Thursday, May 19, 2022

MIRI & KUCHING - DAY 04 - PART 05 - KUCHING - BAKO NATIONAL PARK - SEA STACKS

  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Baik, sambung lagi cerita percutian di Bako National Park. Next kami nak pergi tengok sea stacks yang popular tu. Orang kata kalau sudah ke Bako, haruslah ke sana.

Pada waktu tengahari Gunung Santubong sudah kelihatan begitu jelas sekali berbanding sebelah paginya yang diselubungi kabus dan awan.


Gunung Santubong nampaknya macam sebuah pulau tapi sebenarnya ia berlokasi di atas sebuah semenanjung bernama Semenanjung Buntal.

Abang Adam (our guide di Bako) sedang berada di pantai menunggu our boatman.

Puncak Gunung Santubong yang tingginya 810 meter boleh dilihat dari Bandaraya Kuching which is 35 km away.

Kelihatan pengunjung-pengunjung lain ke Bako National Park ini. 

Saya zoomed-in ke lokasi pantai di mana kami diturunkan dari bot pagi tadinya. 


Menunggu berteduh di bawah pondok di tepi Pantai Teluk Assam, Taman Negara Bako.

Ok, Abang Adam sudah signal, boatman dah sampai. Ayuh! 


Singsing seluar, pegang kasut dan redah air laut 😄. Sebenarnya kasut kami kasut plastic/rubber, so ok je sebenarnya kalau nak jalan dalam air berkasut. Tapi tanggal sebab tak nak masuk pasir 😄.

Mujurlah rendah je nak melangkah masuk. Tapi senget la bot ni... hihi 😄.

Ini peta boat ride kami untuk tengok Bako sea stack. Naik bot dari Pantai Teluk Assam, pass by Teluk Paku dan Teluk Batu Belah dan terus ke sea stack. Lepas tu terus lagi ke Teluk Pandan Kecil dan U-Turn untuk balik ke Bako National Park Terminal. 

Siap memakai life jackets. Membaca doa naik kenderaan. 

Alhamdulillah, cuaca tengahari itu cukup indah sekali.

Ini pemandangan ke arah laluan balik ke Bako National Park Terminal. Sebelah kiri itu adalah Tanjung Sapi dan hujung Pantai Teluk Assam tempat kami turun dari bot pagi tadinya. Di sebelah kanan adalah sebahagian dari Gunung Santubong.

Tanjung Sapi dan nun di ufuk sana tu adalah Semenanjung Buntal.

Ada beberapa bot-bot yang dikendalikan oleh orang kampung di Bako menyediakan khidmat perjalanan bot dari Bako National Park Terminal ke Bako National Park HQ.


Perjalanan ke sea stack pada kami adalah cukup menarik sekali.

Pesisir laut Taman Negara Bako yang mengadap Laut China Selatan dihiasi indah dengan tebingan-tebingan batu yang curam, tanjung-tanjung berbatu dan teluk-teluk berpantai. 

Selain dari Teluk Assam, pantai di mana kami bertolak naik bot ini, kami juga passed by Teluk Paku, Teluk Batu Belah dan Teluk Pandan Kecil yang juga mempunyai pantai berpasir. 

Bagi kami passing by, melihat dan merakam foto-foto tanjung-tanjung berbatu yang ditumbuhi pelbagai jenis hutan seperti Hutan Pantai dan Hutan Tebingan adalah sangat enjoyable. 

I mean, look how wonderful these rock formations at the edge of the sea brimming with Cliff Vegetations. SubhanAllah.

Zon tumbuh-tumbuhan yang sempit dan sarat di sekitar pangkal tebing, di tengah tebing, di pulau-pulau kecil berbatu dan di batu-batu besar di luar pesisir yang tumbang adalah menarik dan luar biasa, kerana ia sangat jarang ada di Sarawak. 

Di tapak-tapak ini tumbuh-tumbuhan di sini lebih cenderung tumbuh secara berkumpulan, pada poket-poket mendapan yang terkumpul. 

Tumbuh dengan cara berkumpulan bukan sahaja menguatkan dan mengukuhkan tumbuh-tumbuhan itu sendiri, tapi juga dapat menghapuskan atau mengurangkan kesan pukulan-pukulan ombak dan mencegah penghanyutan mendapan pesisir tebing yang penting untuk ekosistem Hutan Tebingan. Dalam lain perkataan tumbuh-tumbuhan tebing ini boleh menyelamatkan persekitaran tebing-tebing laut dari rosak dan terhakis. 

Tumbuh-tumbuhan di sini pada umumnya mempunyai daun yang agak kasar, yang disesuaikan untuk tumbuh di kawasan tepi laut yang panas, dapat menahan kemarau dan menahan kesan semburan air garam (air laut) akibat dari pukulan ombak yang berterusan. 

Pokok-pokok dan tumbuh-tumbuhan kecil boleh kekal bertahan hidup di persekitaran begini kerana mempunyai sistem akar yang tumbuh dengan baik, menjalar ke bawah melalui celah-celah batu, untuk menambat pokok-pokok dengan kuat terutama ketika angin kencang dan musim landas (musim hujan). 

Pokok-pokok renek kecil juga tumbuh padat di sini bersama-sama dengan banyak tumbuh-tumbuhan rumput, paku-pakis dan herba.

Walaupun kawasannya agak kecil, Taman Negara Bako menawarkan peluang yang ideal untuk pengunjung tempatan dan asing untuk merasai sebahagian daripada warisan semula jadi Sarawak. 

Dengan keajaibannya yang terpelihara, Bako kini telah menjadi tempat yang ideal untuk pendidikan alam semula jadi dan aktiviti rekreasi berorientasikan alam semula jadi. Ia juga merupakan lokasi yang sesuai untuk penyelidikan saintifik terutamanya kerana ekosistemnya yang unik.

Pada masa ini kami sudah mula menghampiri kawasan yang ada sea stacks. Tanjung berbatu yang terbentuk di antara dua teluk selalunya mempunyai sambungan atau sesar yang melintang. Hakisan di tepi laut tertumpu di sepanjang kedua-dua belah sambungan ini dan batu-batu di situ terhakis dengan cepat. Dengan ini, gua tebing/tanjung terbentuk. 

Ini peta lokasi sea stacks dan dua teluk iaitu Teluk Batu Belah dan Teluk Pandan Kecil yang dipisahkan oleh Tanjung Pandan. 

Apabila hakisan terus berlaku di kedua-dua belah tebing ini, maka gerbang pun terbentuk. Dan bila bumbung gerbang tersebut runtuh, maka sea stack pula terbentuk. Pulau-pulau terpencil kecil di luar tanjung juga terbentuk dengan cara yang sama.

Ini maklumat tentang bentuk muka bumi akibat hakisan ombak.

Dari percutian-percutian kami sebelum ini kami ada melawat lokasi-lokasi yang mempunyai formasi batu tepi laut yang serupa seperti di Bako ini. Contohnya koleksi formasi sea stacks Twelve Apostles di tepi laut Port Campbell National Park di Victoria, Australia.
Twelve Apostles, Port Campbell National Park, Victoria, Australia

Twelve Apostles, Port Campbell National Park, Victoria, Australia

Twelve Apostles, Port Campbell National Park, Victoria, Australia

Ini pula info tentang pembentukkan the Twelve Apostles, hampir serupa dengan di Bako except for the sizes of the rock formations. 

Ini maklumat tentang proses bagaimana gua dan gerbang terbentuk yang akhirnya bumbungnya runtuh dan membentuk sea stacks.

So the Twelves Apostles tu gerbang-gerbangnya sudah lama runtuh dan tinggal tunggul-tunggul sea stacks. Jadi saya kongsi pula di sini foto-foto di mana gua/gerbangnya masih lagi utuh. Tentu ramai yang tahu ini di mana kan? Iya, ini di Tanah Lot, Bali, Indonesia.
Tanah Lot, Bali, Indonesia

Tanah Lot, Bali, Indonesia

Tanah Lot, Bali, Indonesia

Kembali di Bako, kebanyakan hakisan di sekitar pantai berlaku pada paras laut di mana pukulan ombak adalah paling hebat. Memang betul kerana ketika ini pun kami terumbang ambing dalam bot. Sebelah tangan genggam kuat tiang bot dan sebelah tangan berusaha bersungguh-sungguh ambil gambar 😄. Mujur la kami tahan tak sea sick. Otherwise mungkin terkeluar lunch kami tadi 😅.

Kuasa hakisan laut adalah yang paling kuat semasa ribut pada musim 'Landas'. Musim 'Landas' biasanya berlaku antara bulan November hingga Februari. Jadi kalau nak ke sini eloklah plan datang pada bulan-bulan yang lautnya tenang. 

Batu-batu kecil yang terlempar menghempas ke permukaan tebing-tebing oleh ombak yang kuat menambah daya hakisan. Oleh itu tebing secara beransur-ansur diruntuhkan.

Apabila penghakisan di bahagian bawah tebing berterusan berlaku dengan lama, bongkah-bongkah batu pasir yang besar akan terpecah dan runtuh.

Bila bahagian dasar tebing habis terhakis, hanya satu kawasan batu yang agak rata terbentuk dan ini dikenali sebagai 'platform potongan gelombang'.

Hakisan berterusan selama berjuta-juta tahun, menjadikan Bako menjadi pesisir tebing yang curam, daratan berbatu dan banyak teluk berpasir.

Hakisan yang disebabkan oleh gelombang berterusan di dasar tebing telah mengukir dan membuat banyak batu menjadi lengkungan laut dan timbunan laut.

Masa kami dibawa boatman mengelilingi sea stack inilah ombak terasa paling kuat. Boleh kata cemas jugalah masa tu 😅.

Abang Adam (our guide) kata ada orang kata bentuk sea stack ini macam kepala ular tedung. 

Mungkin platform ini dulu asalnya formasi batu kapur yang bersambung dengan tanjung, kini hanya tinggal tunggul. Melihat pada rupa permukaan tunggul besar yang menggerutu ini mungkin inilah yang dikatakan formasi 'Honeycomb Weathering'. 

Corak sarang lebah yang menarik ini boleh dilihat pada permukaan batu di beberapa tempat, terutamanya di sekitar pantai. Tidak pasti dengan tepat bagaimana ia terbentuk, tetapi air hujan dan semburan laut mungkin bergabung untuk menyebabkan permukaan batu jadi berlubang-lubang. Apabila hakisan berterusan, ia mewujudkan corak lekukan-lekukan yang padat berasingan dipisah oleh rabung-rabung sempit.

Our boatman terus membawa kami mengelilingi tunggul-tunggul batu di sini dalam keadaan bot kami terumbang-ambing. 

Sambil berpusing tu, selain ambil gambar the sea stacks, kami juga merakam foto tebing-tebing batu curam Tanjung Pandan yang cukup indah ini.

Kemudian rakam juga the sea stack dengan pemandangan background Tanjung Pandan.

Pada sudut ini Abang Adam menuding jari ke arah bahagian kiri sea stack ini. Kata dia ada orang kata macam face profile Muammar Gaddafi. Entahlah, I don't see it... hihi 😄.

Satu lagi pemandangan sea stacks yang sempat kami rakam. Yang ini dengan background Pantai Teluk Batu Belah. 

Formasi batu bentuk 'Honeycomb Weathering' nampak lebih jelas lagi dalam foto ini.

Berpusing kami lagi beberapa kali dibawa boatman.

Di sebalik tebing batu di kanan foto ini adalah Teluk Pandan Kecil.






Sea stack ini according to Abang Adam orang nampak bentuknya menyerupai macam-macam benda. Paling popular orang kata bentuknya macam ular tedung.

Tapi dari sudut ini saya nampak macam hammerhead shark... hihi 😄.

Dari sudut pandangan ini pula sea stack ini ada yang kata nampak macam kepala orang memakai head gear yang besar. This I can see the resemblance. 

Haaa.... ini contoh-contoh perbandingan sea stack ini dengan 'men with big head gear' 😄. Actually these gentlemen are the performers in the 'Mehter' show yang kami saksikan ketika melawat Command of Military Museum and Cultural site, Istanbul, Turki. They were wearing authentic Ottoman Mehter band costumes. Btw, 'Mehter' is The Oldest Military Band of the World.

Uncanny, right 😃.

Hmmm... I see macam kepala Pharaoh pun ada juga 😄.

Bercerita pasal rock formations menyerupai pelbagai bentuk, buat saya teringat sekali lagi pada percutian-percutian kami where we encounter similar situations. Here are a few of them.

Ini formasi batu-batu di Hạ Long Bay, Vietnam. Ia dikenali sebagai 'Fighting Cocks Rocks'. Ok, may be dari sudut ini tidaklah nampak macam ayam jantan bertarung 😄. 

Ini pula bukit/gunung di Langkawi dirakam semasa kami ikut Mangove Tour. Guide kata ada rupa gorilla. 

Seekor 'gorilla raksasa' in crouching posture di sebalik gunung 😄.

Yang ini dipanggil Elephant Trunk Hill, di Li River, yang dikatakan bentuknya seperti seekor gajah sedang minum. Foto ini dirakam semasa kami dalam Four Lakes Two Rivers Cruise di Guilin, China.

Dan selalunya di dalam gua yang ada banyak formasi batu gua juga ada yang dikatakan menyerupai bentuk sesuatu. Ini dalam Gua Charas, Kuantan. Seorang wanita yang saya berteguran di dalam gua ini mengatakan di satu platform dalam gua ini ada bentuk batu yang menyerupai Quan Yin [Guanyin] an East Asian deity of mercy.

Yang dalam Silver Cave, Guilin, China ini pula namanya 'Music Screen'.

Ini satu lagi rock formation dalam Silver Cave. Yang ini dinamakan 'Long'ji Terrace Fields' kerana menyerupai sawah padi bertingkat.

Yang ini pula pemandangan gunung yang dilihat dari Yaoshan Scenic Spot, Henan Province, China. Katanya macam profile Buddha berbaring.

Next, yang ini saya sendiri ternampak dari dalam bas masa dalam perjalanan dari Madain Saleh menuju ke Madinah. Pada saya nampak macam Sphinx 😄.

Yang ini pula nampak macam cascading waterfall. Actually memang boleh kata ianya waterfall since ianya adalah salah satu geyser yang ada di Geothermal Valley, Te Puia, Rotorua, New Zealand.

Ini satu lagi geothermal di Orakei Korako Geothermal Park, Taupo, New Zealand. Katanya macam rupa 'Golden Fleece'. 

Ok, I digress lagi.. hihi 😄. Sambung balik cerita TNB.

Pulau-pulau terpencil kecil di luar tanjung juga terbentuk dengan cara yang sama seperti pembentukan sea stacks. 

Mungkin satu hari nanti akibat dipukul badai secara berterusan 'pulau-pulau' ini akhirnya bakal runtuh dan hanya akan tinggal tunggul-tunggul kecil yang akhirnya ditenggalami air laut.

Ok, saya kongsi lagi beberapa foto-foto dari percutian-percutian kami yang lalu yang menggambarkan 'pulau-pulau' terpencil yang terhasil dari hakisan air laut.
Hạ Long Bay, Vietnam

Hạ Long Bay, Vietnam

Tanah Lot, Bali, Indonesia

Tanah Lot, Bali, Indonesia

Pantai Kemasik, Terengganu

Pantai Kemasik, Terengganu

Teluk Kabung, Kota Padang, Indonesia

Teluk Kabung, Kota Padang, Indonesia

Pantai Tanjung Rhu, Langkawi

Pantai Tanjung Rhu, Langkawi

Ok, selesai di sea stacks, our boatman bawa kami ke Teluk Pandan Kecil pula. 

Menuju ke Teluk Pandan Kecil.

Sudah kelihatan Pantai Teluk Pandan Kecil.

Di hadapan kami ketika ini adalah pemandangan Teluk Pandan Kecil (sebelah kanan) dan juga sebuah tanjung berbatu yang besar yang memisahkan Teluk Pandan Kecil dan Teluk Pandan Besar. Di sebalik tanjung berbatu besar ini adalah lokasi Teluk Pandan Besar.

Ini peta lokasi tanjung-tanjung dan teluk-teluk berhampiran the sea stacks.






Menghampiri Pantai Teluk Pandan Kecil. 

Kelihatan beberapa hikers di atas tebing tu. Mereka ke situ dengan melalui Teluk Pandan Kecil Trail sejauh 2.6 km atau 1 jam 30 minit perjalanan sehala dari Bako HQ. 

Hebat mereka tu sebab kata Abang Adam Teluk Pandan Kecil Trail ada salah satu trails di Bako yang mencabar. Kami trail Teluk Paku yang dikatakan paling kurang mencabar pun kami tak lulus 😄😅. 

Hikers Teluk Pandan Kecil Trail melambai-lambai kami. Kami pun mestilah lambai balik 😄.


Ini peta perjalanan bot kami serta Teluk Pandan Kecil Trail. 

Ok, selepas di Teluk Pandan Kecil, boatman kami buat U-turn untuk bawa kami kembali ke Terminal Bako, menandakan berakhir sudah program lawat Taman Negara Bako dan tengok sea stacks kami.

Sebenarnya saya tersangat fascinated dengan Taman Negara Bako ini. Maka saya baca serba sedikit tentang TNB dan elok rasanya saya kongsikan beberapa fakta menarik di sini. 

Taman Negara Bako berada di dalam kawasan Sarawak Delta Geopark (SDGp). SDGp merupakan sebuah geopark yang pertama dibangunkan di Sarawak. SDGp mewakili kesatuan warisan geologi, biologi dan budaya yang disempadani oleh pesisir pantai Laut China Selatan di utara, Daerah Lundu di barat, Daerah Samarahan di timur dan Daerah Siburan di selatan. 

Sarawak Delta Geopark mewakili bukti peristiwa geologi penting dalam mengupas asal usul Kepingan Sundaland (Sunda Shelf).

Sundaland (juga dipanggil wilayah Sundaic) ialah wilayah biogeografi Asia Tenggara yang ketika itu merangkumi kawasan darat yang lebih besar (berbanding sekarang) pada 2.6 juta tahun yang lalu semasa tempoh paras laut lebih rendah. Ia termasuk Jawa, Borneo dan Sumatera serta pulau-pulau kecil di sekelilingnya, serta Semenanjung Tanah Melayu di tanah besar Asia.

75 juta tahun dahulu, kawasan yang kini merupakan sebuah taman negara, berada di bawah laut. Sedimen yang dibawa ke pantai dari banjaran gunung pedalaman telah dimendapkan di laut, membentuk delta yang besar. 

Selama berjuta-juta tahun, mendapan ini membentuk batu yang keras dan berliang yang dikenali sebagai Batu Pasir (Sandstone). Kebanyakan kawasan dalam Taman Negara Bako adalah terbentuk dari batu pasir.

Permukaan bumi sentiasa berada dalam keadaan perubahan yang berterusan. Selepas delta besar terbentuk, satu tempoh pergerakan tektonik yang hebat berlaku. Tekanan besar yang dijana dalam bumi memaksa beberapa bahagian dalam bumi tertolak ke atas ke permukaan laut. 

Akibat pergerakan dalaman bumi ini, delta batu pasir turut tertolak ke atas di tempat-tempat di luar laut untuk membentuk dataran tinggi batu bersama satu lagi formasi yang kini dikenali sebagai Gunung Santubong.

Pada masa yang sama, tekanan lain menyebabkan permukaan bumi bergelung dan meleding, mewujudkan apa yang dikenali sebagai 'lipatan' dalam kerak. Tekanan itu juga menyebabkan keretakan kerak, mengakibatkan garis-garis kelemahan, atau 'sendi' dalam batu dan retakan atau 'sesar' di mana tanah atau bahagian lain telah bergerak ke arah yang bertentangan.

Sendi dan sesar yang membentuk kerak bumi ini sangat penting dalam menentukan sifat landskap masa kini. Air yang bergerak melemahkan batu dan ini secara semula jadi tertumpu di sepanjang sendi dan sesar, mewujudkan aliran yang mengalir ke laut. 

Oleh itu, sungai-sungai di Bako secara berterusan memotong batu pasir dataran tinggi dan mengangkut pasir ke kuala pada paras laut. Akhirnya, seluruh dataran tinggi akan dipisah-pisah oleh sungai-sungai ini dan landskap yang terhasil akan terdiri daripada bukit-bukit yang rendah dan landai.

Batu pasir yang membentuk dataran tinggi pada asalnya dimendapkan di laut sebagai lapisan sedimen berturut-turut. Lapisan ini dikenali sebagai 'bedding planes' dan ia membentuk pelbagai corak di dalam batu. Corak ini boleh dilihat di beberapa tempat di sekitar pantai, di mana ia terdedah pada permukaan-permukaan batu yang berbeza.


Dalam perjalanan U-Turn balik ke Terminal Bako, kami passed by Teluk Assam di mana kami bertolak naik bot earlier untuk ke sea stack. 

Selepas passed by Teluk Assam we came upon Tanjung Sapi pula. Kompleks tebing ini mendapat namanya kerana persamaan bentuknya dengan sapi (lembu) yang sedang berehat. Laluan mendaki ke tebing ini menawarkan pemandangan Telok Assam, Laut China Selatan, Santubong, dan pada malam yang cerah, Buntal dan Kuching. 

Geotapak Tanjung Sapi mewakili sejarah pengendapan batuan Batu Pasir Plateau yang berusia sekitar 23 juta tahun (Eosen Akhir - Oligosen Awal) di sekitaran sungai berburai. 

Ini adalah proses pembentukan batuan enapan secara umum.

Batu pasir di Tanjung Sapi tersingkap secara meluas sepanjang pesisir pantai. 

Geotapak ini bernilai saintifik tinggi dan sesuai sebagai tapak penyelidikan dan pendidikan. 

Morfologi hakisan pantai dan luluhawa menghasilkan landskap unik dan berpandangan indah, dan sesuai sebagai tapak rekreasi.


Kata Abang Adam, pada tahun 2010 di Muara Sungai Bako ini pernah dibuat projek menanam lebih kurang 7 ribu batang pokok-pokok bakau dari spesis Kurap dan Api-api. Dan inilah hasilnya seperti yang kami lihat ketika perjalanan bot ini.

Projek penanaman pokok-pokok bakau ini dilaksanakan melalui 'Program Penanaman Pokok Bakau Dan Spesies-Spesies Yang Sesuai Di Pesisiran Pantai Negara' di bawah Rancangan Malaysia Ke Sembilan (RMKe-9: 2006 – 2010).


Meneruskan perjalanan ke Terminal Bako.

Ketika ini kami sudah masuk semula ke Sungai Tabo dari Laut China Selatan.


Pemandangan Kampung Bako dari Sungai Tabo.









Dan kami pun selamat tiba di Bako Terminal ini. Alhamdulillah.

Masa bertolak ke Taman Negara Bako pagi tadinya, kami tidak naik bot dari Bako Terminal ini kerana waktu itu sedang surut. Jadi Abang Adam arranged boatman ambil kami di Jeti Nelayan Kampung Bako yang lokasinya berhampiran dengan Bako Terminal ini. 

Bergambar sekejap di Bako Terminal. 



Pemandangan Sungai Tabo dari Bako Terminal.



Suasana di dalam Bako Terminal.

Kami berdua rasa kesian pada lady dalam foto di bawah ini. Dia tidak dapat nak ke Taman Negara Bako pada ketika itu kerana tidak cukup orang nak kongsi bot ke sana. She even asked my wife if we're heading to TNB.





Ok, ini summary ringkas jalan-jalan kami di Taman Negara Bako:
07:15 am: Bertolak dari Grand Margherita Hotel 
07:45 am: Sampai di Kampung Bako 
08:00 am: Naik bot ke Bako National Park HQ 
08:20 am: Tiba di Bako National Park HQ
08:30 am: Jalan di Teluk Paku Trail (half way)
11:00 am: Jalan di Teluk Delima Trail 
12:00 pm: Lunch 
12:30 pm: Lawat Visitor's Center Gallery
01:30 pm: Bertolak ke sea stacks
01:55 pm: Bertolak balik ke Bako Terminal
02:10 pm: Tiba di Bako Terminal

Ok, jom kita naik van balik ke Kuching.

Ada pasar tengahari di Kampung Bako.







Bersambung with next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.  

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment