Seterusnya kami ke St. Francis Church. Ianya salah satu tourist attraction di Kerala ni sebab sejarah gereja tu dan ada bekas kubur Vasco Da Gama.
St. Francis Church juga dikenali sebagai Vasco Da Gama Church kerana si penjelajah Portugis itu dikebumikan dalam gereja ini setelah beliau meninggal dunia pada tahun 1524 akibat malaria ketika datang ke India pada kali ke 3.
Tugu Peringatan Perang Dunia Pertama yang dibina oleh Orang British di perkarangan St Francis Church pada tahun 1920. Pada tugu peringatan ini tertera nama tentera British yang terkorban dalam Perang Dunia Pertama di Cochin.
St. Francis Church ini telah diisytiharkan sebagai sebuah 'Protected Monument' oleh kerajaan India.
Bangunan gereja asalnya dibina oleh Orang Portugis pada tahun 1503. Kemudian diambilalih oleh Belanda dan British sewaktu mereka menjajah India.
Ada info board tentang di kawasan perkarangan gereja ini.
Gereja ini adalah gereja yang pertama dibina oleh Orang Eropah di India, tetapi ia bukanlah Gereja Kristian yang pertama dibina di negara itu kerana ajaran Kristian telah bertapak di India jauh lebih lama sebelum kedatangan Orang Portugis ke sini.
Bangunan Gereja St Francis yang pertama dibina dari kayu pada tahun 1503 dan dinamakan sebagai St Bartholomew. Bangunan kayu ini telah digantikan dengan sebuah bangunan batu oleh paderi Portugis pada tahun 1516 dan namanya ditukar kepada St Anthony.
Pada tahun 1663, Cochin ditawan oleh Orang Belanda dan gereja ini ditukarkan dari Gereja Roman Katholik kepada Gereja Protestant. Semua artifak bersejarah yang ada di dalam gereja telah dibuang oleh Orang Belanda bila mereka menguasai gereja ini. Akhirnya, gereja ini ditukar menjadi sebuah Gereja Anglican dan dinamakan sebagai St Francis Church selepas Cochin ditawan pula oleh Orang British. Gereja ini kekal dinamakan St Francis Church sehingga ke hari ini.
Pintu gerbang untuk masuk ke dalam bangunan gereja. Pintu gerbang ini telah diubahsuai pada tahun 1779.
Inner courtyard.
Seperti gereja-gereja lain yang dibina pada masa itu, pembesar/individu penting dalam masyarakat akan dikuburkan dalam gereja. Ada yang ada tomb dan ada yang dikubur di bawah lantai gereja. Ini sama keadaannya seperti gereja di Sri Lanka yang pernah kami lawat.
Terdapat juga inscriptions pada dinding di inner courtyard ini.
Selalunya nak masuk gereja tak perlu buka kasut. Di gereja ni mesti. Mungkin sebagai menghormati penduduk India yang mana kasut mesti tanggal bila masuk kuil dan tempat-tempat penyembahan.
Gereja ini tidaklah terlalu besar. Bukanlah saiz katedral. Still it was grand especially considering its history, diambil alih dari satu kuasa besar to the next.
Ke mana bangunan historic yang saya pergi, saya mesti check lantainya. Suka betul tengok floor tiles ni. Saya ada ke Ipoh baru-baru ni dan lawat sebuah rumah kolonial.. uwahhh... jubin lantainya sangat la cantik. Nanti saya share dalam entry jalan-jalan Ipoh saya soon.
Suasana dalam St. Fracis Church.
Sebuah plak peringatan lama untuk seseorang yang disemadikan di gereja ini.
Tentang jam besar di dinding depan gereja ini.
Tak pasti samada furniture dalam gereja ini adalah yang asal atau tidak. Kalau gereja di Sri Lanka yang kami lawat, perabut dalamannya adalah yang asal.
Ok, nampak tak kain lebar panjang yang direntang betul-betul atas susunan kerusi panjang di kiri kanan gereja ni. Haa... itulah 'pankhas' atau kipas besar. Manual ceiling pankhas ini dikibas oleh pekerja gereja dengan menarik tali ketika mass untuk menyejukkan yang hadir.
Altar gereja.
Seorang staff gereja sedang menggilap.
Dan inilah kubur Vasco Da Gama. Or rather bekas tempat persemadian Vasco Da Gama.
Selepas menemui laluan laut dari Eropah ke Timur, Vasco Da Gama sering berulang-alik ke India. Malangnya beliau telah diserang Malaria pada kunjungannya yang ketiga ke India dan meninggal dunia pada 24 Disember 1524.
Vasco Da Gama telah dikebumikan di St Francis Church dan mayatnya bersemadi di sini selama 15 tahun sebelum dibawa pulang ke Portugal pada tahun 1539 untuk disemadikan semula di Monastery of Jeronimos di Lisbon.
'The Creed' dan 'The Lord's Prayer' yang diletakkan di Altar Gereja.
The pulpit.
Bahagian luar gereja.
Ada jam besar pada facade depan gereja ini. Sudah tidak lagi berfungsi.
Roda ini sebenarnya adalah mekanisma yang digunakan untuk membunyikan loceng gereja pada masa dahulu.
Selesai di St. Francis Church, kami nak pergi tengok Chinese fishing net pula.
Tiba di Pantai Chinese Fishing Net.
Street vendors. Tapi baik mereka ni, tak de paksa-paksa beli atau ikut ke mana kita pergi.
Haaa... itulah Chinese Fishing Net.
Sebelum kedatangan penjajah Eropah dari Portugal, Belanda dan Britain, Kochi diperintah oleh seorang Maharaja dan terkenal sebagai sebuah pusat perdagangan rempah. Ia menarik kedatangan pelbagai bangsa asing ke sini termasuklah orang dari China yang memperkenalkan teknik penangkapan ikan yang kini dikenali sebagai Chinese Fishing Net.
Chinese Fishing Net ini dikatakan telah diperkenalkan oleh Laksamana Cheng Ho sewaktu beliau dan pasukannya berkunjung ke sini pada zaman dahulu.
Satu fakta yang menarik juga ialah penggunaan Chinese Fishing Net ini hanya ada di Kochi sahaja, dan tidak di tempat-tempat lain di India, mahupun dalam wilayah Kerala sendiri.
Kami berjalan ke arah pantai dan naik ke platform salah satu Chinese Fishing Net ini. Nak la tengok dengan lebih dekat lagi ye tak. Tiba di sana, kami dihampiri oleh seorang lelaki yang mungkin adalah pemilik pukat yang cuba memujuk nak membuat demo kepada kami. Bila dia kata kena bayar lepas saya tanya, kami pun kata apalah, kami cuma nak ambil gambar saja. Lelaki tu ok je.
Satu ketika dulu, ada banyak Chinese Fishing Net di sini. Tapi dengan adanya bot dan teknik penangkapan ikan yang moden, sekarang tinggal hanya 12 buah sahaja Chinese Fishing Net.
Hasil tangkapan dari Chinese Fishing Net juga tak lagi lumayan seperti dahulu. Ikan dan hasil laut yang ditangkap dalam demo operasi akan diberi kepada pelancong sendiri dan selalunya diserahkan kepada gerai-gerai berhampiran yang akan terus memasaknya dengan sedikit bayaran.
Tourism mereka begitu promote chinese fishing net ni tapi pantai ni penuh dengan sampah. Very unfortunate. Saya rasa bukan penduduk yang buang sampah sarap tu sebab livelihood mereka ialah dari laut. Jadi logically mesti mereka peka dengan kepentingan menjaga alam sekitar sumber rezeki mereka. Jadi saya rasa mungkin sampah sarap ini dibuang ke laut di tempat lain dan kemudian hanyut dibawa ombak ke pantai ini. Maka berlambak di sini.
Chinese Fishing Net yang sedang tidak beroperasi.
Mungkin pemilik jaring ini sedang menunggu tourists yang mahu melihat demonstrations.
Gerai-gerai di sepanjang pantai.
Gerai yang menjual hasil tangkapan laut.
Ada juga beberapa gerai yang menawarkan khidmat untuk memasak hasil tangkapan dari Chinese Fishing Net.
Hasil tangkapan dari Chinese Fishing Net. Juga dari nelayan berbot.
Longgok beralas atas lantai/tanah je.
Macam pasar tani pun ye jugak.
Para nelayan.
Memang tak boleh nak elak. Terpaksa compose sekali sampah sarap dalam foto ini. Fyi, most sampah sarap ni bukan baru sebab nampak macam dah lama di situ dan dah terbenam.
Then kami pergi ke satu lagi platform Chinese fishing net. Tak ada orang masa ni.
Masa jalan atas jeti kenalah berhati-hati sebab tak even. Kot tersadong pulak.
Tengah ambil gambar, kami ternampak ada chinese fishing net yang sedang buat demo. Ehh.... nice lah! Mesti ada tourists lain yang bayar buat demo ni. Kami tumpang ye.. hehe.
Ok, basically jaring tu akan diturunkan ke dalam laut. Lepas seketika waktu, jaring akan dinaikkan dan akan ada tangkapan laut terperangkap dalam jaring tersebut. Very labor intensive cara fishing ni.
Jala/jaring direndam habis ke dalam laut.
Tak pasti apa yang nelayan tu adjust. Mungkin tali pemberat.
Sementara menunggu jaring tadi direndam, ambil foto other fishing nets.
Beralih semula ke fishing net demo. Ini batu-batu pemberat/pengimbang chinese fishing net.
Jaring dah mula diangkat.
Burung dah mula datang.
Dan para nelayan pun ke hujung jeti untuk menarik jaring yang berisi dengan tangkapan laut yang terperangkap.
Mujur la compact camera saya ni boleh zoom sampai macam ni. Alhamdulillah.
Membawa hasil tangkapan ke darat.
Hasil tangkapan tidaklah banyak.
Jadi begitulah caranya menangkap ikan menggunakan chinese fishing net. Pada kami memang sangat interesting.
Saya sering nampak foto-foto chinese fishing net diinternet yang dirakam waktu sunset. Cantik sangat. Since kami di situ di waktu hampir tengahari, tak dapatlah nak capture these nets during sun down. Sebagai ganti saya belilah beberapa poskad buat kenangan... hehe.
Selepas melihat Chinese Fishing Net beroperasi, kami bersiar pula di kawasan lapang berhampiran pantai yang dinamakan Vasco Da Gama Square.
Sejarah Fort Cochin.
Ini Nehru Park For Children di Vasco Da Gama Square.
Next kami singgah pula di Santa Cruz Cathedral Basilica, sebuah lagi gereja yang dibina oleh Orang Portugis bersama St Francis Church pada tahun 1505. Tidak seperti St Francis Church yang kini dijadikan Monumen Sejarah, Santa Cruz Cathedral Basilica masih berfungsi sebagai katedral ibadat.
Santa Cruz Cathedral Basilica adalah sebuah gereja Roman Katholik. Gereja ini telah diberi taraf Basilica oleh Pope John Paul II pada tahun 1984.
Pemandangan bangunan Santa Cruz Cathedral Basilica dari luar.
Di sebelah katedral ini ada sebuah sekolah perempuan yang bernama St Mary's Canossian Convent. Secara kebetulan juga ketika itu adalah waktu tamat persekolahan, maka berbondong-bondonglah pelajar keluar dari situ untuk pulang ke rumah.
Shrine biru di luar katedral ini dibina di perkarangan gereja sempena lawatan Statue of the Pilgrim Virgin of Fatima ke gereja ini dari Portugal pada tahun 1949.
Sebab kami tak dapat masuk ke dalam, intai sajalah dari luar.
Pada hari Jumaat pertama setiap bulan seperti waktu kami berada di sana, ada upacara sembahyang khas diadakan di sini. Oleh yang demikian, pelawat tak dibenarkan masuk ke dalam gereja dan hanya dapat melihat dari luar sahaja.
Bersambung....
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
yaa... gambar-gambar the fishing net masa senja kat google adalah sangat cantik kan??!!
ReplyDeleterupa-rupanya net tu kat tepi pantai je .. ingatkan kat atas kapal atas laut
berapa dia caj kalau nak nengok demonstration ? ada saya baca dalam rp500 .berapa dalam rm? heheh.. malas lak nak convert..
saya dah pergi dekat-dekat kubur vasco da gama, dan dekat kubur abang dia ..:)
ipoh ? bilaaa... tak cerita pun.... :P
Kan. Tu yg bila nampak poskad gambar tu, terus beli. Also tampal sini buat kenangan.
ReplyDeleteYes, base for the whole structure adalah terletak pada pantai. Sebab itu juga hasil tangkapan sekali sauk tak lah banyak sangat sebab dekat dengan pantai. Juga saya rasa depends pada pasang surut air laut.
Saya tak tanya doc. Kalau rp500 tu dalam RM30.
Oh ya kan.. di Portugal...
Ipoh pergi Mac lepas. Hehe... wife ada kursus di sana... so saya nyibuk la nak ikut.. hehe...