Tuesday, February 9, 2016

KEMBARA EROPAH - DAY 08 - PART 02 - SWITZERLAND - LUCERNE

Seterusnya bergerak ke bandar Lucerne. Honestly, for me ni lah pertama kali saya tahu pasal bandar ni. So apa yang ada di situ?

Dari Mount Titlis kami bertolak ke Lucerne. Bye bye beautiful snow capped mountains. 

Melalui beberapa terowong. Bergunung ganang geografinya, jadi banyak la kena korek terowong 

Dan selepas lebih kurang 40 minit kami pun tiba di bandar Lucerne.  

Cantik, historic looking dan bersih bandar ni. Bandar-bandar di Switzerland katanya memang bersih belaka.  

Lucerne, sebuah bandar yang padat di tengah Switzerland, terletak di kawasan pergunungan di hujung utara Tasik Lucerne. Dengan Altstadt[old towns] yang berwarna-warni, tembok kota Museggmauer dari abad ke 14, jambatan Kapellbrücke yang ikonik dan bangunan turet, bandar Lucerne adalah bagaikan satu imej dalam buku cerita sebuah bandar di Switzerland. Ia juga adalah merupakan pintu masuk untuk pergi mendaki dan ski di destinasi yang berdekatan pergunungan Alps.

Jambatan Rathaussteg yang merentangi sungai Reuss. Bangunan 2 menara di seberang sana tu ialah Church of St Leodegar. 

Ada banyak kedai-kedai mewah di Lucerne ni seperti Cartier dan TAGHeuer. 

Kami diturunkan di Schwanenplatz [Swans' Square] yang terletak di pertemuan Tasik Lucerne dan Sungai Reuss. Memang ada tempat khas untuk bas berhenti di dataran sibuk ni untuk menurunkan pelancung. Tapi lepas tu bas kena beredar. Lebih banyak lagi kedai-kedai berjenama antarabangsa di square ni.
Foto bawah bottom right tu adalah contoh bangunan turet di mana pada bangunan baru ada dicantum menara lama. Menara tu dibina pada tahun 1510.

Sementara ahli rombongan lain teruja nak pergi membeli belah, kami lebih tertarik nak explore bandar Lucerne. Kami pun merancang to go for a 'walking tour' on our own. 

Selepas berbincang serba sedikit tempat-tempat menarik di Lucerne dengan tour guide, kami pun beritahu yang kami berdua nak pergi jalan-jalan instead of bershopping. Our tour guide tidak dapat menyertai kami kerana pergi bersama dengan ahli-ahli rombongan lain yang majoritinya hendak membeli belah. So naturally our tour guide have to be with them la especially since they are families with small kids and senior citizens.  

Kami pun terus memulakan walking tour kami menuju ke Kapellplatz atau Chapel's Square. Di sini ada beberapa bangunan-bangunan lama di tepi sungai Reuss yang dulunya merupakan bangunan pertahanan. Bangunan yang asal dah runtuh tinggal yang ni je yang diperkukuh dan di preserve dengan bangunan baru. 
Yang sebelah kanan tu namanya Haus Zur-Gilgen-Turm, sebuah rumah milik persendirian. Wah! Rumah betul-betul sebelah sungai Reuss in the middle of Lucerne! Berapa la agaknya harga rumah tu?! 
Yang sebelah kiri pulak ialah Gereja St Peter's (St Peterskapelle).

Ada banyak burung-burung di tepi sungai ni. Tapi ada larangan memberi makan pada burung-burung ni tapi ada jugak pelancung-pelancung dari China yang begitu excited bagi makan. Siap posing dengan burung-burung tu. Ye lah kan, excited gitu.

Tempat pertama kami lawat ialah ke jambatan kayu yang terkenal di Lucerne ni iaitu jambatan Chapel yang juga terletak di Kapellplatz (Chapel's Square). Ia dibina sekitar 1365 dan adalah jambatan kayu berbumbung yang kedua terpanjang di Eropah.

Seronok bila ada info di papan tanda di tempat-tempat lawatan. Sambil jalan-jalan ambik gambar tu, tahu la jugak serba sedikit sejarah tempat yang dilawati. Baru lah seronok, ye tak :). Ok, jom baca sikit sejarah jambatan kayu ni. 

Pernah terbakar jambatan kayu ni pada tahun 1993.

Kebakaran jambatan Chapel 1993.

