Wednesday, July 12, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY: VENICE - GONDOLA RIDE

Assalamualaikum.
Ok, sambung lagi cerita jalan-jalan kami di bandar Venice.

Lepas lunch, kami pada mulanya plan nak do a bit more exploring on foot, pusing dari lokasi kami ketika itu dan make our way to the rendezvous point untuk berkumpul dengan group. 

Dari restoran kami terus saja ke dataran ini, Campo Manin namanya. Di Venice ini ada banyak dataran-dataran kecil begini yang dipanggil 'campo' yang berfungsi sebagai lapang yang 'melegakan' kerana Venice ini sendiri penuh dan padat dengan bangunan-bangunan yang dibina rapat dan bersambung-sambung. 

Campo Manin (dulu Campo San Paternian) ini telah dinamakan sempena Daniele Manin (1804-57) yang merupakan seorang patriot Itali yang terkenal, revolusioner dan negarawan. Dia dilahirkan di rumah berhampiran dan sebuah monumen memperingati pencapaiannya berdiri dengan megah di tengah-tengah dataran ini. 

Patung Daniele Manin dibuat oleh Luigi Borro, an Italian sculptor pada 1875. 

A statue of a winged lion at the base of the monument.

Campo Manin dikelilingi oleh terusan di satu sisi dan bangunan-bangunan di tiga sempadannya yang lain. Bangunan-bangunan ini mempamerkan pelbagai elemen seni bina, daripada gaya Gothic dan Neo-Renaissance kepada gaya Neo-Gothic dan moden. 

Ini adalah terusan Rio di San Luca. Ketika ini kami berada di jambatan Ponte de la Cortesia. Kelihatan gondola, bot pengangkutan dan water taxi sedang lalu di terusan ini. Beginilah suasana terusan-terusan celah bangunan di Venice ini. 

Konsep monumen bersejarah merangkumi bukan sahaja karya seni bina tunggal tetapi juga persekitaran bandar seperti bandar Venice ini. Monumen-monumen bersejarah warisan bersama ini menjadi saksi tradisi lama dan tamadun manusia. Ditambah pula Lagun Venice ini adalah tapak Warisan Dunia UNESCO, maka jadi lebih mencabar dan sangat mahal untuk melakukan ubahsuai dan restorasi bangunan-bangunan di sini. Sebab itu kalau dilihat suasana di sini, seperti dalam foto di bawah, kebanyakkan bangunannya seperti sudah uzur dan memerlukan pemulihan, dengan sejumlah kecil bangunan yang sudah cantik direnovasi/baikpulih.

Di depan sana itu ialah jambatan Ponte de San Paterniàn. 


Bergambar dengan gondola-gondola di jambatan Ponte de la Cortesia. 

Sebenarnya earlier kami sudah pun terlepas peluang nak naik gondola bersama dengan group kerana masa itu kami tak nak menunggu dan beratur dan hendak makan tengahari dahulu. Jadi sekarang kami pun tengok-tengok la papan info Gondola Service ini, planning nak naik gondola di sini.

Inilah caj-caj naik gondola di Venice. Bagus ada regulated charges macam ini, so tak payah haggling. Also dapat elak kejadian pelancong kena scam kalau tiada kawalan caj. Max 5 orang satu gondola, so bolehlah share bayar cajnya. Boleh naik dengan your own group of 5 or naik dengan pelancong lain. Tempohnya lebih kurang 30 minit. 
Di sekitar bandar Venice ini terdapat banyak stesen-stesen di mana kita boleh menaiki gondola. Kebanyakannya terletak di tengah-tengah bandar sekitar Dataran Saint Mark atau berhampiran Jambatan Rialto dan juga di banyak Campo lain (iaitu dataran) di sekitar bandar seperti di Campo Manin ini.

Kebetulan masa itu sudah sampai 2 orang gondoliers, sedang bersiap-siap untuk mengambil penumpang. Memandangkan di jeti gondola ini sudah ada gondoliers dan tiada barisan panjang macam di jeti gondola Bacino Orseolo earlier, kami pun decided to go for the gondola cruise. 

Kami pun decided untuk naik berdua sahaja. Tak apalah, since rasanya inilah sekali je pun kami nak merasa naik gondola... hihi 😄. 
Gondoliers mempunyai pakaian seragam sendiri. Mereka mesti memakai seluar biru tua atau hitam, kasut hitam dan baju berjalur merah atau biru. Pada zaman dulu, gondoliers di sebelah kanan Grand Canal memakai seragam biru dan putih, dan di sebelah kiri memakai merah dan putih, tetapi kini tiada begitu lagi.

Jom kita mulakan gondola cruise 😃. Excited rasanya 😄.

Masuk ke terusan Rio de l'Barcaroli.

Berselisih dengan gondola lain dan water taxi. Tentulah semua kenderaan air di sini tidak dipandu laju bagi mengelak dari bergesel atau berlanggar. 

Pakaian seragam gondoliers yang ditetapkan dan dipantau oleh Venice Gondoliers Association. 

Riang ria naik gondola... hihi 😄.

Menyusuri terusan di Venice yang dikatakan pada zaman kegemilangannya, pada abad ke-17 dan ke-18, dianggarkan  terdapat 10,000 gondola di Venice pada masa itu. Sekarang cuma ada 400 sahaja.

Kelihatan sebuah gondola sedang membelok ke terusan sebelah. Susah sebenarnya nak jadi gondolier. Antara lainya, kena lulus macam-macam ujian dan kena siap latihan 400 jam. Kena juga belajar pasal sejarah Venice/Italy, bertutur Venitian, tahu cara jaga gondola, tahu tentang peredaran dan pertukaran cuaca, laut dan angin sekitar Venice dan lain-lain.


Memang begitu, gondola memang dibuat senget untuk mengimbangi gondolier yang berdiri di belakang kiri gondola. Juga kini semua gondola Venice berwarna hitam. Pada zaman gemilang Venice, gondola-gondola adalah kebanyakkannya milik keluarga kaya yang mewarnai gondola mereka dengan pelbagai kaler dan dihias dengan sangat mewah. 
Kerana perbuatan menunjuk-nunjuk kemewahan oleh keluarga Venetian yang kaya, Doge Girolamo Priuli pada tahun 1562 mengeluarkan undang-undang mengharamkan gondola berwarna-warni; memutuskan semua gondola mesti dicat hitam. Masih hari ini, gondola yang digunakan untuk perkhidmatan awam, mengikut peraturan dicat hitam.

Bergambar atas gondola cruise yang juga dihias 'mewah'... hihi.

Alhamdulillah cuaca baik hari itu. Kalau hujan lebat agaknya service gondola mungkin dihentikan sementara. Macam yang saya blogkan di earlier entry, di Venice ini boleh berlaku banjir besar dan juga air surut, which I think at both times the gondola services would be halted as well. 

Kadang-kadang tu bila melalui terusan kecil begini dan tiada kenderaan air lain masa itu, terasa tenang dan sepi suasananya. Quite nice actually. 

Moments of calmness and soothing silence. 

Cruise ini melalui beberapa jambatan. Ini Ponte dei Fuseri.

Patung emas cherub with fish tail blowing trumpet di tepi gondola.

Ponte de le Colonne.

This is the Honorary Consulate of Thailand. Ada banyak consulates lain di bandar atas air Venice ini seperti konsulat France, Cayman Islands, Belgium, Portugal, Monaco dan Luxembourg.

Terdapat tepat 391 jambatan di Venice, 403 jika kita masukkan Giudecca, melintasi 177 terusan. 391 jambatan di Venice ini menghubungkan antara satu sama lain dengan 117-118 pulau yang dibina di bandar ini.


Ini jambatan Ponte Goldoni yang kami lalui earlier masa mencari restoran untuk makan tengahari. On the left is Hotel Bonvecchiati Venice (4 star).

Masuk pula ke terusan Rio Scoacamini. 

Us... on a gondola... in Venice... tak sangka ada rezeki kami ke sini.... 

Ponte de le Pignate. 


Saya baca, terutamanya masa musim panas, di Venice ada bau busuk. Ada ke bau masa naik gondola ini especially since we are practically on the water? Ok, fyi, kami di sini bulan May, so masa itu musim bunga. Jadi tiadalah kami terbau apa-apa yang tidak menyenangkan. Also saya baca ada bau busuk kuat bila berlaku kejadian kurang hujan dan air di terusan-terusan berkurangan dan hampir surut.

Melihat pada kesan lumut dan kerak di dinding ini, nampaknya air terusan ini boleh naik hingga ke paras yang agak tinggi juga. 

Ini papan tanda laluan air gondola di terusan Venice yang dikhaskan untuk bot mendayung sahaja. 
🔸Sama seperti di tanah besar, lalu lintas air di Venice juga perlu menghormati peraturan dan papan tanda lalu lintas. Terdapat papan-papan tanda laluan sehala dan tanda larangan masuk di terusan.
🔸Terdapat hanya satu terusan dengan lampu isyarat iaitu di Rio Nuovo, tapi ia sudah lama tidak digunakan.
🔸Peraturan lain termasuk: bot bermotor mesti berada di sebelah kanan, kecuali di sepanjang terusan Rio Nuovo di mana ia mesti berada di sebelah kiri. Bot mendayung mesti berada di sebelah kiri. Ini kerana pendayung berada di sebelah kanan dan mesti bebas untuk bergerak.

Dari terusan Rio Scoacamini kami dibawa gondolier membelok ke kiri masuk ke terusan Rio di San Salvador, sebuah terusan yang hanya untuk laluan perahu dayung sahaja.

Kelihatan Ponte de le Balote. 

Dalam laluan gondola kami, ini baru bangunan pertama (bangunan kanan) yang kami nampak mempunyai pintu masuk air ke bawah bangunan. Pastinya ia boleh dimasuki bot mungkin untuk menghantar penumpang, menghantar barang, memungut sisa buangan dan lain-lain hal. Could be a garage for boat/s too.

Ini Ponte del Lovo (Wolf's bridge). Ia adalah salah satu jambatan terkecil di Venice dan yang terkecil di terusan Rio de San Salvador ini.

Lalu bawah Ponte del Lovo.

Dari terusan Rio di San Salvador, kami terus dibawa ke Grand Canal. Mengikut peraturan jalan air di Venice, semua kenderaan air dari terusan kecil mesti berhenti dan menunggu giliran jika ingin masuk ke Grand Canal. Kelihatan seperti di dalam foto di bawah yang sempat saya rakam, kebetulan ada 6 buah gondola sedang beratur di Ponte Manin memberi keutamaan kepada waterbus lalu dahulu di Grand Canal. 

Lalu di bawah Ponte Manin.


Dari terusan Rio di San Salvador, kami pun masuk ke Grand Canal. Kelihatan di seberang sana bangunan-bangunan bersejarah Venice yang kini telah diubahsuai jadi boutique hotel, art museum, restoran dan hotel berbintang. 

Pemandangan Grand Canal. Kalau di depan bangunan ada tiang-tiang sebegini, itu maknanya dulu bangunan itu adalah rumah atau istana orang kaya. Tiang-tiang itu dipanggil “Pali di Casada” atau “Poles of the Family”. Ia diwarnai dengan 'warna keluarga' untuk mewakili keluarga bangsawan Venetian di Venice ketika itu. Asalnya, tiang-tiang ini terletak di hadapan istana untuk memastikan pengunjung yang tiba dengan bot akan jumpa dan mengenali istana itu terutama pada waktu malam.


Seperti bandar-bandar lain, Venice memerlukan pengangkutan barang dan orang dalam setiap cara yang mungkin. To move around, penduduk dan pelancong menaiki Vaporetto (waterbus), traghetto (feri), water taxi dan Gondola. Juga terdapat banyak keperluan pengangkutan lain yang digunakan seperti bot kargo, bot pos, bot polis, perahu penguatkuasa undang-undang, ambulan, bot anggota bomba, bot pemungut sampah dan bot penghantaran barang. Dan sudah tentu, terdapat banyak bot persendirian juga. 

Memandu bot persendirian di Grand Canal dikhaskan untuk penduduk bandar Venice sahaja. Dan hanya selepas pukul 12. Untuk menggunakan bot-bot bermotor, lesen yang dikeluarkan oleh pihak perbandaran Venice diperlukan. Had laju di Grand Canal ialah 8 km/j (4 knot) dan pada terusan yang lebih kecil 5 km/j (2.5 knot).

Di Venice terdapat undang-undang melarang bot rekreasi bukan pemastautin (termasuk bot jet, kayak dan bot kayuh) masuk ke Grand Canal dan terusan-terusan kecil tertentu. Ini berikutan beberapa kejadian kemalangan yang menyebabkan kematian; bot nelayan dilanggar speedboat dan feri melanggar gondola.
Jambatan Rialto

Penggunaan bot-bot bermotor dihadkan kerana pergerakan bot-bot bermotor dan waterbus yang meluncur laju merentasi terusan tentulah menghasilkan ombak dan ini membahayakan bot-bot kecil yang bergerak perlahan seperti gondola. Dan penggunaan bot-bot ini tentunya meningkat disebabkan 'overtourism'.

Kesan ombak ini dinamakan 'moto ondoso' yang secara literalnya bermaksud "gerakan ombak" dalam bahasa Itali. Ia merujuk kepada masalah alam sekitar yang berterusan akibat ombak/gelora dari bot-bot bermotor di seluruh terusan Venice. Efek gelora/ombak ini telah menyebabkan kerosakan yang ketara kepada dinding bangunan dan terusan dan menggugat kestabilan bangunan di seluruh Venice.

Kalau tadi ketika melalui terusan-terusan kecil di celah-celah bangunan, gondola cruise kami ini rasa begitu santai dan tenang. Tapi bila masuk saja Grand Canal ini rasa macam lebih chaotic, but in a good way... hihi 😅. Dan kadang-kadang tu boleh rasa cemas juga bila berselisih dekat dengan water taxi dan waterbus seperti dalam foto di bawah ini. Memanglah rasa terumbang ambing sikit akibat kesan ombak created by the motorised water vessels. However, water taxi dan waterbus tu tidaklah meluncur terlalu laju kerana ada speed limit yang perlu mereka patuhi.

Saya ni tidak boleh berenang, dan secara amnya takut air, tapi masa gondola cruise ini saya langsung tak terfikir tentang jaket keselamatan. I should have la, actually. Gondolier pun tidak menyuruh atau offer kami untuk pakai life vests. Anyway, kami tidaklah ternampak life jackets dalam gondola ini. May be they are tucked away somewhere in the gondola and will be taken out and used if requested by the passengers. 
Come to think of it, kami juga tak nampak life jackets masa kami naik waterbus. Tentunya ada undang-undang mewajibkan waterbus operators untuk menyediakan life jackets. Cumanya dari apa yang kami lihat sendiri, tiada penguatkuasaannya. Lagi pun nak pakai dan tanggal life vests setiap kali nak naik turun waterbus akan melambatkan pergerakan waterbus yang berhenti di banyak waterbus stops. Passengers pulak kan ramai, silih berganti turun naik dari setiap waterbus stop. Selain melecehkan dan melengahkan perjalanan waterbus, sebab tidak dipatuhi mungkin sebab air terusan di sini dikira tidak dalam especially di terusan-terusan kecil. May be la. 

Ketika berada dalam gondola di tengah terusan ini terasa besar dan lebar Grand Canal ini. Terusan yang sibuk ini panjangnya lebih sedikit daripada 3 km dan antara 30 dan 70 meter lebarnya. Purata kedalamannya pula adalah sekitar 5 meter.

Saya perasan nampaknya kita tidak boleh berjalan-jalan bersiar-siar menyusuri sepanjang tepian Grand Canal ini sambil menikmati keindahanya kerana most parts tebingnya tiada laluan-laluan pejalan kaki. Ini kerana di tebingnya kebanyakkannya penuh padat dengan deretan bangunan-bangunan persendirian yang tiada waterfront atau footpath. 
  
Since there is no footpath in most parts of the banks of the Grand Canal, the next best way to enjoy the remarkable views of the canal is by taking the water vessels like gondolas, waterbuses and water taxis. With a gondola tourists can see the Grand Canal clearly from the middle of the canal or even better to go for water taxi tours which give tourists the opportunity to enjoy a much longer stretch of the canal compared to gondolas.

Bila seorang gondolier berselisih dengan gondolier lain mereka akan menjerit "Òe!" yang bermaksud, ‘hello!’. Sapaan begini bukan sahaja sebagai 'greeting' tapi juga digunakan oleh gondoliers ketika di persimpangan terusan untuk memberitahu pengguna-pengguna terusan yang lain akan kehadiran mereka. Gondolier yang lain itu pula harus menjawab 'Òe pope!' Mendengar ini, pengguna bot itu akan terus ke kiri, untuk membolehkan gondola melintas ke kanan supaya ada ruang untuk dayung-dayung mereka dan elak dari berlaku pelanggaran.  

Asalnya golongan bangsawan Venice masa Zaman Pertengahan lebih mengutamakan kuda daripada bot sebagai cara pengangkutan. Apabila kuda diharamkan dari jalan-jalan Venice, mereka mula menerima gondola sebagai bentuk pengangkutan yang dihormati. Oleh itu penggunaan bot menjadi cara utama untuk mengelilingi pulau-pulau di lagun.

Memanglah nak naik gondola cruise ini cajnya mahal. Boleh dikatakan sangatlah mahal i.e €80 atau RM400+ satu gondola untuk cruise selama 30 minit. Boleh je berjimat dengan berkongsi naik seramai max 5 orang satu gondola. Tetapi bak kata oranglah kan, hanya terdapat satu Venice dan hanya satu tempat di dunia di mana kita boleh menaiki gondola yang tulen sambil melalui terusan-terusan bandar yang berusia lebih daripada 1,200 tahun.

Salah satu gondola tertua di dunia ada dipamerkan di The Venetian/The Palazzo di Las Vegas Strip. Gondola bersejarah itu, yang dikatakan dibuat sekitar tahun 1850, dianggap oleh pakar sebagai salah satu contoh gondola Venetian terbaik yang masih ujud dari tempoh masa itu.

Kebanyakan gondola di Venice ini beroperasi antara 9:00 am hingga 9:00 pm setiap hari. 

Kalau kita naik gondola sampai 5 orang contohnya, si gondolier akan menyusun tempat duduk penumpang untuk mengimbangi gondola dengan sebaiknya. Kalau berdua macam kami ni, tak perlulah si gondolier buat begitu... hihi. Eh.. kejap... saya duduk belah kiri gondola dan gondolier kami berdiri mendayung di sebelah kanan... eehhh... memanglah gondola yang kami naik ni juga diimbang... hihi 😄. Juga untuk menjaga keselamatan, penumpang tidak dibenarkan bergerak-gerak sana sini atau berdiri semasa gondola cruise.

Unless kita sudah buat pre-booking, nak naik gondola cruise kita kena bayar tunai. Jadi pastikan kita ada cukup cash. Private gondola cruise yang boleh dipre-book secara online biasanya adalah lebih mahal daripada kadar rasmi. 

Kemeriahan suasana di terusan, sinaran matahari memantulkan di permukaan air, keriuhan orang ramai dan pelancong, deretan bangunan-bangunan bersejarah, kombinasi semua ini menjadikan setiap saat benar-benar magical ketika melihat bandar Venice dari sudut di tengah terusan. Jadi walaupun tentunya lebih indah lagi suasana kalau naik gondola cruise ini ketika sunset, sebenarnya bila-bila masa pun kita naik gondola ini, suasana memang tetap indah.

Saya baca jika kita mahu gondolier bernyanyi atau memainkan alat muzik semasa perjalanan, kita perlu buat bayaran tambahan. Tak payah la ya, cruise ni pun dah €80 😅.

Dengan menaiki gondola (juga kenderaan air lainnya) pelancong berpeluang mendapat sudut-sudut pandangan yang menarik yang tidak dapat dilihat ketika berjalan kaki. Contohnya, bila dapat lihat fasad bangunan-bangunan bersejarah yang kebanyakkannya pada zaman dahulu adalah merupakan istana-istana, membuatkan kita dapat 'feel' atau 'vibe' of what Venice is all about. Dalam lain perkataan kita berpeluang untuk mengalami detik unik yang tidak dapat dialami di tempat lain di dunia.

Seterusnya kami dibawa keluar dari Grand Canal ini dan memasuki terusan Rio di San Luca untuk pulang ke jeti gondola Campo Manin. Fyi, setiap kumpulan gondoliers mempunyai laluan gondola sendiri dan tidak boleh bertindih laluan dengan laluan gondola kumpulan gondoliers lain.


Memasuki terusan Rio di San Luca menuju ke Campo Manin.

Sekali sekala kelihatan gondoliers mengawal gondola mereka agar tidak melanggar dinding bangunan dengan menahan menggunakan kaki pada dinding bangunan seperti dalam foto di bawah. 



Ini Ponte del Teatro. Ponte del Teatro ialah salah satu daripada sangat sedikit jambatan yang mesra kerusi roda, jambatan yang mempunyai lif kerusi roda.

Dan kami pun sampailah ke Ponte de S. Paterniàn ini lokasi di mana kami mula gondola cruise kami. Alhamdulillah, selamat perjalanan kami. 

Dan inilah peta gondola cruise kami.
Jadi the question is berbaloi ke bayar sampai RM400+ for a 30 minutes gondola cruise? Kalau fikir dari segi mahalnya mungkin ramai yang berpendapat it is a bit too expensive. Tapi kalau fikir yang cruise ini adalah at the actual Venice's canals, naik gondola tulen Venice, dikemudi oleh gondolier Venetian, menyusuri bandar air tapak UNESCO, dapat melihat dengan lebih dekat deretan bangunan-bangunan bersejarah yang sudah berusia lebih seribu tahun tapi masih lagi utuh sehingga kini dannnn... most likely kali ini sahajalah pun kami akan ke Venice.... maka pada kami memanglah berbaloi 😃😄. 
Gondola cruise kami bermula di Campo Manin melalui 5 terusan iaitu Rio de l'Barcaroli, Rio Scoacamini, Rio di San Salvador, Grand Canal, Rio di San Luca dan 10 jambatan; Ponte de la Cortesia, Ponte dei Fuseri, Ponte de le Colonne, Ponte Goldoni, Ponte de le Pignate, Ponte de le Balote, Ponte del Lovo, Ponte Manin, Ponte del Teatro, Ponte de S. Paterniàn.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Best best, kamintak dapat naik sebab faktor cuaca sejuk dan mendung nak hujan. Anak2 ajak stroll lorong2 lenguh kaki maknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh, susah tu kalau hujan. Tak enjoy pulak nanti.
      Hihi... tak pe la lenguh kejap, yang seronoknya bila tengok anak-anak happy :)

      Delete