Wednesday, April 11, 2018

KERALA INDIA - DAY 03 - PART 04 - COCHIN TOUR - FORT COCHIN BEACH - DUTCH CEMETERY

Diteruskan dengan Cochin Tour lagi. Sekarang kami dibawa ke dua lagi tempat iaitu Fort Cochin Beach dan Dutch Cemetery. Sebenarnya tak ada apa la sangat tempat-tempat ni, cuma pantai dan tanah perkuburan lama berusia ratusan tahun. Tapi since dah ada dalam itinerary, pergi sajalah. 

Ky-Mani Marley adalah anak tunggal Bob Marley. 

Sedap agaknya nasi briyani di restoran ni sebab rated 4 stars.

Center Square, salah satu mall di Kochi. 

Vastraanjali - ada jual macam-macam jenis sari dan suits: silk sarees, designer sarees, party wear sarees, casual sarees etc etc.

Kadang-kadang tu tak faham road system di sini. Marine Drive  tu juga adalah salah satu tourist attraction di Kochi, tapi kami tak sempat ke sana.

Sebuah restoran halal - Imperial Family Restaurant. 

Bas-bas mereka memang tak dipasang tingkap kaca. Ada yang kami nampak pakai metal shutters. Yang ni pakai kain canvas je. 

Bulan jualan murah di Kerala.

Di M.G Road (Mahatma Gandhi Road). Deepika Padukone, the official brand ambassador OPPO F5. 

Cochin Shipyard Ltd. Kochi juga adalah pusat pembinaan kapal yang terbesar di India. Industri pembinaan kapal ini berpusat di Cochin Shipyard yang terletak dalam perjalanan di antara pusat bandar Kochi dan Fort Kochi. 

Antara kapal yang dibina di Cochin Shipyard adalah kapal tangki dan kapal-kapal perang milik Tentera Laut India. Selain dari itu, Cochin Shipyard juga adalah sebuah pusat latihan Kejuruteraan Marin yang terkenal di dunia.

Pangkalan Indian Navy yang terletak bertentangan dengan Cochin Shipyard.


Pemandangan Cochin Shipyard (kanan) dan Pangkalan Tentera Laut India (kiri) dari atas jambatan dalam perjalanan menuju ke Fort Kochi. Masa ini kami sedang menyeberang Kollam-Kottapuram Waterway dengan Venduruthy Bridge.

Menuju ke Fort Kochi.

Masuk ke kawasan Willingdon Island. Di sini ada Headquarters Southern Naval Command, Kochi.

India Southern Naval Command's Defence Area Travancore Gate.

School for Naval Airmen. 

Agaknya kurang sangat atau tak ada dah keretapi lalu di landasan ini sebab tu tak ada gated crossing.

St.Sebastian's Higher Secondary & L.P School. 

Dari Willingdon Island, kami dibawa melalui sebuah lagi jambatan iaitu Thoppumpady Bridge untuk ke Fort Kochi. 

Sewaktu menaiki jambatan ini, kami dapat lihat Mattancherry Harbor Bridge yang dibina pada tahun 1940 oleh seorang jurutera British yang bernama Sir Robert Charles Bristow. 

Jambatan ini mempunyai 16 spans dan dibina menggunakan kayu dan besi. Bahagian tengah jambatan ini boleh dinaikkan untuk membolehkan kapal-kapal yang tinggi lalu di bawahnya.

City Traffic Police booths dan advert booths. Tak tau actually nak panggil apa, booth la kot...hehe.

Lepas lebih kurang 40 minit dari Kochi, kami pun tiba di Fort Kochi. 

Fort Kochi adalah kawasan bersejarah kerana di sinilah penjajah-penjajah Eropah yang datang dari Portugal, Belanda dan British bertapak pada masa dahulu. Peninggalan-peninggalan penjajah ini juga masih dapat dilihat sehingga ke hari ini.

First stop kami di Fort Cochin ini ialah di Fort Kochi beach atau juga dikenali sebagai Mahathma Gandhi Beach. Ini bukan pantai mandi manda tapi tempat peranginan di tepi laut yang menghadap ke Laut Arab.

Terik sungguh masa ni. Walaupun berangin tapi terasa bahangnya. 



Banyak juga nampak kapal-kapal besar lalu di sini. 

Agaknya kapal-kapal ini lalu dekat Fort Vypin menuju ke Tasik Vembanad untuk ke International Container Transhipment Terminal. 

Dari pantai ni juga boleh nampak Multi User Liquid Terminal dengan dua bunker terminal yang sangat besar ini. Ini adalah Kochi Port's international bunkering service kepada antaranya Bharat Petroleum Corporation Ltd dan Kochi Refinery.

Ini jeti Multi User Liquid Terminal. Agaknya unloading dibuat terus di sini dari kapal ke dalam bunkers.

Kami pun berjalan la sikit lagi ke arah pokok-pokok rendang di sana tu. Nak berteduh sebab cuaca panas.

Ada helang hovering above us. Magnificent bird! 


Ramai juga la orang di pantai ni masa tu. 

Mereka yang dah biasa dengan cuaca di sini memang la tak kisah duduk-duduk di tepi pantai masa macam ni. I guess angin kuat masa tu helped.

Batu batan elak hakisan.

Rasanya teruk juga kesan hakisan di sini sebab kami nampak ada a few parts of the beach yang dah terhakis sampai pagar besi di tepi bahagian tu tumbang.

Nelayan-nelayan ke tengah laut mencari rezeki.



Sebuah kapal kontena.

Indian Coast Guard sedang patrolling perairan sekitar Fort Cochin Beach.

Locals beriadah.


Ini adalah lokasi 'Fort Kochi View Point'.

Ada juga nampaknya a few kedai.

Kami tak la jalan jauh sampai sana. Panas!

Dan yang ini pula dinamakan 'Cinema Spot in Fort Kochi Beach'. Pernah ada la agaknya shooting movies di lokasi tu.

Generally, pantai, beach walkway dan kawasan persekitaran di sini adalah bersih. Ada juga pantai kecil macam ni tapi curam.

Di hujung sana boleh nampak Fort Vypin.

Di pantai Fort Vypin ni ada beberapa Chinese fishing net. Later kami akan pergi tengok dengan lebih dekat cara tangkap ikan tradisional ini di Fort Kochi.

Gerai kecil di Fort Cochin beach.

Ice cream vendor. Siapa la yang berani nak beli? Kang kena berak dek burung-burung tu.. hehe.

Sebelah Fort Cochin beach ni ada sebuah perkuburan lama. 

Ini adalah a Dutch Cemetery, consecrated pada 1724, dipercayai yang tertua di negara ini. Tahun '1724' terukir pada tiang pintu masuknya. 
Sejarah pendek tentang kedatangan Dutch ke sini:
The Dutch, through the Dutch East India Company (Vereenigde Oost-Indische Compagnie or the VOC) stepped on the shores of this port city in the early 1660s. In 1663 they managed to capture the fort and port from the Portuguese who had been there from 1505 onwards. In 1795, the English captured the fort from the Dutch.

Perkuburan ini dibina dengan gaya senibina Belanda pada masa itu. Ia dikelilingi oleh dinding. 

Terletak di Dutch Cemetery Road.

Pada tombs yang berjumlah 104, tertera rekod mereka yang dikebumi di sini yang terdiri dari rakyat Belanda dan Inggeris.

Nak masuk boleh tapi kena mintak kebenaran. Tak payah la, jengok je over the wall.

Banyak makam yang diperbuat daripada granit dan laterit merah dan tidak mempunyai salib. 

Terdapat batu nisan yang besar dan kecil dengan tulisan-tulisan pada epitaphs dalam skrip Belanda lama.

Perkuburan kini dikelola oleh Church of South India (CSI). It is not a monument under the Archaeological Survey of India (ASI) walaupun perkuburan ini adalah salah satu daripada beberapa struktur bersejarah Belanda yang masih ada, yang merupakan suatu jejak kehadiran mereka di Fort Kochi.

The St. Francis CSI Church of Fort Kochi ada menyimpan rekod mereka yang dikebumikan di sini. 
In the cemetery lay buried many Dutch governors, commanders, officials, gents and ladies who died in Cochin. A large number of Dutch people lost their lives to tropical diseases and were buried in this cemetery.

Menurut T W Venn, yang menerbitkan buku St Francis Church, Cochin, orang terakhir yang dikebumi di tanah perkuburan ini ialah Kapten Joseph Ethelbert Winckler. Pengebumiannya berlaku pada tahun 1913.

Di sebelah Dutch Cemetery tadi ada The Poovath Heritage, sebuah hotel.

Sebuah bangunan kolonial renovated jadi hotel. Cantik hotel ni.

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

1 comment:

  1. apa depa buat kat tepi pantai tu? berehat tengah-tengah panas?
    kebal sungguh !
    ada baca apa-apa tak masa kat kuburan tu?

    ReplyDelete