Monday, December 16, 2019

MELAKA - HANG TUAH CENTER - PART 04 - HANG TUAH

Seterusnya dalam blog entry ini saya kongsi beberapa lagi maklumat yang dapat saya rakam tentang Hang Tuah. Di section 'Hang  Tuah Utusan Raja' ini ada disediakan touch screen console oleh pihak Muzium Hang Tuah ini for visitors to navigate and learn more about Hang Tuah's history sebagai Utusan Diraja. 

Melaka Pusat Perdagangan.

Di dinding ruang ini ada peta pelayaran Hang Tuah sebagai seorang Utusan Diraja.

Hang Tuah telah ke Benua China, Majapahit, Siam, Benua Keling dan Benua Rom.





Hang Tuah menunaikan haji.

Hnag Tuah medapatkan bedil. 



Jom kita check info yang ada di touch screen console ini. 


Di kiosk interaktif ini pelawat boleh memilih beberapa kisah perlayaran Hang Tuah seperti lawatan beliau ke Benua China. Ada kisah-kisah Hang Tuah menghadap Raja Benua China, helah melihat Raja China, bertempur dengan kapal dari Batu Feringgi dan melihat berhala.  

Kisah Hang Tuah menghadap Raja Benua China. 


Helah melihat Raja China.

Mengangkat tinggi sayur kangkung yang tidak dipotong sambil mendongak dan melihat Raja China.

Bergaduh dengan kapal dari Batu Feringgi.

Melihat berhala. 


Seterusnya kisah Hang Tuah ke Benua Siam. 

Singgah di Pattani.

Mengadap Raja Siam. Diminta mengadap Raja Siam dengan cara merangkak dan menyembah ditolak dengan baik oleh Hang Tuah.

Mengalahkan perajurit Jepun. Berlagak betul si Cin Cu tu. Kan Hang Tuah dah marah. 

Berlawan dengan perahu Jepun. 


Hang Tuah ke Majapahit. 

Menghadap Bentara Majapahit. 

Pertarungan dengan Taming Sari. 

Berguru dengan Sang Persata Nala. 

Cubaan membunuh Hang Tuah.


Hang Tuah ke Benua Keling. 

Menghadap Raja Keling. Mengubat kesuburan isteri Nala Sang Guna dengan biji buah luar biasa yang ditanam. Biji itu dianugerahkan kepada Hang Tuah oleh Nabi Khidir.  

Peristiwa di Benua Keling. 

Melihat berhala. 

Melawat Balai Derma. 


Hang Tuah ke Benua Rom.

Singgah di Makkah dan Mesir.

Menghadap Raja Rom.

Menyaksikan bandar Istanbul. 

Menyaksikan istana raja. 


Hang Tuah Diplomat. 

Seterusnya saya duduk sebentar menyaksikan clips of Hang Tuah's journeys dari projector yang dipancarkan videonya pada permukaan dinding yang dibuat dari bongkah-bongkah 3D. Super cool! 

The video clips were projected onto the 'boxes' clip by clip from left to right until all the 'boxes' lit up with texts and moving images. I love it!

Engrossed sungguh saya tengok audio visuals ni.. hehe.










Wow.. I really did enjoy the show. Amazing!

Baik, ke bahagian seterusnya.

Sejarah Melayu atau Sulatus Salatin.  



Hikayat Hang Tuah. 


Penglibatan Hang Tuah dalam sejarah Nusantara mula terserlah berikutan peristiwa amuk yang berlaku berhampiran dengan kampung Bendahara di mana lima bersaudara telah menyelamatkan Tun Perak dan membunuh kesemua pengamuk.

Lagenda Hang Tuah.


Sebuah lukisan 'Melaka 1480'. 


Kedatangan pedagang-pedagang. 


Di Hang Tuah Center ini juga ada Teater Hang Tuah Wira Bangsa. 


Seterusnya ke bahagian 'Hang Tuah Laksamana Melaka'. 



Kedatangan pedagang.

Hang Tuah Laksamana pertama Melaka. 

Barangan yang dibawa pedagang. 










Trade routes yang berpusat di Melaka selaku pusat dagangan nusantara. 



Di bahagian ini ada kisah-kisah Hang Tuah bertempur.

Perajurit cuba membunuh semasa Hang Tuah sedang menari.
"Maka sembah patik Patih Gajah Mada, "Ya tuanku, ada satu bicara. Mari kita suruh tikam pada seorang penjurit tatkala ia menari itu." - petikan dari hikayat Hang Tuah. 

Pertembungan Hang Tuah dengan Taming Sari. 




Hang Tuah berlawan dengan 70 orang penjurit. 





Hang Tuah mengalahkan pendekar Jepun.




Hang Tuah mengalahkan pendekar Jepun di Kuala.





Mari belajar bersilat. Nak juga saya cuba tapi mesin kiosk interaktifnya tak nyala pulak. 

Hikayat Hang Tuah. 

Pendapat pengkaji mengenai Hikayat Hang Tuah. 

Silat - Seni mempertahankan diri. 

Beberapa lukisan besar yang sangat menarik depicting the epic battle between Hang Tuah and Taming Sari. I definitely see the intensity and determination of both the warriors, both of whom were the bravest warriors of their time. 

True grit of formidable opponents.


Hikayat Hang Tuah. Dihasilkan lebih 200 tahun dahulu dan diisytiharkan sebagai warisan dunia oleh UNESCO. 
šŸ”µHikayat Hang Tuah telah dihasilkan lebih 200 tahun dahulu dan diisytiharkan sebagai warisan dunia oleh UNESCO pada tahun 2001 dan direkodkan dalan Daftar ingatan Dunia (Memory of the World Register).
šŸ”“Terdapat dua naskah lama dalam simpanan Perpustakaan Negara Malaysia iaitu naskah yang dicetak pada 1658 dan 1713.
šŸ”µHikayat Hang Tuah telah diterima sebagai epik Melayu yang merakamkan pengembaraan hidup wira Melayu yang setia terhadap rajanya. Tokoh ini hidup pada zaman kegemilangan Melaka dan menyumbang kepada perkembangan Empayar Melaka. Hang Tuah telah berjaya menundukkan kerajaan Majapahit, kerajaan China, Siam dan beberapa kerajaan Melayu.
šŸ”“Bagi masyarakat Melayu hari ini, tinggalan Hang Tuah yang paling dikenang ialah ungkapan "Takkan Melayu Hilang di Dunia" yang menjadi inspirasi bangsa Melayu.
šŸ”µSehingga kini Hikayat Hang Tuah masih digali dan diberi pentafsiran oleh sarjana tempatan dan luar Negara. Hikayat Hang Tuah bukan sahaja lengkap menggambarkan sistem social, ekonomi dan politik masyarakat tetapi mengandungi pemikiran besar yang dapat menjadi panduan menghayati jati diri budaya bangsa.
šŸ”“Francois Valentijn penyelidik Belanda telah meneliti tiga buah hasil kesusasteraan Melayu iaitu Taju'ssalatin atau Mahkota Segala Raja-Raja, Misa Gomintar dan Kitab Hantoewa atau Hang Tuah. Dalam bukunya yang diterbitkan dalam tahun 1726 beliau ada menyebut bahawa ketiga-tiga buah buku itu sebagai intan yang amat jarang didapati. Beliau mengakui bahawa Hikayat Hang Tuah adalah karangan "terelok".
šŸ”µNetscher, juga penyelidik Belanda berpendapat Hikayat Hang Tuah merupakan karangan roman sejarah yang sangat penting kerana mengandungi pemerihalan tentang cara hidup masyarakat Melayu zaman dahulu.
šŸ”“John Leyden, seorang penyelidik Inggeris, juga memberi penghargaan tinggi terhadap Hikayat Hang Tuah. Beliau mengakui bahawa Hikayat Hang Tuah adalah sebuah roman sejarah (historical romance) yang dihiasi dengan cereka.
šŸ”µHans Overback iaitu seorang peminat kesusasteraan Melayu yang berbangsa Jerman telah menterjemahkan Hikayat Hang Tuah dalam bahasa Jerman sewaktu beliau berada dalam tahanan Inggeris (sepanjang Perang Dunia Pertama). Beliau berpendapat bahawa Hikayat Hang Tuah adalah hasil kesusasteraan Melayu yang terindah.
šŸ”“A. Teeuw, sarjana dan penyelidik sastera melihat Hikayat Hang Tuah sebagai sebuah karangan yang sangat tinggi nilai seninya. Baginya, Hikayat Hang Tuah bukan sekadar roman sejarah tetapi menarik jika ditinjau dari segi isi-isi dan struktur hikayat yang memenuhi syarat-syarat sebuah roman.
šŸ”µHooykaas, seorang lagi penyelidik Belanda berpendapat bahawa Hikayat Hang Tuah adalah sebuah roman yang bersifat lagenda. Terdapat banyak dongeng sejarah yang diolah dengan baik. Susunan atau struktur cerita meletakkan Hikayat sebagai sebuah naskah roman yang menokohkan Hang Tuah sebagai wira dunia Melayu.
šŸ”“R.O Winstedt pula berpendapat Hikayat Hang Tuah adalah sebuah roman Melayu yang asli yang tidak menitikberatkan aspek sejarah kerana cerita tidak mengikut urutan masa atau kronologi. Hikayat Hang Tuah baginya lebih merupakan sebuah cerita hikayat Melayu.


Sejarah Melayu.
šŸ”µSejarah Melayu ataupun Sulalatus Salatin (Penurunan Segala Raja-Raja) merupakan karya agung bercorak sastera sejarah. Buku ini karangan/susunan Tun Sri Lanang atau nama sebenarnya Tun Muhammad, seorang Bendahara.
šŸ”“Berdasarkan pendahuluan hikayat ini, disebutkan tarikh karangan '....seribu dua puluh satu tahun kepada tahun Dal, pada dua belas hari bulan Rabi'ul Awal kepada hari Khamis..' iaitu bersamaan dengan 13 Mei 1612.
šŸ”µSejarah Melayu mengandungi 34 bab Bab 1 hingga bab 4 mengisahkan Iskandar Zulkarnain dari Makaduniah dengan segala keturunannya meluaskan takluknya hingga ke China. Raja Melaka dikatakan bernasab kepada Iskandar Zulkarnain, penakluk agung. Bab 5, 6 dan 10 adalah kisah kerajaan Singapura. Bab 7 hingga 9 mengisahkan Kerajaan Pasai. Bab 11 hingga 34, iaitu sebanyak 24 bab pula menceritakan kerajaan Melaka mulai dari pembukaan, zaman keagungan hinggalah ke zaman kejatuhannya ke tangan Portugis.
šŸ”“Sejarah Melayu kaya dengan khazanah sastera, bahasa, sejarah, lunas-lunas tradisi politik dan nilai sosial masyarakat dalam zaman Empayar Kesultanan Melayu Melaka yang boleh dijadikan renungan dan iktibar kehidupan oleh generasi masa kini. Kitab ini telah menjadi bahan kajian dan sorotan yang berterusan oleh para sarjana tanah air dan antarabanga. Cerita-cerita dari Sejarah Melayu juga dipetik dan diolah semula untuk bacaan kanak-kanak.
šŸ”µSekurang-kurangnya terdapat 29 buah naskhah manuskrip Sejarah Melayu di pelbagai pusat koleksi dan pusaka dunia. Di antaranya ialah 11 naskhah di United Kingdom, 12 naskhah di Netherlands (Belanda), satu naskhah di Rusia dan lima naskhah di Indonesia. Sejarah Melayu telah diterjemah ke bahasa Inggeris, Belanda, Perancis, Jerman, Polish (terjemahan sebahagian), Jepun, China dan juga Tamil.
šŸ”“RO.Winstedt menyifatkan Sejarah Melayu sebagai 'the Malay Annals, is the most famous, distinctive and best of all Malay literary works...".
R.Roolvink meluahkan kekagumannya terhadap Sejarah Melayu. Menurutnya, "Since it was published the Sejarah Melayu has rightly been considered the most important Malay historical works...".
šŸ”µHan Yu Tso, seorang professor China mengakui kepentingan Sejarah Melayu. Menurutnya, "Sejarah Melayu ini telah dianggap sebagai sebuah kitab Melayu yang harus dikaji dan ditatap oleh setiap pelajar atau orang yang menaruh minat dalam pengajian Melayu. Sejarah Melayu bukan sahaja sebuah karangan yang lama sudah terkenal, malah paling laris dan banyak edisinya dalam sejarah kepustakaan Melayu."
šŸ”“Bagi sarjana Melayu, Mohd Taib Osman, Sejarah Melayu adalah sumber pengetahuan. Sebagai sebuah karangan, Sejarah Melayu atau Sulalatus Salatin, dapat dilihat dari berbagai-bagai segi sebagai sebuah hasil sastera sebagai satu corak sejarah, sebagai buku pelajaran bahasa seperti yang pernah disarankan oleh Abdullah Munshi dan dipraktikkan di sekolah-sekolah Melayu sebelum perang, ataupun sebagai satu dokumen kebudayaan bagi zamannya sendiri, iaitu zaman politik Melayu yang mempunyai organisasi sosiopolitik bercorak "Negara".
šŸ”µAbdullah Munsyi, guru bahasa yang sering mendampingi pegawai dan penyelidik Inggeris sendiri meletakkan kepentingan Sejarah Melayu sebagai kitab bahasa yang mesti ditelaah oleh bangsa Melayu. Maka ditulisnya, Arakian, maka jikalau orang mendapat akan kita Sejarah Melayu ini, maka katanya, "Mengapakah maka hikayat-hikayat dan Sejarah Melayu yang tiada berguna ini dicapkan? Membuang belanja dan penat sahaja. Apakah faedahnya yang ada di dalamnya? Maka kami memberi jawab kepada kamu, bahawa sunguh pun tiada banyak perkara yang berguna dalamnya seperti kata orang yang mengarang sejarah ini dalam khutbahnya, tetapi sesungguhnya, ketahuilah olehmu, adapun sebabnya aku mengusahakan diriku mengucapkan kitab ini sebab bahasanya! 







Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Selamat sejahtera. May I use some photos and information to complete my Tokoh Terbilang Kesultanan Melayu Melaka project? I appreciate your help with the blog you shared.

    Reply

    ReplyDelete