Seterusnya kami ke Basilica Minore del Santo Niño de Cebú. Kalau dah ke Filipina, pasti akan ada satu lawatan ke gereja bersejarah mereka dalam tour program. Iya la, kan tu salah satu landmark mereka. Kami ok je ke tempat-tempat begini since, apart from seeing the historic buildings, it too gave us some insights on the people's faith and their devoutness.
Fyi, ada saya baca satu world wide survey yang dibuat among Christians seluruh dunia; finding for "% of Christians who say religion is very important in their lives". Philippines scored very high at 91% at 2nd place, selepas Ethiopia at 98%. So kenapa orang Filipina begitu devout sekali?
Agama Kristian sudah mula disebar di Filipina sejak 1521. Hari ini Filipina dengan bangganya declare ia adalah satu-satunya negara Kristian di Asia. Lebih daripada 86% penduduknya adalah Roman Catholic. Fyi, orang Islam cuma 4%, tertumpu di kepulauan selatan Mindanao, Sulu dan Palawan.
Tiba di Basilica Minore del Santo Niño de Cebú.
Fyi, ada saya baca satu world wide survey yang dibuat among Christians seluruh dunia; finding for "% of Christians who say religion is very important in their lives". Philippines scored very high at 91% at 2nd place, selepas Ethiopia at 98%. So kenapa orang Filipina begitu devout sekali?
Agama Kristian sudah mula disebar di Filipina sejak 1521. Hari ini Filipina dengan bangganya declare ia adalah satu-satunya negara Kristian di Asia. Lebih daripada 86% penduduknya adalah Roman Catholic. Fyi, orang Islam cuma 4%, tertumpu di kepulauan selatan Mindanao, Sulu dan Palawan.
Tiba di Basilica Minore del Santo Niño de Cebú.
Memasuki Basilica Minore del Santo Niño de Cebú di entrance yang mengadap P. Burgos Street. Main entrance adalah di Osmeña Boulevard. Masa melangkah masuk tu bacalah apa yang patut dan berdoa dilindungi Allah swt. Sekadar mahu melawat dan melihat kesan sejarah dan memerhati ketaksuban mereka towards their religion and religious relics.
Basilica ini adalah penting kepada penganut Kristian Filipina kerana dikatakan ada patung Santo Niño yang original disimpan di dalamnya.
Ada gambar besar Santo Niño ini di entrance masuk. |
Santo Niño (bermaksud Holy Child) adalah sebuah patung imej child Jesus yang dihadiahkan oleh Ferdinand Magellan kepada isteri Rajah Humabon, Queen Juana sewaktu dia memeluk agama Kristian bersama suaminya pada tahun 1521. Turut serta memeluk agama Kristian ketika itu adalah seluruh rakyat Rajah Humabon.
Santo Niño dijadi santo penaung orang Cebu. Hari Perayaan untuk meraikan Santo Niño adalah pada bulan Januari setiap tahun, di mana selalunya dibuat prosesi agama, pilgrimages dan pesta. Pesta yang dikenali sebagai Festival Sinulog ini memuncak pada minggu ketiga bulan Januari.
Inilah pelbagai versi patung Santo Niño yang kami jumpa. |
Ini Cebu Sinulog Festival Street Parade. Replika patung-patung Santo Niño didukung dan dijulang, dibawa bersama semasa perarakan di jalanraya.
Bila masuk ikut entrance tadi pelawat tidak akan terus come upon the basilica tapi akan melalui tepi the Basilica Minore del Santo Niño Pilgrim Center.
Bila masuk ikut entrance tadi pelawat tidak akan terus come upon the basilica tapi akan melalui tepi the Basilica Minore del Santo Niño Pilgrim Center.
Dari tahun ke tahun, jumlah para penganut Kristian yang datang ke basilica ini to hear mass terus meningkat. Untuk menampung jumlah penganut yang semakin ramai, sebuah pilgrim center dibina di dalam kompleks gereja ini bertentangan dengan Basilica.
Holy Mass diraikan pada hari Jumaat dan Perayaan Keagamaan lain juga diadakan di sini. Siap pada September 1990, center ini dibina seperti open-air teater dan boleh muat 3,500 orang. Di basement center ini ada Basilica Del Sto. Niño Museum tapi kami tak masuk ke muzium itu.
Seperti kebiasaannya, gereja Roman Katolik ada patung-patung.
Di sebelah Basilica Minore del Santo Niño Pilgrim Center ini ada altar lilin (Votive Altar).
Sekiranya para penganut ingin berdoa secara peribadi, mereka juga boleh melakukannya di area votive altar ini, yang juga dipanggil 'Dagkotan'.
Devotees boleh ambil sebilangan lilin-lilin merah yang disediakan yang ada di dalam kotak di kawasan altar lilin ini.
Ada tiga langkah for the prayer: pilih lilin, nyalakan lilin dan berdoa depan lilin.
No, I don't think the candles are scented. Tak ada terhidu sebarang distinct smell atau bau wangi.
Lilin-lilin merah disediakan secara percuma dan boleh juga disumbang.
Next baru la kami ke bangunan Basílica Minore del Santo Niño de Cebú yang bila terjemah bermaksud 'Minor Basilica of the Holy Child of Cebú'.
Juga biasa dikenali sebagai Santo Niño Basilica, basilica kecil di Kota Cebu ini didirikan pada tahun 1565 oleh Fray Andrés de Urdaneta, O.S.A. (Order of Saint Augustine) dan Fray Diego de Herrera, O.S.A. menjadikan ia gereja Roman Katolik tertua di Filipina.
Basilica ini dikatakan dibina di lokasi di mana patung imej Santo Niño de Cebú ditemui semasa ekspedisi Miguel López de Legazpi. Patung Child Jesus ini dikatakan adalah patung yang sama yang diberikan oleh Ferdinand Magellan kepada chief consort Rajah Humabon atas pembaptisan pasangan diraja itu pada 14 April 1521. Ia dijumpai oleh seorang askar bernama Juan de Camuz empat puluh tahun kemudiannya, terpelihara di dalam sebuah kotak kayu, selepas Legazpi membakar sebuah kampung setempat.
Lukisan yang menggambarkan penemuan patung Santo Niño. Di background ialah Basílica Minore del Santo Niño de Cebú
Di depan dekat pintu masuk ke basilica ini ada info board tentang Andrés de Urdaneta Marker.
Di depan dekat pintu masuk ke basilica ini ada info board tentang Andrés de Urdaneta Marker.
Gereja yang berdiri di sini hari ini dibina pada tahun 1735. Ia adalah bangunan gereja yang ketiga didirikan oleh Spanish di sini. Dua bangunan gereja yang terdahulu hanya dibina dari kayu dan nipah dan kedua-duanya hangus dalam kejadian kebakaran. Sebelum diberikan nama rasmi Basilica Minore del Santo Niño pada tahun 1965, gereja ini dikenali sebagai Church of San Agustin.
Sebahagian bangunan basilica ini pernah rosak dan runtuh ketika berlakunya gempabumi Bohol 2013. Pada 15 Oktober 2013, kira-kira pukul 8 pagi sebuah gempa bumi 7.2 magnitud menggegarkan Tagbilaran, Bohol, dirasai di seluruh Visayas. Ia menyebabkan kematian lebih daripada 120 orang mangsa, dan banyak kerosakan terhadap bangunan, mercu tanda sejarah dan gereja-gereja. Gempa bumi ini memusnahkan sebahagian besar belfry (struktur menara loceng) dan façade Basilica; di mana beberapa dinding dan lukisan fresco telah retak. Projek baik pulih telah dilakukan oleh the National Historical Commission of the Philippines (NHCP) dengan kos P4.4 juta.
Jom masuk tengok di bahagian dalam.
Melalui beberapa separate sections before reaching the main prayer hall.
Ada lukisan Santo Niño berdiri di atas globe dengan tongkatnya menunjuk ke peta Filipina. Lukisan ini dibuat sempena the Fourth Centennial of the Christianization of the Philippines. Juga di background ada lukisan Magellan dengan the Cross.
Di bahagian galeri terdapat lukisan-lukisan portraits of past Bishops of Cebu yang digantung di dinding.
Terdapat beberapa lukisan di dalam basilica ini antaranya ialah lukisan penemuan patung imej Santo Nino yang tidak terjejas akibat kebakaran yang merosakkan kawasan penemuan itu.
Antara tourists yang kelihatannya begitu teruja melihat the religious statues.
Juga kami noticed the devotees especially the locals menyentuh patung-patung atau gelas tempat patung-patung disimpan. Agaknya untuk ambil berkat.
Saying their prayers di depan patung Jesus on the cross.
Patung-patung di sini juga sering disentuh oleh devotees.
Tak pasti ini altar apa tapi agaknya ada kaitan dengan the 'Eucharistic Miracles'.
Di dalam main prayer hall tidak dibenarkan mengambil gambar. Jadi kami pun tak la masuk. Juga kerana mesti la respect the devotees yang sedang praying di dalam tu.
Dan di hujung dinding main prayer hall ini ada satu golden altar. Di situlah diletakkan patung Santo Niño yang original.
Patung Santo Niño setinggi 30 cm itu diletak di dalam sebuah bulletproof glass enclosure di sebelah kiri main altar.
Ini gambar patung Santo Niño from the basilica's official website.
Description of Santo Niño: ◐ Red Cape – stands as the passion and death of Jesus Christ. In the liturgical color, red is the color for martyrdom. ◑ Inner white robe – is a symbol for resurrection like the Easter Jesus. ◐ Crown - is a symbol of the kingly ministry of Jesus Christ. ◑ Size of a child – is a symbol of our being children of God. Jesus was a child of God that called him a son of God. ◐ Orb – may be interpreted the same as God’s dominion over the world of creation. ◑ Right hand – (two fingers, middle and pointing finger, are pointing upward as the two natures of ◐ Christ and the three remaining fingers are closed, which stands as the three persons of God. ◑ Scepter – may stand as the authority over the entire world. Source: link |
Di main prayer hall ada retablo yang penuh dengan religious statues.
Retablo: a frame or shelf enclosing decorated panels or revered objects above and behind an altar. |
Di tengahnya juga ada patung Santo Niño.
Gambar retablo di main prayer hall diambil dari luar.
Patung Santo Niño.
Church pews/benches for the devotees.
Dalam basilica ini juga ada sebuah taman.
Ada fountain.
Juga ada statues.
Statues of Saint Augustine Contemplating the Holy Trinity.
Apabila Pope Paul VI menjadikan gereja ini menjadi sebuah basilica pada tahun 1965, dia mengisytiharkan gereja ini sebagai "simbol kelahiran dan pertumbuhan agama Kristian di Filipina."
Basilica ini juga di designated sebagai "Mother and Head of all Churches in the Philippines".
Gereja dan Biara Santo Niño diisytiharkan sebagai 'National Historical Landmark' pada tahun 1941.
Stone bas-reliefs representing Augustinian saints. |
Dataran besar Basilica Minore del Santo Niño Pilgrim Center.
Di Pilgrims Center ini ada 4 religious statues.
Facade basilica ini dikatakan adalah gabungan ciri-ciri Islam, Romanesque dan Neo-Klasik.
Antara pelancong yang datang melawat basilica ini, termasuk juga nuns.
Aunties ni menjual red candles yang digunakan for their prayers.
Juga ada dijual animal balloons.
So, ok, lepas menulis blog ini, saya terasa macam tak sedap hati pulak bercerita dengan detail about the subject matter. Astaghfirullah. Quite the contrary, saya bercerita agak detail just for knowledge.
Tengok semua patung-patung sembahan mereka tu, buat saya teringat-ingat akan ayat-ayat Allah swt dalam Al Quran di mana Allah swt berfirman berhala-hala yang mereka sembah tidak akan dapat menolong mereka, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.
Dan tiadalah Kami menganiaya mereka, tetapi merekalah yang menganiaya diri sendiri. Maka berhala-berhala yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menolong mereka sedikit pun pada masa datangnya azab Tuhanmu dan penyembahan yang mereka lakukan itu hanya menambahkan kerugian sahaja kepada mereka.
🌗 Surah Al A'raf - Ayat 197
Dan benda-benda yang kamu sembah selain Allah, tidak akan dapat menolong kamu, bahkan tidak dapat menolong dirinya sendiri.
🌓 Surah Al Ahqaf - Ayat 5
Dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menyembah sesuatu yang lain dari Allah, yang tidak dapat menyahut atau memberikan sebarang pertolongan kepadanya (dari dunia) hinggalah ke hari kiamat, sedang makhluk-makhluk yang mereka sembah itu tidak dapat menyedari atau memberi layanan baik kepada permohonan mereka.
🌗 Surah An Nahl - Ayat 86
Dan apabila orang-orang musyrik melihat makhluk-makhluk dan benda-benda yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah, mereka berkata: "Wahai Tuhan kami, inilah dia yang kami jadikan sekutu-sekutu (bagiMu), yang kami sembah mereka dengan meninggalkanMu". Maka dengan serta-merta makhluk-makhluk yang mereka puja itu menolak dakwaan mereka dengan berkata: "Sesungguhnya kamu adalah berdusta".
🌓 Surah AL Rum - Ayat 13
Dan makhluk-makhluk yang mereka jadikan sekutu-sekutu Allah itu tidak ada satu pun daripadanya pemberi syafaat melepaskan mereka (dari azab Allah), padahal mereka berlaku kufur di dunia dahulu dengan sebab makhluk-makhluk yang mereka sekutukan (dengan Allah) itu.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
saya tahu pasal 'nino ' masa fenomina El Nino :)
ReplyDelete