Assalamualaikum.
Memandangkan masih lagi ada masa sebelum waktu berkumpul dengan group, lepas lunch kami pun berpatah balik ke Sforza Castle yang kami sudah lawat earlier. Masa itu kami cuma berada di depan castle itu sahaja, jadi kali ini kami bercadang untuk masuk ke dalam.
Berjalan semula ke Sforza Castle.
Ada street performer di sini. Seperti yang tertera di beg performer ini, dia adalah seorang buta yang mengidap sakit hydrocephalus.
This is Monumento a Giuseppe Parini - Milano (Monument to Giuseppe Parini - Milan) at Piazza Cordusio (Cordusio Square). Giuseppe Parini was an Italian enlightenment satirist and poet of the neoclassic period.
Berjalan di jalan Via Dante menuju ke Sforza Castle.
Itu sudah kelihatan menara jam Sforza Castle.
Kereta comel Citroën Ami di bulatan Largo Carioli.
Patung berkuda Monumento a Giuseppe Garibaldi (Monument to Giuseppe Garibaldi).
Ini dataran antara bulatan Largo Carioli dan Sforza Castle, namanya dataran/jalan Via Luca Beltrami. Ia dijadikan pejalan kaki beberapa tahun yang lalu, dan di sini diadakan acara dan pameran, seperti pasar Krismas atau festival Gelato.
Ini Sforza Castle:
🔹Sebuah kubu abad pertengahan yang terletak di Milan.
🔹Dibina pada abad ke-15 oleh Francesco Sforza, Duke of Milan, di atas sisa-sisa kubu abad ke-14 yang ada di situ.
🔹Dibina 26 tahun sebelum Milan Cathedral.
🔹Diubahsuai dan diperbesarkan dan pada abad ke-16 dan ke-17.
🔹Dimusnah dan dibina semula oleh 2 buah keluarga yang paling berpengaruh di Milan ketika itu: Visconti dan Sforza.
🔹Merupakan salah satu kubu terbesar di Eropah.
🔹Dibina semula secara meluas oleh Luca Beltrami pada 1891 - 1905.
🔹Kini menempatkan beberapa muzium dan koleksi seni di bandar Milan.
🔹Pada zaman dahulu castle ini ada drawbridge.
🔹Menara utaranya dikenali sebagai Torre della Corte, dan di barat Torre del Tesoro.
🔹Kini di dalam castle ini ada 9 buah muzium, termasuk Muzium Pietà Rondanini-Michelangelo, Ancient Art Museum, dan Museum of Wooden Sculptures.
🔹Pernah menjadi kediaman peribadi diraja, depoh senjata dan berek tentera.
This is Piazza Castello Fountain (Fontana di Piazza Castello) - elaborate circular fountain and popular meeting point in front of the landmark Sforzesco Castle.
Menara Torriane del Carmine di kanan dan Torreano di Santo Spirito di kiri castle ini.
Menara Torre del Filarete.
Ada patung King Umberto I di atas pintu masuk di menara Torre del Filarete ini.
🔸Pada facade Torre del Filarete (Filarete Tower) patung-patung St. Ambrose (patron saint of Milan) dan King Umberto I.
🔸Terdapat juga jata keluarga Sforza di Milan - Francesco, Galeazzo Maria, Gian Galeazzo, Ludovico il Moro, Massimiliano dan Francesco II.
🔸Pada masa menara ini dibina semula sebuah jam besar turut dipasang. Motif matahari bersinar jam ini adalah diilhamkan oleh lambang Sforza coat of arms.
🔸Juga ada loceng besat di puncak Filarete Tower.
Di depan castle ini ada food truck jual snacks and drinks.
Pemandangan kiri dan kanan Sforza Castle.
Dekat pintu masuk castle ini ada dipamerkan peta Sforza Castle dan bandar Milan pada tahun 1573. Kelihatannya kingdom ini pada masa itu dikellilingi oleh tembok pertahanan.
Masuk ke Sforza Castle ikut Porta Umberto (Umberto Gate).
Boleh tahan ramai juga pelancong masa itu.
Peta Sforza Castle.
Sforza Castle terbahagi kepada 3 courtyard utama: Cortile delle Armi, Cortile delle Rocchette dan Corte Ducale. Bila masuk menerusi Umberto Gate di Filarete Tower, ada sebuah dataran yang besar namanya Cortile delle Armi atau Courtyard of Weapons yang telah dipulihkan secara intensif oleh arkitek Luca Beltrami.
Ada papan info tentang 'The Tower Filarete'.
Dari pintu Umberto Gate, di sebelah kiri ialah Spanish Hospital (Ospedale Spagnolo). Semasa pendudukan Sepanyol, bangunan lama di Courtyard of Arms ini telah digunakan semula, atas perintah gabenor istana, Sancho de Guevara y Padilla, untuk berkhidmat sebagai rumah sakit untuk askar garrison. Hospital beserta farmasi di situ telah digunakan sehingga sekurang-kurangnya abad ke-18. Bangunan itu telah dipulihkan oleh Luca Beltrami pada tahun 1907.
Di sebelah kanan courtyard ini pula ada pintu Porta del Carmine dan muzium terbuka yang mempamerkan bukti kehilangan Milan yang dipelihara seperti sarkofagus batu dari zaman Rom lewat (abad ke-3-4 Masihi), serpihan patung dan tinggalan seni bina.
On the left is the block where Pinacoteca Castello Sforzesco (Heritage Museum) and Museum of Ancient Art (Museo d’Arte Antica) are located.
Torrione di Santo Spirito (Tower of Santo Spirito - left) and Spanish Hospital (Ospedale Spagnolo - right).
Ini satu lagi menara yang ada di Sforza Castle ini. Namanya Bona Tower.
🔸Pada 26 Disember 1476, Lord of Milan, Galeazzo Maria Sforza, anak kepada Francesco Sforza dan Bianca Maria Visconti, telah menjadi mangsa khianat dan ditikam hingga mati.
🔸Kejadian pembunuhan ini telah menyebabkan isterinya Bona di Savoia, dipindahkan ke tempat paling selamat di dalam castle ini.
🔸Bahagian castle itu dikukuhkan lagi dengan penambahan menara tinggi, Bona Tower, yang turut membantu pengawalan keseluruhan castle ini.
🔸Sebagai tambahan kepada fungsi pertahanan, menara itu juga digunakan sebagai penjara.
🔸Setelah rosak ketika penguasaan asing, menara ini akhirnya dipulihkan sebagai sebahagian daripada kerja yang dimulakan pada tahun 1893 oleh Luca Beltrami.
Filarete Tower.
Carmine and Santo Spirito Towers:
🔸Dibina oleh Francesco Sforza untuk mengukuhkan sisi istana yang menghadap ke bandar.
🔸Direka oleh arkitek, Bartolomeo Gadio pada tahun 1452.
🔸Dianggap senibina yang hebat oleh bangsawan dan duta-duta ketika itu.
🔸Mengandungi enam bilik berkubah dan pernah digunakan sebagai penjara.
🔸Menara Carmine, yang selama beberapa tahun telah berfungsi sebagai tangki air minuman, kini menempatkan Art Library.
Torre del Carmine |
Ini patung marmar putih abad kelapan belas San Giovanni Nepomuceno (Monumento a San Giovanni Nepomuceno).
Papan info tentang sejarah berkaitan dengan Sforza Castle.
Information on The Bona of Savoy Tower.
About Porta Giovia.
Milan Castle 1613-1655.
Next kami ke courtyard seterusnya dengan melalui pintu Porta Giovia.
Di Porta Giovia ini ada moat, yang dipanggil 'the dead moat'. Castle ini dilengkapi dengan dua parit (moat): satu membahagikan Courtyard of Arms dari Ducal Courtyard dan Rocchetta, yang kini dirujuk sebagai 'dead moat'; dan parit asal yang mempertahankan tembok kota ketika Visconti Castle sedang dalam pembinaan. Parit di luar kubu itu telah ditambak pada abad ke-17 dan digali semula antara abad ke-19 dan ke-20.
Masuk saja melalui pintu porta Giovia ada section ini di mana dipamerkan serpihan-serpihan kepala-kepala patung dan tinggalan purba.
Di sini juga ada Museum of Ancient Art (Museo d’Arte Antica).
Di muzium ini ada lukisan bertajuk 'Madonna della Misericordia' (Our Lady of Mercy).
A plaque commemorating the entry of Francesco Sforza into Milan.
Ada beberapa lagi papan-papan info di sini untuk bacaan pelawat.
Juga ada cafetaria dalam castle ini. Macam pelik pula dibenarkan diadakan sebuah cafe dalam castle bersejarah seperti ini.
A painting 'Madonna of the Book' by Vincenzo Foppa, an Italian painter.
Torre di Bona (Bona Tower).
This is Ducal Court (Corte Ducale). On the left is the Raccolta delle Stampe Bertarelli (a library).
comune.milano.it: The Ducal Court
The part intended as a ducal residence is preceded by the portico built by the Tuscan architect Benedetto Ferrini in 1473, known as the "elephant" for the fresco still recognizable today. If you look at the adjacent wall, you can see traces of the paws of another majestic animal, probably a lion. The ducal apartments, home of Galeazzo Maria Sforza since 1468, extended over the ground floor and first floor, connected by a staircase with low steps, which allowed Sforza to climb to the upper apartments on horseback.
Loggetta di Galeazzo Maria. A loggia is a gallery or room with one or more open sides, especially one that forms part of a house and has one side open to the garden.
Portico dell'Elefante (Porch of the Elephant).
Two ancient fountains and a sink decorated with Visconti-Sforza emblems in the Ducal Courtyard of the Sforza Castle.
comune.milano.it: The Rocchetta Courtyard
A fortress within the fortress, the Rocchetta was, for a brief period, the refuge of Bona di Savoia, who commissioned the construction of the high tower, before Ludovico il Moro assumed power. The bunker-like appearance of the exterior, with its high and windowless walls is rendered lighter and more appealing by the addition of three portico wings in which, in line with the wishes of Galeazzo Maria Sforza, the capitals of the columns are adorned with the coats of arms of the Visconti and Sforza families. On the side facing the the Ducal Courtyard, the coats of arms that have the addition of a half moon, the symbol of the Spanish castle governor Alvaro de Luna, indicate areas dating to the 1500s. The restorations that took place between 2010 and 2013 brought to light the Sforza motif decorations wanted by Luca Beltrami in the early 1900s.
Jata keluarga Sforza di Milan.
Pemandangan ke arah pintu Porta Giovia yang kami lalui tadi.
Menara di hujung itu namanya Torre Falconiera.
Dari Sforza Castle boleh nampak gerbang Arco della Pace (Arch of Peace), a historical landmark in Milan.
Di bucu hujung sana itu ialah Torre Castellana (Castellana Tower).
Ok, jom patah balik sebab sudah hampir masa untuk join group.
Cortile delle Armi atau Courtyard of Weapons.
Menara Torre del Filarete.
Torrione di Santo Spirito.
Torre del Carmine.
Portrait of Francesco Sforza.
Kami pun berjalan ke Piazza Mercanti, tempat group kami berkumpul.
Hard Rock Cafe.
Venchi, kedai gelato popular sampai customers beratur.
Kami pun sampai di restoran Istanbul Kebap Pizzeria berhampiran Piazza Mercanti. Kelihatan some of our group members sudah ada menunggu di sini. A few masih lagi shopping.
Istanbul Kebap Pizzeria.
Sambil menunggu itu saya people watching. Saja suka tengok stail mereka, the locals as well as the tourists.
Kesian tengok burung ini kakinya sudah kudung begitu.
Ramai juga saya nampak middle eastern tourists.
Ada shooting apa tah, saya tak tahu. Tapi macam crowd-puller.
Ok, jom ikut Amar berjalan ke bas.
Nampak banyak kekabu pokok poplar berterbangan sana sini.
Ada juga yang lekat di baju kami.
Tram Milan.
Sambil berjalan, sempat lagi ambil gambar beberapa Milanese and tourists.
Naik bas, kami terus dibawa ke hotel penginapan kami malam itu yang lokasinya di pinggir bandar Milan ini.
Sculpture 'Ago Filo e Nodo' - Needle, Thread and Knot.
Edison is Europe's oldest energy company, and one of the industry leaders in Italy and Europe.
Piccolo Teatro Strehler - performing arts theater in Milan.
Subaru Italia S.p.A.
voco Milan - Fiere, an IHG Hotel.
Alfa Romeo Museum.
Ok, dah pun sampai di Hotel Ibis Milano Malpensa, hotel bermalam kami di Milan, Italy.
Check-in.
Penuh lobi hotel ini dengan beg-beg kami.
Ok, kunci sudah dapat.
Ini bilik kami. Malam ini bilik hotelnya kecil, jadi pandai-pandailah di mana nak letak beg-beg besar saiz XL kami. Yang penting pastikan ada ruang solat yang selesa.
Bilik air.
Malam itu makan malam kami special sebab ada lauk ayam berempah/percik dan udang goreng bercili. Sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
Baru perasan bro uk ampang.. kat mana tu silap2 jiran hahahaa.... boleh lepak minum :D
ReplyDeleteHaha.. betul di Ampang, di Taman Kosas specifically. Boleh je :).
Delete