Friday, June 30, 2023

ITALY & SWITZERLAND - ITALY: VENICE - GRAND CANAL - PART 01

Assalamualaikum.
Ok, untuk lawatan kami di historical center of Venice (centro storico or historic centre) kami dibawa ke pulau utama Venice yang merupakan kumpulan 6 sestieri atau districts. Bandar lain mempunyai 'quarters', tetapi di Venice, kawasan bandar itu dikenali sebagai "sestieri". 6 sestieri itu adalah San Marco, Cannaregio, San Polo, Dorsoduro, Santa Croce dan Castello.
San Marco: Daerah terkecil di Venice dan menyandang nama santo penaung bandar itu. Ia adalah salah satu kawasan paling ramai pelancong di Venice.
Cannaregio: Daerah paling ramai penduduk di mana pernah menjadi tempat tinggal artis hebat seperti Marco Polo, Titian​ dan Tintoretto.
San Polo: San Polo diasaskan di sekitar Jambatan Rialto purba. Penduduk pertama di bandar itu percaya ia adalah lokasi yang baik untuk menetap memandangkan tanah di situ adalah lebih tinggi dan tidak pernah dinaiki air.
Dorsoduro: Terletak di bahagian tenggara Venice dan termasuk pulau Giudecca. Nama sestiere ini dalam bahasa Itali berasal daripada perkataan "osso duro", yang bermaksud 'hard bone', merujuk kepada tanah yang lebih keras di bahagian bandar ini dan kerana ia juga berada di kawasan yang lebih tinggi daripada kawasan kejiranan lain di bandar ini.
Santa Croce: Adalah salah satu kawasan paling kurang pelancongan di Venice. Bahagian timurnya adalah satu-satunya tempat di mana penggunaan kereta adalah dibenarkan.
Castello: Namanya berasal dari istana yang dibina di sini pada zaman Rom. Separuh kawasan kejiranannya menjadi lokasi Arsenale, sebuah limbungan kapal yang besar.

Dari tempat parking bas di pulau buatan ini, pulau Tronchetto, kami berjalan dan tiba di approdo (landing) atau waterbus stop ini. Tronchetto Mercato namanya.

Untuk masuk ke dalam approdo/waterbus stop ini, kita kena scan tiket yang telah diberi oleh Amar, our tour guide.  

Ini tiketnya. 


Approdo atau waterbus stop ini juga dipanggil 'landing' yang terapung atas pontoon. Maka juga dikenali sebagai pontoon boarding point. 

Beware of pickpockets. Dengan kedatangan seramai 60 juta orang pelancong setiap tahun, Itali adalah negara kegemaran penyeluk saku. Mereka terutamanya memilih mangsa mereka dalam pengangkutan awam seperti bas, trem atau waterbuses.
Indeks 'Crime Rate' Venice adalah 33.16. Ini menunjukkan bahawa kadar jenayah di Venice adalah rendah. Beberapa jenayah sederhana yang berlaku adalah berkaitan dengan vandalisme dan kecurian, jenayah harta benda dan rasuah.

Menunggu dalam Waterbus stop yang terumbang ambing setiap kali ada bot lalu berdekatan... hihi 😄. Ye la, kalau kosong begini atau masa tak ramai penumpang yang menunggu, tentulah bergoyang. Kalau penuh sesak, tentu tidak.


Pemandangan dari waterbus stop Tronchetto Mercato. 

People Mover's unique elevated track.

Actv is "Azienda del Consorzio Trasporti Veneziano" (Company of the Venetian Transport Consortium) - a Venice Public Transport Company. Actv menyediakan perkhidmatan pengangkutan di darat dan air di Venice. Syarikat itu mempunyai fleet bas air dan darat untuk perkhidmatan di pusat, pinggir bandar dan luar bandar.
Ini bukan waterbus (vaporetto) yang kami nak naik. It'll be the next one. 

Jangan buat ini semua. Jika ditangkap akan didenda antara 25 euro hingga 500 euro.

Nampak tu, love locks pun jangan nak gatal pi pasang di jambatan-jambatan atau pagar-pagar mereka... hihi 😄. Yang top far left tu saya tak tahu apa. Adakah larangan jangan buang air ke dalam canals? 

Apakah perbezaan antara bot Alilaguna ini dan Vaporetto (waterbus)? Alilaguna dan ACTV Vaporetto menyediakan perkhidmatan yang berbeza. Alilaguna pergi ke airport, ACTV Vaporetto tidak.



Ada group members yang tanya bila bot ini nak gerak? Macam mana nak gerak sebab ini waterbus stop... hihi 😄. When boarding this pontoon and it went a bit topsy turvy, she thought she was on the waterbus 😄. 

Kelihatan bot-bot besar yang menyediakan perkhidmatan ke Lido di Jesolo dan Poveglia. 

Teksi, ambulans dan kereta polis di Venice semuanya waterbourne, sama seperti waterbuses. 

Ok, sementara tunggu waterbus sampai, saya nak cerita sikit. Sebenarnya saya dan isteri sudah pernah ke Itali beberapa kali. Eh... earlier kata, ini kali pertama kami ke Itali. Well, actually we did tapi bukanlah ke Itali sebenar, malah replika sahaja... hihi 😆. 

Ok, saya kongsi beberapa bukti percutian kami ke 'faux Italy' 😄.

01: Venetian Macao, Macao.

Venetian canals. 

Lengkap dengan jambatan dan gondola. 

Massive replicas of facades of historic buildings like in Venice, Italy.


Lengkap dengan St Mark's Clock seperti yang ada di Piazza San Marco. 

Ornate street lights.

Bridges, canals and gondola. 





02: DisneySea, Tokyo, Japan.

Di DisneySea ada satu bahagian dinamakan Mediterranean Harbor yang dibuat sebagai pintu masuk "port-of-call," atau hub, bertemakan bandar pelabuhan Itali bernama Porto Paradiso. 

Looked ruggedly weather beaten, but visually very pleasing and inviting. The colours are amazing. The rustic look, well, just look so real. If you look closer, you'll be amazed by the details. 

Dan sudah tentulah ada bangunan bersejarah Venice dengan warna-warna pastel yang tipikal.

Building's facade made to look 'authentic', bricks of various sizes and shapes, stacked to form medieval looking walls, some of which are 'plastered' to depict aging and weather-beaten. 

Jambatan mirip Ponte Vecchio, Florence pun ada. 

03: Ferrari World, Abu Dhabi, United Arab Emirates
Iya, di Ferrari World pun ada juga 'Italy' represented by these amazing miniature replica of Italy's historic buildings. 

Colosseum. 

Roman Forum.

Florence cathedral.

Portofino.

Bologna.

Venice.

Leaning Tower of Pisa and Pisa Cathedral.

Di Ferrari World ini juga ada streets macam di Italy's towns. Ini Maranello town yang dikenali di seluruh dunia sebagai asal Ferrari dan pasukan perlumbaan Formula 1, Scuderia Ferrari.








04: Palio Khao Yai, Thailand.
Haaa... di Thailand pun ada 'Itali' jugak ya. 

Palio Village Khao Yai ialah arked beli-belah luar yang bertemakan sekitar perkampungan Tuscan, Italy.

Tempat ini lengkap dengan cobblestone streets, bangunan terracotta, pancutan air, tumbuhan ivy yang menjalar, dan hiasan lain seperti yang typically ada di bandar Itali.


The main piazza. Siap ada clock tower dan water fountain. 


A beautiful secret garden.

Ehh.. elok je habis cerita pasal percutian-percutian 'Itali' kami yang lalu, waterbus pun sampai 😄.

Suasana di dalam waterbus/vaporetto. 


Meninggalkan approdo/waterbus stop Tronchetto Mercato. 

Dari waterbus stop Tronchetto Mercato kami akan menuju ke waterbus stop di San Marco untuk memulakan walking tour kami dibawa oleh Amar. Untuk ke San Marco waterbus ini akan melalui Grand Canal. 
Laluan waterbus yang kami naiki dari Tronchetto ke San Marco yang menggunakan Grand Canal


Jambatan Isola Nove Del Tronchetto.

Pelancong boleh menyewa water taxi seperti ini untuk pusing-pusing keliling pulau.

Pemandangan ke arah jambatan Ponte della Libertà. 


Beautiful blue sky when we were in Venice.

A boat carrying supplies. 

Forte della stazione.

Bot Scalo Fluviale, syarikat dalam sektor pengangkutan dan perkhidmatan pengendalian barangan di Venice. 

Pada masa ini waterbus yang kami naiki sudah pun mula masuk ke Grand Canal. Bangunan yang kami nampak ini adalah di Cannaregio yang merupakan salah satu dari 6 sestieri atau districts di kumpulan pulau Venice ini. Di belakang bangunan ini adalah Stazione di Venezia Santa Lucia (stesen kereta api). 


Ini jambatan Ponte della Costituzione atau Constitution Bridge. 

Ponte della Costituzione ialah jambatan keempat dibina merentasi Grand Canal di Venice, Itali. Ia telah direka oleh Santiago Calatrava, dan telah dipasang pada 2008 dan dibuka kepada orang ramai pada malam 11 September 2008. Jambatan ini awalnya dikenali sebagai Quarto Ponte sul Canal Grande (Fourth Bridge over the Grand Canal) sebelum nama rasminya diterima pakai untuk meraikan ulang tahun ke-60 perlembagaan Itali pada 2008.

Jambatan itu terletak di titik strategik, menghubungkan stesen kereta api (Stazione Santa Lucia), di utara dengan Piazzale Roma (lokasi ketibaan di bandar dengan kereta/bas), di sebelah selatan Grand Canal. Jambatan itu adalah penting dari segi fungsi dan simbolik, menghubungkan pengunjung yang tiba ke bandar dan mengalu-alukan mereka ke Venice dengan pemandangan panoramik Grand Canal.

Jambatan itu telah menerima kritikan hangat dan menyaksikan kelewatan perasmian dan walk-outs, yang berpunca daripada tiga bantahan utama: tiada akses kerusi roda, tiada keperluan dan gaya modenis-minimalisnya tidak serasi dengan seni bina zaman pertengahan Venice.

Membelok di selekoh ini terus nampak lebar/luasnya Grand Canal ini. 

Memanglah excited bila nampak suasana Grand Canal ini yang sibuk dengan pelbagai jenis bot, jambatan yang merentas Grand Canal, deretan bangunan-bangunan bersejarah di sepanjang Grand Canal dan kubah-kubah besar gereja. Exactly macam yang kita nampak dalam foto-foto di internet. 
Dari sudut pandangan dalam waterbus yang kami naiki ini kelihatan 2 gereja iaitu Chiesa di San Simeon Piccolo (Church of San Simeon Piccolo) dan yang jauh di belakang sana Chiesa dei Santi Geremia e Lucia - Santuario di Lucia (Church of Saints Jeremiah and Lucia - Sanctuary of Lucia).

Antara jenis bot-bot yang kami nampak, yang kebanyakkannya bersaiz kecil (smaller than the waterbus), adalah seperti bot hijau ini yang mempunyai crane yang digunakan untuk kerja-kerja pembinaan, penghantaran barang dan lain-lain kerja berkaitan. It is a specialist vehicle boat fitted with crane.     

Yang ini pula adalah bot water taxi. Seperti teksi bandar atas darat, water taxi begini juga berperanan yang sama, membawa penumpang ke mana sahaja yang ada akses jalan air. Boleh to and fro ke hotel, airport, places of interests, stesen kereta api dan terminal bas, ke tempat parking, ke pulau-pulau dan pantai-pantai di Venetian Lagoon dan lain-lain lokasi. Kalau nak buat water taxi tour juga boleh. 

Hotel Giorgino.


Waterbus stop Ferrovia E.

Satu lagi water taxi sedang meluncur laju membawa pelancong bersiar-siar di Grand Canal.

Then we came upon Stazione di Venezia Santa Lucia / Venice Santa Lucia Station. 

Pembinaan stesen kereta api Santa Lucia bermula pada tahun 1860 di bawah Empayar Austria. Untuk memberi ruang kepada kedua-dua bangunan stesen dan halaman hadapannya, sebuah biara dan Gereja Santa Lucia telah dirobohkan pada tahun 1861. Nama stesen ini adalah sempena nama gereja tersebut.

Waterbus stop Ferrovia B.

Ketika lalu di Grand Canal ini, waterbus ini semakin penuh dengan penumpang naik dan turun dari bot.

Sebelah waterbus stop Ferrovia B adalah Ferrovia A.

This is Chiesa di Santa Maria di Nazareth or Santa Maria di Nazareth Church. 
Gereja Santa Maria di Nazareth ini adalah antara bangunan yang tercantik di Venice. Facade bangunan ini dihiasi dengan tiang dan patung-patung. Ia juga menjadi tempat persemadian mayat Ludovico Manin yang merupakan Doge of Venice (pemerintah Venice) yang terakhir.

Kelihatan jambatan Ponte degli Scalzi / Barefoot bridge dibina pada tahun 1930-an dan dinamakan sempena gereja berdekatan. 

urbstravel.com - The Ponte degli Scalzi (or ‘bridge of the barefoot’) is named after Santa Maria di Nazareth, the Carmelite church you see on the north side of the crossing. The church is known colloquially as Chiesa degli Scalzi because the Carmelites led austere and contemplative lives, wearing simple sandals rather than shoes to demonstrate their poverty.

Pada tahun 2021, Venice merupakan salah satu bandar Itali terkemuka berdasarkan bilangan rangkaian hotel. Kedudukan ketiga dalam senarai, selepas Rom dan Milan, bandar ini melaporkan sejumlah 76 hotel milik rangkaian. Selain itu, Venice ialah bandar termahal di Itali untuk menempah penginapan semalaman di hotel empat bintang setakat Jun 2022.

Hotel NH Venezia Santa Lucia - Formerly Hotel Bellini and Ristorante Roma. Hotel NH tu hotel 4 bintang dan rate semalamnya ialah RM 944 😦. 

Hotel Principe, juga 4 bintang. Rate satu malam RM2,220. 

Hotel Continental - 4 bintang - RM859 semalam.

Bangunan yang sedang di renovasi itu adalah Palazzo Flangini. Palazzo Flangini ialah sebuah istana gaya Baroque di Grand Canal, terletak bersebelahan dengan Campo San Geremia di sestiere Cannaregio di Venice, Itali.

Istana ini dibina pada 1664-1682 dengan reka bentuk yang dikaitkan dengan arkitek Giuseppe Sardi. Istana itu dibina oleh keluarga Flangini, sebuah keluarga Cyprus Greek di Venice. Menjelang akhir abad ke-18, istana ini telah diduduki oleh keluarga Panciera. Kini ia digunakan untuk acara dan pameran seni.


Terdapat satu patung di sudut laluan Grand Canal ini iaitu Statua di San Giovanni Nepomuceno / Statue of St. John of Nepomuk yang diberi status historical landmark. Foto kanan sekali adalah patung St. John of Nepomuk yang saya rakam di Charles Bridge, Prague Old Town. 
St. John of Nepomuk adalah seorang paderi Katholik pada zaman pemerintahan King Wenceslas IV of Bohemia. Orang Katholik mempunyai amalan "Confession" di mana mereka akan membuat pengakuan kepada paderi untuk menghapuskan dosa. Bila King Wenceslas mendapat tahu yang isteri baginda, Queen Johanna membuat "Confession" kepada St John of Nepomuk, baginda terus membuat anggapan yang isteri baginda telah berlaku curang. King Wenceslas memaksa St John of Nepomuk untuk mendedahkan pengakuan Queen Johanna kepada baginda, namun St John of Nepomuk enggan berbuat demikian. Disebabkan marah, King Wenceslas telah mengarahkan supaya St John of Nepomuk dihukum dengan dibenam sehingga lemas di Sungai Vltava.


This is Chiesa dei Santi Geremia e Lucia - Santuario di Lucia / Church of Saints Jeremiah and Lucia - Sanctuary of Lucia. Ia terletak di daerah Cannaregio. Ia adalah sebuah bangunan gereja penting dari zaman pertengahan, dibina semula beberapa kali tetapi dalam bentuk sekarang hanya sejak antara abad kelapan belas dan kesembilan belas. Di dalamnya penuh dengan karya seni. Ia menempatkan pelbagai peninggalan terkenal di mana jenazah Saint Lucia of Syracuse, yang diletakkan di gereja ini pada abad kesembilan belas, berikutan perobohan gereja Santa Lucia untuk pembinaan stesen kereta api.
Elegant, 1700s church & site of pilgrimage housing the body of St Lucy with Romanesque detailing.

Menurut tradisi, St. Lucy menyucikan keperawanannya kepada Tuhan, menimbulkan kemarahan seorang pelamar. Dia dilaporkan kepada pihak berkuasa Rom dan akhirnya dijatuhi hukuman mati dibakar. Walaupun dia secara ajaib terselamat daripada api tanpa kecederaan, dia kemudiannya maut ditikam di leher. 
Di belakang gereja adalah Palazzo Labia, a heritage building, built in the 17th century, this palace is known for massive ballroom frescoes and facades on 2 canals. 

St Lucia telah diangkat oleh Gereja Roman Katholik sebagai patron saint bagi orang buta. Pada asalnya, mayat St Lucia disimpan di Gereja San Geremia dalam keadaan bola matanya berlubang. Ia kini telah dipakaikan dengan topeng perak sewaktu Pope John XXIII datang melawat pada tahun 1960-an untuk mengelakkan wajahnya menakutkan orang yang datang berziarah. Legenda mengatakan bahawa Saint Lucy sama ada mencabut matanya sendiri untuk mengelakkan perkahwinan dengan seorang pagan, atau matanya dibuang oleh Maharaja Diocletian.
Mungkin beginilah pemakaian topeng perak yang dibuat pada mayat St. Lucia. 

Ponte delle Guglie / Spire Bridge. Ponte delle Guglie adalah salah satu daripada dua jambatan yang merentangi Terusan Cannaregio. Ia terletak berhampiran hujung barat terusan, di tepi stesen kereta api Venezia Santa Lucia.



Waterbus stop San Marcuola Casinò B.

Chiesa di San Marcuola / Church of San Marcuola.
12th-century Grand Canal church with an unusually plain exterior & a single nave filled with art.



Casinò di Venezia / Casino of Venice. 

Circa-1638 casino with table games and slots, plus elegant dining and a garden overlooking the canal.

The oldest casino in the world, the Casino di Venezia, sits on the Grand Canal in Venice.

Satu lagi palace - Palazzo Marcello (Cannaregio), a historical landmark.


Satu lagi palace, bangunan putih belah kiri foto ini  - Palazzo Emo alla Maddalena. 

Terusan Rio della Maddalena. Canals kecil dan sempit begini adalah mostly laluan-laluan gondola. Nampak tak signboard biru kecil gondola itu?




Jambatan Ponte Nicolò Pasqualigo di Rio di Noale canal.
Wikipedia: Konteradmiral Nicolò Pasqualigo was an Italian naval officer and nobleman who fought during the Napoleonic Wars and successively served in the navies of the Republic of Venice, the Kingdom of Italy and the Austrian Empire.


Bangunan on the left is Ca' San Felice - a holiday home. On the right is La Felice Canal Grande Appartamento - apartment building. 

Consolato Uruguay / Uruguayan Consulate building.

Terusan Rio di San Falice dan jambatan Ponte S. Felice. 


An art museum - Galleria Giorgio Franchetti alla Ca' d'Oro / Giorgio Franchetti Gallery at the Ca' d'Oro.

Ca' d'Oro, salah satu istana Gothic lama yang paling berprestij di Venice, mengumpulkan koleksi seni penting milik Baron Giorgio Franchetti (1865-1927), yang pada tahun 1916 menyumbangkan koleksinya dan bangunan ini sendiri kepada Negara Itali, selepas menjadikannya hebat seperti pada masa lalu dengan beberapa pemulihan.

Istana ini merupakan salah satu istana terindah yang terletak di Grand Canal. Ia dikenali sebagai Ca' d'Oro yang bermaksud 'rumah emas' kerana dinding istana ini pernah mempunyai bahagian luarnya disepuh dengan kertas emas dan polikrom (dihiasi dengan dalam beberapa warna). Walau bagaimanapun, hari ini fasadnya berwarna putih. 
Contoh sempurna Seni Bina Gothic Venetian, Ca d Oro Abad Ke-15

Waterbus stop Ca' d'Oro. 

Bangunan kiri adalah Hotel Pasero Palace (4★/RM873 semalam) dan yang kanan Ca' Sagredo Hotel (5 ★/RM1,819 semalam).

Bangunan putih itu adalah satu lagi hotel - Hotel Foscari Palace (4 ★/RM912 semalam).

Ini Gondola Traghetto di Santa Sofia (Sestiere di Cannaregio) / Gondola Station - S. Sofia. Sampai di sini kami sudah mula nampak gondola yang ikonik itu since Venice dan gondola sudah sinonim especially among tourists, us included lah 😆. Excited saya dan isteri nampak gondola-gondola ini. Itu belum lagi nampak gondola yang berhias itu 😄.

Ini bukanlah gondola romantis yang biasa kita tengok dalam foto-foto tourism Venice kerana bentuknya yang sedikit lebih besar daripada gondola biasa dan ia juga tidak dihiasi seperti gondola mewah. Gondola seperti ini selalunya digunakan oleh penduduk tempatan sebagai pengangkutan awam, kerana tidak banyak jambatan yang melintasi Canal Grande. Harga € 2 setiap orang perlu dibayar terus kepada gondoliere jika menaiki gondola ini.
Orang yang mengemudi gondola dipanggil gondoliere


Bangunan berbendera itu adalah pejabat kerajaan Segretariato regionale del Ministero della Cultura per il Veneto / Regional Secretariat of the Ministry of Culture for Veneto. 
Waterbus / Vaporetto


Bangunan yang paling kiri adalah Ca' da Mosto, sebuah istana gaya Venice-Byzantine abad ke-13, yang tertua di Grand Canal. Kini ia adalah Hotel Venice Venice.
🔸Ca' da Mosto terbiar kosong selama beberapa dekad sebelum 2019, dengan air terusan Grand Canal memenuhi ruang bawah tanahnya.
🔸Istana itu dikagumi oleh Francesco da Mosto, keturunan bekas pemiliknya. Dia telah membuat pemulihan €3 juta, diikuti dengan pelaburan €8.7 juta yang bertujuan untuk mengubah istana ini menjadi Hotel Venice Venice yang mewah.
🔸Bermula pada Januari 2019, kerja-kerja pengubahsuaian pada asalnya dijadualkan siap pada tahun 2020, tetapi pandemik COVID-19 menangguhkan pembukaan hotel ini sehingga Februari 2022.

Haaa... inilah gondola yang popular itu. Nampaknya boleh naik sampai 5 orang. Baguslah sebab bolehlah kongsi caj naik satu gondola. Murahlah sikit.

Gondola dan istana Ca' da Mosto.

Dataran kecil berjeti itu adalah Campiello del Remer yang merupakan salah satu cultural landmark Venice. Ia dikatakan sebagai 'hidden place / secret place' di Venice ini yang mempunyai legendanya sendiri yang dikenali sebagai 'Ghost in the Remer Square'.
Begini kisahnya 'Ghost in the Remer Square':  
🔸In 1598 the Doge Marino Grimani was passing by with his guards when he heard a woman scream. He went to the square with his men and found his niece Elena trying to flee from her enraged husband, who accused her of adultery. The doge and his guards tried to defend her, but her husband who was mad with jealousy, grabbed a sword and beheaded the woman.
🔸The horrified doge, sent the man to Rome with his wife's head in order for the pope to decide the punishment, but he did not want to know, and so the murderer returned to Venice. As he was being led to prison he managed to escape and found a place in which to keep his wife's head: conscience stricken he jumped into the Grand Canal with the head.
🔸His body was never found and to this day, when the wind blows from the north, sometimes a body re-emerges in front of the Remer Square, still holding the head of the unfortunate Elena in his hands.
Source: venetoinside.com

Sekali sekala kelihatan bangunan-bangunan dipinggir Grand Canal ini sedang dibaikpulih.

Bangunan kuning ini ialah The Palazzo Civran, sebuah istana gaya Neoklasik. Istana ini telah dibina semula sekitar 1700 oleh arkitek Giorgio Massari di atas struktur Gothic yang lebih awal. Pada masa ini bangunan itu adalah milik negara dan merupakan ibu pejabat Guardia di Finanza (Finance Guard), seperti yang juga boleh dilihat dari warna Kor yang digunakan pada tiang tambatan.

Jambatan Ponte de l'Ogio di terusan Rio del Fontego dei Tedeschi (canal of the warehouse of the Germans). The old name of this rio is rio de l'Olio or de l'Ogio (canal of oil (food)).

Dan waterbus ini pun tiba di salah satu jambatan di Venice ini yang paling popular dan sangat bersejarah. Inilah Rialto bridge. 

Ada restoran/cafe di tepi jambatan ini. Penuh nampaknya. Namanya ialah 'Fondamenta of the Traghetto del Buso' (foundations of the busso ferry) seperti yang tertera pada facade bangunan ini. Apakah ceritanya tempat ini? 
🔸Versi rasmi mengatakan bahawa feri yang satu ketika dahulu pernah digunakan di sini dinamakan sedemikian (busso ferry) kerana ia terletak hampir di dalam lubang di bawah Jambatan Rialto. 
🔸Terdapat penjelasan kedua yang lebih sensasi: feri itu digunakan untuk ke kawasan Castelletto yang merupakan red light district of Venice, berhampiran pasar Rialto, di seberang Grand Canal. Secara kasar 'busso' bermaksud 'female sex'. Feri itu juga dikenali sebagai 'The Ruffians' kerana ia digunakan oleh bapak ayam untuk membawa pelanggan ke pelacur mereka.
🔸Satu lagi versi mengatakan Kerajaan Republik telah menghalau pelacur dari Venice, tetapi kemudiannya terpaksa memanggil mereka semula kerana pergolakan yang serius berlaku di bandar. Apabila pelacur kembali ke Venice, pelanggan mereka semua pergi ke jeti berhampiran Rialto ini, yang dipanggil 'buso', merujuk kepada profesion pelacuran.

Bangunan merah ini adalah Hotel Rialto - 4 ★ - RM810 semalam. Ada service naik gondola di depan hotel ini. 

Rialto bridge.

Hotel Rialto.

Di sini juga ada perkhidmatan water taxi. 


Gondola di depan Hotel Rialto.

Jambatan Rialto (Ponte di Rialto) adalah jambatan yang tertua daripada empat jambatan yang merentangi Grand Canal. Menghubungkan sestieri (daerah) San Marco dan San Polo, ia telah dibina semula beberapa kali sejak pembinaan pertamanya sebagai jambatan pontun pada tahun 1173, dan kini menjadi tarikan pelancong yang penting di bandar ini.

Jambatan ini terkenal sebagai pencapaian seni bina dan kejuruteraan zaman Renaissance. Ia direka dan dibina oleh Antonio da Ponte dan anak saudaranya, Antonio Contino, berikutan pertandingan reka bentuk yang diadakan di bandar ini ketika itu. 

Waterbus stop Rialto.

Nama Rialto berasal dari "RIvo Alto", yang bermaksud "high channel" tetapi secara beransur-ansur menjadi Rialto (exchange, marketplace).


Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.