Monday, May 8, 2023

TEMERLOH - BERA & LANCHANG - AMANI VANILLA TEMERLOH

Assalamualaikum. 
Tugasan isteri membawa kami lagi ke Temerloh dan Bera. Macam biasa since sudah ke sana, maka kami rancang untuk melawat ke beberapa tempat menarik. 
Masjid Daerah Bera

Dewan Konvesyen Majlis Daerah Bera

Menyeberang sungai Pahang.

Tempat pertama yang kami lawat adalah Amani Vanilla Temerloh yang dicadangkan oleh staff di Hotel Seri Malaysia Temerloh.

Welcome to Amani Vanilla Temerloh.


Konsepnya - Farm ~ Nursery ~ Cafe.

Projek tanaman vanilla.

Jom kita masuk.



The delicious offerings untuk pelawat-pelawat yang datang.


Can't wait to try the Signature Vanilla Ice Cream ~ the homemade vanilla beans ice cream.


Pek Patin Gulai Tempoyak pun ada.


The menu.


Order di sini.




Ambil orders di kaunter ini.

What we ordered: ice cream gula kabung and ice cream oreo, AVT float dan limau ais. Keropok lekor dan ice cream goreng will be sent to our table later. 

Ok, jom cari table yang best.

Laluan ke seating area and the rest of the taman.



About AVT.

Some of the seatings. Ada lagi di dalam yang lagi cantik.

Ada macam-macam fakta menarik tentang vanilla!! Jom kita baca.











Tunjuk arah dalam AVT.




Jom tengok pokok-pokok vanilla. Tanaman pokok-pokok vanila ini ditanam di dalam rumah yang dipanggil 'shade houses'. 

Vanila merupakan sejenis orkid "liana' atau memanjat yang memerlukan pokok tumpangan untuk hidup. Ini kerana, tumbuhan ini adalah sejenis orkid epifit iaitu tumbuhan yang hidup di atas tumbuhan lain tetapi tidak bertindak sebagai parasit kepada pokok tumpangannya.

Nama "vanila" berasal dari perkataan Sepanyol "vanilla", yang bermaksud "pod kecil". Genus Vanilla tergolong di dalam kumpulan keluarga orked tropika yang memanjat.

Harga pasaran buah vanila kering boleh mencecah sehingga RM2 ribu sekilo. Kenapa harganya mahal? Vanilla merupakan rempah yang kedua termahal di dunia selepas safron kerana penjagaanya mengambil masa yang lama dan susah. Pemprosesannya juga rumit.



Ada lagi maklumat tentang AVT. Saya memang suka betul jika pelawat diberi peluang untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang tempat yang kita lawat. Jom baca. Menarik ni!





Industri tayar pun guna vanila! Who knew!

Vanila sangat berharga hingga dikenali sebagai emas hijau.

Vanila hijau dan vanila kering.

Amani Vanilla Temerloh adalah diasaskan oleh En. Mohamad Feisal bin Hj. Mohamad Norawi.







Inilah rupa bunga vanila.

Ini foto-foto buah vanila muda dan yang sudah dikeringkan.

Ok, jom kita duduk minum dan makan ice cream. 

Suasana yang redup dan nyaman. 



Ok, keropok lekor dan ais krim goreng dah sampai. Jemput 😋.

Sedap!

First time kami try ais krim goreng. Sedap juga rupanya. 

Ice cream vanila di sini memanglah sedap!


Suasana di sekeliling AVT.

Juga ada tanaman pokok-pokok kelapa.


Ada gelanggang ATV.








Jarak AVT ke beberapa tempat-tempat menarik di sekitarnya. Kami akan ke Titik Tengah Semenanjung dan Deerland. 

Ada kandang arnab. Jom kita tengok. 





Lobak boleh dibeli untuk diberi makan pada arnab.





Hello love! 😍🐇










Kemudian kami masuk ke dalam bangsal tempat nursery pokok vanila. 

Boleh lihat dan ambil gambar sahaja, tidak boleh sentuh. 














Inilah buah vanila yang sudah dikeringkan. 

Balik ke Bera. Malam itu kami makan malam di restoran sebelah hotel saja. Esoknya kami merancang hendak pergi ke 4 lagi tempat-tempat menarik. 










Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care. 

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment