua kawasan bandar, serta lapangan terbangnya, melalui gabungan laluan kereta api bawah tanah, trem dan bas. Bandar ini mempunyai lima stesen kereta api utama, empat laluan Metro (kereta api bawah tanah), dan rangkaian trem yang luas. Bas juga melalui bandar, tetapi paling lebih untuk menghubungkan kawasan di luar pusat bandar.
Office building.
Chiesa Sacra Famiglia di Nazareth / Holy Family Church of Nazareth.
Kelihatan Libeskind Tower, Allianz Tower and Generali Tower.
Banca Popolare di Sondrio SpA is a bank in Milan.
Kami perasan di Milan ini ada banyak juga kereta Smart Fortwo ini.
Itu kelihatan satu lagi kereta Smart Fortwo warna putih.
Ok, satu lagi yang kami perasan ialah taburan putih di jalanraya seperti di dalam foto di bawah. Bukan sahaja di jalanraya, tapi juga pada kenderaan-kenderaan yang parking. Malah ada yang kami nampak terapung dan melayang ditiup angin.
White fluff ini dalam bahasa Itali dipanggil 'polline' yang bunyinya hampir sama dengan 'pollen'.
Walau bagaimanapun, kapas putih ini sebenarnya bukanlah pollen (debunga), tapi adalah benih dari pokok poplar. Pokok poplar menghasilkan selulosa putih seperti kapas untuk membolehkan benih poplar diterbangkan dan tersebar jauh.
Benih yang sudah didebunga dilepaskan oleh pokok-pokok ini pada musim bunga. Kelihatannya banyak benih-benih pokok ini sudah siap dibalut kapas dan menunggu angin untuk diterbangkan dan disebar.
Facade bangunan dengan stail Art Nouveau.
Satu lagi kereta comel ini.
Kadang-kadang tu ternampak juga macam mana orang Milan park kereta. Atas zebra crossing pun boleh, macam dalam foto di bawah.
Yang ini lagi hebat! 😄 Mungkin parking adalah salah satu isu tinggal di bandar ini. Jadi agaknya guna kereta kecil begini memudahkan parking. Fyi, Milan has one of the highest car ownership rates in Europe.
Walaupun sejarahnya bermula sejak zaman Rom, Milan kini adalah bandar paling moden di Itali. Oleh itu kita boleh sering nampak bangunan-bangunan lama dan moden dalam satu pemandangan panorama bandar ini seperti foto di bawah.
Milan dikenali sebagai 'Fashion Capital of the World'. Dikatakan bahawa Milan adalah tempat bermulanya fesyen Itali. Sejarah fesyen Milan telah berubah dengan ketara dari semasa ke semasa. Ia mempunyai sejarah yang panjang dalam industri fesyen, tekstil dan reka bentuk.
briglia1949.it Briglia 1949 produces trousers and outerwear, made in Italy, exported all over the world. Briglia 1949 is a brand of trousers that reinterprets tailored models in a modern key. |
Ketika ini kami sudah pun berada di dalam kawasan Zona 1 Centro Storico (Zone 1 Historic Center Milan). Centro Storico (diterjemahkan sebagai 'Old Town') ialah pusat bersejarah Milan. Kawasan ini satu ketika dahulu pernah dikelilingi oleh tembok bandar zaman pertengahan dan hari ini ia merupakan lokasi bandar yang paling kerap dikunjungi. Pelancong berduyun-duyun ke sini untuk menikmati banyak pilihan hiburan dan menyelami sejarah dan budaya Milan.
Masa menyusuri jalan-jalan di Milan ini kita boleh lihat banyak bangunan-bangunan lama yang dibina dengan stail 'Ornamental Liberty' architecture, atau lebih dikenali sebagai stail 'Art Nouveau'.
Saya memang sukalah masa bas lalu di bandar seperti ini menuju ke tempat lawatan sebab boleh kira macam buat city tour juga lah. Jadi dapatlah a quick overview of this historic old town tanpa perlu untuk berjalan exploring. Lagi pun masa yang diperuntukan untuk jalan-jalan di Milan ini adalah tertumpu di kawasan touristic areas yang bersejarah sahaja. Jadi dengan short city tour ini dapatlah juga lihat sebahagian lagi kawasan historic center Milan yang besar ini.
Ini bangunan Palazzo Nodari, salah satu historical landmark di Milan.
Banca Nazionale del Lavoro S.p.A. (BNL) ialah sebuah bank Itali yang beribu pejabat di Rom. BNL ialah bank Itali keenam terbesar mengikut jumlah asetnya.
Sag'80 Milano, Italian Furniture and Interior Design.
Arclinea - kitchen furniture store.
Milan Cadorna railway station.