Jambatan ini dinamakan Chapel Bridge kerana ia terletak berhampiran St. Peter's Chapel di Kapellplatz.
Jambatan sepanjang 204.70 meter ini merentangi Sungai Reuss secara pepenjuru (diagonal). Ia adalah jambatan kayu yang tertua di dunia yang masih digunakan sehingga ke hari ini.

Chapel bridge merentangi Sungai Reuss diagonally.

Di siling jambatan ni ada banyak lukisan-lukisan lama. Pada asalnya ada 111 tapi lepas kebakaran 1993, 78 lukisan hangus. Punca kebakaran? Disyaki dari puntung rokok. 


Lukisan-lukisan ini menggambarkan adegan sejarah Switzerland dan sejarah tempatan, termasuk biografi of the city's patron saints, St. Leodegar dan St Maurice.

Lukisan-lukisan ni dibuat pada sekitar tahun 1611 oleh pelukis Katolik tempatan Hans Heinrich Wägmann.



Pemandangan menghala ke Tasik Lucerne dari Chapel Bridge. Itu adalah Schweizerhofquai Bridge. 

Bangunan belah kiri tu ialah sebuah gereja 'the Baroque Jesuit Church Lucerne'. Itu pula Rathaussteg bridge. 


Yang ni pulak ialah Rathaus (Town Hall) siap dibina pada 1606 dengan stail Renaissance Itali. It is an old town hall.

Dari Chapel bridge ni boleh nampak Jesuit Church.

Views Lucerne Old Town. Yang top right tu ialah stesen keretapi Lucerne.

Bangunan castle macam dalam cerita fairy tales ni ialah Château Gütsch [1888], sebuah hotel butik mewah dan restoran terkenal di Switzerland.
Hotel 5 bintang ni ada 27 bilik dan suites yang unik dengan setiapnya mempunyai pemandangan bandar dan tasik Lucerne. Hebat hotel ni dan sangat exclusive. Kalau rajin sila la ke link hotel ni. 

Ehhh... tetiba ada burung pulak datang. Dekatnyaaaa... :). 
Tapi saya tak bagi burung ni makan sebab ada restriction bagi burung-burung di situ makan. Tak de apa pun on me masa tu nak bagi makan kat burung ni.. hehe..

Menara bentuk oktagon ni namanya Water Tower (Wasserturm). Tingginya 34 meter. Ia dibina 30 tahun lebih awal dari Chapel bridge ni sekitar tahun 1300. 
Water Tower ni pernah digunakan untuk pelbagai tujuan seperti arkib, perbendaharaan kota, penjara dan tempat menyeksa [torture chamber]. Sekarang ni dah dijadikan pejabat oleh sebuah persatuan sejarah tempatan.


Di sebelah Chapel bridge tadi ada jambatan pejalan kaki Rathaussteg ni yang merentangi sungai Reuss.

Bangunan putih ni ialah Luzern Theater terletak di tebing selatan sungai Reuss. 

Di depan teater ni ada this life-size patung gangsa pengembala biri-biri. Tak de maklumat siapa buat sculpture ni dan bila.

Kami pun terus berjalan lagi dalam our so-called 'walking tour'. Of course masa jalan-jalan tu kami sangat berhati-hati. Maklum la takut pulak kami yang nampak sangat gaya pelancongnya nanti dilihat as potential victims. Tapi Alhamdulillah semua ok dan kami tidak hadapi sebarang gangguan. 

Dan ini pula ialah bangunan gereja, the Baroque Jesuit Church Lucerne dibina pada 1666.
Dibina sebagai Counter reformation oleh penganut Kristian Katolik menentang Protestants dengan membuat senibina baroque yang memaparkan kuasa dan kemuliaan dan menekankan bahagian-bahagian tradisi Katolik (terutamanya penghormatan kepada saints) dan budaya visual (bertentangan dengan penekanan Protestan pada perkataan daripada kitab-kitab). 

Pemandangan jambatan Rathaussteg dan jambatan Chapel yang merentangi sungai Reuss dan bandar lama Lucerne di sebelah kiri. 

Do not feed the birds!
Jadi adakah Lucerne bandar yang tidak mesra merpati? Malah sebaliknya! 
Burung boleh dan akan lebih sihat kalau mencari makanan sendiri daripada makan roti lama/basi yang diberi orang. Sekor burung memerlukan 30 gram makanan sehari so bila dah bagi roti cepat la kuantiti keperluan sehari tu dicapai maka burung-burung punya banyak masa terluang dan tenaga untuk membiak. Maka jumlah burung akan bertambah dan bertambah jugalah najis mereka. Sekor merpati berak 10 kg najis setahun. Jadi kalau 2,500 ekor maknanya najis sebanyak 25 tan setahun terhasil. Juga najis tu selalunya akan mengotori bangunan dan monumen membuatkan kos pembersihan meningkat. Jadi apakah cara lebih mudah dan murah? Kurang makanan, kurang merpati, jadi kuranglah najis. Burung merpati pun lebih sihat dan pencemaran juga berkurangan. 

Sungai Reuss dan bandar lama Lucerne. 


Bangunan berwarna warni dan bernombor tu sebenarnya bangunan yang dah dihiasi dengan Advent Calender. 
Advent Calender ialah satu kalender istimewa untuk mengira detik hari kedatangan Christmas dan juga untuk meraikan hari-hari sebelum menjelangnya Krismas.

Yang ni pulak jambatan Krongasse. Kalau ada masa memang best duduk-duduk di jambatan ni sambil enjoy the views.

Dari pemandangan ini kami boleh nampak 3 binaan penting di sungai Reuss, Lucerne ni. Paling depan [sebelah kiri foto] ialah sebuah empangan dipanggil Needle Weir. Bangunan berwarna warni tu ialah Lucerne Old Town. Dan yang belakang yang nampak 2 menara tu ialah Musegg Wall. 

Musegg Wall merupakan sebahagian kota pertahanan Lucerne yang dibina pada abad ke 13 yang masih terpelihara. Kubu bersejarah ni ada 9 menara. 

Dari sudut pandangan ini boleh nampak 4 dari 9 menara di Musegg Wall: Menara Nolli, Männliturm, Luegislandturm and Heu.
Menara-menara Nolli, Männliturm, Luegislandturm dan Heu.
Nolli: menara ni terletak di tepi sungai Reuss. Dibina pada 1531 as a gate tower.
Männliturm: bermaksud 'Little Man'. Dipanggil demikian sebab di puncak menara ni ada patung iron man memegang banner.
Luegislandturm: bermaksud 'Look Toward The Land'. Ia setinggi 52.6 meter dan yang tertinggi diantara 9 menara di Musegg Wall. Ia berusia lebih tua dari Musegg Wall dan berperanan sebagai menara pemerhati. Dibina pada 1291.
Heu: bermaksud 'Hay' sebab menara ni dulu tempat simpan rumput kering. Waktu yang sama juga jadi setor simpan serbuk letupan [gunpowder]. Pada 1701, menara ni disambar petir dan gunpowder meletup. Menara ni rosak teruk dan batu-batan dari menara ni melayang masa letupan dan mengakibatkan kerosakan teruk di kawasan sekeliling. Ada juga kematian. Lepas tu menara ni dibina semula.  

Ini pula ialah empangan Needle Weir [Nadelwehr]. At some areas, sungai Reuss ni deras airnya jadi alirannya perlu pengawalan. Oleh itu Needle Weir dibina. 
Empangan jarum [needle dam] adalah weir* yang direka untuk mengekalkan tahap atau aliran sungai melalui penggunaan kayu nipis [jarum/pancang]. Kayu-kayu pancang ini disandar pada rangka yang kukuh dan boleh telus air. Kayu-kayu individu ini boleh ditambah atau dibuang untuk mencerut atau menambah aliran air sungai.

*Weir: empangan rendah yang dibina di seberang sungai untuk meningkatkan paras air di hulu atau mengawal aliran.

Memang cantik empangan kecil ni. First time tengok empangan 'jarum'. Teringin, tapi tak berani la nak jalan atas titi tu.. hehehe. Lagi pun rasanya titi tu memang tak boleh dilalui oleh orang awam. 

Maklumat yang ada pada papan tanda tepi empangan ni. 


Sebahagian daripada fittings empangan telah musnah semasa banjir tahun 2005, dan telah dipulihkan. Katanya boleh bezakan antara pancang lama dan yang baru diganti dengan melihat pada warna pancang.


Empangan yang dibina di antara tahun 1859-1860 ni masih digunakan sehingga ke hari ini untuk mengalirkan air ke sebuah loji hidroelektrik berhampiran.


Berdekatan Needle dam tu ialah kawasan Reusssteg yang ada muzium-muzium Museum of History dan Nature Museum. Tapi kami tak dapat la masuk sebab tak cukup masa. Masih banyak lagi area nak cover on foot di Lucerne ni :). 

Rumah lama cantik nampak macam coklat ni terletak di kawasan Kasernenplatz. 
Rumah Ander Allmend ini dibina pada 1679 oleh keluarga bangsawan Ander Allmend. Rumah ini telah diisytiharkan sebagai monumen dan merupakan salah satu mercu tanda seni bina bandar Lucerne.

Pada masa dahulu, kawasan sebelah sini Sungai Reuss ini, di mana terletaknya kawasan Rathaussteg dan kawasan Reusssteg, dinamakan Small Town. Kawasan ini ditandakan dengan sebuah jambatan kayu yang dipanggil Spreuer Bridge dan sebuah pintu kota yang dipanggil Baslertor (Basel Gate).
Inilah pintu kota Small Town pada masa dahulu yang dinamakan Baslertor (Basel Gate).

Di sebelah Baslertor ialah Museum of Nature.

Ini adalah satu lagi jambatan kayu berbumbung yang merentangi sungai Reuss yang dipanggil jambatan Spreuer. 
Seperti Chapel Bridge, Spreuer Bridge turut membentuk sebahagian sistem pertahanan kota lama Lucerne.

Gambaran jambatan Spreuer pada 1597.

Secara ringkas jambatan Spreuer ni dibina pada sekitar tahun 1400, musnah dalam satu ribut pada 1566 dan dibina semula pada 1568.
Jambatan Spreuer ni dibina untuk menghubungkan City Mills dengan Pfistergasse (Baker's Quarter). Baker's Quarter dibina jauh di luar kawasan bandar/perumahan sebab penduduk ketika itu takut kebakaran akan berlaku berpunca dari dapur bakery yang sememangnya dinyalakan sepanjang malam. Seperti yang terjadi di kota London semasa Great Fire of london 1666 yang berpunca dari bakery diraja.


Macam di Chapel bridge, jambatan Spreuer juga ada lukisan di siling bumbungnya. 
Di bawah bumbung Spreuer Bridge ni, ada 67 lukisan bertarikh antara 1626 - 1635 menggambarkan "Dance of Death". Kematian, digambarkan oleh rangka atau sebagai "Great Reaper" menggesa semua orang untuk menari dengan dia, iaitu mati. Direka oleh ketua pelukis Kaspar Meglinger.

Kematian tidak membezakan yang tua atau muda, ahli gereja atau orang biasa, kaya atau miskin. Lukisan-lukisan begini sering diletakkan di dinding perkuburan. Ia meluahkan perasaan rakyat dalam menghadapi kematian terutamanya pada masa wabak yang merebak luas di seluruh Eropah pada lewat zaman pertengahan. 

Kalau jambatan Chapel ada Water Tower, jambatan Spreuer ni ada menara merah ni, sebuah gereja kecil yang ditambah pada jambatan ni pada 1568.

Chapel ini dibina untuk menghormati Virgin Mary.
Seperti yang tertera di bahagian atas belah kiri pintu chapel ni:
1408 - wurde die brucke erbaut - jambatan ini dibina
1566 - vom sturme zerstort - dimusnahkan oleh ribut

1568 - wieder aufgebaut mit der kleinen kapelle die - dibina semula dengan gereja kecil
1889 - renoviert wurde - diubahsuai


Sejak kurun ke 8 lagi penduduk Lucerne dah mejana kuasa air deras sungai Ruess dengan water mills [roda-roda air] untuk macam-macam kegunaan seperti mengisar bijirin dan menukul dan mengisar bahan-bahan lain.











Ok lah, cukup la cerita pasal mills and turbines kan.. hehehe... 


Lepas tu kami jalan-jalan pula di kawasan Altstadt atau Old Town Lucerne. Cantik bahagian bandar Lucerne ni. Ada bangunan lama, lorong, lukisan dinding, air puncut, kedai berjenama dan lain-lain.

Ni di luar sebuah restoran di Lucerne. Siap ada tempat duduk tepi luar tingkap berlapik bantal dan light deco. Juga disediakan ashtrays. Ooo.. untuk perokok la. 

Jalan lagi dan ternampak bangunan ni dengan mural yang sangat menarik. Ia menggambarkan suasana bandar Lucerne berabad yang lalu. 

Jom kita zoom tengok dekat-dekat mural awesome ni! :)
Gambaran sungai Reuss dan jambatan Spreuer yang menghubungkan kawasan City Mills [kanan] dengan Pfistergasse (Baker's Quarter) [kiri].  

Kawasan Pfistergasse (Baker's Quarter). 

Mengambarkan Baslertor (Basel Gate), jambatan Spreuer dan beberapa buah pulau-pulau buatan yang menempatkan roda-roda air untuk menjana kuasa air sungai Reuss yang deras. Kelihatan juga Musegg Wall dan Menara Nolli.

Lucerne Old Town.

Jalan lagi. By this time we were so glad that kami berani-beranikan diri berjalan hanya kami berdua di bandar Lucerne ni. Maklum la, sebelum ni kami semasa bercuti-cuti, atas sebab-sebab keselamatan, kalau pergi walking tour ni mesti dengan tour guide. Alhamdulillah bandar Lucerne ni nampaknya selamat dan mudah berjalan sana sini kerana bandarnya agak teratur. Juga ada banyak signboards [in English] yang boleh kami refer to. 


Cakap pasal signboards, isteri saya yang sememangnya nak tengok monumen Singa di Lucerne ni terus bercadang nak pergi cari lokasinya. Dah tanya tadi pada tour guide masa di bas dan dia kata monumen lion tu agak jauh. Since masa tu masih ada masa lagi, kami pun teruskan juga usaha mencari Lion Monument tu dengan berpandukan pada signboards yang ada disitu :).

Sambil mencari tu, singgah sana sini sekejap and took some photos of, for example, these interesting monuments and buildings. 
Air pancut tu namanya Weinmarkt Fountain dibina sekitar tahun 1400 dan dikatakan fountain yang tercantik di Lucerne. Tapi fountain ni hanya replika dan yang asal ada di Historic Museum. Ia direka oleh arkitek terkenal Konrad Lux dengan ciri-ciri termasuk Saint Mauritius dan enam pahlawan zaman pertengahan.

Seperti nama air pancut di atas, nama kawasan ni ialah Weinmarkt. Ia pasar utama Lucerne, yang telah menjadi tempat untuk 'Tuesday Food Market' sejak berabad yang lalu dan sehingga hari ini masih berperanan yang sama. Pada masa kini ia beroperasi pada hari Selasa dan Sabtu pagi. 
Bangunan tu ialah bangunan Haus zur Sonne dengan dinding depan berlukisan bertajuk "Feast of Canaan" dilukis oleh  Eduard Renggli pada tahun 1928. 

Bangunan ni pula terletak di Altstadtplatze [Old City Squares]. 
Di dinding bangunan Müllersche Apotheke ni ada tertulis, “love sickness knows no cure”. Ia adalah sebuah farmasi yang dah ujud sekitar tahun 1530 lagi. 


Seterusnya bangunan ni pula. 
Sebuah lukisan dinding oleh Hugo Bachmann dari tahun 1956 menceritakan kisah Weinmarkt Square, yang menggambarkan pemuzik dan pelakon yang sedang membuat persembahan di dataran tu, dengan penjual ikan yang sedang menonton.

Ini pula dataran yang dipanggil Hirschenplatz (Deer Square). 
Asal nama dataran ni adalah dari nama sebuah hotel yang bernama Gasthaus Hirschen (Inn of the Deer) beratus tahun yang lalu.

Ini adalah Hotel des Balances. 
Lukisan di dinding hotel ini mengambarkan pemburu dan Justitia [Lady Justice, Roman goddess of Justice], gambaran keadilan dilaksanakan di dataran ini pada zaman dahulu di bawah pokok Linden.

“Beneath a linden tree, you cannot tell a lie”



Okeh, enough about old buildings for the time being. Jom jalan lagi :).

Nak teruskan carian Löwendenkmal / Lion Monument. 

Berjalan di laluan pejalan kaki dengan kedai-kedai di kiri kanan. 

Banyak lah kedai berjenama. Nice shopping place. Tapi tak tau la kan harganya macam mana since kami tak membeli belah. 


Nama kawasan shopping ni ialah Grendelstrasse. 


Sebuah kedai cermin mata bernama Central Optic. Apa yang menarik pasal kedai ni ialah patung-patung keluarga kartun ni.. hehehe... 

Semua termasuk anjing tu happy tersenyum lebar sebab dapat cermin mata baru. Cuma muka si ayah je yang sedih sebab kena bayar harga semua cermin mata tu.. hehehe... 

Terjumpa juga St. Matthew's Church (Matthäuskirche) yang merupakan sebuah gereja Protestant.

Dan akhirnya kami pun sampai ke Monumen Singa. Penat tapi lega sebab jumpa jugak. Tadinya dah fikir nak patah balik sebab masih jugak tak jumpa. Tapi lepas tanya seorang lelaki tempatan, dia kata jauhnya cuma jalan kaki 4 minit je dari tempat kami bertanya dia tu. Terus jadi semangat balik.. hehehe...

Serba sedikit maklumat Lion Monument ni. 


Kecil je tamannya. Depan monumen tu ada sebuah kolam. Patung singa tu terukir di dinding batu. 
Seronok bila tengok tak ramai pelancong lain.. hehehe..


Monumen sepanjang 10 meter dan setinggi 6 meter ini diukir pada batuan granit dengan menggambarkan seekor singa tercedera yang sedang menunggu maut.


Sedih tengok muka singa yang sedang menunggu ajal ni.

Perasan tak bentuk gua tu bentuk binatang apa?

Haaa... macam babi kan? 
Mengikut cerita, tukang batu yang buat monumen ni bergaduh dengan orang mengupah dia jadi nak balas dendam, dia sengaja buat gua tu macam bentuk babi. 
Details yang mengagumkan!


Di sebelah taman Monumen Singa ni ada Glacier Garden Lucerne. Tu yang di atas bukit kecik tu. Memang la teringin nak check out the place tapi at that time we definitely should be heading back ke tempat berkumpul. Apatah lagi jalan nak balik ke sana adalah jauh. Kena bajet masa elok-elok. 

Since tak sempat nak masuk garden tu saya ambik le pamphlets ni nak tahu lebih lanjut apa ada di dalam taman tu. Menarik jugak!




Mula berjalan meninggalkan Lion Monument. 

Masa jalan tu kami lalu kedai-kedai dan restoran. Kami berhenti sekejap di restoran ni saje nak tengok pekerja ni pasang pokok Krismas.. hehe... 
Kebetulan tuan punya restoran ada sekali di situ, yang belah kiri foto tengah hisap rokok tu. Saya pun tanya le itu ini. Baik orangnya dan peramah. Dia kata la pokok ni kena pasang elok-elok sebab mungkin salji akan turun. Kena juga siram kalau tak cepat mati/layu pokok-pokok tu. Lepas tu kena decorate pulak. The usual stuff about setting up a Christmas tree. Dia juga tanya kami the usual questions like kami ni dari mana, dah jalan-jalan ke mana etc.   

Kononnya nak beli pisau ni walaupun entah masa bila saya nak pakainya pun. Tapi bila tengok harga, wooiii.. mahalnya. Langsung tak jadi. 

Ni semua gedung-gedung barangan mewah. Ekslusif sangat nampaknya. 

Love these doors!

This mode of transportation is called the Trolleybus. 

Ini Church of St Leodegar. Gereja terpenting di Lucerne dibina sekitar tahun 1633. 
Salah satu gereja yang kaya dengan seni bersejarah.

Kami berjalan menuju ke Schwanenplatz [Swans' Square] tempat kami turun dari bas tadi.

Masa kami lalu dekat mak cik ni anjing-anjing comel dia menyalak dengan kuat. Terkejut jugak sebab tak padan dengan saiz badan yang kecik macam tu.. hehehe... Mak cik ni baik orangnya berteguran dengan kami :). 

Kedai coklat dalam bentuk figurines seperti santa claus. 
Max Chocolatier: Handmade Swiss chocolate, 100% natural. Satu-satunya bengkel dan butik coklat di Lucerne. Pengunjung boleh juga join tour tengok macam mana coklat handmade ni dibuat dan juga ada tasting.

Bila tiba di Schwanenplatz, kami dapati masih ramai ahli rombongan yang belum sampai masih lagi bershopping. So kami decided nak sambung lagi sikit walking tour kami. 
Ini di tasik Lucerne. Ada bot-bot untuk boat cruise dan boleh disewa for personal group tours.

Mesti la selit beberapa foto-foto burung-burung ni. Ada banyak di tasik Lucerne ni.

Dari Schwanenplatz kami nampak ada satu pintu gerbang yang nampak cantik dan bersejarah di seberang sana sungai Reuss. Di situ lah stesen keretapi Lucerne. Jadi ke situ lah kami. Tak jauh cuma dalam 10 minit berjalan kaki. Tak boleh pergi jauh actually since dah nak dekat masa untuk berkumpul. 

Kami menyeberangi Jambatan Schweizerhofquai untuk ke stesen keretapi Lucerne [Bahnhof Luzern]. Cantik view dari jambatan ni.
Masa jalan ni memang berangin since berada di area tasik dengan suhu bawah 5ºC. Memang sejuk sungguh. 

Dan kami pun sampai ke pintu gerbang lama ni. Gerbang ni pernah menjadi pintu masuk utama stesen keretapi lama tahun 1869. Bangunan ini terbakar sepenuhnya pada 1971. Cantik gerbang ni.
Stesen keretapi baru telah dibina kira-kira 50 meter ke arah Selatan, jadi sekarang gerbang lama ni terletak di tengah-tengah terminal bas antara stesen keretapi baru dan tempat bot berlabuh di tasik Lucerne.

Pintu gerbang sekarang dan stesen keretapi lama. Lepas terbakar cuma tinggal gerbang tu sahaja.

Boleh kalau nak naik bot cruise tasik Lucerne ni dan harganya lebih CHF100 [RM420.00]. Tapi dari apa yang saya baca, masa cruise tu akan nampak pemandangan-pemandangan yang sangat cantik!

Chapel Bridge dari Jambatan Scweizerhofquai.

Berjalan semula ke Schwanenplatz. Dah mula nak gelap so lampu-lampu Christmas deco dah menyala. 

Dengan itu maka berakhirlah 'walking tour' sendiri-sendiri kami di bandar Lucerne ni. Tour yang main redah je berpandukan pada signboards.. hehe...

Syukur Alhamdulillah selamat perjalanan kami.

Saya selitkan peta perjalanan kami ke tempat-tempat yang sempat kami jelajah masa 'walking tour' tu. Total jarak perjalanan kami kalau ikut kiraan peta Google map ni ialah 3.3 km tapi rasa macam kami dah jalan lebih dari 5 km.. hehehe.. gitu le kan bila dah usia macam ni. Tentu la masa jalan-jalan tu kami banyak berhenti ambik gambar so tu yang ambik masa lama dan terasa macam jauh sangat perjalanannya... hehehe...   


Christmas decorations.

Orang-orang Swiss rupanya kuat merokok. Tu dia... punya dalam sedutan sampai cengkung pipi. Confirm penuh tepu paru-paru dia dengan asap tembakau tu. 
Secara amnya perokok di Swiss adalah heavier smokers berbanding dengan perokok di negara jiran Swiss seperti Germany, France dan Italy. Switzerland juga ketinggalan dalam menyekat aktiviti merokok di khalayak ramai dan di dalam bangunan. Referendum untuk mengharamkan merokok di tempat awam pada tahun 2012 telah ditentang dan gagal. Sebabnya perlembagaan Swiss, samada secara literal atau tidak, menentang sebarang tindakan yang mengenakan atau imposing national norms on behavior. Macam la di Netherlands, di mana dadah dijual di merata tempat di Amsterdam sebab katanya rakyat boleh take care of themselves dan tak payah lah nak tegah dan buat undang-undang.  

Boleh juga kalau nak naik kereta kuda pusing bandar Lucerne ni.

Dan tiba masa untuk kami pergi makan malam dan ke hotel. 

Bersambung...


Di bawah adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:


16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

3 comments:

  1. Asssalam.. ...seronoknye....bercuti. gambar2 memang superb sgt. semoga satu hari nanti saya pun dpt bercuti mcm keluarga tuan syed.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam srh azzn
      Terima kasih :). Alhamdulillah, mmg seronok, dapat tengok negara orang.
      InshaAllah, semoga srh azzn sekeluarga juga dapat bercuti ke Eropah.

      Delete
  2. Asssalam.. ...seronoknye....bercuti. gambar2 memang superb sgt. semoga satu hari nanti saya pun dpt bercuti mcm keluarga tuan syed.

    ReplyDelete