Saturday, August 3, 2019

CEBU, PHILIPPINES - DAY 02 - PART 04 - YAP-SANDIEGO ANCESTRAL HOUSE

Next kami ke Yap-Sandiego Ancestral House pula. 

Macam biasa masa on the way tu kami terus merakam suasana semasa perjalanan. 

Penuh penumpang jeepney ni. 

Masa dalam perjalanan kami passed by dataran di tengah bandar Cebu ini yang dipanggil Fuente Osmeña Circle. Ia merupakan salah satu landmark di Cebu City. 

Fuente Osmeña, atau secara literalnya bermaksud "Osmeña Fountain," dinamakan sempena Pres. Sergio Osmeña. Beliau adalah salah satu keluarga politik paling terkemuka di Cebu berkhidmat sebagai presiden keempat Filipina. Memandangkan sumbangan beliau kepada masyarakat, beliau dianggap sebagai 'favorite son of the province'. Dikatakan ia telah dibina semasa perasmian sistem air di bandar ini. Kini ia adalah juga venue untuk pelbagai events.

Then kami passed by bangunan 38 tingkat Crown Regency Hotel and Towers Cebu yang di bumbungnya ada 'Sky Experience Adventure', salah satu attractions di Cebu City ini. Melody kata kalau ada masa di Cebu City ni dan nak cuba extreme fun boleh la ke sana. Dia siap tunjuk satu video YouTube of the adrenaline rush ride.

Aktiviti-aktiviti yang ada di 'Sky Experience Adventure', Cebu City.
Photos Source
🌓 Sky Experience Adventure menawarkan aktiviti ekstrim seperti berjalan-jalan di 'Skywalk Extreme', duduk di 'Edge Coaster' atau menunggang 'Tower Zip'.
🌗 Selain itu, entertainment facility ini juga menawarkan pelbagai jenis hiburan seperti filem 6D, Backlight Mini-golf dan Vivo Playroom. Da tentu juga boleh enjoy pemandangan menawan bandar Cebu di viewing deck sambil minum-minum di Sky Bar.


Masa stop di traffic lights ada orang minta sedekah. Kata Melody kalau ada peminta sedekah datang approach us, jangan diberi duit sebab dia kata ini akan menggalakkan mereka padahal mereka boleh bekerja. 

Delivering drinking water using a small 3 wheeler vehicle. 

Kami juga passed by a couple of universities, University of San Carlos and University of Visayas. 
🌓 University of San Carlos yang merupakan salah sebuah peninggalan bersejarah Filipina adalah universiti formal yang tertua di Asia. Ia dibuka oleh mubaligh Spanish pada tahun 1595 sebagai Colegio de San Ildefonso.
🌗 Don Vicente Gullas (1898-1970) pula mengasas Universiti Visayas pada tahun 1919 bertujuan untuk mendidik anak muda dari keluarga berpendapatan sederhana. Ia adalah pusat pengajian pertama di wilayah Cebu yang mencapai status universiti.

Then we came upon this monument. Monumen yang nampaknya bercampur aduk ini adalah Heritage of Cebu Monument. Ia adalah satu hiasan arca yang terbuat dari konkrit, gangsa, tembaga dan keluli yang menunjukkan pemandangan mengenai peristiwa dan struktur yang berkaitan dengan sejarah Cebu. Pembinaan monumen bermula pada bulan Julai 1997 dan selesai pada Disember 2000.

Monumen ini menggambarkan the Basilica del Santo Niño, the Cebu Metropolitan Cathedral, the Saint John the Baptist Church, the Magellan’s Cross and a Spanish Galleon.

Ia juga menggambarkan pembaptisan Rajah Humabon, perarakan Santo Niño, Roman Catholic mass dan Pertempuran Mactan antara Lapu-Lapu dan Ferdinand Magellan. Orang-orang yang digambarkan di dalam monumen ini ialah bekas presiden Sergio Osmena Sr. dan Blessed Pedro Calungsod.

Dan kami pun tiba di tempat lawatan seterusnya iaitu Yap-Sandiego Ancestral House.

Rumah Yap-Sandiego adalah sebahagian daripada kompleks Muzium Casa Gorordo, yang merupakan sebuah muzium peribadi yang dibuka kepada orang ramai. Kompleks muzium ini menyoroti gaya hidup keluarga kaya di Cebu semasa era Sepanyol dan memaparkan perabot antik, pakaian, perkakas dapur dan barangan antik lain. 

Yap-Sandiego Ancestral House adalah salah satu rumah tertua di Filipina. Dibina pada akhir abad ke-17, rumah ini kekal dalam keadaan asalnya dan nampak usang. Ini adalah rumah Don Juan Yap (a wealthy Chinese merchant) dan Doña Maria Florido bersama 3 anak mereka: Maria, Eleuterio dan Consolacion.

Semasa tahun 1880-an, Maria Florida Yap, anak sulung Don Juan dan Doña Maria, berkahwin dengan Don Mariano Sandiego yang ketika itu adalah 'Cabeza de Barangay' (district head) di Parian. Pada tahun 2008, rumah ini diserahkan di bawah jagaan Val Sandiego dan isterinya, Ofelia. Val Sandiego, salah seorang choreographers terkenal di Cebu, ikon warisan dan pengumpul seni, adalah great great grandson Doña Maria Yap-Sandiego. 
Val Sandiego dan Ofelia.

Rumah ini dianggap sebagai 'the oldest existing structural residential house in the Philippines'. Dikatakan juga ia Chinese house tertua di Cebu. Also Chinese house yang pertama dibina di luar China. Some even calls it the soul of old Cebu.

Percaya bahawa Yap-Sandiego Ancestral House ini adalah sebahagian daripada sejarah dan warisan Cebu, Val Sandiego berhati-hati memulihkannya dengan menggunakan batu karang yang dilekatkan dengan putih telur, molave, balayong (heavy, dark red wood of cherry tree) dan teracotta. Beliau juga tekad tidak akan menjual rumah itu tidak kira berapa tawarannya.

Di pintu masuk kami disambut oleh seorang wanita cantik yang memakai pakaian tradisional wanita Filipina yang dipanggil 'Baro't Saya', the national dress of the Philippines.
Left portrait: Daughters of Val Sandiego and Ofelia.

Rumah ini dibahagikan kepada tiga bahagian: Lantai bawah, tingkat atas dan taman. Masuk je dalam main hall di ground floor ni pengunjung 'disambut' oleh beberapa religious statues. 

Rumah yang sudah diduduki oleh 10 generasi ini penuh dengan artifak religious menggambarkan ianya sebuah rumah yang god-centric, yang dibina with faith and devotion. 

Rumah itu dipenuhi dengan karya seni kontemporari dan kuno, barangan antik dan perabot asli buatan asal Cebuano. Terdapat juga patung-patung bersaiz hidup, ikon keagamaan dan imej saints yang terdapat di sekitar rumah 2 tingkat itu. 

Rumah ini seperti memaparkan intipati zaman dahulu, masa lampau yang telah lama dilupakan.

Terdapat banyak lukisan seperti ini. 

Ini lukisan San Juan de Bautista Church yang sedang dibina.

Lukisan yang ini pula menggambarkan kedatangan pedagang dari China. Turut digambarkan kedatangan Ferdinand Magellan (in black robe) dan tentera Portuguese. 

Lukisan yang menggambarkan kedatangan pedagang-pedagang dari China. Agaknya beginilah suasana yang dibayangkan oleh Val Sandiego tentang bagaimana ancestors dia mula-mula sampai ke Filipina. 

Gambaran suasana di kawasan berniaga di Cebu satu ketika dahulu. 

Setiap pelawat yang datang akan dibawa oleh tour guide rumah ini sambil diberi penerangan. Guide kami ialah Lloyd. Kata dia, menurut Department of Tourism Cebu, rumah itu telah mengekalkan lebih dari 90% struktur asalnya, setelah terselamat dari bencana alam dan gempa bumi. 

Rumah ini kata dia tetap kukuh kerana dibuat dari kayu keras local, molave wood. Siling main hall ini (lantai tingkat 2) adalah masih lagi siling yang asal.

Antara barangan antik yang ada di sini termasuk ukiran kayu depicting biblical scenes.

Asalnya rumah ini didiami di tingkat atas. Ground floor adalah stor tempat simpan barang. Sebab tu lantai ground floor rumah ini berbatu kerikil. 

Dalam gerobok kayu lama berpintu kaca ini ada dipamerkan set pinggan mangkuk porcelin China yang dikumpulkan oleh beberapa generasi keluarga Yap, yang menggambarkan kehidupan harian Yap-Sandiego. 

Pada bendul siling main hall ini digantung plak-plak batu tujuh archangels.

Ada  banyak patung-patung Sto. Niño dan tokoh-tokoh religious lain dipamerkan di seluruh rumah ini, menggambarkan sifat keluarga Yap yang begitu religious.
The Santo Niño de Cebú is a Roman Catholic title of the Child Jesus associated with a religious image of the Christ Child widely venerated as miraculous by Filipino Catholics. It is the oldest Catholic relic in the Philippines, originally a gift from explorer Ferdinand Magellan to Rajah Humabon and his chief consort on account of their baptism in 1521. - Wikipedia

Koleksi religious icons dan patung-patung lain di sini ada dalam pelbagai saiz. Agak menyeramkan bila some of them bersaiz manusia betul dan life like. Ada juga yang kudung kerana ada bahagian tubuh patung itu dibuat dari gading gajah yang telah dicuri dan dijual.  

Lloyd kata dalam rumah ini ada banyak patung-patung Kristian. Yang putih asalnya dari Eropah. Yang hitam dibuat di Filipina, seperti patung-patung Black Santo Nino dan Black Nazarene. Jadi kenapa warna hitam? 

Tambah Lloyd, penduduk asal Philippines pada masa dahulu berkulit hitam bukan cerah seperti sekarang. Wajah orang Philippine kini yang rata-rata berkulit lebih cerah adalah hasil perkahwinan campur dengan bangsa Cina, Spanish, Melayu dan lain-lain. Kerana itulah patung-patung Kristian yang dibuat di zaman awal pengembangan Kristian di Philippine dibuat berwajah hitam, untuk lebih mendekatkan agama itu dengan penduduk tempatan.
Black Santo Nino.

Ahli keluarga Sandiego masih tinggal di rumah ini pada hujung minggu. Open for public on weekdays.

Portrait Val Sandiego dan isterinya, Ofelia. 

Kemudian kami naik ke tingkat 2 menggunakan tangga asal yang sudah berusia lebih 3 abad. Berbunyi keriat-keriut kuat bila dah ramai-ramai panjat tangga tu. Tapi tak perlu risau sebab kuat lagi tangga ni. 

Nativity scene - dalam tradisi Kristian, Nativity scene (pameran kelahiran) adalah pameran khusus, terutama pada musim perayaan, yang menggambarkan kelahiran Jesus. 

Nativity scenes exhibit figures representing the infant Jesus, his mother, Mary, and her husband, Joseph. - Wikipedia

Molave wood (a large Philippine timber tree) digunakan untuk membuat rumah ini. Dinding dan bumbungnya adalah 95% yang asal, kata Lloyd.

Tidak seperti pameran dalam muzium, semua barang pameran di sini boleh disentuh, diambil gambar dan diteliti dengan dekat sepuas hati. 

Ada foto, telefon dan radio vintaj. 

Kata Lloyd barang-barang perhiasan yang dilihat bukan semuanya milik asal keluarga Yap-Sandiego. Ada juga sebahagian yang disumbangkan oleh rakan-rakan dan keluarga terdekat yang ingin memelihara warisan mereka.

Terdapat banyak meja makan di rumah ini dengan pameran dining set yang digunakan setiap hari dan semasa majlis istimewa, seperti yang digunakan di kebanyakkan rumah orang berada Cebu satu ketika dulu. 

Lloyd kata setiap dining set melambangkan status politik dan ekonomi keluarga yang hidup pada masa itu.

Bumbung terracotta yang asal yang disokong dengan kayu keras local molave wood, kedua-duanya masih lagi tetap utuh selepas 3 abad, kata Lloyd. 

Di tingkat 2 ni, tingkapnya besar dan terbuka luas. Made me wonder, will the outside elements have any adverse effects on the artifacts. 
Di Filipina permainan congkak ini dipanggil 'sungka'.

Kerusi ni namanya Long-Armed Easy Chair. Lloyd demonstrated, begitu la cara nak duduk atas kerusi ni. That long arm rest tu ialah tempat letak kaki. Laaa... terkangkang gitu. Ingatkan si Lloyd buat kelakar, rupanya dia serious.. hehe. 

Actually tak semestinya la mengangkang macam tu. Letak la both legs on one side of the arm rest.. hehe. Sopan le sikit 😃.

Saya tanya Lloyd, since rumah dan artifak di sini adalah antik dan bersejarah, barangan yang mencerminkan sejarah Cebu, jadi kenapa tidak dapatkan recognition dan pengisytiharan 'Heritage' atau 'Warisan' dari kerajaan Filipina? Lloyd kata Val Sandiego sendiri mahukan semua barang-barang bersejarah ini dapat dilihat, disentuh dan 'to have a spiritual connection to' oleh orang ramai. Kalau dikategori sebagai 'Warisan' nanti tidak semua artifak dapat dipamerkan dan disentuh oleh orang ramai kerana banyak rules and regulations yang terpaksa mereka observe and adhere to.

Another navity scene.

Visitors are free to roam the housing, respectfully of course.

Di bahagian dapur. Ada beberapa barang dapur vintaj.

Ini foto kumpulan penari 'Taytayan group', yang diketuai oleh Cebu's foremost Dance Maestro Val Sandiego. 

Turut dipamerkan ialah 'baro't saya' pakaian wanita kebangsaan Filipina. Ia dibuat daripada 'piña' (daun nenas) sepenuhnya atau kadang kala dicampur dengan sutera dan polyester. Ia adalah pakaian awal kaum etnik seperti Tagalog dan Visayans dan dipakai oleh wanita dari kasta atas, sementara kasta-kasta yang rendah memakai baro dibuat dari serat kulit putih tumbuhan yang ditumbuk.
Piña is a fiber made from the leaves of a pineapple plant and is commonly used in the Philippines (also known as nanas or nenas in Tagalog). It is sometimes combined with silk or polyester to create a textile fabric. Piña's name comes from the Spanish word piña which means pineapple, although it has been in usage prior to the Spanish era in the Philippines. - Wikipedia

Lukisan biblical juga ada pada dinding dalam rumah ini.

Seterusnya Lloyd bawa kami ke bilik tidur. Ada four-poster bed yang diukir oleh Chinese artisan zaman dulu. 

Di bilik ini ada vanity table/mirror yang di dinding belakangnya dihias dengan foto-foto lama dan lukisan portraiture. 

Di satu sudut bilik ini ada foto-foto family members atas meja bulat, chandelier, wooden bench dengan tempat sandar rotan dan seat yang dilapik dengan lace, Chinese hats di dinding, an armoire/almari bercermin lama dan lain-lain artifak.

Juga ada kerusi kayu dan long arm wooden chair seperti yang tadi. Di belakang ada meja penuh dengan patung-patung Jesus dan Mary dalam pelbagai saiz dan lukisan family portrait di dinding. Di bahagian atas dinding ada Christmas decorations.

Rupanya set up di atas tu adalah dibuat begitu untuk pelawat bergambar. Lloyd offered to take our photo, so kami pose je la.. hehe. Tak perasan ada harp antik di kiri tu. Otherwise boleh le pose sekali jadi harpist.. hehe.

Di meja besar ini ada dua center pieces gubahan bunga yang dibuat dari sea shells yang diserkup dalam balang kaca. Ia adalah salah satu perhiasan rumah yang melambangkan kemewahan orang Cebu pada zaman dulu.

Then Lloyd tanya nak tak kami bergambar depan cermin ini. Apparently bergambar dengan 'meletakkan' subjek dalam bingkai cermin (see photo below) yang sudah berusia lebih 100 tahun ini adalah 'a must-do' kalau melawat rumah ini. It looked pretty cool actually.. hehe. 

Sebelum turun ke bawah, saya bertanya pada Lloyd kuat lagi ke struktur utama rumah yang dah berusia 300 tahun ini untuk menampung semua perabot berat dan barangan antik disamping kehadiran ramai pengunjung. Fyi, saya tanya soalan ni sebab saya perasan masa tu ada lebih 30 orang (2 big groups) di tingkat 2 ni dan kedengaran lantai papan berbunyi keriat-keriut di sana sini. Then Lloyd assured me that this old house is very strong sebab ia dibina menggunakan kayu keras dan juga pernah dibuat renovation. Plus, memang mereka ada hadkan jumlah pengunjung yang dibenarkan naik ke tingkat 2 ini pada satu-satu masa.
Turun semula ke ground floor.

My wife dan Nik bergambar di main hall, ground floor. Fyi, di tengah tu adalah vintage Chinese hats. 

Kemudian kami ke bahagian terakhir rumah ini iaitu ke taman di sebelah rumah.

Ada wishing well di taman kecil ini.

Di taman ini ada harpist serenading tetamu dengan alunan lagu-lagu tradisional Filipina. 


Di taman ini juga ada mural dinding yang menggambarkan kedatangan pedagang-pedagang dari negara China ke Filipina, welcomed by Rajah Humabon. Lukisan ini mengingatkan generasi Yap-Sandiego akan asal usul mereka yang bermula dari Chinese merchants. 

Selepas menceritakan the story of the overall mural, Lloyd bercerita pula tentang tattoo di badan Humabon. Kata dia, pada zaman dahulu, semakin banyak tattoo yang ada pada seorang raja, itu menandakan dia seorang raja yang hebat.

Maka selesailah guided tour kami di rumah ini bersama Lloyd. We thanked him for making our visit to this house informative, interesting and memorable. 

Sebelum beredar, wife dan Nik bergambar bersama penyambut tetamu Yap-Sandiego Ancestral House. 

As a summary, Yap-Sandiego Ancestral House ini bagai tingkap untuk meninjau kembali salah satu lipatan sejarah masa lampau Filipina. Ia juga menunjukkan yang Cebuanos adalah orang yang cinta pada budaya dan kesenian, disamping pengabdian pada agama mereka. 

Ok dah, jom ke tempat seterusnya per our Cebu City Tour program.

Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. hari ni saya belajar satu perkataan baru
    god-centric
    sangat god-centric nya keluarga tu

    cantiknya baro't saya tu
    macam princess

    apesal tak bergambar naikkan kaki !!??
    penat saya tunggu !!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe...
      Yes, sgt. Rumah tu penuh dengan religious items. Almost dah macam like a temple, a shrine.

      Baro't saya tu dibuat dari daun nenas. Hebat kan!

      Hahahaha... malu la kalau ada orang lain ambik gambar.. hehehe.

      Delete