السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ dan بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.
Seterusnya kami di bawa Shafik (our tour guide untuk Klook's 'Terengganu Instagram Private Day Tour' kami) ke Pantai Pulau Kekabu.
ديڬيتل مليسيا
Masjid Sultan Ismail Chendering, Kuala Terengganu, Terengganu.
Masjid Sultan Ismail (dahulu dikenali sebagai Masjid Raja Chendering) adalah salah sebuah daripada 491 masjid yang ada di negeri Terengganu. Ia terletak di Mukim Chendering Daerah Kuala Terengganu. Kedudukan lokasinya yang bersebelahan dengan jalanraya Kuala Terengganu-Marang telah menjadikan masjid ini sebagai tempat persinggahan orang ramai untuk mengerjakan solat.
Menurut catatan sejarah, sebelum terbinanya bangunan lama Masjid Raja Chendering, terdapat sebuah masjid yang dikenali sebagai Masjid Lebai Zainal di Kampung Chendering. Ia merupakan masjid pertama dibina di kampung ini dan merupakan antara masjid yang menjadi tempat persinggahan orang-orang kenamaan di zaman dahulu. Lokasi bangunan Masjid Lebai Zainal ini tidak dapat dikenalpasti pada hari ini, tetapi menurut sumber sejarah, ia terletak tidak jauh dari tapak lokasi masjid yang ada pada hari ini. Masjid ini adalah bersaiz kecil dan hanya mampu memuatkan seramai 150 orang jemaah sahaja dalam satu-satu masa.
Pass by Marang, sebuah daerah yang terletak di negeri Terengganu, Malaysia.
Marang merupakan sebuah daerah yang terletak di negeri Terengganu, Malaysia. Marang menjadi tempat perhentian untuk menyeberang ke Pulau Kapas, Pulau Redang, Pulau Gemia, dan lain-lain. So kami tak pergi ke pulau-pulau tu? Truthfully, kami berdua tidak begitu minat untuk bercuti-cuti ke pulau-pulau. Kalau Pulau Pinang dan Pulau Langkawi kami ok sebab banyak tempat kami boleh lawat... hehe 😄.
Masjid Haji Ahmad Ibrahim.
Tiba di Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu.
Pemberitahuan tentang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Melalui jambatan menyeberangi Sungai Marang.
Sungai Marang. Tenang airnya jadi nampak la reflection macam cermin.
Lokasi Pantai Pulau Kekabu, Taman Rekreasi Pulau Kekabu dan jambatan yang kami lalui ini (red arrow).
Pantai Pulau Kekabu.
Cantik dan luas pantai ini. Nampaknya kereta boleh diparkir dekat dengan pantai. Very convenient especially if you're bringing segala macam barangan piknik 😃.
Adakah itu Pulau Kapas?
Ada gazebo dan banyak tempat-tempat teduh untuk bentang tikar dan berkelah sambil makan-minum menikmati keindahan pantai Terengganu.
One shot dalam kereta 😄.
Dan Shafik pun bawa kami stop di spot ini. Kata dia Pantai Pulau Kekabu ini adalah antara beberapa pantai di Terengganu yang selamat untuk beriadah dan berenang.
Selalunya beginilah, si mak atau opah yang kena duduk jaga barang-barang sementara ahli keluarga yang lain riang ria bermandi manda. |
Kelihatan ramai juga pengunjung di pantai ini ketika itu.
Pantainya luas dan landai. Dan bersih! Syabas kepada semua pengunjung yang peka menjaga kebersihan dan keindahan pantai kita.
Kalau mandi manda di pantai budak-budak la paling meriah 😄.
Nun di sana Pulau Kapas. Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit boat ride dari jeti Marang. Namanya berasal daripada pokok kapas yang bunganya boleh dijadikan kain atau kapas. Pulau Kapas juga merupakan antara tapak menyelam yang terindah di dunia.
Dan inilah first time kami nampak ada life guards di pantai awam Malaysia. Kata Shafik, jarang nak jumpa Life Guard bertugas begini di pantai-pantai di Terengganu.
Tapi sebenarnya saya baca di Malaysia ini Pasukan Penyelamat Pantai (lifeguard) ada di 49 lokasi dan empat darinya ada di Terengganu. Selain di Pantai Pulau Kekabu ini, tiga lagi lokasi yang mempunyai Pasukan Penyelamat Pantai di Terengganu adalah di Pantai Bukit Kluang, Besut; Pantai Taman Laut, Pulau Redang, Kuala Nerus dan Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.
Pasukan Penyelamat Pantai (Lifeguard) Pertahanan Awam di Pulau Kekabu telah ditubuhkan oleh Terengganu dengan kerjasama Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Pejabat Daerah Marang dan Majlis Daerah Marang (MDM).
Objektif penubuhan Pasukan Penyelamat Pantai ini adalah untuk mengawal, mencegah serta menyelamat mangsa yang mengalami apa jua risiko kemalangan dan kejadian tidak diingini semasa berada di pantai.
Di Pantai Pulau Kekabu ini ada didirikan sebuah lifeguard post atau pondok untuk kegunaan ahli-ahli penyelamat memerhati dan memantau pergerakan pengunjung ke pantai ini terutamanya mereka yang sedang bermandi manda.
Dengan adanya Pasukan Penyelamat Pantai dan lifeguard post kawalan seperti ini amaran awal boleh diberikan jika terdapat perkara berkaitan kecemasan atau bahaya akuatik. Lifeguard post ini juga dapat menambah keyakinan orang ramai untuk beriadah di pantai dengan lebih selesa dan terjamin.
Ada 20 orang lifeguards yang bertugas di Pantai Kekabu ini. Pasukan Penyelamat Pantai ini dianggotai oleh anggota sukarela APM yang dilatih oleh pegawai bertauliah mengikut piawaian antarabangsa bagi tujuan penyelarasan prosedur penyelamatan. Pada ketika ini terdapat lebih 500 orang sukarela dalam Pasukan Penyelamat Pantai di Malaysia.
Menjaga keselamatan dan memberi bantuan kecemasan awal adalah tugas harian dilakukan Pasukan Penyelamat Pantai APM. |
Mengikut penerangan dari Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Terengganu, Pasukan Penyelamat Pantai di empat lokasi itu hanya melakukan pemantauan secara berkala sepanjang musim tengkujuh dari Oktober hingga Mac berikutan amaran sudah banyak dikeluarkan mengenai aktiviti rekreasi seperti mandi yang berbahaya kepada pengunjung. ~ bharian.com.my
Kelihatan beberapa bendera terpacak di pantai ini.
Dan inilah tujuan bendera-bendera dipacak serta maksud-maksud warna pada bendera-bendera ini.
Kata penyelamat pantai wanita yang sedang bertugas ini, pengunjung pantai dinasihatkan untuk berenang di kawasan yang ada bendera saja kerana terdapat air pusar di luar kawasan bendera ini. Jika bendera merah dipacak, semua aktiviti di dalam air tidak lagi dibenarkan kerana ombak yang besar tinggi risikonya dan untuk elak dari berlakunya perkara yang tidak diingini.
Kami juga perasan ada bola-bola warna oren dan pink terapung-apung di sepanjang perairan pantai ini, lebih kurang beberapa meter ke tengah laut dari tepi pantai.
Ketika itu nampak macam nak hujan.
Ada saya terjumpa satu berita yang berlaku di Pantai Pulau Kekabu ini. Pada Februari 2020, obor-obor api atau Portuguese Man O War (bangkai dan yang hidup) dijumpai di tepi pantai ini dan juga di Pantai Batu Buruk. Obor-obor ini sangat merbahaya kerana ia boleh menyebabkan kematian kepada sesiapa yang disengat olehnya.
Seterusnya kami ke bahagian pantai yang ada pemecah ombak tadi.
Passed by Taman Rekreasi Keluarga Pulau Kekabu.
Ada tempat parking kereta yang luas di sini. Inilah open parking space yang paling cantik pernah saya nampak sebab right next to it adalah pemandangan laut yang cantik... hehe 😀.
Tidak banyak gerai-gerai yang kami nampak di sini. Mungkin petang sikit lagi ramailah peniaga.
Di sini ada kaunter tiket untuk trips Bot Jeti ⇋ Pulau Kapas pergi balik.
Perjalanan naik bot antara Jeti Marang ke Jeti Pulau Kapas ambil masa lebih kurang 20 hingga 30 minit sahaja.
Jom kita tengok sceneries dari tepi pantai di bahagian yang ada benteng pemecah ombak ini.
Benteng pemecah ombak di sini dibuat melengkung menjadikan tepi pantai di sini berada dalam satu enclosure dan terlindung.
Lengkungan ini ada satu bukaan di tengahnya bagi membenarkan bot-bot lalu keluar masuk.
Antara sebab benteng pemecah ombak ini dibuat adalah untuk melindungi muara Sungai Marang dan kawasan pantai di sini dari terhakis oleh ombak kuat terutama ketika monsun.
Let's call kepungan ini Bentang Pemecah Ombak Muara Sungai Marang.
Kepungan pemecah ombak ini juga menjadikan tempat ini selamat untuk bot-bot berlabuh.
Ini lokasi kami ketika berada di sini.
Tiada jeti dibina di sini kerana pantainya landai dan tidak dalam.
Di sini dan di Pantai Pulau Kekabu that we went to earlier tiada operators untuk fun activities like snorkeling, boat rides and banana boats. Mungkin sebab ombaknya kuat. Chalet pun tak ada. Ini kerana mungkin kawasan pantai ini adalah kawasan kampung nelayan. Kalau nak fun activities tu, silalah ke Pulau Kapas, Pulau Redang atau Pulau Perhentian.
Kelihatan sebuah bot laju sedang menuju ke arah bukaan kepungan Benteng Pemecah Ombak Muara Sungai Marang untuk ke kawasan laut lepas.
Terdapat lebih daripada 150 muara di Malaysia dan kebanyakannya menghadapi masalah pengelodakan, yang mengurangkan kedalaman air untuk lalu lintas perikanan dan memberi kesan negatif kepada pembangunan industri perikanan. Kerajaan telah menjalankan Kajian Muara Kebangsaan pada tahun 1994 dan hasil kajian menunjukkan 35 muara menghadapi pengelodakan yang kritikal. - water.selangor.gov.my
Kajian Hakisan Pantai Kebangsaan telah disiapkan pada tahun 1986 dan hasil kajian mendedahkan bahawa daripada sejumlah 4,809 kilometer garis pantai negara, kira-kira 29% atau 1,380 kilometer mengalami masalah hakisan. - water.selangor.gov.my
Benteng Pemecah Ombak Muara Sungai Marang ini dibina menggunakan Tetrapod yang dibuat dari konkrit dalam bentuk tetrahedral. Tetrapod adalah sejenis struktur dalam kejuruteraan pesisir laut yang digunakan untuk mencegah hakisan yang disebabkan oleh cuaca dan pergeseran pantai, terutamanya untuk memperkukuhkan struktur pesisir seperti dinding pantai dan pemecah gelombang.
Struktur berbentuk tetrahedral boleh menghilangkan kuasa pukulan ombak dengan cara mengalirkan air laut ke sekelilingnya dan bukan menahan hempasan ombak.
Sebenarnya ada banyak benteng pemecah ombak yang telah dibina di persisiran pantai timur negara kita dalam beberapa bentuk mengikut keadaan di lokasi dan cara yang digunakan untuk menghentikan hakisan pantai. Here are some of them.
Ini dua contoh benteng pemecah ombak yang berbentuk lengkung kepungan seperti Benteng Pemecah Ombak Sungai Marang.
Kelihatan jelas Pulau Kapas dari pesisir pantai ini.
Dari tepi pantai ini juga kita boleh lihat Pulau Gemia, sebelah kiri Pulau Kapas.
Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Nampaknya benteng di sini adalah port pemancing. Tak sangka rupanya benteng sebegini boleh menjadi lubuk pelbagai jenis ikan.
Saya baca kalau di benteng pemecah ombak Seberang Takir, Kuala Nerus kaki pancing boleh menangkap macam-macam jenis ikan seperti ikan ebek, siakap putih dan merah; haruan tasik, gerepoh, pari dan gerong belang. Mungkin di benteng ini juga ada ikan-ikan tu.
Ada juga tumbuhan yang boleh tumbuh atas benteng pemecah ombak.
Sekarang kami beralih pandangan pula mengadap arah barat dari lokasi kami ketika itu.
Muara Sungai Marang
Menjadi lokasi kegemaran jurugambar, muara Sungai Terengganu dianggap sebagai lokasi yang tepat untuk menyaksikan keaslian kawasan pedalaman Terengganu. Anda boleh tiba di muara ini dengan menghala ke Selatan dari jalan Kuala Terengganu – Kuantan. Letak kenderaan anda di pekan Marang dan berjalan menuju jambatan Sungai Marang, dan di hadapan muara sungai, anda boleh melihat bot nelayan dalam pelbagai saiz dan bentuk di tengah-tengah laut, rumah-rumah kampung, serta sebahagian daripada Pulau Kapas. Selepas itu, anda boleh melalui rumah kedai dan lengkungan jalan untuk tiba di menara tinjau, dan jambatan kecil untuk menyeberangi laluan air. Di sini, anda boleh melihat kesungguhan dan kepayahan yang dihadapi nelayan dalam mencari rezeki.
~ beautifulterengganu.com
Beberapa landmarks di muara Sungai Marang.
Kedudukan daerah Marang yang bersempadan dengan daerah Kuala Terengganu banyak memberikannya kelebihan dari segi menarik pengunjung lokal dan pelancong luar.
Selain lokasinya, Daerah Marang juga mempunyai elemen-elemen tarikan pelancongnya sendiri.
Jambatan Marang River View. Kecil jambatan ni. Cuma satu lane je.
Bot-bot berlabuh berhampiran dengan Taman Awam Bandar Marang.
Saya baca di Sungai Marang ini juga ada river cruise atau dipanggil Marang River Safari yang boleh ditempah dengan operator pelancongan tempatan. Pelayaran di sepanjang sungai Marang ini beri peluang peserta menikmati pemandangan hutan bakau yang indah serta melihat pelbagai haiwan yang hidup di sepanjang sungai seperti burung, biawak, monyet, ketam dan lain-lain. Juga ada stop di kampung tradisional iaitu Kampung Jenang, di mana peserta dapat menyaksikan penduduk kampung membuat gula kelapa, membuat atap dan monyet memetik kelapa.
Kelihatan beberapa bot-bot laju melalui muara Sungai Marang ini untuk ke laut.
Panorama shot satu 😄.
Medan Selera Marang Waterfront dan Masjid Sultanah Nur Zahirah.
Medan Selera Marang Waterfront.
Jambatan Marang dan Jeti Marang.
Jeti Marang.
Marang Waterfront.
Ok dah, jom kita teruskan tour ke tempat lain pula.
Kelihatannya pengunjung semakin ramai datang.
Ini Jambatan Marang River View. Sempit selorong je jambatan ni.
Bersambung...
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.