Friday, April 6, 2018

KERALA INDIA - DAY 03 - PART 02 - BREAKFAST-MORNING CRUISE-CHECK OUT

Ok, sambung lagi cerita morning cruise di Kerala Backwater ni.

Aaa... sarapan dah siap! Lapar dah! 😊

Sedap sungguh baunya. Ok, yang top left macam lempeng gulung tu dipanggil 'Ada', local breakfast di sini. Biasanya ia adalah lempeng berintikan kelapa campur gula. Cara masak dibalut dengan daun pisang dan dikukus. Tapi Suresh kata 'ada' yang dia buat untuk kami ni special sebab intinya dia tambah diced banana and a dash of honey. Yum!! Juga ada telur dadar, appam and roti stim bersama coconut chutney. 

Butter dan mixed fruit jam juga Suresh hidangkan bersama tembikai dan jus oren.

Mesti la ambil gambar dulu sebelum makan.. hehe.

Sambil sarapan, sambil terus tangkap gambar 😊.

Sedap! Alhamdulillah.

Kejap ngunyah, kejap ambil gambar.. hehe.


Terus merakam aktiviti-aktiviti the lakeside dwellers. 


Ni baru kami nampak satu kuil hindu. Ini Kavungal Sree Bhagavathi Temple.





Kata Mithin ini jaring tempat ternak ikan.



Sebaris pokok-pokok kelapa condong di tebing. Nice.



Lelaki ini menjual ikan dan makanan laut lain.


Mandi dan membasuh kain.



Huish.. dah maksimum habis load sampan ni. Sikit lagi nak sama level dengan air. 

Rupanya mereka sedang transporting batu-batan untuk buat tebing. 

Masa tengok bot ni teringat masa kecik dulu baca kisah macam mana nak timbang berat gajah.. hehe.


Ada uncle tengah menjolok.





Bungalow mewah di tepi tasik Vembanad.

Hotel Ramada.

Jauh adik tu jalan ke sekolah.




Rumput untuk ternakan agaknya.




Sekali sekala ada juga ternampak kedai-kedai kecil macam ni.

Jalan masuk ke kawasan sawah padi.

Kami dah nak check out dari houseboat ni so Suresh requested kami isi borang Guest Report/Feedback ni. Memang high score lah kami bagi.. hehe. 







Sampai semula di Alleppey. Time for us to head on back ke Kochi.


Bergambar kenangan bersama Mithin the houseboat driver and Suresh the cook. Very nice people mereka berdua ni. 

We really had a good time cruising the Kerala Backwater dan bermalam dalam houseboat. Satu pengalaman baru bagi kami. But all good things must come to an end. And we left with wonderful memories and loads of photos.. hehe.

Berjalan ke main road ke kereta untuk balik semula ke Cochin.



Roji our driver dah sedia menunggu. 

As a summary, both my wife and I thoroughly enjoyed being on the houseboat and we love both the houseboat and sampan cruises. Pemandangan di Kerala Backwater adalah sangat cantik dan bagi kami yang suka ambil gambar memanglah seronok sangat. Makan pun sedap. Bilik juga selesa berhawa dingin siap dengan attached bathroom. Ada ruang tamu tempat melepak lengkap dengan six seater dining table. What more could we ask for kan. Also the whole experience was totally a very relaxing one, santai sangat. Jadi saya sangat recommend kepada sesiapa yang nak pergi bercuti to consider going for the Kerala Backwater experience ni.

Alhamdulillah. 

Bersambung...

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

1 comment:

  1. as saya baca entri kerala ni backwards , tak jumpa apakah backwaters ni. sungai eh ? atau terusan ?

    nanti wassap cerita macaman nak timbang berat gajah eh? panjang nho nak jawab kat sini nanti hehehhe..

    sangatlah serammnyanengok depa tunggang tungging pakai dhiti tu!! alahaiii.... :))

    ReplyDelete