Wednesday, April 4, 2018

KERALA INDIA - DAY 03 - PART 01 - SUNRISE AND MORNING CRUISE

It was such a wonderful feeling bangun pagi lepas bermalam dalam houseboat ni. Lena tidur kami. Alhamdulillah. Oh ya, masuk waktu solat Subuh di Kerala ni ialah lebih kurang pukul 5:00 pagi.

Jengok keluar dari tingkap bilik kami di atas houseboat ni and we were greeted with this beautiful view matahari mula nak terbit. 

Di ruang tamu. Sejuk nyaman. 

View luar boat dari ruang tamu.

Masa ni dah ada bot-bot yang dah mula berlayar. Sedikit terbuai-buai bot kami.. hehe.. nice. 

So nice it was, saya sambung tidur kejap before sarapan.. hehe.



Fyi, masa kami berlabuh dan tidur di bot ni, Mithin, our bot driver, balik ke rumah dia sebab rumah dia berdekatan dengan lokasi night stop ni. Suresh slept on the boat, I think di ruang tamu. 

Masa kami bangun Suresh tak ada di bot. Rupanya dia ke temple awal pagi dan balik dengan kalungan bunga untuk diletakkan pada bot. 

Garland yang lama dibuang dan diganti dengan yang baru. Dah kepercayaan mereka kena letak blessed flowers pada bot.

Since ada masa lagi sebelum sarapan dan morning cruise, maka kami pun went for a short walk sekitar bot.

Di seberang sana juga ada banyak houseboats yang berlabuh for night stop.

Terusan kecil ke arah kampung di dalam. Bot tak boleh lalu sini.

A few sunrise shots.



Bot pengangkutan awam.

Bunga ungu tumbuhan air keladi bunting.


Awal pagi dah keluar rumah ke destinasi masing-masing.


Water birds pun tengah sibuk juga.

Agaknya pernah ada kes bot terlanggar tebing tu therefore diletak buoy warna merah.

Selain sebagai pemberi amaran, also jadi tempat burung bertenggek 😊.

Beautiful flock of birds in flight.

Very calming.


Banyak pun flocks nya. 





Menyibuk masuk dapur nak tengok Suresh masak apa for breakfast 😊.

Hmm.. macam nak buat lempeng kelapa dan pisang je nampaknya 😋.

Sebelum sarapan is served, Suresh hidang teh chai masala dulu. Hmm.. nice.


Kebetulan ada orang passed by our houseboat jual kipas bulu burung merak. Cantik dan unik rupanya. So kami pun beli 2 at 300 rupees atau RM18 satu.

Nice, right. 


It is quite extraordinary, isn't it?

Brilliant colours!

Then it was time to start our morning cruise. Mithin kata kami akan dibawa cruise di Tasik Vembanad juga tapi di bahagian lain. Tepat pukul 9:00 pagi Mithin pun start enjin and off we went. 

And for me la kan, pagi adalah time paling best ambik gambar sebab cahayanya cantik dan lembut.

So beautiful.



Walau pun dah banyak ambil gambar macam ni, still in this morning light I simply must lah.. hehe.



Tengah tunggu bot.

The lush and dense greens pada kedua-dua belah tebing menjadikan suasana di sini 'picture-perfect'.  

Inilah foto yang saya jadikan 'header' blog ni.

Morning cruise dengan sampan. Ni mesti akan masuk ke kawasan kampung-kampung dan sawah padi.






Memang best morning cruise ni sebab inilah masa kami dapat saksikan suasana kehidupan penduduk-penduduk di sini di waktu pagi. 

Passengers disembarking at a sampan stop.

Yang ke pejabat, ke sekolah, ke pasar dan lain-lain tujuan.



Sebuah resort - Chilanka Lake View Resort. 

Iklan billboard pun ada.

Sebuah eco-friendly workshop membaiki sampan dan bot di tepi tasik. 


Serenity.


Ada juga terlintas di fikiran nak minta Mithin kasi saya drive bot ni kejap tapi tak payah lah cause sibuk ambil gambar.. hehe. 

Kalau sibuk pandu bot, nanti terlepas capture images macam di bawah ni 😊.


Ramai adik-adik nak ke sekolah.


Smart mereka ni beruniform sekolah siap dengan pakai tie dan lanyard.

Berkemeja tangan panjang dan berkain dhoti adalah pakaian harian biasa lelaki di sini.

Picking up more passengers. 

Absolutely gorgeous morning light. MasyaAllah.





Sambil mendayung, sambil gosok gigi.

Auntie mengail ikan. Untuk masak lunch kot.



Membilas kain dan mencuci rambut. Sebelah menyebelah. 

Menjirus air ke rambut menggunakan teko. Capturing moments macam inilah yang saya harapkan. 

Pelbagai jenis dan saiz bot parking di sini.

Jambatan pejalan kaki.

Nampaknya mesti ada ketinggian yang ditetapkan untuk houseboats  yang beroperasi di backwater ni. Otherwise sure sangkut.

Fyi, kain dhoti bukan sahaja dipakai oleh kaum lelaki di sini tapi juga oleh wanita sebagai saree.


Sembang pagi.

Pokok keramat agaknya pada penduduk di sini.





Agaknya di sana boleh pakai selipar ke sekolah.

Sedang membina jeti.



Mencedok air di tepi terusan.




Haaa... dapat pun reflections.. hehe. Kaler-kaler pulak tu.. hehe. Btw, nampak tak anjing dan kucing tu? 

Nampak cantik pulak 'putih' angsa-angsa ni di tasik ni.


Bersambung....

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

1 comment:

  1. cantik lah bunga keladi bunting tu.. selalunya nengok dari jauh je.. ni dapat di zoom
    and the flock of birds against the morning glow .. sigh..

    bulu merak tu ori?!
    habis tu.. tinggal apa katmerak tu?
    togel?
    alaaaa... kesian dia nak grow balik nak memikat ...

    ReplyDelete