Stesen yang asal adalah binaan kayu dalam gaya chalet, dibuka pada tahun 1879. Ini telah diperbesarkan pada tahun 1920, tetapi stesen itu telah musnah semasa serbuan pengeboman bandar itu dalam Perang Dunia Kedua. Struktur semasa dan datarannya telah dipulihkan sepenuhnya pada tahun 1999 di bawah projek Gae Aulenti. Stesen ini dinamakan sempena Jeneral Tentera Itali Luigi Cadorna.
The two sculptures were commissioned by the City of Milan as part of the renovations of the Milan Cadorna railway station.
A Milanese outside a cafe with a notebook and a cup of espresso.
Trem Milan. Menara di hujung itu adalah salah satu dari dua menara Sforza Castle.
Ketika ini kami sudah sampai ke tempat lawatan kami iaitu di roundabout di depan Sforza Castle. Nama bulatan ini ialah Largo Carioli. Di bulatan ini ada patung berkuda Monumento a Giuseppe Garibaldi (Monument to Giuseppe Garibaldi).
Di bulatan ini ada Cairoli M1 Tram Stop dan Cairoli Commuter Station (bawah tanah).
Bas City SightSeeing Milano.
Sforza Castle.
Kami pun diturunkan di jalan Foro Buonaparte, tidak jauh dari Largo Carioli tadi. Tidak seperti di Pisa dan Venice, di Milan ini nampaknya tiada tempat khas untuk menurunkan pelancong dari bas dan tempat khas untuk parking bas.
Kami pun dibawa Amar, our tour guide, ke Sforza Castle. Melalui dataran/jalan Via Luca Beltrami ini. Ruang di hadapan Sforza Castle ini telah dijadikan pejalan kaki beberapa tahun yang lalu, dan di sini diadakan acara dan pameran, seperti pasar Krismas atau festival Gelato.
Ini adalah Sforza Castle, salah satu attractions di Milan. Sforza Castle (Castello Sforzesco) ialah sebuah kubu abad pertengahan yang terletak di Milan. Ia dibina pada abad ke-15 oleh Francesco Sforza, Duke of Milan, di atas sisa-sisa kubu abad ke-14 yang ada di situ. Kemudian diubahsuai dan diperbesarkan dan pada abad ke-16 dan ke-17 ia merupakan salah satu kubu terbesar di Eropah. Dibina semula secara meluas oleh Luca Beltrami pada 1891 - 1905, ia kini menempatkan beberapa muzium dan koleksi seni di bandar Milan.
Torre del Filarete (Filarete Tower) of Sforza Castle |
Ini keseluruhan Sforza Castle dilihat dari atas. Pada zaman dahulu castle ini ada drawbridge. Menara utaranya dikenali sebagai Torre della Corte, dan di barat Torre del Tesoro. Kini di dalam castle ini ada 9 buah muzium.
Istana ini pernah menjadi kediaman peribadi diraja, depoh senjata dan berek tentera. Hari ini, istana ini menempatkan beberapa muzium Milan, termasuk Muzium Pietà Rondanini-Michelangelo, Ancient Art Museum, dan Museum of Wooden Sculptures.
Menara Sforza Castle.
Ini basikal BikeMi. Milan mencipta pelan bandar yang mampan untuk mengurangkan lalu lintas di pusat bandar dan membebaskan ruang untuk berjalan kaki dan berkongsi mobiliti. BikeMi ialah sistem perkongsian basikal awam di Milan. Ia telah dilancarkan pada 2008. Skim ini merangkumi 4,650 basikal (termasuk 1,000 basikal elektrik dan basikal untuk kanak-kanak) dan 325 stesen.
Ok, let's have a closer look at this castle front facade.
On Torre del Filarete (Filarete Tower) facade there are statues of St. Ambrose (left) and King Umberto I (right).
There are also the coats of arms of Sforza family in Milan - Francesco, Galeazzo Maria, Gian Galeazzo, Ludovico il Moro, Massimiliano and Francesco II.
Wikipedia: The coat of arms of the House of Sforza, featuring two biscioni and two Reichsadlers (Imperial Eagles symbolizing the German and Austrian domination over Lombardy). The flag of the Duchy of Milan, also featuring two biscioni and two Imperial Eagles.
Pada masa menara ini dibina semula sebuah jam besar turut dipasang. Motif matahari bersinar jam ini adalah diilhamkan oleh lambang Sforza coat of arms.
Loceng di Torre del Filarete (Filarete Tower).
Pemandangan dataran Luca Beltrami dari castle.
Di depan castle ini ada Fontana di Piazza Castello / Piazza Castello Fountain. A popular meeting point.
Bergambar di Sforza Castle.
Menara-menara Sforza Castle.
Selain basikal awam, di Milan juga ada scooter ini untuk kegunaan awam juga. TIER namanya.
Ada pula vertical garden ini. Cantiklah wall of plants ini sebab masa itu tengah Spring.
Jom kita tengok bunga-bunga yang ada di 'living wall' ini.
There were blue bellfowers and Impatiens sodenii.
Geraniums.
To be continued in the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment