Monday, February 22, 2016

JALAN-JALAN DI JOHOR - DAY 01 - PART 02 - TANJUNG PIAI RESORT - ISTANA BUKIT SERENE - PASAR KARAT - SRI RAJA MARIAMMAN HINDU TEMPLE

Lepas di Taman Negara Johor Tanjung Piai, kami dibawa Cik Nik ke Tanjung Piai Resort untuk makan tengahari.

Jalan masuk ke resort ni ada sebatang sungai kecil ni, namanya sungai Perpat Punggor. 

Di entrance masuk ke jeti nak ke resort ada sebuah pengkalan kecil untuk bot-bot nelayan. Besar mata saya.. hehehe... tak sangka la pulak ada tempat bot-bot nelayan. Tak dapat nak ke kampung nelayan, dapat tengok dan ambik gambar yang ni pun kira dah ok sangat :).  

Ok, ni aerial view of Tanjung Piai Resort. Yang belah kiri tu lah pengkalan bot nelayan. Kami ke resort tu melalui jeti yang ada bumbung biru tu.

Pemandangan di pengkalan bot-bot nelayan.


So beautiful!


Jalan terus masuk ke resort. Boleh je nak ke resort ni walaupun bukan customer hotel ni sebab ada restoran seafood di sini. Cuma tak boleh masuk ke area resort yang ada bilik-bilik la so that tak ganggu mereka yang menginap di resort ni. 

Pandangan dari jauh Tanjung Piai Resort.


Luas reception/lobby resort ni and it is open air. Very nice. Boleh rasa hembusan angin laut yang menyegarkan. Actually resort ni simple je. I think it is a no frill hotel.

Boleh pilih meja tepi balkoni to have meals dengan pemandangan yang cantik. 


Kami makan di restoran resort ni, Atan Seafood Restaurant. Nak senang dan cepat, kami bertiga order je the same thing. Saya insert info resort ni sekali di bawah. 

Sementara tunggu makanan sampai saya pergi explore resort ni while my wife and Cik Nik sambung berbual lagi. Banyak betul pun yang nak dibualkan... hehehe... Ada papan tanda orang luar tak boleh masuk ke kawasan resort yang ada bilik-bilik so saya pergi la ke reception mintak kebenaran. Adik di reception kata tak boleh tapi saya kata saya cuma nak make one quick round to take some photos. Last-last dia kata ok.. hehehe..

Yang belah kanan tu adalah the water chalets. 

Looked really nice actually. 

Ehhh... ada jeti la. Memang dari jalan masuk masa lalu di titian di entrance tadi tak nampak jeti ni sebab terlindung oleh bangunan resort ni. So nice. Macam private titian gitu. 

Awesome view lah! 

Ehhh... ada orang memancing la :). Jom gi nyibuk... hehehe... 

Mereka husband and wife. Soul mates gitu sebab dua-dua memang suka memancing. Spending their afternoon memancing bersama. How romantic yes :). Udang tu adalah umpan. Dan kata this guy ikan tu sedap kalau masak asam pedas. I'm sure it is! :)

Ok sambung lagi jalan-jalan di titian ni. Cantik dan serene je suasana masa tu.

Tu hujung titian Tanjung Piai Resort ni.

Di situ lah lokasi titian Tanjung Piai Resort ni.

Pandangan dari hujung titian ke arah resort. 

Dan orders kami pun sampai. We had nasi goreng seafood dan sup ketam. Sedap sungguh! Portion pun besar sungguh! Mencungap la jugak nak habiskan.. hehehe.. 

Selesai makan tengahari, kami pun gerak ke tempat lain. Kami ikut je ke mana Cik Nik nak bawak. Since she was so gracious nak spend her weekend bawak kami jalan-jalan, tak kan kami nak demand macam-macam pulak kan. Ni pun dah best sangat dah bagi kami. Santai-santai je :).

Kami melalui kampung-kampung yang scenic. 

Ternampak jugak gerai Mee Tongkang ni. Macam mana agaknya rasa mee ni kan? 

Ini lah mee tongkang. Nampak sedap sangat! Ada udang dan sotong. Ada green vegetables. Ada mee tebal. Saya suka mee tebal macam tu. Berkuah. Saya suka mee berkuah... hehehe... 
Sumber: www.facebook.com/Mee-Tongkang-Serkat-Timur

Macam masa jalan-jalan saya di pantai timur, bila lalu di kawasan-kawasan kampung mesti nampak nama-nama kampung atau area yang tak pernah saya dengar. Di sini seperti Serkat dan Perpat. 

Kami tak sempat nak ke Muzium Bugis dan Muzium Nenas. Btw, typical kan kat Malaysia ni pokok-pokok dibiarkan tumbuh meliar sampai tutup signboards di tepi-tepi jalan. Haih!! 

Ada rumah burung dan ladang kelapa sawit.

Lagi tempat-tempat dengan nama-nama menarik. 

Kami ternampak ada kenduri kawin. Nampak tak bapa pengantin yang menyambut tetamu tu gantung tuala di leher dia. Panas sungguh tengahari tu.
Amboi dikkk... besarnya hadiah :).

Kenapa pakai nama 'Madu Tiga'? Sensitive tau.. hehehe...
Apa ya bezanya asam pedas Johor dan asam pedas Melaka?

Rasanya macam saya pernah makan otak otak kempas ni dulu masa di Batu Gajah. Kalau betul the same otak otak.. wooiii.. memang sedap sangat!

Kata Cik Nik ni la rumah boss kicap Jalen. Besar sungguh rumah ni! As Cik Nik was driving and driving and driving tepi rumah ni, kami masih lagi boleh terus nampak tembok putih ni! Panjang sungguh! 

View dari tingkap rumah Cik Nik. Awesome sungguh!

Selepas selesai solat dan tidur sekejap, kami pergi minum petang di Pasaraya Midas Mart ni. 

Haa... nak cuba makan kacang pol! Macam mana la rasanya kan. 

Ini lah kacang pol. Sedap habis saya makan! Hehehe.... Macam kuah cecah Arab. Cuma yang saya makan ni macam tak ada sangat daging cincangnya. Otherwise memang sedap lah. 

Cik Nik order tahu bakar ni untuk kami try. Uwahhh!! Sedap jugak! Ke saya tengah lapar sangat masa tu.. hahaha...

Selesai minum petang, kami naik kereta round-round JB kejap.


Dan kami berhenti seketika di depan Istana Bukit Serene, kediaman rasmi Sultan Johor yang siap dibina pada tahun 1933.


Ada deretan air pancut yang cantik. 


Nak senja dah masa tu.


Replika mahkota diraja. 

So beautiful!


Ada lampu berwarna. So nice lah.

Di gate depan ni ada Royal Guards.

Harap guards ni diberi break time lah. Penat tu berdiri situ berjam-jam. 

Iron gates yang tersergam.

Info Istana Bukit Serene.


Replika mahkota dengan sunset backdrop :).

Mahkota sebenar adalah seberat 1.6 kg dan direka oleh tukang emas London J. W. Benson berdasarkan mahkota British King Edward. 
- Reka bentuk salib seperti di mahkota British diubah untuk menggambarkan motif Islam bulan sabit dan bintang pecah lima.
- Mahkota ini diperbuat daripada emas dan perak, dan diselaputi dengan 2,740 berlian dan batu permata yang pelbagai bentuk dan saiz, termasuk enam berlian, tiga delima merah, empat zamrud hijau dan empat nilam biru.
- Ia juga mempunyai empat bulan sabit berlian dengan bintang yang dipasang di bahagian atas mahkota dengan perkataan Bahasa Arab 'Allah' yang diperbuat daripada 37 delima dan 'Muhammad' yang diperbuat daripada 58 zamrud.


Kalau tak silap ini lah Istana Bukti Serene.

Senja yang cukup indah.

Lepas tu kami berhenti sekejap di Dataran Bandaraya JB ni. Saya je yang keluar kereta untuk ambik gambar.. hehehe... 


Langit senja di JB.

Menara jam di Dataran Bandarata Johor Bahru ni dibina sebagai mercu tanda memperingati pengisytiharan Johor Bahru sebagai sebuah bandar raya pada Januari 1994.


Tak sure ni bangunan apa tapi looks like macam padang bola bertutup. Lokasinya di Kelab Bolasepak Johor Darul Ta'zim bersebelahan dengan Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Ini Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. 

Tak tau ni bangunan apa.

Ehh.. apa tu? Cantik berwarna warni, berjalur-jalur! 
Ini lah skrin angkasa atau sky screen yang di pasang di Jalan Ibrahim, Johor Bahru di hadapan bangunan Majlis Bandaraya Johor Bahru [MBJB], pencahayaan yang bertujuan menyerlahkan dan menjadi tarikan baharu bandar raya. 
- Sepanjang 120 meter dan lebar 20 meter.
- Merupakan yang pertama di dunia.
- Sebahagian daripada persiapan ke arah ‘Johor Bahru Bandar Raya Bertaraf Antarabangsa Menjelang 2020'.
- 540,000 lampu LED digunakan dalam 9,000 jalur.

Pintu gerbang Istana Besar di Jalan Ayer Molek berlatar belakangkan sunset.

بورڬربيتgrilled with soul :).

Muzium Warisan Tiong-Hua Johor Bahru.
موزيوم واريثن شنڬ-هوا جوهر بهرو
Selain menyimpan barangan berharga, penubuhan muzium ini juga bertujuan mengenang jasa bakti nenek moyang sekali gus memberi pendidikan kepada generasi muda.

Ini Al Fayeed Cafe [ال فاييد چفي]. Konsep hangout places macam ni dah memang biasa kita tengok. Macam style di middle eastern countries with outdoor chairs and tables lengkap dengan shisha. 

Ini adalah salah satu dari beberapa street artworks untuk projek #tanahairku [#تانهايركوoleh Petronas di Bandaraya Johor Bahru. Artwork ni di buat pada dinding kedai bernama Fitting Room terletak di Jalan Ibrahim-Jalan Trus. Ia adalah hasil karya Taib bin Abdul Razak [Taib Aur] dan Jefri Bin Abdul [Jeps One]. Tajuk artwork ni ialah 'Kita Jaga Sama-sama'. Awesome  right!

Foto kanan: Johor International Convention Center dan The Puteri Pacific. 

Lepas park kereta di bangunan sebelah Galleria @ Kotaraya, kami pun menapak. Jalan-jalan lepas tu go for dinner. 

Ada banyak kedai menjual bunga dan barangan sembahyang hindu.



This is Sri Raja Mariamman Hindu Temple.

Dulunya dipanggil Plaza Kotaraya. Now dah rebranded kepada Galleria @ Kotaraya.

Di kawasan Little India, di Jalan Trus.

Kami berjalan tak jauh ke Pasar Karat ni. 

Biasa-biasa je pasar ni macam pasar malam lain. Dan mungkin agaknya kami sampai awal sebab banyak gerai tak set up lagi.


Pawagam Broadway. Saya suka pawagam ni sebab macam bangunan dulu-dulu dengan stail art-deco. Klasik. Nampaknya pawagam ni khas untuk penayangan filem-filem tamil.


Memang maju jaya penjual bunga di sini sebab ada kuil hindu yang besar berdekatan. 

Ini kuil hindu Sri Raja Mariamman. Merupakan sebuah kuil Hindu utama di Johor Bahru dan juga merupakan salah satu tarikan pelancong.

Di luar kuil tu ada patung-patung yang dah siap dibuat untuk perarakan chariots pada hari Thaipusam esok harinya. 

Berani-beranikan la jugak ambik a few photos sambil mulut membaca apa yang patut. 

Sempat saya berbual dengan auntie dan uncle yang duduk di tepi luar kuil tu. Diaorang kata penutup kepala berhala tu akan dibuka esok masa perarakan.

Masa saya nak beredar, tiba-tiba lampu berkelip-kelip berwarna warni dipasang pada berhala biru ni.


Jom kita masuk kuil ni ambik gambar :). 

Di pintu gerbang besar bertangga masuk ke ruang dalam kuil.

Tapi sebelum ambik gambar saya tanya dulu pada security guards di situ boleh ke masuk dan ambik gambar. Boleh kata dia. Dia tambah lagi kalau saya nak masuk ke dalam di ruang sembahyang pun boleh, cuma kena tanggal kasut. Agaknya dah biasa dengan kehadiran pelancung.

Saya ambik gambar di bahagian luar dahulu. 

Lelaki tu tengah menyiapkan kavadi untuk dibawa oleh penganut-penganut hindu pada perarakan esok.

Ok, jom masuk ke bahagian dalam kuil ni. 

Ada pintu besar berloceng. 


Saya noticed setiap kali ada penganut hindu yang masuk ke dalam melalui pintu ni, mereka akan membunyikan salah satu loceng di pintu besar tu.
According to the Hindu beliefs, the reason behind temple bells is to awake you and prepare you for taste of awareness.

Di bahagian tempat sembahyang.



Di satu sudut ada berhala-berhala ni dan meja penuh dengan indian candles.
Mengikut kepercayaan Hindu, berhala-berhala ni adalah merupakan 8 manifestasi dewa Hindu Bhairavar [Ashta Bhairavar].
Nama-nama berhala ini dan tunggangan berhala tu ialah:
Top row, left to right: Sri Asithanga - angsa, Sri Ruru Bhairavar - lembu, Sri Chanda Bhairavar - merak, dan Sri Krodhana Bhairavar - helang.
Bottom row, left to right: Sri Kapaala Bhairavar - gajah, Sri Unmattha Bhairavar - kuda, Sri Bheeshana Bhairavar - singa dan Sri Samhara Bhairavar - anjing. 


Berhala-berhala atas meja batu ni pula dikelilingi oleh penganut-penganut hindu sambil membaca mantra. 
Antara nama berhala-berhala ni ialah Ragu, Angarakan dan Santhiran.

Sempat jugak saya ambik gambar sami ni.

Dah mula ramai penganut hindu yang datang ke kuil ni. Oh ya, saya tak naik ke dalam di bahagian ni sebab di situ betul-betul ruang sembahyang mereka. Tak perlu lah saya sampai nak ke dalam sana tu.

Lepas tu saya explore lagi. Keluar dari area sembahyang dan turun tangga ni.

Dan masuk ke dewan ni pulak. Macam ada kerja-kerja persiapan.

Rupanya ada ramai penganut hindu yang sedang membuat persiapan untuk hari Thaipusam esoknya.

Saya berteguran dengan ayah dan ibu keluarga ni. Bila respon baik, macam-macam la saya tanya. Saya siap duduk bersila join diaorang ni. Sangat baik mereka ni layan saya berbual. Beberapa young members of the family according to the father akan berjalan ke kuil satu lagi di JB ni membawa belanga berisi susu sebagai salah satu acara sembahyang mereka. Oh ya, kedua-dua bapa dan ibu ni sangat fasih berbahasa Melayu.  

Lepas tu saya join pulak adik-adik ni. Baik sungguh dan macam happening pulak mereka.. hehehe. Nampak gaya mereka begitu excited dan bersemangat nak jalankan upacara sembahyang mereka. Saya tanya hanya mereka bertiga saja ke dan di mana keluarga mereka. Mereka kata cuma mereka bertiga sahaja kerana keluarga duduk jauh. Wah! Bagusnya mereka ni, muda-muda macam ni dah begitu devoted to their religion and doing the prayer rituals on their own. 

Kata salah seorang adik tadi, dewan ni akan penuh bila nak dekat pukul 12 tengah malam kerana makin ramai yang akan datang membuat persiapan.


Bersambung.... 

Di bawah adalah links kepada semua entries Jalan-Jalan di Johor saya: 

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

No comments:

Post a Comment