Thursday, May 12, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 04 - PART 03 - KUCHING - BAKO NATIONAL PARK - TELUK PAKU TRAIL - PART 02

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Sambung cerita jalan kami di Bako National Park di Teluk Paku Trail. Pada masa ini kami sudah pun sampai ke Bako National Park Jetty dari Bako National Park HQ/Lodge. Terus ke point A untuk perjalanan Teluk Paku Trail yang mencabar menuju ke point B.

Kalau tadi kami berjalan mendatar santai sahaja di titian kayu dan konkrit di kawasan Hutan Pantai dan Hutan Bakau, sekarang kami masuk ke bahagian Teluk Paku Trail yang mendaki pula. 


Sampai di tepi tebing bukit ini kami ke arah kiri di tangga kayu itu.



Abang Adam menasihatkan kami supaya tenang saja dan tidak perlu jalan laju. 


Abang Adam further advised us to also be careful dan watch where we step as we will be going through moss covered rocks of various sizes, shapes and placements, where many are also intertwine with tree roots. 

Memasuki kawasan hutan seterusnya iaitu Hutan Tebingan. 

Bila berdepan dengan keadaan begini, terfikir mana la nak berpijak. Alhamdulillah ada Abang Adam, so kami ikut saja mana dia pijak, maka situ la juga kami pijak... hihi 😅.

Sepatutnya kami enjoy the jungle sceneries, tapi susah la bila sudah so occupied with making sure that we don't slipped and injured ourselves 😅. Ambil gambar pun tangan ketaq 😆.

Trail yang memanjat tepi lereng bukit yang berbatu-batu. Pada mereka yang sudah biasa hiking tentulah trail ini mudah saja bagi mereka. 

Abang Adam yang sudah selalu ke sini made it look so easy. Tapi tak juga kata dia sebab sometimes he find it quite challenging especially masa musim hujan. Also he said no matter how many time he had climb these cliffs, dia mestilah sentiasa berhati-hati.
Kaedahnya, kalau kami encounter pendakian begini, kami tunggu dulu sampai Abang Adam lepas naik ke atas dahulu and watched we he had stepped. Then with him coaching us and me and wife helping each other barulah kami daki.

Beginilah tapak Teluk Paku trail ini. So really kena tengok mana kami berpijak sebab kalau salah pijak kaki boleh terseliuh dan kita jatuh. Bayangkan betapa payahnya nak jalan semula ke HQ dalam keadaan sakit begitu.

Siap pelan mana nak pijak dulu, then where next to pijak. Must always make sure dapatkan firm footing dulu sebelum melangkah naik atau turun. Oh ya, make sure kasut grip kuat kalau plan nak jalan di trails di Bako atau di mana-mana trails pun lah.

Cantik pula akar-akar menjalar berlumut ini.


Penunjuk arah trails. Untuk sampai ke pantai Teluk Paku di hujung Teluk Paku Trail ini adalah sejauh 800 meter lagi. Macam tak jauh tapi bila trail mendaki with uneven surfaces, jadi mencabar sangat 800 meter tu.

Yes, mesti ada guide ya. Yang berdaftar. 

Risau juga bila mula sampai tebing tinggi begini. Ada juga la nampak pagar-pagar kayu di tepi trail di tebing ini yang dipasang oleh pihak Taman Negara for safety.

Berhenti sekejap untuk bergambar. 

Kejap mendaki, kejap menurun. 

Ada juga paths yang selesa untuk kita lalui.



Kami berhenti sekejap di sini Cantik sungguh pemandangan di Hutan Tebingan ini.



Kalau tidak silap ini adalah busut anai-anai. 


Then Abang Adam ajak kami divert from the trail sekejap untuk ke satu tempat viewing point. Masa ni saya lega sebab boleh la relax kejap dari aktiviti mendaki.. hihi 😄.

Ada bench dan pemandangan pantai dan hutan Bako.

Air sedang surut masa ini kata Abang Adam.



Bako National Park amazing rock formations by the beach.


Abang Adam menerangkan jenis-jenis paku pakis yang ada di Hutan Tebingan ini. 


Abang Adam juga tunjuk pada kami pokok Tongkat Ali ini. Kata dia khasiat Tongkat Ali yang sebenar terletak pada akarnya dan bukan pada batang pokok itu sendiri.



Then kami ternampak formasi batu-batu besar di pesisir pantai ini. 


Adakah itu Bako sea stack yang popular itu? Bukan kata Abang Adam. Sea stacks itu kita tidak boleh nampak dari Teluk Paku Trail ini. Ia cuma boleh dilihat dari Teluk Pandan Trail yang merupakan hiking trail yang paling mencabar di Taman Negara Bako ini.


Pada masa ini Gunung Santubong masih lagi dilitupi awan dan kabus.


Selepas di tempat viewing point, kami berbincang dengan Abang Adam samada hendak meneruskan perjalanan di Teluk Paku Trail ini atau tidak. Kata Abang Adam perjalanan seterusnya adalah serupa keadaannya seperti laluan yang kami tempohi tadi. Kalau kami mahu kami boleh saja berpatah balik ke Bako National Park HQ ikut jalan yang sama cuma Abang Adam kata dia akan bawa kami jalan menyusuri pantai untuk ke HQ itu bila sampai di Bako National Park Jetty tadi. Kami yang masih belum fully recover dari kepenatan berjalan di Gua Niah Trail a couple of days ago, bersetuju untuk berpatah balik. Tambahan pula masa itu ibu jari kaki saya sudah mula cramped menjadikan payah untuk saya berpijak. 

Ini sarang lebah kelulut yang sudah kosong. Bekas hitam itu kata Abang Adam adalah lelehan madu yang sudah lama dan keras. Seperti yang diberitahu oleh Amza, tour guide kami masa di Gua Niah Trail, lebah-lebah kelulut dari abandoned sarang seperti ini very likely telah membunuh diri kerana lebah kelulut bila rasa diri mereka terancam dan diburu, mereka akan bunuh diri. Mereka sejenis serangga terbang yang sangat sensitive pada keadaan keliling. I think this is the case for this sarang sebab lokasi sarang ini betul-betul di tepi laluan Teluk Paku Trail ini. Mungkin hikers yang lalu lalang di situ buat lebah-lebah itu rasa threatened. 

Dan kami pun sampai ke Bako National Park Jetty. 

Kami berhenti berehat seketika di sini. 

Gunung Santubong sudah semakin jelas kelihatan.

Waktu rehat ini kami manfaatkan dengan merakam pemandangan indah di pantai Teluk Assam ini. 

Kejap lagi kami akan berjalan balik ke HQ ikut pantai ini ke arah hujung sana.


Panorama shot satu 😃.

Puncak Gunung Santubong yang masih ditutup awan.

 








Kelihatan nelayan-nelayan dari pesisir pantai ini.





Dari jeti ini kami pun dibawa turun ke pantai oleh Abang Adam. Masa itu masih lagi air surut. Kata Abang Adam air akan pasang lebih kurang pukul 12:30 tengahari nanti.

Leaving the Bako National Park Jetty. Masa air pasang, bot-bot boleh sampai ke jeti ini untuk mengambil/menurunkan penumpang. 

Abang Adam kata tidak selamat untuk mandi di sini kerana pernah dulu ada kelihatan buaya-buaya di sini.

Ini adalah bola-bola pasir yang di discharge oleh ketam rebab (fiddler crab). Sedimen yang dimakan oleh ketam ini akan ditapis untuk mengasingkan makanan seperti alga, mikrob, kulat dan lain-lain dan sedimen selebihnya dibuang dalam bentuk bola-bola pasir ini. 
Sesetengah pakar percaya bahawa tabiat pemakanan ketam fiddler memainkan peranan penting dalam pemeliharaan persekitaran tanah lembap; dengan menapis pasir, mereka mengudarakan substrat dan menghalang keadaan anaerobik (kurang oksigen).

Sempat juga merakam burung-burung helang di pantai ini.


Kami juga nampak sekumpulan Silver Leaf Langur. It is one of the many protected wild life of Sarawak. Jika didapati bersalah memburu, membunuh, membela, menjual atau dimakan binatang-binatang yang dilindungi, boleh didenda maksimum RM50 ribu dan penjara 5 tahun.

Sampah seperti botol-botol plastik tu kata Abang Adam bukan dari pantai ini tapi dihanyut ke pantai ini ketika air pasang. Some of the garbage adalah dari kapal-kapal yang berlayar di Laut China Selatan. Dari semasa ke semasa memang ada program pembersihan pantai yang dilaksanakan oleh pertubuhan dan sukarelawan. Tapi selagi ada sampah yang dibuang ke dalam laut, masalah ini akan tetap berterusan.


Nampak gentle Langur ni. Tidak datang dekat atau kacau kami pun. They were quite far from us pun actually.




Sea shells on the sea shore. Now sebut laju-laju 😄.

Memang baguslah Abang Adam bawa kami ikut jalan pantai ini. Pemandangan-pemandangan di sini sangat cantik dan epik! SubhanAllah.




Kami pun sampai ke Bako National Park HQ. 

Ok, ini summary perjalanan kami di Teluk Paku Trail:
🔶Bermula dari Bako National Park HQ pada pukul 8:35 am. 
🔶Dari HQ, berjalan di kawasan Hutan Pantai dan Hutan Bakau dan tiba ke Bako National Park Jetty pada pukul 9:15 am. 
🔶Selepas itu kami sambung lagi perjalanan ke dalam kawasan Hutan Tebingan bermula pukul 9:30 am di point A. 
🔶Tiba di viewing point pada pukul 9:45 am. Berpatah balik dan tiba di Bako National Park Jetty pada pukul 10:25 am. 
🔶Berjalan di pantai dan tiba di HQ pada pukul 10:50 pagi. Jadi total time perjalanan kami adalah lebih kurang 2 jam 15 minit.

Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment