Monday, August 26, 2019

CEBU, PHILIPPINES - DAY 04 - PART 02 - XZOOTIC ANIMAL PARK & BUTTERFLY GARDEN

Sampai saja di Tagbilaran Port (naik feri dari Cebu Port), kami terus naik van dibawa Mr. Padre, our 'Bohol Day Tour' tour guide dan driver Mr. Joey. Hanya kami berempat sahaja dalam tour ni, tak ada tourists lain yang join.

Itinerary pertama kami akan ke Xzootic Animal Park and Butterfly Garden melalui Tagbilaran East Road. Perjalanan akan ambil masa kurang sejam.

Meninggalkan Tagbilaran Port dan melalui The City of Tagbilaran.

Selepas perkenal diri dan briefed us on the tour program, Mr. Padre juga bercerita serba sedikit tentang Tagbilaran City. According to him, population pulau Bohol ada 1.3 juta orang, of which 10% are Muslims. Dia kata ada 3 buah masjid di Tagbilaran City ini. Tagbilaran adalah satu-satunya bandaraya di pulau ini dan terdapat 47 buah bandar lain di sini.

Di keliling Pulau Bohol ada 75 pulau kecil. Ibukotanya adalah Tagbilaran City. Dengan keluasan tanah 4,821 km2 dan panjang pantai 261 km, Bohol adalah pulau kesepuluh terbesar Filipina. 

Wilayah Bohol ini merupakan destinasi pelancongan yang popular dengan pantai dan resortnya. The Chocolate Hills adalah tarikan yang paling popular. Pulau Panglao, terletak di barat daya Tagbilaran, terkenal dengan lokasi menyelamnya dan secara rutin disenaraikan sebagai salah satu daripada sepuluh lokasi menyelam terbaik di dunia. Ada banyak resort pelancongan dan pusat menyelam di pantai selatan. Philippine tarsier, di antara primate terkecil di dunia, is indigenous to the island.

Pada 15 Oktober 2013, Bohol dilanda gempa bumi bermagnitude 7.2 yang pusatnya adalah 6 km di selatan bandar Sagbayan. Gempa bumi itu, yang juga melanda Cebu Selatan, mengorbankan 156 nyawa dan mencederakan 374 orang. Ia juga memusnahkan atau merosakkan beberapa gereja warisan Bohol.
Left: Lite Port Center (mall).
Right: Babeng's Shawarma (popular restoran ni di Bohol).

Rumah-rumah di Pulau Bohol.

Tiada traffic jam. Kata Mr. Padre, compare to Cebu City, life here in Bohol Island is much more relaxed. Tak hectic. 

Stesyen minyak Petron dan excellium. 

Then we passed by Plaza Rizal sebuah taman di tengah Bohol City. Ada 'I 💗 BOHOL' sign dan patung Jose Rizal di taman ini.

Di sebelah Plaza Rizal ada salah satu heritage building di Bohol iaitu bangunan Bohol Provincial Capitol. 

Bangunan Bohol Provincial Capitol sekarang adalah National Museum - Bohol. Dibina sebagai markas tentara Sepanyol di Bohol, bangunan ini didirikan pada tahun 1860 menggunakan batu tradisional dan batu kapur. Renovated selepas gempa bumi 2013.

On the opposite side pula ada St. Joseph Cathedral. Juga dikenali sebagai The Cathedral of St. Joseph the Worker. Habis terbakar pada 1798, ia dibina semula siap pada 1855.

Masa but mapping perjalanan kami saya perasan ada sebuah masjid along the route we used. 

Curious saya pun cari la lokasi dan foto Masjid Darussalam ini. Nak ke masjid ini, masuk ke lorong per below photo.

Tak nampak masjid ni dari main road kerana it is located about 30 meters in.

Inilah antara foto-foto Masjid Darussalam, Bohol yang saya jumpa di internet.


This is Immaculate Conception Church, Baclayon Bohol. 

Baclayon Public Market.

The vast open view of the Bohol Sea.

Crossing Loboc River via O.B Clarin Bridge.

According to our 'Bohol Day Tour' program, nanti kami akan makan tengahari di atas bot sambil cruise Sungai Loboc ini. 



Ok, sampai dah ke Xzootic Animal Park & Butterfly Garden.


Seperti namanya, Xzootic Animal Park & Butterfly Garden terdiri dari dua bahagian: Taman Haiwan Eksotik dan Taman Rama-Rama.

Di sini, kami dilayan oleh seorang petugas taman yang bernama Oliver. Informatif dan kelakar orangnya.  

Antara spesis rama-rama yang dipamerkan di sini. Terdapat lebih kurang 300 spesies rama-rama yang berasal dari wilayah Bohol ini. 

Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Great Orange Tip🔵 The Great Orange Tip ranges widely across southern Asia, where it lives in many habitat types, from grasslands to rainforest. 🔵 The Great Orange Tip is white with bright orange and black forewing tips. The underside is similar, but the hindwings are light brown and resemble the surface of a dead leaf. 🔵 Males and females look similar. Males spend most of their time perching on the ground with their wings closed. In this position, they look like a dead leaf and are camouflaged from predators. In between perching, males fly around looking for females. 🔵 Adults nectar frequently and prefer Lantana plants. The caterpillars are green and blend in well with the leaves of their host plants.
Ƹ̴Ӂ̴Ʒ
 Rice Paper🔵 Rice Paper butterflies, also known as Paper Kites or Tree Nymphs, are found in Malaysia, Taiwan and the Philippines. They are a common species found in lowland rainforests and coastal mangrove forests. 🔵 These large, striking butterflies have translucent white wings patterned with black streaks and spots. Their patterns serve to warn predators that they are poisonous. 🔵 Their flight is slow and graceful, and they may rest with wings open or closed.
Source: www.cambridgebutterfly.com

Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Golden Birdwings
🔵 Birdwings are named for their birdlike flight, their exceptional size and their angular wings sometimes with featherlike patterns. 🔵 The Golden Birdwings posses thermoreceptors on veins of their wings and on their antennae. These thermoreceptors are sensitive to sudden increases in temperature and they are thought to help the butterfly to avoid overheating while basking in the sun. 🔵 Golden Birdwing butterflies are native to the Philippines, where many subspecies can be found on different islands. 🔵 Both sides of the forewings are black streaked with white, while the hindwings are bright yellow edged with black. The underside of the abdomen is bright yellow, but the rest of the body is black.
Ƹ̴Ӂ̴Ʒ Emerald Swallowtail🔵 The Emerald Swallowtail, also known as the Banded Peacock or Emerald Peacock, is native to the primary forests of southeast Asia. 🔵 This species gets its name from the bright emerald green band that runs across each of its dark greenish-black wings. The underside is black with orange and white spots along the hindwing edges. 🔵 A wing span of 10 cm classifies the Emerald Swallowtail a medium to large sized butterfly.
Source: www.cambridgebutterfly.com


Untuk memulakan lawatan, Oliver membawa kami ke Butterfly Garden. Sebelum masuk ke dalam taman, kami diberi penerangan tentang kitar hidup Rama-Rama. 

Rama-rama tidak makan serangga lain. Hanya caterpillars yang paling banyak makan dan mereka hanya makan bahagian tumbuhan seperti daun sahaja.
Makanan pertama caterpillar adalah kulit telurnya sendiri. Ia kemudian spend most of its time makan daun tumbuhan di mana ia menetas.

Life cycle: Dari telur hingga dewasa, rama-rama menjalani satu siri transformasi fizikal yang dikenali sebagai metamorfosis. Setelah mengawan, rama-rama betina meletakkan telurnya pada tempat yang ada makanan caterpillars atau pada 'host plants'. Telur akan menetas dalam masa beberapa hari, atau dalam beberapa bulan atau bahkan bertahun-tahun, bergantung kepada keadaan.


Beberapa spesis rama-rama dan kupu-kupu yang dipamerkan. 

Rama-rama besar tu spesis 'Atlas Moth' - world's largest that never eats.

Kemudian barulah kami masuk ke Taman Rama-Rama yang sebenarnya. 

Kerana terdapat banyak spesis rama-rama yang exotic di Bohol ini maka tempat seperti ini makin menjadi salah satu tarikan di sini. Ia kini menjadi sebahagian daripada itinerary pelancong asing dan tempatan yang datang ke pulau Bohol.

Pemandangan di dalam Butterfly Garden.

Rama-rama dewasa hanya sedut pelbagai cecair untuk mengekalkan keseimbangan air dan tenaga mereka. 

Kebanyakannya makan nektar bunga, tetapi yang lain mendapat cecair yang diperlukan dari buah-buahan dan madu bunga.

Di sini rama-rama diberi makan air gula. 


Isteri dan Nik bergambar dengan rama-rama.

Kata Oliver, tak banyak Rama-Rama yang ada pada masa ini kerana musim hujan dah bermula. Rama-Rama tak suka hujan, kata Oliver. 

Rama-rama akan menyembunyikan diri mereka apabila hujan. Mereka biasanya pergi ke tempat-tempat yang sama yang mereka lakukan pada waktu malam. Sesetengah rama-rama berteduh di bawah daun besar, di bawah batu atau dalam semak with wings held tightly. Banyak juga yang mati atau sayap mereka koyak jika hujan sangat lebat atau lama.

Sesetengah rama-rama hanya hidup selama 2 minggu. Secara umumnya, jangka hayat mereka hanya 2 bulan. Semua rama-rama menggunakan host plants untuk bertelur, di pokok yang biasanya lebih kurang sama dengan warna mereka. 
Fun fact: Banyak rama-rama boleh 'merasa' dengan kaki mereka untuk mengetahui sama ada daun yang mereka pilih untuk meletakkan telur mereka sesuai atau tidak untuk dijadikan makanan the caterpillars. 

Spesis 'Rice Paper Butterfly'. 

Spesis 'Lemon Butterfly'. 

Kami tengok-tengok jugak kot ada butterfly kerumun baju si Kanaesh.. hehe. 

Selain diberi makan, di sini disediakan juga pokok-pokok bunga dan host plants. 

Di Bohol ni, enclosure seperti ini dapat melindungi rama-rama daripada pemangsa dengan peluang 70% survival rate. Di luar, kadar survival hanya 2%.

Spesis 'Crow Butterfly'. 

Fun fact: Rama-rama boleh melihat warna merah, hijau dan kuning.

Spesis 'Parthenos Sylvia' (the clipper). 

Fyi, rama-rama boleh berkomunikasi dengan satu sama lain (spesies yang sama atau berbeza) dengan warna, bahan kimia, bunyi dan tindakan fizikal mereka. 



Then Oliver ajak my wife bergambar di pokok ini. Apa istimewa di pokok tu, I was thinking. Rupanya bila my wife dah siap sedia pose, Oliver tiba-tiba goncang pokok-pokok bunga tu dan out flew banyak rama-rama! He then quickly clicked the camera. 

Apparently, di Bohol ni ada beberapa lagi taman rama-rama seperti ini termasuklah 2 buah sanctuary rama-rama besar di bandar Bilar dan di Sagbayan. 

Next Oliver bawa kami ke bahagian Exotic Animal Park di sebelah Butterfly Garden. Ada beberapa haiwan eksotik dipamerkan di mini zoo ini. Yang paling banyak adalah ular sawa. 

Di entrance ke Exotic Animal Park ini ada dipamerkan taxidermy seekor ular sawa. Kata Oliver, ular ini namanya Samantha dan merupakan ular sawa paling besar yang pernah dipelihara di sini. 

Samantha adalah spesis Burmese Python. Masa hidupnya ukur lilitnya adalah 96 cm (38 inci) dan panjangnya 5.4 meter (19 kaki). Samantha mati pada usia 12 tahun kerana sakit tua pada 2012.

Ini Samantha masa dia hidup. Besar sungguh!


Then we were introduced to Recca, seekor ular sawa kuning. Kata Oliver si Recca tengah kekenyangan sebab baru je telan 3 ekor ayam semalam. Sebab tu dia dok diam melingkar macam ni. Oliver also added, ular-ular di sini diberi makan seminggu sekali dan mereka memang boleh tahan selama seminggu tanpa makan.  

Then Oliver kata yang dia lebih dahsyat kalau dibandingkan dengan ular sawa di sini sebab bila ular sawa lepas makan 3 ekor ayam, mereka boleh kenyang seminggu. Tapi kalau dia makan 3 ekor ayam, dia cuma boleh kenyang sehari tu je. Esok dah lapar balik... hehehe... 

Salah satu pets yang popular ialah Albino Burmese Python. Permintaan pada ular ini sangat tinggi di pasaran haiwan peliharaan eksotik. Albino Burmese Python pada dasarnya adalah ular yang sama dengan Burmese Python yang biasa, cuma Albino Burmese Python kelihatan mempunyai kulit yang lebih cerah. Discoloration of an Albino Burmese Python adalah kesan semula jadi dan biologi, yang terjadi oleh sebab-sebab keturunan.

Albinisme adalah disebabkan keturunan, dan bukan penyakit berjangkit yang boleh ditularkan melalui hubungan atau pemindahan darah. Albino Burmese Python jarang berlaku kerana hanya beberapa anak ular yang menetas yang keluar sebagai albinos, itu pun ianya sangat jarang berlaku dalam satu batch telur-telur. Albinism terjadi bila jumlah biasa pigment melanin yang dihasilkan tidak mencukupi.

Albino Burmese Python betina bertelur dengan jumlah yang banyak dan mengeram dengan cara melingkari telur-telurnya. (foto dari internet).

Albino Burmese Python boleh membesar hingga lebih dari 6 meter panjang dan berat sehingga 90 kg. Albino Burmese Python betina biasanya membesar lebih dari yang jantan dan kedua-duanya terus membesar (in length and width) sepanjang hidup mereka.

Mula-mula cemas jugak sebenarnya nak bergambar dengan ular ni tapi nampak macam ok je bila tengok orang lain bergambar. 

Walaupun secara umum disebut albino, ular-ular ini sebenarnya memperlihatkan amelanisme iaitu kekurangan pigmen. Haiwan yang benar-benar albino tidak mempunyai pigmen, sedangkan ular ini masih mempunyai pigmen kuning dan merah; hanya pigmen hitam mereka sahaja yang hilang.

Next to Recca, ada seekor ular sawa batik yang tidak dibenarkan dipegang sebab dia sedang bersalin kulit. Proses salin kulit ini berlaku secara semulajadi untuk membolehkan ular membesar dan membuang parasit yang mungkin dah terlekat pada kulit yang lama. 

Tengok ular sawa ni teringat kami pada daging ular sawa yang dijual di Pasar Beriman Tomohon di Manado, Indonesia yang pernah kami lawat. 

Inilah gerai jual daging ular sawa di Pasar Beriman Tomohon di Manado, Indonesia. Berkerumun orang tengah tunggu nak beli sampai susah nak ambil gambar. Popular daging ni di sana. Fyi, daging ular sawa ni dijual dengan harga Rp 40 ribu (RM 11.00) sekilo. Nama masakan ular sawa di Manado dipanggil 'Patola rica rica'. 



Kalau perhatikan dekat-dekat kulit ular sawa ni memang cantik sungguh.






Ada seekor lagi ular sawa albino di luar kandang. While I am concern about the safety of the visitors, I am actually more worried about the safety and well being of the ular sawa albino tu. Anyway, there were always tour guides with the groups of visitors (yang pakai t'shirt lime green tu) to keep the visitors in check.

Ular sawa albino ni nampaknya bebas merayau dalam kawasan mini zoo ini. May be boleh dibiarkan lepas macam ni sebab dia dah kenyang.

Ambil gambar muka ular sawa albino.

Ini mukanya.


Oliver, our guide, kata boleh sentuh sikit tapi jangan sekali-kali diangkat ular sawa ini.


Selain dari ular sawa, ada juga haiwan-haiwan lain yang dipelihara di sini. 









Bagi penduduk tempatan di sini pembiakan rama-rama boleh menambah pendapatan by selling them as butterfly releases, making them into dry papered butterflies and selling live pupae. Inisiatif telah dibuat untuk mengembangkan produk sampingan rama-rama seperti rama-rama dalam frame, mozek sayap rama-rama dan key chains.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. oooohhhh...
    exotic!! punyalah muncung muncung mulut menyebutxzootic hahahaha

    en syed pernah pergi bird park yang dekat taman tasik perdana tu tak?
    banyak jugak butterfly nya ..
    comel lah ulat beluncas tu! comel sangat ! dengankepala dia yang besar tu! macam tersenyum pulak

    tak pernah makan!! amazing kan ciptaan Allah
    boleh hidup sampai 2 minggu tanpa makan
    dekat China depa panggi; snake head moth
    sebab hujung kepak belah atas tu .. hujung sekali tu macam kepala snake
    macam span basuh pinggan ke tempat letak sugary water tu..

    cantik aa gambar si kuning tu .. yang ambik dari belah kepala and en syed bokeh kat hujung ekor tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan. Hahahaa... kombinasi exotic dan zoo.. hehehe...

      Ada. Saya ke bird park dan butterfly park tu many years ago. Memang worth it sgt pergi parks tu especially kalau suka fotografi.

      Ada orang geli geleman tgk ulat beluncas. But you can see the beauty. Cool!

      Yes, yg kuat makan masa stage beluncas.
      I think so too, macam span sagat periuk. Agaknya supaya resap air gula tu pada span tu dan senang butterfly nak isap.

      Foto tu guide Oliver tu yg tolong ambil. Dah biasa la dia ambil gambar dgn ular. Bagus la.

      Delete