Tuesday, July 4, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY: VENICE - GRAND CANAL - PART 02

Assalamualaikum.
Ok, sambung dengan Part 02 perjalanan kami naik waterbus di Grand Canal, Venice ini dari waterbus stop Tranchetto ke waterbus stop San Marco. 

Sambil enjoying the waterbus ride, kami sempat merakam foto-foto banyak bangunan-bangunan bersejarah di pinggir Grand Canal ini. Cantik bangunan merah ini yang facade asalnya nampaknya telah dikekalkan. It is now a Supermercato DESPAR Rialto (DESPAR Supermarket Rialto).

Deretan bangunan bersejarah Venice yang kebanyakkannya adalah istana-istana (palaces/palazzo), hotel-hotel berbintang, restoran dan cafe, arked membeli belah, pejabat perbandaran, muzium, pusat pameran, pusat kebudayaan dan lain-lain. 

Contohnya di deretan ini ada muzium (bekas istana), shops and restaurants dan 2 istana.
🏰Palazzo Loredan - an art museum
🏰Ca' Loredan ialah bekas istana gaya Romanesque abad ke-13 bagi keluarga Loredan. Bersama-sama dengan Ca' Farsetti di sebelahnya, ia kini menjadi lokasi majlis perbandaran bandar ini.
🏰Ca' Farsetti (Palazzo Dandolo Farsetti) - Istana ini dibina pada abad ke-13. Ia hampir musnah dalam kebakaran pada tahun 1524. Pada tahun 1440, dua tingkat ditambah. Ia telah dibeli pada sekitar tahun 1670 oleh keluarga Farsetti, yang menubuhkan sebuah akademi di sini pada abad ke-18. Pada awal abad ke-19 ia telah ditukar menjadi sebuah hotel, dan, pada tahun 1926, ia menjadi hak milik perbandaran Venice.

Ca' Loredan (left) and Ca' Farsetti.

Gondola jetty in front of the municipality buildings. By the way, nampak tak tiang-tiang biru tu among the other wooden poles. Ada ceritanya tu. 

Ok, tiang-tiang itu dipanggil “Pali di Casada” atau “Poles of the Family”. Ia diwarnai dengan 'warna keluarga' untuk mewakili keluarga bangsawan Venetian di Venice ketika itu. Asalnya, tiang-tiang ini terletak di hadapan istana untuk memastikan pengunjung yang tiba dengan bot akan jumpa dan mengenali istana itu terutama pada waktu malam. Secara tradisinya di atas setiap tiang, ada dipasang lampu minyak untuk menerangi kegelapan malam. Pada masa kini, lampu minyak ini digantikan dengan penutup moden atau "cappellozzi". Saya perhatikan reka bentuk tiang-tiang ini semuanya berbeza dari segi saiz, reka bentuk dan warna, bergantung pada lokasi mereka.

Tiang-tiang ini mempunyai fungsi hiasan, mewakili warna keluarga; yang kadangkala dikaitkan dengan fahaman politik mereka. Ketika zaman kegemilangan Republik Venetian, tiang-tiang ini juga disepadankan dengan warna gondola keluarga. Tiang-tiang ini sebenarnya adalah hiasan semata-mata, kerana tidak sepatutnya ditambat sebarang bot kepadanya.
Tidak semua 'pali da casada' mempunyai motif spiral yang tipikal tapi ada yang menyerupai nyalaan api.

Tiang itu boleh bertahan sekitar 15 - 20 tahun, sebelum ia perlu diganti. Selepas tempoh ini, bahagian tiang tepat di atas paras air musnah sepenuhnya. Ini disebabkan oleh serangga kecil (shipworms) yang memakan ke dalam tiang. Oleh kerana tiada oksigen di bawah air, bahagian bawah tiang ini kekal utuh. Kayu lama dari tiang-tiang yang diganti tidak dibazirkan, tetapi dikitar semula. Ia digunakan untuk membuat perabot asli, seperti meja untuk kegunaan peribadi dan komersial. Dalam kebanyakan kes, lubang yang dibuat oleh serangga tadi kekal kelihatan, memberikan rupa "authentic".

Yang kiri itu, Palazzo Cavalli atau Palazzo Corner Martinengo dahulunya adalah sebuah istana juga. Telah dibina pada abad ke-16 dan diubah suai pada abad-abad berikutnya. Ia dijual pada tahun 1989 kepada Perbandaran Venice. Istana itu kini ialah ibu pejabat semasa Pusat Ramalan dan Pelaporan Pasang Surut (Tide Forecast and Reporting Center) bagi perbandaran Venice dan tempat untuk majlis perkahwinan
Di sebelah Palazzo Cavalli ialah Corte d'Appello penale di Venezia (District office) or Court of Criminal Appeal of Venice.

Gondola sedang berlayar dan burung camar sedang terbang di depan Palazzo Cavalli dan Corte d'Appello penale di Venezia di Grand Canal Venice, Italy.

Ini pula adalah Palazzo Grimani di San Luca (Grimani Palace of San Luca). Satu lagi historical landmark di Venice ini. Istana ini dibina pada pertengahan abad ke-16. Ia merupakan kediaman keluarga Grimani sehingga tahun 1806. Palazzo Grimani kini merupakan lokasi Mahkamah Rayuan Venice.

Ini terusan Rio di San Luca, di antara bangunan Palazzo Grimani di San Luca dan Palazzo Corner Contarini dei Cavalli. Di Venice terdapat 182 terusan bernama, yang akhirnya boleh pecah menjadi beberapa lagi segmen terusan.

Kelihatan jambatan Ponte del Teatro. 
🔹Venice ialah koleksi 118 pulau yang dihubungkan dengan 435 jambatan. Daripada jumlah itu, 72 adalah jambatan persendirian. 
🔹Bandar ini juga mempunyai hampir 200 terusan dan kira-kira 125 piazza (dataran). 
🔹Terdapat banyak lorong-lorong yang tidak berada dekat terusan, tetapi ia cenderung sempit. Terdapat 2,650 lorong di Venice, sepanjang 157km. Lorong terkecil berukuran hanya 52cm. 
🔹Tiada jalan raya, jadi pengunaan kereta dilarang. Pelawat perlu berjalan kaki atau menaiki beberapa bentuk pengangkutan air seperti teksi air, vaporetto (waterbus), bot persendirian atau gondola. 

This is Palazzo Corner Contarini dei Cavalli (XV secolo) - Palazzo Corner Contarini dei Cavalli (15th century), yet another palace. Currently, the building houses some offices of the Ministry of Justice.
Wikipedia: The construction of the current building presumably dates back to the mid-15th century. In 1310, the previous building was branded with the so-called "stigma", reserved for traitors of the state because their owners took part in the failed conspiracy of Bajamonte Tiepolo against the Republic of Venice.

This is Palazzo Volpi or Palazzo D'Anna Viaro Martinengo Volpi di Misurata, a Renaissance palace in Venice. Built in the early 16th century, it is still owned by the the Volpi family.

Venice ialah sebuah fully urbanized city yang dibina di atas pulau-pulau kecil dan ia tidak lagi mempunyai ruang untuk pembinaan bangunan baharu. Inilah sebabnya, untuk mengikuti trend dan fesyen terkini dari zaman ke zaman, orang kaya Venice sentiasa mengubah suai fasad istana-istana mereka di Grand Canal. Akibatnya, banyak istana-istana berprestij di Venice mempunyai gaya yang agak moden, yang wujud "hanya" 2-3 abad yang lalu.

Palazzo Benzon or Palazzo Querini Benzon is another palace located at the Grand Canal. Built in the early 18th century,  today the palace is considered a UNESCO World Heritage Site.

Bangunan kuning itu adalah Palazzo Curti Valmarana, sebuah apartment building. The palace Curti Valmarana is located between Ca' Michiel dalle Colonne on the left and palace Corner Spinelli. Dibina pada abad ke-17 dan diubah suai pada abad ke-18, Palazzo Curti Valmarana adalah milik cawangan Venetian keluarga Curti Milan dan kemudiannya kepada keluarga Valmarana.
Ca' Michiel dalle Colonne dibina pada abad pertengahan lewat abad ketiga belas dalam gaya "Venetian-Byzantine" telah diubah menjadi istana Baroque lewat pada abad kelapan belas atas arahan keluarga Michiel.

Suasana di dalam waterbus. Penumpang boleh juga ke belakang waterbus ini untuk melihat panorama indah Venice dari tengah Grand Canal. 

Bangunan putih itu ialah Palazzo Garzoni. The Gothic-style palace was erected in the 15th century. The aristocrat Pietro Garzoni had a famous library in it. It is now a luxury apartment.

Left: Venezia Palazzo Barocci. Originally built in the 1300s as a domus maioris (a place for dwelling, business and a religious center for worship), this building became Teatro Sant’Angelo in 1676 and was first transformed into a private home and then into a hotel. It is now 4 star hotel (RM1,113 semalam).
Right: Sina Palazzo Sant'Angelo. Also a 4 star hotel (RM1,732 semalam).

Left, Sina Palazzo Sant'Angelo and Palazzo Garzoni. In between is the Rio di Ca' Garzoni.

Terusan Rio di Ca' Garzoni.

Gondola bukanlah ciptaan baru Venice. Dibuat khas untuk perairan cetek lagun Venetian, ia telah digunakan sejak abad ke-11 atau mungkin lebih awal dari itu, tetapi bukti pertama yang didokumenkan mengenainya berasal dari 1094 - dan selama berabad-abad ia adalah cara utama untuk bergerak di Venice.
Pada zaman kegemilangannya, pada abad ke-17 dan ke-18, dianggarkan  terdapat 10,000 gondola di Venice pada masa itu. Sekarang cuma ada 400 sahaja.

Sukar untuk dibayangkan sekarang, tetapi satu ketika dahulu gondola adalah lebih berwarna warni daripada gondola hari ini. Pada abad ke-16, pemilik-pemilik gondola cuba mengatasi satu sama lain dengan menghias gondola-gondola mereka dengan pelbagai hiasan mewah, sehingga satu undang-undang diluluskan yang memerlukan semua gondola dicat hitam untuk keseragaman. Selama lebih 500 tahun, undang-undang itu masih lagi kekal digunakan. 
Gondola dikemudi oleh dua orang gondoliers.

Sekarang ini gondola-gondola di sini ada juga yang kami nampak mewah seperti dalam foto-foto di bawah ini dengan tempat duduk macam kerusi renaissance merah dengan ukiran emas dan tepi gondola dipasang hiasan keemasan. 

Saya perasan gondola adalah senget sedikit ke sebelah. Rupanya ia memang sengaja dibuat begitu kerana ia membantu mengimbangi berat gondolier. Gondola tidak simetri dan condong sedikit ke kanan. Bahagian port gondola adalah 22 cm lebih lebar daripada bahagian starboard supaya gondolier boleh berdiri di situ untuk keseimbangan.
Nampak jelas senget gondola ini kan 😀. Ini foto dari gondola cruise kami yang akan saya blogkan in coming entry.

Gondola tidak dihasilkan secara besar-besaran. Ia adalah buatan tangan daripada 280 keping papan kayu dari 8 jenis kayu (elm, ceri, walnut, kapur, mahogani, cemara, oak dan larch). Pembuatan satu gondola mengambil masa kira-kira dua bulan untuk disiapkan. Setiap satu sepanjang lebih kurang 10 meter dan berat lebih daripada 500 kg. 
Ini deretan gondola-gondola di terusan sebelah Hard Rock Cafe yang boleh disewa pelancong untuk keliling route tertentu di Venice

Bagaimanakah gondolier boleh mengawal gondola dengan baik terutama ketika melalui terusan-terusan kecil dan berbelok-belok? Dengan menggunakan pengunci atau pemegang (oarlock gondola) batang pendayung gondola yang namanya forcola (FOUR-koh-la). Bentuknya unik seperti serpentine dan dibuat dari kayu. Hanya di Venice sahaja boleh menjumpai bot yang didayung dengan "forcola", kunci dayung melengkung yang elegan. Walnut adalah kayu tradisional untuk buat forcola. Yang lain termasuk pir, ceri dan zaitun, yang sering dipilih kerana uratnya yang cantik dan gelap tetapi rapuh. Jika terkena sesuatu yang keras, ia akan pecah seperti kristal.
Ini rupa forcola dan lokasinya pada gondola

Setiap posisi mendayung pada setiap jenis bot Venetian memerlukan forcola tersendiri, sejenis peranti yang dicipta sejak selama berabad-abad yang lalu khas untuk pengemudian gondola paling efisien untuk pendayung yang sentiasa berdiri dan menghadap ke hadapan. Para gondoliers kini mempastikan forcolas yang dibuat khusus untuk mereka mestilah berdasarkan ketinggian dan berat tertentu mereka.

Forcola untuk gondola (berbanding dengan bot-bot Venice yang lain) menawarkan pendayung lapan titik sentuhan yang berbeza untuk dayung, masing-masing direka untuk gerakan yang berbeza dan cara yang berbeza untuk membuat bot itu maju, mundur, berpusing, atau berhenti, mengikut situasi yang diberikan. Jika kelihatannya mudah untuk mengawal gondola, itu sepenuhnya disebabkan oleh forcola. 
Pendayung tunggal digunakan untuk menggerakkan dan mengemudi bot, yang dibuat melengkung sedikit pada satu sisi supaya dayung yang menujah dari sisi itu melayarkan gondola dalam garis lurus.

Di bahagian hadapan setiap gondola terdapat prow atau fero. Dalam bahasa Itali, fero bermaksud besi, dan fero pada asalnya berfungsi sebagai pengimbang kepada berat gondolier. Selama beratus-ratus tahun, fero telah mengalami banyak perubahan dan pengubahsuaian.

Kini Fero mempunyai banyak simbolisme di belakangnya.
⭕Bentuk "s" fero melambangkan lengkungan Grand Canal.
⭕Enam serampang menghadap ke hadapan mewakili enam sestieri (daerah) Venice.
⭕Serampang satu ke belakang mewakili Giudecco (pulau paling selatan yang menghadap sestieri).
⭕Lengkung di atas serampang mewakili Jambatan Rialto.
⭕Di atasnya, "kepala" fero yang melengkung besar mewakili topi Doge (Doge of Venice adalah ketua majistret dan pemimpin Republik Venice).
⭕Beberapa fero mempunyai tiga hiasan di antara serampang yang mewakili tiga pulau di Lagun Venetian - Murano, Burano dan Torcello.

Pengemudi gondola dipanggil gondolier. Selalunya dia akan berdiri di bahagian belakang gondola menghadap laluan sambil mendayung batang pendayung yang panjang. Kedua-dua perkataan 'gondolier' dan 'gondola' berasal dari Rhaetian gondolà yang bermaksud "to rock or roll."

Kebanyakan pendayung gondola berasal dari keluarga gondolier. Diinspirasi oleh bapa dan datuk mereka, meneruskan kehidupan sebagai seorang gondolier adalah sesuatu yang wajar. Ia membuatkan mereka bangga mengikuti jejak langkah keluarga mereka. Pada masa yang sama, mereka mahu menunjukkan bandar tercinta mereka kepada dunia. Gondoliers memiliki dan menjaga bot mereka sendiri yang sering diturunkan daripada bapa kepada anak untuk beberapa generasi seterusnya.

Pada zaman awal gondola, gondolier kebanyakannya adalah hamba bangsa Moor. Tetapi gondolier hari ini sangat berbeza. Seseorang itu tidak boleh terus menjadi seorang gondolier. Bakal gondolier perlu menjalani latihan yang ketat. Mereka mesti bermula dengan lulus ujian asas mendayung dan renang 'Voga alla Veneta'. 'Voga alla Veneta' ialah kebolehan mendayung gondola sambil berdiri.

Jika bakal gondolier lulus dua ujian asas mendayung dan renang itu, mereka menghabiskan 12 hingga 18 bulan di sekolah "arte del gondiliere" di mana mereka mengambil kursus dalam bahasa asing, sejarah dan budaya Venice, geografi dan mendayung. Mereka perlu melakukan 400 jam latihan sebelum mereka mengambil peperiksaan. Setelah mereka lulus semua peperiksaan, termasuk ujian mendayung yang sangat spesifik, mereka boleh mendaftar sebagai tukang gondola gantian (substitute gondolier), mengendalikan traghetti (gondola yang mengangkut orang merentasi Grand Canal) dan menyertai Gondoliers Guild (Persatuan Gondoliers) berusia 1,000 tahun yang eksklusif.

Latihan selama 400 jam sebelum lulus ujian termasuk pengetahuan tentang sejarah seni, sejarah bandar, navigasi, laluan-laluan terusan, bahasa asing untuk dipelajari selain dialek Itali dan Venetian, penyelenggaraan bot dan kajian air pasang dan angin yang berubah-ubah di sepanjang Laut Adriatik. Tidak hairanlah bahawa hanya tiga atau empat lesen gondolier sahaja dikeluarkan setiap tahun.
Venice hanya menganugerahkan 425 lesen gondolier. Setiap lesen dipautkan ke stesen gondola tertentu, jadi gondolier sentiasa berfungsi di lokasi yang sama.

Gondoliers Guild juga mengawal pakaian seragam gondolier. Gondolier mesti memakai seluar biru tua atau hitam, kasut hitam dan baju berjalur merah atau biru dengan lambang Gondoliers Guilds bersulam pada baju dan jaket. Dulu gondolier di sebelah kanan Grand Canal memakai seragam biru dan putih, dan di sebelah kiri memakai merah dan putih, tetapi kini tiada begitu lagi.

Memakai topi jerami dengan reben adalah pilihan. Topi jerami bereben itu adalah sesuatu yang gondolier tidak suka memakainya kerana ia bukanlah sebahagian daripada pakaian seragam yang asal. Sebab itulah saya perhatikan tiada seorang pun gondalier yang saya nampak di sini memakai topi itu. I think la sebab topi macam tacky sangat... hihi. Pada 1955 terdapat sebuah filem yang difilemkan di Venice dan pelakon yang melakonkan watak gondolier dipakaikan topi tersebut dan selepas itu menyebabkan ramai pelancong bertanya kenapa gondolier di Venice tidak memakai topi itu. 
Ini sebuah kedai yang menjual pakaian seragam gondolier. Lokasinya di atas jambatan Rialto.

Seorang gondolier tidak membawa gondola mereka keluar melainkan mereka berpakaian seragam. Ini juga berlaku apabila gondola digunakan untuk meluangkan masa beriadah bersama keluarga dan rakan-rakan atau atas urusan lain. Sekali pun dalam latihan, jika mereka berada di atas Gondola, mereka mesti patuh menjaga tradisi ini.

Dahulu gondoliers kebanyakannya berpakaian hitam untuk dipadankan dengan warna Gondola. Juga ada yang memakai serba putih. Selepas Perang Dunia 2, belang menjadi sebahagian daripada pakaian seragam. Ada yang mengatakan mereka sepadan dengan tiang berjalur di hadapan Palazzo di Grand Canal. 

Semua gondolier yang saya nampak adalah lelaki. Bolehkah seorang wanita menjadi gondolier? Kini, daripada 433 gondolier berlesen yang bekerja di Venice, lima daripadanya adalah wanita, menurut presiden persatuan gondola - Associazione Gondolieri di Venezia atau Venice Gondolier’s Association. 

Pada masa lalu, gondolier terutamanya bekerja untuk keluarga Venice yang kaya. Memandangkan mereka mengetahui banyak rahsia golongan bangsawan, para gondolier dilayan dengan hormat dan berada tinggi dalam skala sosial. Kini, majoriti pelanggan mereka adalah pelancong yang berminat dengan perlayaran romantis di terusan.

Venice menjadi sebahagian daripada Itali hanya baru-baru ini iaitu pada tahun 1966. Sejak 697C.E., sebenarnya, Venice adalah Republik yang bebas dan merdeka selama 1,100 tahun. Ini menjadikan Republik Venetian sebagai bentuk Kerajaan yang paling lama bertahan di dunia. Selepas 1,100 tahun, kemerdekaan Venetian berakhir pada 1797: pada Mei 1797, Republik Venetian menyerah kalah kepada tentera Perancis. Beberapa pemerintah menguasai Venice dalam tempoh 70 tahun selepas berakhirnya Republik Venetian, sehingga Venice menjadi sebahagian daripada Negara Itali yang baru dibentuk.
Kiri: Palazzo Corner Gheltof.

Lebih sedikit daripada 3 km panjang dan antara 30 dan 70 meter lebar, Grand Canal mempunyai purata kedalaman 5 meter dan berhubung di pelbagai titik pertemuan dalam labirin terusan. 

Grand Canal terkenal dengan pelbagai sebab: istana-istana yang menakjubkan yang melapisi tebingnya; jambatan mewah yang merentasi perairannya; cara ia menghubungkan tarikan-tarikan utama bandar Venice dan, sudah tentu, tunggangan gondola yang menyeronokkan yang membolehkan pelancong menikmati keindahan kota bersejarah ini.

Bagaimana nak menyeberang Grand Canal ini? Ada 2 cara. 
🔹Dengan berjalan kaki: Terdapat hanya empat jambatan yang merentasi Grand Canal di Venice: Ponte della Costituzione, Ponte degli Scalzi, Ponte di Rialto, dan Ponte dell'Accademia. 
🔹Dengan bot: Jika dari 4 jambatan itu, bolehlah menyeberangi Grand Canal dengan bot dengan menaiki Vaporetto (waterbus) ke stesen di seberang terusan, menaiki Traghetto (macam gondola) atau menyeberang dengan gondola.
Kelihatan menara Hotel Rialto

Berenang di terusan ini adalah dilarang. Terdapat dua sebab, pertama ianya berbahaya kerana banyak gondola dan bot-bot bermotor lalu lalang. Kedua, ia tidak bersih kerana ia dicemari oleh air sisa isi rumah dan industri. Menurut Venice's Urban Police and Security Regulations, kesalahan-kesalahan yang dilakukan di sini boleh dikenakan denda antara 25 Euro (RM127) hingga 500 Euro (RM2,500).
Bangunan paling kanan itu adalah Università Ca' Foscari / Ca' Foscari University. Universiti Ca' Foscari Venice ialah universiti awam di Venice, Itali. Sejak penubuhannya pada tahun 1868, ia telah ditempatkan di istana Gothic Venetian Ca' Foscari, dari mana ia mendapat namanya.

Kita mungkin pernah mendengar orang merujuk kepada Venice sebagai 'The Floating City'. Tapi semasa bulan-bulan musim luruh, Venice menjadi lebih seperti bandar yang tenggelam. Kejadian banjir di Venice kini adalah lebih teruk daripada yang pernah berlaku sebelum ini.

Venice sebenarnya terdiri daripada 118 pulau yang berasingan, yang terletak di dalam Lagun Venetian. Apabila angin lembap panas dari Afrika Utara sejajar dengan tarikan graviti bulan, air ditolak dari laut Adriatik ke Lagun Venetian. Air tambahan ini meresap ke pulau utama dan menyebabkan Venice banjir. Penduduk tempatan memanggil banjir Venice "acqua alta," atau "air tinggi." Biasanya, banjir hanya menjejaskan 10% daripada tanah di Venice, terutamanya meliputi Dataran St. Mark. Pada 2018, banjir di Venice lebih teruk berbanding sebelum ini, yang menjejaskan lebih 75% bandar. Di sesetengah kawasan bandar, paras airnya adalah sedalam sehingga lima kaki.
Bangunan yang ada poles itu adalah satu lagi istana - Palazzo Erizzo Nani Mocenigo.
Wikipedia: It was built by the Erizzo family in 1480 in the Venetian Gothic style and then passed to the Nani family (later Nani-Mocenigo) in 1537.

Selain daripada tarikan graviti bulan dan tolakan air laut Adriatik, banjir Venice dikatakan juga berlaku akibat perubahan iklim dan peningkatan paras laut. Selain itu, Venice tenggelam kerana bandar itu dibina di atas asas yang lemah. Berada di atas plat tektonik yang beralih, Venice pada dasarnya condong ke Timur. Pakar telah mengukur bahawa secara purata, Venice tenggelam kira-kira dua milimeter setiap tahun.

Jika tidak banjir, paras air di Venice sebaliknya boleh berkurangan pula. Paras air yang semakin berkurangan di terusan dikaitkan dengan gabungan isu seperti keadaan air surut yang berpanjangan dan sistem cuaca tekanan tinggi yang berlarutan di kebanyakan kawasan Itali. Beberapa terusan Venice yang lebih kecil menjadi kering di tengah-tengah air surut yang luar biasa dan kekurangan hujan, menyukarkan gondola, teksi air dan bot ambulans untuk mengemudi bandar Itali.

Adakah air percuma di Venice? Ya, ianya selamat dan percuma. Malah semasa berjalan di sepanjang Venice akan sering bertemu banyak water fountains. Air paip Venice adalah dipam masuk dari tanah besar Itali dan bukannya dari Venetian Lagoon atau Grand Canal dan terusan-terusan kecil Venice. 

🔸Left: Palazzo Balbi, a historical landmark.
Wikipedia: Palazzo Balbi is a palace on the Canal Grande, Venice, northern Italy. It is included in the sestiere of Dorsoduro, to the right of Ca' Foscari. Currently it is the seat of the President of the Veneto region and of the regional council.
🔸2 blocks away from Palazzo Balbi is another historical landmark, the Palacio Dandolio
Wikipedia: Palazzo Dandolo Paolucci is a Renaissance palace. The present palace was built in the 17th century on the site of a previous Gothic building of the 14th century. The palace was heavily remodeled in later periods.

Venice mempunyai sekolah, hospital, balai polis dan bomba serta semua fasiliti dan perkhidmatan penduduk lain yang boleh temui di mana-mana bandar bersaiz sederhana di tempat lain. Walau bagaimanapun, apa yang menarik ialah perkhidmatan seperti teksi, bas, polis, bomba, ambulans, dan lain-lain semuanya menggunakan bot.
Istana yang besar ini ialah Palazzo Moro Lin.
Wikipedia: The Palazzo Moro Lin, also called the palace of 13 windows is a baroque-style palace on the Grand Canal, located between the Palazzo Grassi and the Palazzo da Lezze, in the sestiere of San Marco, in Venice, Italy. The palace was built in 1670 by design of Sebastiano Mazzoni, and made for the painter Pietro Liberi.

Ini Chiesa di San Polo (St Paul's Church). Chiesa di San Polo ialah sebuah gereja Katolik di Venice, yang didedikasikan untuk  Apostle Paul. It gives its name to the San Polo sestiere of the city.

Waterbus stop S. Samuele.

Di Venice, terdapat 139 gereja. Bagaimanapun, hanya 88 yang masih beroperasi. Banyak gereja telah diubah menjadi bangunan komuniti atau digunakan untuk pameran seni.


Palazzo Malipiero - Lavish palace built in the 10th and 11th centuries, offering art exhibitions and a picturesque garden.

Bagaimanakah Venice pernah menjadi begitu kaya dan berkuasa? Perdagangan dan keupayaan orang Venetian untuk memprogram, mengatur dan mentadbir harta benda mereka, adalah sebab-sebab utama kekayaan dan kuasa besar Republik Venice. Venetian melaksanakan pentadbiran bandar, sistem keadilan, tanah jajahan, dan laluan komersial melalui Kerajaan Serenissima dengan cemerlang sehingga bandar Venice yang "kecil" berjaya bersaing dengan empayar-empayar besar selama berabad-abad.
Nota: "Serenissima" ialah salah satu nama panggilan yang pernah digunakan untuk merujuk kepada "Republik Venice" purba, yang dikenali sebagai "Serenissima Repubblica di Venezia."

Venice's nicknames: The Dominant, The Queen of the Adriatic, The City on Water, The City of Bridges, The City of Canals, The City of Masks, The Floating City, and The Tourist Maze.

Palazzo Malipiero.

Di Grand Canal ini ada bahagian-bahagian yang dalam airnya. Jatuh ke dalamnya jika tidak boleh berenang atau cedera boleh membawa maut. Selain arus deras, saluran pengairan mungkin mempunyai arus dan gelora yang boleh menyeret walaupun perenang yang kuat ke bawah air. Terusan di sini mempunyai cerun yang curam dan dinding yang licin.
Menurut data yang tersedia secara umum, terdapat beberapa kes lemas di terusan Venice dalam tempoh masa beberapa tahun. Ramai yang meninggal, tetapi lebih banyak lagi telah berjaya diselamatkan kerana kesediaan dan keberanian warga Venetian, dalam apa yang boleh dipanggil sebagai 'authentic heroism'.

Memandangkan Venice dibina di atas lagun, air terusannya adalah payau, bermakna ia adalah campuran garam dan air tawar. 
Kiri: Giardino Palazzo Malipiero / Malipiero Palace Garden.
Bangunan coklat itu adalah Iraq Pavilion, a museum. It is Iraq's national pavilion in Venice.
 

Sebuah water taxi meluncur laju membawa pelancong menikmati keindahan the floating city.

Mengapakah bangunan di Venice tidak tenggelam? Ini adalah terutamanya kerana sifat tanahnya yang berpaya, yang bermaksud bahawa mana-mana struktur yang dibina di atasnya boleh rosak atau runtuh, dengan peredaran masa. Oleh itu, penduduk Venetian memacu pancang kayu tebal ke bahagian bawah lagun, dan membina platform kukuh di atasnya.

Ada juga saya perasan air Grand Canal ini ada kalanya nampak macam berwarna hijau (or is it turquoise?) seperti foto di bawah. Mengapa ya? Saya baca kerana ada tompok-tompok cecair hijau pendarfluor yang muncul di Grand Canal Venice disebabkan oleh bahan pendarfluor kimia.
Bahagian Grand Canal yang baru kami lalui

Kenapa Venice dibina di atas air/lagun? Saya baca, asalnya dikatakan orang Venice pada abad ke-5 terpaksa melarikan diri dari tanah besar kerana penaklukan dan pencerobohan musuh. Jadi idea untuk bina Venice atas air adalah demi pertahanan dan perlindungan dari diserang musuh. 

Ini satu lagi kisah berenang dalam terusan di Venice. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat laporan mengenai pelancong melompat ke dalam terusan sebagai satu bentuk hiburan, yang bukan sahaja berbahaya tetapi juga menyalahi undang-undang. Pihak polis telah mengenakan denda sebanyak 300/450 euro dan perintah keluar dari bandar juga akan diberikan. 

Mengapa bangunan-bangunan Venice berwarna-warni? Jawapan yang paling banyak diterima adalah berkaitan dengan sejarah pulau ini sebagai komuniti nelayan. Kabus tebal Venitian Lagoon menjadikan pelayaran lebih mencabar bagi nelayan tempatan. Untuk mencari jalan pulang ke bandar, mereka mula mengecat rumah-rumah dengan warna-warna terang supaya mereka menonjol dalam kabus.
Adakah orang di Venice bekerja sebagai nelayan? Menangkap hasil laut cara tradisional di laut dan lagun masih diamalkan secara meluas oleh nelayan di Venice. Mereka adalah penjaga sebenar tradisi lama, dan berpengetahuan luas tentang tanah lembap yang perlu dilindungi untuk menjamin kelangsungan ekonomi mereka sendiri.
Iraq Pavilion (left) and Palazzo Falier
Wikipedia: Palazzo Falier is a civil building located in Venice, Italy in the Cannaregio district. The palazzo is particularly known for having been the home of Marin Falier, Doge of the Republic of Venice, who was executed for attempting a coup d'état.

Peraturan am menggunakan kenderaan air di sini adalah menggunakan laluan di sebelah kanan terusan. Walau bagaimanapun, bot yang ingin memasuki Grand Canal ini perlu sentiasa memberi keutamaan kepada bot yang sedang berlayar. Semua bot mesti memberi laluan kepada waterbus dan tidak boleh melintasi laluannya atau mengganggu tempat berlabuhnya.

Ini contoh situasi yang sempat saya rakam ketika kami gondola cruise di mana kelihatan deretan gondola-gondola sedang beratur untuk masuk ke Grand Canal dari terusan kecil memberi laluan kepada waterbus dahulu.

Memandangkan bandar Venice telah dibina dalam tempoh yang sangat lama, gaya istana yang berbeza bergantung pada masa di mana fasad istananya dibuat. Gayanya terdiri daripada seni bina Romanik awal hingga gaya Neoklasik terkini.
Palazzo Falier

The styles includes Romanic style, Gothic style, Renaissance style, Barocco style, Neoclassic style and Byzantine Style.
Ini Palazzo Papadopoli, sebuah hotel 5 bintang

Selepas berabad lamanya bangunan-bangunan di Venice kekal utuh kerana cerucuk kayu digunakan sebagai asas bandar. Selepas lama di dalam air laut, cerucuk-cerucuk itu berubah dan mengeras macam batu dalam proses petrifikasi.
Cultura Venezia Futura - a cultural center and Chiesa di San Vidal (Church of San Vidal)

Adakah pembersihan dilakukan di terusan-terusan di Venice? Venice ialah salah satu tempat tumpuan pelancongan paling popular di dunia dan banyak wang dilaburkan dalam industri pelancongannya. Ini bermakna terusan dan laluan air dibersihkan secara berkala, memungut sampah dan sisa lain yang telah masuk ke dalam air.

Bagaimanakah pembersihan terusan dilakukan? Dredges biasanya digunakan untuk membuang sedimen dan serpihan dari dasar laluan air. Sebagai contoh, jika terdapat banyak kelodak dan lumpur yang terkumpul di dalam terusan, dredges boleh digunakan untuk mengeluarkannya. Enjin elektrik atau diesel digunakan untuk menggerakkan kapal korek, dan ia ada dalam pelbagai saiz untuk boleh memasuki laluan air bersaiz berbeza.

Cerita tentang pembersihan bandar ini, bot hijau ini pula adalah bot sampah. Sejak beberapa tahun Venice memfokuskan aktivitinya di sekitar peningkatan kualiti hidup dan kelestarian alam sekitar. Jadi perlulah ada Veritas Boat ini untuk pengumpulan dan pelupusan sisa bandar. Bot yang dibuat khusus ini panjangnya sekitar 12 meter dan mempunyai kapasiti kargo bersih 10 tan. Tong sampah diangkut dari lokasi tong-tong sampah di tebing-tebing terusan dengan kren yang dipasang pada bot. Ia juga dilengkapi dengan compactor (pemadat) di mana sampah yang dikutip kemudiannya dimampatkan di atas bot sebelum diangkut ke pusat kitar semula.

Adakah air di terusan Venice membeku pada musim sejuk? Ya, ia boleh membeku dan dikatakan pemandangannya cukup menakjubkan. Walau bagaimanapun, fenomena ini sangat jarang berlaku, disebabkan oleh haba dari bandar, iklim sederhana di rantau ini, dan sifat air payau di Lagun Venetian. Atas semua sebab ini, suhu perlu cukup rendah bagi airnya membeku dan ini hanya berlaku dalam selang beberapa dekad. Kali terakhir terusan Venice ini membeku adalah pada 2012, dan ia dianggap sebagai kejadian yang sangat luar biasa.

Bagaimanakah keadaan orang yang tinggal di Venice? Sesetengah orang di Venice tinggal di pangsapuri atau rumah tradisional, manakala yang lain tinggal di tempat penginapan yang lebih unik seperti gudang atau bot yang diubahsuai. Dan sudah tentulah penduduk Venice bergantung pada rangkaian terusan dan laluan air yang meluas di bandar sebagai jalan pengangkutan utama.
🔸Rumah di Venice, as expected, mestilah mahal. Untuk sebuah residential berukuran 1,506.95 sqft, 2 bilik tidur, 2 bilik air, harganya ialah RM3.1 juta. Kalau 2,475.7 sqft, 3 bilik tidur, 2 bilik air, harganya RM6.1 juta.
🔸Mengapa penduduk meninggalkan Venice Itali? Saya baca ada penduduk Venice meninggalkan bandar ini. Ini kerana kos sara hidup terlalu tinggi. Akibat pelancongan besar-besaran dan kenaikan harga berkaitan COVID, ramai penduduk Venice terpaksa meninggalkan bandar mereka demi mendapatkan alternatif yang lebih murah. 

Then we came upon Ponte dell'Accademia or Academy Bridge. Ponte dell'Accademia ialah satu daripada empat jambatan yang merentangi Grand Canal. Pernah berlaku di jambatan pejalan kaki ini kejadian pasangan kekasih cuba memasang "kunci cinta" pada rel tangan logam jambatan ini, tetapi pihak berkuasa Venice telah berjaya membenteras vandalisme itu. 

Venice adalah sebuah bandar dan telah didiami sejak penciptaannya beribu-ribu tahun dahulu. Pada masa ini, Venice mempunyai kurang daripada 53,000 penduduk (Februari 2019). Penduduk Venice bagaikan serba salah dengan keadaan antara pelancongan besar-besaran dan kewujudan yang lebih harmoni. Pada tahun 1970-an, lebih daripada 150,000 orang tinggal di Venice, tetapi hari ini cuma ada lebih sedikit dari 50,000 orang, dengan populasinya berkurangan sebanyak hampir 1,000 orang setiap tahun. Tanpa pelancongan, akan hampir tidak ada orang yang tinggal di bandar lagun ini.
Bangunan kuning di sebalik Academy Bridge itu adalah Palazzo Cavalli-Franchetti. Since 1999 it has been the seat of the Istituto Veneto di Scienze, Lettere ed Arti and frequently houses cultural events.

Venice ialah bandar antarabangsa dengan infrastruktur bandar kecil, yang boleh menimbulkan masalah aliran trafik. Jenis pengangkutan utama di sini adalah berjalan kaki. Ini bermakna jika duduk di atas jambatan atau di lorong-lorong sempit, ia sama seperti menghalang perjalanan kereta di lebuh raya.

Venice ialah bandar berbilang budaya yang mengalu-alukan orang dari latar belakang dan agama yang berbeza. Terdapat beberapa masjid dan restoran halal di bandar ini, menjadikannya tempat yang selesa untuk didiami umat Islam. Terdapat beberapa masjid di Venice seperti Mosque of Venice dan the Islamic Cultural Center of Venice.

Apakah bulan terbaik untuk pergi ke Venice? Bulan perjalanan terbaik Venice, yang juga paling sibuk dan paling mahal, ialah April, Mei, Jun, September dan Oktober. Suhu musim panasnya adalah lebih sederhana berbanding di bandar-bandar pedalaman Itali yang lebih terik. Walaupun Venice adalah bandar yang indah untuk dikunjungi, bukan rahsia lagi bahawa terusan-terusannya boleh mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan, terutamanya semasa musim panas. Tapi masa kami di situ, tiada pula bau busuk yang menusuk. Sikit-sikit tu ada la ketika kami gondola cruise.

Jadi apa yang menyebabkan bau di Venice? Selain disebabkan oleh sisa pembuangan dari rumah dan industri, terdapat juga bau dari alga, yang boleh terkumpul di dalam terusan semasa cuaca panas dan ketika sedikit hujan. Bau alga adalah seperti bau hapak yang dianggap tidak menyenangkan oleh sesetengah orang.

Apakah bulan paling murah untuk pergi ke Venice Italy? Tentulah masa low season iaitu dari Disember hingga Februari (kecuali ketika Karnival) which is the winter season. Ini adalah satu-satunya tempoh dalam setahun apabila harga penginapan turun, yang tidak mengempiskan dompet. 

Kelihatan kubah besar Basilica di Santa Maria della Salute. 
Wikipedia: 
🔸Santa Maria della Salute (Saint Mary of Health), commonly known simply as the Salute, is a Roman Catholic church and minor basilica located at Punta della Dogana in the Dorsoduro sestiere of the city of Venice, Italy. The Salute is part of the parish of the Gesuati and is the most recent of the so-called plague churches. 
🔸In 1630, Venice experienced an unusually devastating outbreak of the plague. As a votive offering for the city's deliverance from the pestilence, the Republic of Venice vowed to build and dedicate a church to Our Lady of Health. 

Deretan hotel-hotel di tebing Grand Canal.

The red building is Casina delle Rose, a holiday apartment rental. Next to it is Palazzo Corner della Ca' Granda, a Renaissance-style palace and is the current seat of the province of Venice and of the city's prefect.

Adakah menggunakan tandas awam di Venice percuma? Tentulah ini adalah salah satu soalan yang sangat penting. Untuk menggunakan tandas awam di Venice, kita mesti membayar sekitar 1.5 euro sekali masuk. Akan ada atendan atau kadangkala tourniquet di pintu masuk tandas. Itulah sebabnya bagus kalau ada duit kecil/syiling dengan kita kerana nak masuk tu kenalah bayar secara tunai. Also tidak ada paip air, bidet atau bum gun dalam cubicle toilet. Jadi bawalah botol air ya.

Palazzo Corner della Ca' Granda.

Venice ini padat dengan bangunan yang kebanyakkannya sudah sangat berusia. Saya baca oleh itu penggunaan wood ovens telah diharamkan atas sebab keselamatan dari berlakunya kebakaran. Jadi katanya susahlah nak cari piza yang betul-betul sedap sebab kalau piza tidak dimasak dalam wood oven maka ianya tidak sedap dan tidak authentic. Sampai ada yang kata kebanyakan restoran piza di Venice adalah 'tourists traps' sebab tak guna wood oven. 
Palazzo Barbarigo Minotto, a historical landmark.
Wikipedia: The Palazzo Barbarigo Minotto is a 15th-century palace. Built in the Venetian Gothic style, it was originally two palaces, Palazzo Barbarigo and Palazzo Minotto, later joined together.

Mengapa Venice mengehadkan pelawat? Untuk memelihara bandar Venice, kerajaan Itali memutuskan untuk mengehadkan bilangan pelancong untuk tidak menggalakkan pelancong seharian (day-trippers). Sepanjang dekad yang lalu, terusan terkenal Venice telah menjadi sangat tercemar disebabkan oleh pelancongan besar-besaran dan peningkatan dalam trafik bot. 

Di tengah itu adalah Gondola Station - Santa Maria del Giglio (Gondola Traghetto di Santa Maria del Giglio (Sestiere di San Marco)) di mana pelancong boleh menaiki gondola Traghetto untuk menyeberang Grand Canal. Di sebelah kanan ialah The Gritti Palace, a Luxury Collection Hotel, Venice (RM4,940 semalam). 


Adakah tidak dibenarkan melepak sesuka hati di Venice? Pelancong sudah pun menghadapi pelbagai peraturan semasa melawat bandar, termasuk tidak boleh berhenti di jambatan atau membuat bising. Ditambah pula pelawat di Venice boleh didenda sehingga 500 euro jika duduk di tempat yang tidak ditetapkan. Ini kerana bandar Venice sedang berterusan bergelut dengan tahap pelancongan yang memberangsangkan.
Di celah dua bangunan ini kelihatan patung-patung pada facade depan St. Mary of the Lily Venice (Chiesa di Santa Maria del Giglio).

Satu lagi undang-undang di Venice. Boleh ke kita makan di jalan-jalan Venice? Secara rasmi, ia adalah menyalahi undang-undang untuk berlegar-legar di jalan atau di taman awam semasa makan. Tetapi kita tidaklah disuruh beredar selagi kita mematuhi tiga peraturan utama: Jangan berkelah atau duduk di Piazza San Marco. Jangan berkelah atau duduk di atas jambatan dan tangga gereja. Jangan bentang tikar dan hamper untuk berkelah.
Terusan Rio del Alboro

Palazzo Ferro Fini - now a government office


Palazzo Ferro Fini, Palazzo Contarini-Fasan and Palazzo Venier Contarini.

Kelihatannya ada istana atau hotel besar di hujung sana sedang direnovasi/baikpulih. Tentu projek mega tu sebab pakai kren tinggi macam tu.


Sibuk suasana perairan di sini masa waterbus yang kami naiki sedang lalu. I like it sebab bukan sahaja kerana kesibukannya tapi juga sebab dalam satu shot dapat rakam waterbus, water taxi, gondola, waterbus stop dan of course the deretan bangunan-bangunan bersejarah Venice! 😃

Sebuah gondola di depan Palazzo Treves. 

Left: The St. Regis - 5 star - RM7,355 semalam. 
Right: Venice Palazzo Treves - 4 star. 

Laaa... ingatkan apa la kotak merah tu. Rupanya portable toilet... hihi 😄. So ok, since dah cakap pasal toilet, kalau guna mobile toilet macam ini tentulah sisa buangan akan dikumpul dan dibawa ke pusat rawatan air. Bagaimana dengan sisa buangan dari rumah, pejabat, restoran dan lain-lainnya? Di Venice kebanyakan kumbahan masuk terus ke terusan tanpa rawatan. Tapi katanya air di sini sangat masin sehingga tidak mencemarkan atau menjadi kotor dan hanyut ketika air pasang. 
Yang berbungkus itu ialah Hotel Bauer Palazzo, 5 bintang

Secara teorinya, sisa sedemikian sepatutnya dirawat dengan tangki septik, tetapi sistem sedemikian adalah pengecualian, bukan peraturan. Tangki septik adalah yang paling biasa digunakan di restoran, hotel dan bangunan lain yang telah dibina semula atau yang telah diubah suai sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Kini, terdapat lebih 7,000 tangki septik mengumpul kumbahan di bandar ini. Tangki septik membenarkan rawatan kumbahan supaya sisa cecair tidak akan mencemarkan air apabila sampai ke terusan. Terdapat juga bot khas yang direka untuk mengosongkan tangki septik daripada sedimen pepejal dan lemak.

Itu sudah nampak menara St Mark's Campanile. Ke situlah nanti kami akan memulakan walking tour kami di Venice ini.
Kiri sekali ialah Ca’ Giustinian atau  Palazzo Giustinian. It is today the seat of the Venice Biennale. Sebelahnya ialah Hotel Monaco & Grand Canal, hotel 5 bintang dengan rate RM4,976 semalam.

Bulan apakah Venice banjir? Setiap tahun antara bulan Oktober dan Januari, beberapa kawasan Venice mengalami banjir yang melampau. Air pasang bermusim ini dikenali sebagai "acqua alta," atau "air tinggi."
Selain St Mark's Campanile (bell tower), kelihatan juga bangunan Museo Archeologico Nazionale di Venezia (National Archeological Museum), Biblioteca Nazionale Marciana (library) dan Palazzo Ducale (Doge's Palace) sebuah muzium.

Bilakah kali terakhir Venice dilanda banjir? Pada November 2019, Venice mengalami kejadian banjir kedua terburuk sejak rekod bermula hampir 100 tahun lalu. Ia mencipta tajuk utama di seluruh dunia, dengan penonton terpegun dengan imej luar biasa Dataran Saint Mark, salah satu kawasan paling rendah dan paling ikonik di bandar ini, dilitupi air.
Kelihatan di perairan ini waterbus stop San Marco, water taxi, Veritas boat (pengumpul sampah) dan bot Alilaguna yang membawa penumpang ke airport.

St Mark's Campanile (bell tower).

Berapa lama lagikah Venice mampu bertahan? Sukar untuk meramalkan garis masa tepat bila Venice akan berada di bawah air, kerana proses penenggelaman dan kenaikan paras laut berlaku secara beransur-ansur dan dipengaruhi oleh pelbagai faktor. Walau bagaimanapun, pakar telah mencadangkan bahawa jika trend semasa berterusan, bandar itu mungkin berisiko hilang di bawah ombak seawal tahun 2100.

Untuk menangani masalah 'Venice akan tenggelam', mega projek dilakukan yang bertujuan untuk melindungi bandar Venice dan Lagun Venetian daripada dibanjiri. Dalam usaha untuk menahan air yang semakin meningkat dan melindungi bandar, Venice meletakkan sebahagian besar dananya dalam projek Mose (Experimental Electromechanical Module) yang akan siap tidak lama lagi.

Projek ini melibatkan pemasangan penghadang pertahanan di 3 inlets yang terdiri daripada 78 pintu mudah alih (untuk membenarkan kapal lalu lalang), setiap satunya berukuran 20 meter lebar dan terletak di lokasi strategik untuk mewujudkan "coastal cordon" yang diharapkan akan meminimumkan kejadian banjir besar.
MOSE terdiri daripada deretan pintu mudah alih di tiga salur masuk (inlets), yang memisahkan Venetian Lagoon dari laut Adriatic buat sementara waktu sekiranya air pasang. Akan ada 78 pintu yang dibahagikan kepada empat halangan.

Halangan itu ditenggelamkan semasa tempoh tenang, dan ditegakkan untuk menyekat air pasang masuk di lagun apabila air naik hingga 110cm.
From left: Lido inlet, Malamocco inlet and Chioggia inlet

Kelihatan sebuah gereja yang sangat besar, namanya Basilica di Santa Maria della Salute. 



Catholic church, Chiesa del Santissimo Redentore. 



Chiesa di Santa Maria della Presentazione, also a Catholic church.

Dan kami pun tibalah di waterbus stop San Marco selepas lebih kurang sejam perlayaran dari Tranchetto ke San Marco ini.

Pemandangan Venetian Lagoon dari terminal feri. 



Ok, let's disembark and start our walking tour in Venice, The City of Canals. 

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment