Thursday, May 26, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 04 - PART 07 - KUCHING - SARAWAK RIVER CRUISE - PART 01

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Pada petangnya kami ke Kuching Waterfront untuk naik river cruise. Tepat pukul 4:30 petang Abang Adam tiba untuk drive kami ke sana. 

Passing by Gerbang Perpaduan, India Street Pedestrian Mall, Kuching.


Cantik design tiang-tiang dan bumbung di laluan ini. Macam pokok-pokok rainforest. And so beautifully colorful too. 


Ternampak pula murals di dinding ini. 

Kami dalam kereta masa tu, jadi tak dapatlah nak get a clear shot of the mural.

Dilukis oleh Lithuanian artist Ernest Zacharevic, the one hanging. Tak sure orangutan babies dalam wheelbarrow tu siapa yang lukis. 

Another cat monument, of a different kind. A robotic, futuristic ones. I guess the message here is to encourage the use of recycled materials.
 
What I like about these creations is that although they are obviously 'robotic', the sculptor managed to capture feline's body language and behaviours. Quite adorable actually 😃. 



Masjid India, Kuching.

Kelihatan juga Jambatan Darul Hana yang merentangi Sungai Sarawak.

Dari sudut ini pula boleh dilihat 3 landmarks Kuching: Jambatan Darul Hana, bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan bangunan putih Square Tower yang merupakan antara bangunan tinggalan Brooke yang menjadi simbolik pemerintahan lebih 100 tahun di Sarawak.

Jambatan Darul Hana, bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Square Tower.

Lepas park kereta, Abang Adam pun bawa kami ke jeti for the Sarawak River Cruise. Di entrance ini ada sebuah monumen kecil bernama “Celebration of Sarawak” dibuat oleh sculptor Ramlan Abdullah pada tahun 1994.

“Celebration of Sarawak” monument.
🔶Arca ini diperbuat daripada tembaga, keluli lembut dan marmar.
🔶Ia merupakan salah satu arca yang dipilih daripada lebih 100 penyertaan arca dalam pertandingan yang diadakan oleh Perbadanan Kemajuan Ekonomi Sarawak (SEDC) pada tahun 1994.
🔶Ramlan Abdullah, sculptor arca ini adalah seorang sculptor terkenal yang mencipta pelbagai arca terkenal di Malaysia.
🔶Struktur tripod yang tertanam pada batu (bumi), melambangkan kestabilan dan kekuatan Negeri Sarawak. Tangganya pula menunjukkan jalan menuju kemakmuran.
🔶Pada tiga tiang sokongan arca itu, terdapat arca 'guardians' yang menghadap ke luar.
🔶Di puncak bumbung kon ada patung kecik burung Kenyalang. Burung Kenyalang dianggap sebagai hadiah dari dewa-dewa orang Iban. Selain itu, orang-orang Dayak pada masa itu percaya burung ini adalah Dewa perang apabila terbang tinggi di langit.

Bumbung berbentuk kon pada arca “Celebration of Sarawak” adalah diilhamkan daripada Pahlawan Bidayuh dan melambangkan masyarakat dan tempat perlindungan yang progresif. Jika dilihat secara dekat, arca tersebut kelihatan seperti rumah bulat Bidayuh Baruk, yang merupakan tempat berkumpul masyarakat Bidayuh. Ia juga dikenali sebagai Rumah Bidayuh. Ciri-ciri rumah bulat itu ialah rumah kayu berbentuk bulat bertingkat dengan bumbung kon, dan disambungkan dengan tangga kayu berukir.

Tiba di jeti Sarawak River Cruise.

Maklumat tentang Sarawak River Cruise. 
'The Best Way to Discover Kuching's Hidden Gems'

Ini peta pelayaran up river and down river Sarawak River Cruise. The cruising highlights include passing by many of Kuching's landmarks.

Walking down the jetty's ramp. 

We'll be taking Sarawak River Cruise's Signature Sunset Cruise. Cruise ini akan ambil masa selama lebih kurang 1 jam 30 minit. 

Sarawak River Cruise ini bukan sahaja bawa tourists untuk cruise Sarawak River, tapi boleh juga dijadikan venue untuk themed dinners, company outings, children's birthdays, costume parties, press releases, award ceremonies, corporate dinners, government functions, education tours and incentive trips. 

Cruise vessel ini ada lower deck yang berhawa dingin dan open upper deck.

Pintu masuk cruise vessel. Baca doa naik kenderaan sambil melangkah masuk.

Oh ya, of course scan dulu sebelum masuk.

Suasana dalam air-conditioned lower deck. Ada hiasan Perayaan Tahun Baru Cina.

We love it that there are big windows. Mestilah begitu kan sebab the main thing for this cruise is for passengers to enjoy the sceneries.

Kami pun naik ke open upper deck for better views of the surroundings while cruising. 

Bahagian depan cruise vessel.

Kelihatan Jambatan Darul Hana. Pelayaran akan bermula ke arah sana, ke arah up river. 

Sempat juga saya ambil gambar pilot cruise vessel ini. Tapi dia macam malu-malu pulak.. hihi 😄. Err... pemandu bot macam ni dipanggil 'pilot' kan?

Di open upper deck ini ada snack bar.

Namanya Captain's Snack Bar.

The open upper deck. Unfortunately sudah penuh, tiada satu pun tempat duduk yang kosong. Apparently passengers lain ini sudah sampai much earlier than us 😁. 

Di atas ni tiang-tiangnya dihiasi dengan bendera-bendera pelbagai negara.

Actually kami ok je tak dapat duduk di atas ni walau pun actually kalau nak ambil gambar memanglah elok dari atas ni. The thing is, kami berada di atas ni baru sahaja beberapa minit sudah mula rimas dan kepanasan kerana bahang petang. So kami decided eloklah kami duduk di lower deck yang berhawa dingin. 

Tak laratlah nak berpanas di atas ni sampai lebih sejam.. hihi 😅.

Kalau dapat duduk di bawah bumbung ni ok lah sikit. 

Ok, di bawah ni masih ada lagi seats kosong. Dalam cruise ini light refeshments juga disediakan untuk passengers. 

Sambil cruise sambil minum jus oren dan Sarawak layered cake 😋. 

The cake is quite nice actually. I wished I can have more.. hihi 😄.

Bot pun memulakan pelayaran. Sambil cruise penumpang boleh mendengar live commentaries of iconic landmarks.

Masjid India, Kuching.

Jambatan pejalan kaki, Jambatan Darul Hana.


Masjid India, Kuching.

Jambatan Darul Hana yang berbentuk 'S' ini panjangnya 335 meter, disokong oleh dua kabel setinggi 45 meter dari menara keluli dengan kecondongan 48 darjah merentangi Sungai Sarawak.

Di jambatan ini ada ruang tinjau. Cantik kalau bergambar dan ambil gambar panorama Sungai Sarawak dan Bandaraya Kuching dari lookout platform itu.

Tangkap ikan agaknya.


Pemandangan down river.

Masjid India, Kuching. 'Masjid terapung' yang dibina atas Sungai Sarawak ini dibuka secara rasmi pada Mac 2019. Ia berkonsepkan seni bina dan reka bentuk Turki dan Timur Tengah.

Masjid ini boleh memuatkan seramai 1,600 orang jemaah. 


Brooke Dockyard. 

Brooke Dockyard ditubuhkan pada tahun 1912 (besar kemungkinan limbungan kapal tertua di Malaysia). Brooke Dockyard ialah Badan Berkanun Kerajaan, 100% dimiliki oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Kementerian Pembangunan Infrastruktur dan Pengangkutan. Aktif dalam industri minyak dan gas (luar pesisir dan darat), pembinaan kapal, pembaikan kapal dan industri pembinaan jambatan.

Passing by Kampung Masjid.

Masjid Bahagian Kuching (Masjid Bandaraya Kuching).

Masjid Bandaraya Kuching merupakan masjid utama di Kuching, Sarawak, yang pernah menjadi masjid negeri sebelum masjid baharu dibina di Petra Jaya. Tapak masjid ini dipercayai antara masjid tertua di Kuching. Ia diasaskan oleh seorang pemimpin tempatan yang dilantik oleh Kesultanan Brunei yang dikenali sebagai seorang Pangeran.

Passing by Kampung Bintangor Kecil. Kampung ini mendapat nama dari Sungai Bintangor. Ada juga yang mengatakan asalnya dari pokok Bintangor yang dulunya banyak tumbuh di sepanjang Sungai Bintagor. Penduduk mudanya sudah ramai berpindah ke bandar untuk bekerja dan tinggal hanya warga tua. Ketika ini hanya ada 52 buah rumah di kampung ini yang kebanyakkannya dijadikan rumah sewa. Jumah penduduknya ada lebih kurang 200 orang sahaja. 

Bot pun membuat pusingan U-turn di Kampung Bintangor kecil and heading down river ke arah Kuching Waterfront tempat cruise bermula tadi. Kelihatan dalam foto adalah bangunan Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) dan Gunung Santubong.

Passing by beberapa kampung tepi Sungai Sarawak iaitu Kampung Tupong Tengah, Kampung Tupong Batu dan Kampung Sinjan. 




Passing by satu lagi kampung tepi Sungai Sarawak, iaitu Kampung Tanjung. 



Pengkalan Kampung Tanjung.


Jambatan Darul Hana, bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak dan Masjid India.

Waterfront berhampiran Astana Negeri Sarawak. 

Astana Negeri Sarawak. Istana di tebing utara di seberang sungai dari Kuching Waterfront ini dibina dalam gaya rumah manor Inggeris. Ia merupakan kediaman ketiga dan terakhir yang dibina oleh Brooke Rajahs dan diduduki oleh Rajah yang memerintah sehingga Pendudukan Jepun pada tahun 1941. 

Charles Brooke ("Raja Putih" Sarawak kedua) membina Astana Kuching pada tahun 1870 sebagai hadiah pengantin kepada isterinya, Margaret Alice Lili de Windt. Astana ini adalah salah satu tempat penting dalam sejarah Sarawak; ia adalah tempat untuk pelbagai mesyuarat Majlis Umum dari 1873 hingga 1937.

Hari ini, Astana Kuching adalah kediaman rasmi Gabenor Sarawak, dan oleh itu tidak dibuka kepada pelawat. Bagaimanapun, semasa sambutan Hari Raya, pintu pagar akan dibuka untuk mengalu-alukan pengunjung dalam tradisi amalan Rumah Terbuka Malaysia.

Jambatan Darul Hana dan bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak. 

Nampak futuristic.

Ditubuhkan pada 8 September 1867, Dewan Undangan Negeri Sarawak (DUNS) merupakan Dewan Perundangan yang tertua di Malaysia.

Bangunan ini bumbungnya berbentuk 'terendak' iaitu topi etnik Melanau yang berbentuk kon. Dewan konvensyennya boleh memuatkan 5,000 orang. Seni bina serta reka bentuk dalaman adalah hasil kerja tangan para tukang dari Uzbekistan, yang mencerminkan kepelbagaian budaya yang wujud di Sarawak.

Ada musical fountain di benteng dekat bangunan ini. Tapi pada malam semalam kami jalan-jalan di Kuching Waterfront ia tidak beroperasi very likely sebab PKP.

Ini tangga naik ke The Brooke Gallery at Fort Margherita.



Pemandangan Sungai Sarawak down river.

Binaan putih di atas bukit itu adalah Fort Margherita. Ia dibina pada tahun 1879 untuk mengawal laluan sungai Kuching daripada serangan lanun. 

Dinamakan sempena isteri Charles Brooke, Ranee Margaret, ia adalah sebuah bangunan bersejarah yang sangat menarik. Ia dibina dalam gaya sebuah istana kota Inggeris dan dilengkapi dengan pertahanan yang baik untuk melindungi ibu kota daripada pencerobohan dari arah sungai. 

Ia telah diubah suai pada 2016 menjadi The Brooke Gallery yang mempamerkan pelbagai memorabelia era Brooke termasuk barang-barang daripada keluarga Brooke dan artifak semasa mereka menjadi White Rajahs.

Pengkalan Kampung Boyan.

Bot Tambang atau Water Taxi adalah ikon Kuching. Katanya sampan-sampan ini sudah ada sebelum Malaysia dibentuk. 

Ia adalah cara pengangkutan yang murah. Walaupun terdapat jalanraya yang baik dan jambatan-jambatan yang dibina untuk menyeberangi sungai, ia masih digunakan secara meluas oleh penduduk kampung untuk turun ke pekan di seberang tebing sungai. 

Ia adalah alat pengangkutan yang mudah yang menjimatkan masa dan kos, berbanding perlu memiliki kereta dan memandu jauh yang mungkin mengambil masa sekitar 20 minit. Bot Tambang memerlukan kurang daripada 5 minit.

Kalau nak beli kek lapis Sarawak di kedai with so many choices, boleh nak naik Bot Tambang menyeberangi Sungai Sarawak untuk ke kedai-kedai ini. 


Memancing. Katanya aktiviti memancing sering dilakukan di sungai ini oleh the locals.



I think these interestingly shaped and colorful buildings are bazaars/food courts.

Pengkalan Kampung Gersik.


Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment