Monday, August 19, 2019

CEBU, PHILIPPINES - DAY 03 - PART 03 - JOURNEY BACK TO CEBU CITY

Saya sambung lagi cerita percutian kami di Cebu, Filipina.

Hari ke 3 kami di Cebu, kami telah buat lawatan ke 2 tempat yang menarik iaitu ke Oslob for some whale shark watching dan ke Kawasan Falls, sebuah air terjun yang cantik.

Selesai menikmati keindahan Kawasan Falls dan lunch di sana, we made our way back to Cebu City, satu perjalanan yang ambil masa lebih 3 jam. Bila dah lama macam tu maka banyak la foto-foto yang dapat kami ambil masa journey tu. So this entry is just about that lah 😊.

Group photo dalam van guna kamera bola 😊. 

Pemandangan Tañon Strait, selat antara Pulau Cebu dan Pulau Negros. Selat sepanjang 161 km ini menghubungkan Laut Visayan di utara dan Laut Bohol di Selatan. Ada aktiviti whale and dolphin watching di selat ini.

Lokasi Tañon Strait, Cebu Strait dan pulau-pulau sekitarnya. 

Tañon Strait juga ada kisah lagendanya; Kaptan the sky god and his dragon messenger Sinogo.
In Cebuano mythology, one of the three winged giant messengers of the Cebuano supreme god Kaptan was punished for stealing a unique sacred shell which can turn anybody into anything they please. The messenger, Sinogo, was the favorite of Kaptan. Upon hearing of Sinogo's treachery, Kaptan ordered the others to pursue Sinogo. Sinogo fled west and eventually used the shell's power to turn himself into a giant crocodile (a sacred animal in old beliefs) so he could go deep in the straight "between two islands", modern-day Cebu and Negros. Kaptan, disappointed and angry, struck Sinogo with lightning, shocking the messenger giant and imprisoning him for all of eternity in modern-day Tanon Straight. Due to Kaptan's love for Sinogo, Kaptan decided to retain the sacred crocodile form of Sinogo despite his treachery. The stolen shell was dropped at sea when Sinogo was struck with lightning, but a sea creature managed to relocate it and bring it back to Kaptan. Ever since, if a whirlpool appears in the straight, people believe that Sinogo is trying to break from his eternal prison deep in the straight. - Wikipedia

Bawak motor di Filipina mesti pakai helmet. Driver tricycles dikecualikan. 
REPUBLIC ACT NO. 10054
Section 7. Penalties. - (a) Any person caught not wearing the standard protective motorcycle helmet in violation of this Act shall be punished with a fine of One thousand five hundred pesos (Php1,500.00) for the first offense; Three thousand pesos (Php3,000.00) for the second offense; Five thousand pesos (Php5,000.00) for the third offense; and Ten thousand pesos (Php10,000.00) plus confiscation of the driver's license for the fourth and succeeding offenses.

Kami perasan orang Filipina begitu Americanized sekali especially bila tengok pakaian mereka. 

Antara beberapa jenis pakaian yang diperkenalkan oleh Amerika kepada budaya Filipina adalah seperti tali pinggang, suspenders, baju Polo, kasut tenis, skirt/pakaian singkat, bonnets/topi, kasut tumit tinggi, pantyhose dan make-up.

Dan yang paling 'American' yang kami pernah saksikan ialah ketika kami menginap di Hotel Manila semasa percutian kami di Manila pada tahun 2016. These young ladies were 'debutante' or 'deb' sedang nak ke majlis formal 'debut' presentation mereka. Kira nak perkenalkan atau beritahu pada masyarakat yang mereka ni dah capai umur matang atau dah dewasa. Selalunya mereka ni dari keluarga bangsawan/atasan la. Definitely a American culture ni.

Makanan mereka juga turut dipengaruhi oleh Amerika. 
Antara beberapa makanan yang diperkenalkan oleh orang Amerika ke Filipina yang telah diterima secara meluas dalam gaya hidup mereka: burger, sandwich, oatmeal, ketchup, gula-gula getah, pai epal, mayonis, sosej, steak, ais krim dan corn flakes.

Filipinos suka Amerika dan Americans. Mereka hias jeepney mereka dengan bendera Amerika atau "God Bless the USA."

Salah satu budaya dari Amerika yang juga sudah jadi budaya Filipina ialah kebebasan beragama. Apabila Amerika Syarikat mengambil alih Filipina, rakyat Filipina mula bebas untuk menyertai apa sahaja agama yang mereka mahukan. Oleh itu sekarang terdapat banyak gereja yang berbeza selain Katolik di Filipina. Semasa pemerintahan Sepanyol, gereja Katolik ditubuhkan sebagai agama kebangsaan dan dikuatkuasakan dengan tegas. 

Orang Filipina yang berkahwin dengan warganegara lain juga lebih ramainya dengan orang Amerika, bagi wanita Filipina. Yang lelaki Filipina pula paling ramai kahwin dengan Australians.

Filipina adalah salah satu dari 2 negara di dunia yang tidak membenarkan perceraian. The other country is Vatican City.  
🌓 Di Filipina penceraian adalah illegal. Meaning tidak ada peruntukan undang-undang untuk perceraian. Tapi kalau nak 'divorce' juga, boleh buat legal separation, annulment atau marriage "voids". Tapi kosnya sangat mahal dan prosesnya sangat lama. Sekiranya warga Filipina yang berkahwin secara sah mendapat perceraian di luar Filipina, perceraian itu tidak akan diiktiraf di Filipina.
🌗 Satu-satunya pengecualian adalah untuk orang Islam, yang dibenarkan bercerai dalam keadaan tertentu mengikut agama Islam.
🌓 Sehingga 20 Mac, 2018, satu rang undang-undang membenarkan perceraian telah diluluskan di peringkat ke-3 dan terakhir. Tidak lama lagi  perceraian di Filipina adalah dibenarkan.

Orang Amerika juga memperkenalkan idea pendidikan percuma (free education) di Filipina.

Satu lagi budaya masyarakat Filipina yang datang dari Amerika ialah pengunaan Bahasa Inggeris sehinggakan kebanyakan orang Filipina tidak dapat elak dari mencampuradukkan perkataan Inggeris apabila mereka bercakap dalam bahasa mereka. "Taglish" secara literal menjadi sebahagian daripada budaya mereka. Malah, bahasa Inggeris kini menjadi bahasa kebangsaan ke-2. Banyak kata-kata bahasa Inggeris telah masuk ke dalam bahasa Tagalog. Selalunya cara menyebut perkataan-perkataan ini sama sahaja seperti perkataan Inggeris tersebut, cuma ejaannya di Filipinakan. Ini antara contoh-contohnya: 
Cake = Keyk
Cookie = Kukis
Biscuit = Biskwit
Ballpen= Bolpen
Interview = Interbyu
Computer = Kompyuter 
Ms. Liezel dan Ms. Melody tour guides kami ni tentu la tidak campur aduk bahasa Inggeris/Tagalog bila bercakap dengan kami. They spoke very good English. Quite eloquent actually, what's with their profession being tour guides and all. 

Selain jeepney, tricycle ini adalah mode pengangkutan awam yang paling banyak digunakan oleh penduduk Filipina, di dalam dan luar bandar. Tapi berbanding dengan jeepney, isu yang serius yang dihadapi oleh tricycle ialah keselamatan. Bersama motorsikal, ia dianggap lebih terdedah kepada kemalangan jalanraya daripada kenderaan beroda empat yang lebih stabil.
🌓 Ketidakstabilan sidecar yang dipasang pada motosikal, yang berfungsi sebagai tempat penumpang, adalah antara punca utama kemalangan. Di Metro Manila, kecederaan penumpang tricycle menduduki tempat keempat dalam menyebabkan kecederaan kenderaan motor.
🌗 Selain dari itu, kedua-dua jenis pengangkutan kenderaan motosikal dan tricycle juga dikatakan bertanggungjawab menyebabkan pencemaran udara di kawasan bandar dan luar bandar di negara ini. Pencemaran ini memusnahkan lapisan ozon dan memburukkan lagi greenhouse effect.

Banyak juga kami nampak pokok-pokok pisang masa dalam perjalanan balik ke Cebu City. While India is the world's biggest producer of banana, Filipina adalah salah satu pengeluar pisang terbesar dunia selain China dan Ecuador. Brand banana yang terkenal dari Filipina ialah Dole. 

Inilah Dole banana. Hmmm... saya memang suka pisang brand Dole ni. Nenasnya pun sedap.

Di Filipina juga ada 'Banana Festival' yang dibuat setiap tahun.

Laman sebuah rumah. 

Three-sixty Pharmacy is one of the leading drugstore chain in the Philippines.


Waa.. check out the design for the middle tricycle!  

Fyi, yang ini pula antara contoh-contoh design electric tricycle atau dipanggil E-trike. Design memang cantik la tapi kapasitinya berapa penumpang? 

We passed by Moalboal Central Elementary School, Poblacion West, Moalboal, Cebu, Philippines. Menurut undang-undang di Filipina, pendidikan diwajibkan selama tiga belas tahun (tadika dan gred 1-12) dan dikelompokkan ke dalam tiga peringkat: elementary school (kindergarten–grade 6), junior high school (grades 7–10), and senior high school (grades 11–12)
Moalboal, secara rasminya adalah Municipality of Moalboal, adalah sebuah perbandaran kelas ke-4 di wilayah Cebu, Filipina. Menurut banci 2015, ia mempunyai penduduk seramai 31,130 orang. Pantainya mengadap Tañon Strait dan boleh nampak Pulau Negros. Moalboal terletak 89 kilometer dar Cebu City.

Then it rained. Lebat jugak. Tapi ada si Rex, our driver to nak slow down sikit? Nope. Berterusan mulut kami terkumat kamit berdoa. 

Tak lama hujannya. But more like because we passed through kawasan hujan tadi dengan lajunya. 

Perjalanan kami masa ini masih lagi melalui Santander-Barili-Toledo Road di sebelah barat Pulau Cebu. That's Tañon Strait.

Slow down! School zone. Yes, Rex did slow down.


Kelihatan di hujung sana tu ialah Japitan Fish Port. Ia adalah dalam Municipality of Barili, sebuah perbandaran kelas 2 di wilayah Cebu, Filipina. 

Ini Mantalongon Public Market. Mantalongon, adalah salah satu daripada 33 buah kampung di perbandaran Dalaguete, Cebu. Ia dipanggil 'Summer Capital of Cebu' kerana suhu sejuknya adalah antara 18-25°C pada bulan November hingga pertengahan Januari. Oleh kerana suhu sejuknya, pekerjaan utama penduduk di Mantalongon adalah pertanian, menanam pelbagai jenis sayuran.
Mantalongon juga dikenali sebagai 'Vegetable Basket of Cebu' kerana ia adalah salah satu pembekal sayur utama ke bandar-bandar lain di wilayah Cebu. Setiap hari, bertan-tan sayur-sayuran dihantar ke Carbon Market yang merupakan pasar awam terbesar di Cebu City. 

Selain sayur-sayuran, buah-buahan juga banyak dijual di Mantalongon. 

A food station. 

Seperti yang berlaku di negara-negara lain, poultry industry di Filipina turut terjejas kerana Avian flu outbreak.

Masa ni dah masuk area Guadalupe, salah satu wilayah Cebu yang padat penduduknya. Ianya dekat dengan Cebu City.

A yellow tricycle. Sama seperti jeepney, tricycle telah menjadi ikon budaya Filipina. Ramai menganggap ia sebagai lambang kebijaksanaan Filipina kerana kenderaan itu dibuat menggunakan gabungan bahan-bahan yang berlainan dan boleh dibuat di bengkel-bengkel sahaja. Tidak ada reka bentuk piawai atau sebarang undang-undang rekaan yang perlu dipatuhi. Jadi tiada dua tricycle yang sama rupanya. Tapi ada juga wilayah yang mewajibkan tricycle dilengkapi dengan bekas sampah dan memasang penyenyap ke paip ekzos tricycle mereka.

Disebabkan tiada national design standard, majoriti tricycle direka tanpa memikirkan ciri-ciri keselamatan, from engineering stand point. Contohnya, menggunakan motorsikal yang asalnya direka as 2 seaters dengan tanpa beban tambahan seperti sidecar tricycle yang dipenuhi penumpang. Tambahan pula bila sebuah tricycle berhenti secara tiba-tiba ia boleh mengakibatkan kemalangan kerana brek dipasang hanya pada roda motosikal dan tidak pada sidecar.

Dengan kelajuan maksimum hanya 40 kilometer sejam, tricycle menghadapi risiko tinggi apabila ia memasuki aliran lebuhraya. Kerana saiznya yang kecil dan boleh terlindung oleh kenderaan yang lebih besar atau tersembunyikan dalam driver’s blind spot, tricycles lebih terdedah kepada perlanggaran berbanding kereta.

Funfair.


Dah kelihatan Cebu Strait. 

Ini Saint Francis of Assisi Parish di City of Naga, Cebu. Dibina pada 1864.

This is South General Hospital, Cebu, to cater to patients who are from the Southern part of Cebu. 

Itu bangunan St. Cecilia's College. Sini bukan sahaja gereja diberi nama sempena their saints. St. Cecilia is the patroness of music. 

Bila dah nak dekat sampai Cebu City center, mula la tersekat-sekat dalam traffic jams.

Cantalejo is a municipality located in the province of Segovia, Castile and León, Spain. Mereka ni dah Americanized tapi tradisi Sepanyol tu masih pekat lagi.

Jeepney ini cover area Naga Basak. 

Restoran jual Lechón. Lechón in Spanish is a pork dish in several regions of the world, most specifically in Spain and its former colonial possessions throughout the world. Lechón is a Spanish word referring to a roasted suckling pig. 

Western Union. 

Minglanilla, officially the Municipality of Minglanilla is a 1st class municipality in the province of Cebu, Philippines. 

A corner bakeshop.

Meat shop jual oink oink. 

Kedai corner tu is a milk tea shop called 'Milk Tea Station'. Di sana macam ada milk tea craze, macam trendy to drink milk tea di shops seperti Chatime dan Bubble Bee Tea House.

School kids practicing marching band on the streets. 

Jeepney Minglanilla basak. 

Restoran Jollibee. 
Jollibee is a Filipino multinational chain of fast food restaurants owned by Jollibee Foods Corporation (JFC). As of April 2018, JFC had a total of about 1,200 Jollibee outlets worldwide; with presence in Southeast Asia, the Middle East, East Asia (Hong Kong, Macau), North America, Europe (Italy, UK). - Wikipedia

Starmall Talisay, a community mall.

Penjual air botol di jalanraya. 

Cebu Strait.

Passed by Talisay Fish Port. 

Ini quote dari The Clean Cebu Club:  
"Filipinos die 20 years sooner and mostly from cancer than do people from countries that properly dispose of plastic trash".

Cebu piers.




Nampak macam recycling center. 





Street vendors.


Ini bangunan Carreta Elementary School dan Carreta Night High School.

Carreta Elementary School. 
Carreta Elementary School ini asalnya dahulu adalah penempatan First and Second Grade school children yang mengidap sakit kusta dan dinamakan Bagong Buhay Elementary. Bila semua pengidap sakit kusta sudah sembuh, sekolah ini diteruskan sebagai sekolah first and second graders sepenuhnya. Jadi untuk melenyapkan stigma negatif sekolah ini yang dikenali sebagai sekolah pesakit kusta, namanya ditukar kepada Carreta Elementary School. 

Di bangunan ini juga ada sekolah malam, Carreta Night High School

Carreta Night High School.
Cebu City adalah ibukota salah satu daripada wilayah terbesar di Filipina. Ia mempunyai 26 sekolah tinggi malam yang dikendalikan oleh kerajaan. Pelajar-pelajar di sini mempunyai kurang akses kepada program yang sering diberikan kepada kelas-kelas biasa seperti seminar khas mengenai Reproductive Health. Kelas-kelas di sekolah menengah malam bermula pukul 5 petang hingga 9 malam pada hari Isnin-Jumaat dan dari 8 pagi hingga 4 petang pada hari Sabtu.

Billboards besar di Cebu City.




Penjual air kelapa.



Sampai di Cebu City kami balik sekejap ke hotel dulu. Then keluar awal sebab nak elak traffic jam. Also since dinner kami di mall, kami ingat nak jalan-jalan la dulu dalam shopping mall tu. 

Dinner kami di Escario Central Mall. Ingatkan shopping mall, tapi rupanya a strip mall. 



Di Cebu ni pun ada roti Gardenia.

Since kami dah sampai ke sini, we went ahead and had an early dinner. Di Shawarma Gourmet, makanan Turkish. 

Konsepnya fast food.


Lots to choose from. 


Set dinner kami yang sudah di pre-order ialah the platter sets. Dah masuk dalam harga pakej. 

If it was up to us, tak la kami order sampai banyak macam ni. Satu set shawarma platter was totally more than enough for 2 persons. Huge portions! Ni kami diberi seorang satu platter! 

Ada daging. Sedap.

Ada ayam. Sedap.

Ada nasi dan salad and pickles. Sedap. Alhamdulillah semua sedap.

Dah ada nasi, ada juga 2 keping roti besar. Dan garlic sauce tu punya la sedap!

Kanaesh had Lebanese coffee + dates. 


We had tea. 

Masa makan Kanaesh kata dia nak ke SM Cebu Mall sebab mak dia pesan to buy a bag from Cebu. Kami ok je to join since masih awal lagi sebab we had early dinner. We took Grab Car.
Wah! Nama driver Uriel Nemeno Vismanos.

Then dapat messages dari driver dalam bahasa tagalog. Mana la kami tahu.. hehe. So masuk la balik restoran tu dan minta tolong translate. Rupanya driver tu bagitau dia menunggu across the main road, a very busy road masa tu. Which meant we had to cross it. Ooo.. seram sebab kenderaan sedang berdesap desup, cars, motorcycles, jeepneys... Fortunately bila pemandu-pemandu di jalanraya nampak Nik sedang nak melintas dengan bertongkat, dari jauh lagi mereka dah berhenti. Kami pun tumpang sekali la... hehe. 
Melihat keadaan Nik yang bertongkat bersusah payah melintas di jalan yang tengah super sibuk tu buat Uriel rasa bersalah and he apologized profusely to us. He explained dia minta kami cross the road sebab it will take a long time for him to make a turn to get to our side of the road due to the road congestion up ahead. Kami ok je.   

Lepas tu kami pun berborak la dengan dia. Uriel ni day job dia ialah seorang tentera. Dan nampak serious. Tapi bila dah sembang-sembang kelakar orangnya. 
🌓 Kami pun bertanya la pasal jeepney. Kata Uriel, sepatutnya ada tempat-tempat khas untuk menunggu Jeepney, tapi kalau time rush hour tu, ramai je orang yang menahan Jeepney di merata tempat.
🌗 Selalunya orang yang naik Jeepney lebih memilih nak duduk di belakang dekat pintu. Senang nak keluar. Lagipun kalau duduk kat bahagian depan tu, terpaksa pulak kita jadi konduktor Jeepney sebab orang akan pass bayaran tambang kepada kita untuk diberi kepada pemandu Jeepney.
🌓 Kalau nak berhenti pulak, ketuk je bumbung Jeepney tu. Tapi Jeepney ni tak akan berhenti, cuma slow down untuk membolehkan penumpang turun. Memang banyak accident orang jatuh dari Jeepney, kata drebar Grab kami.
🌗 Dia juga ada memberi cadangan supaya kami mencuba pusing one round Cebu City naik Jeepney. Tapi setiap Jeepney cuma boleh bagi service maksima meliputi 3 buah kawasan bandar. Kalau nak pusing rata seluruh Cebu City kena naik 10 buah Jeepney la kot.

Kami pun sampai di SM Cebu Mall.

Haaa.. ni baru la proper mall.. hehehe..

Besar mall ni.

Nak masuk kena security check.

Kanaesh pergi cari beg untuk mak dia. Saya cepat-cepat ke toilet... dah berjam tak k.. hehehe.. Lepas tu I just walk around to see the mall. Lebih kurang sama je macam di KL. Tapi harganya sungguh terjangkau. 

Wife dan Nik tak shopping. Duduk-duduk je. I joined them and together waited for Kanaesh. Then ternampak ais krim 😊.



So nice 😋.

Shopping Mall di Cebu tutup pada pukul 9 malam. Jadi kami keluar dari Mall pada pukul 8.30 malam. Balik ke hotel kami tak gunakan Grab, sebaliknya ambil teksi bandar yang banyak menunggu kat depan Mall.


Macam biasa sampai bilik hotel, upload foto-foto.


Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. ramai je tak pakai helmet!!
    tak implement the law atau tak kisah kena saman ?
    so ? they are married for life?
    kalau dah tak sehaluan hadap je lah kan...?
    mahal tak gardenia tu?
    mana gambar beg nya ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai doc. Kadang2 tu we saw satu motor naik sampai 3 orang dewasa. All not wearing helmet!
      Tu la, law ada tapi tak dikuatkuasakan. Jadi ramai la yg tak kisah.
      Yes, for life, on paper. I read bila dah tak sehaluan, mereka live separately, since nak bercerai tak boleh. On paper mereka still husband and wife. So if they met someone new, susah la nak kawin lain.
      Gardenia tu saya check harga sana sebuku MYR5.
      Hehehe... Kanaesh ada tunjuk pada kami beg yg dia belikan utk mak dia tapi tak pulak saya ambik fotonya. It a simple tote bag actually.

      Delete