Wednesday, February 24, 2016

JALAN-JALAN DI JOHOR - DAY 02 - PART 01 - MUZIUM NELAYAN - GALERI GEOLOGI

Disambung... :)

Esok paginya Cik Nik bawa kami sarapan di Warung Makan Terasa di Medan Selera Taman Cempaka. 

Hamboii... begitu banyak pilihan! Dari pelbagai jenis kuih hingga ke sarapan berat seperti nasi lemak dan nasi impit. 

Ni la sarapan kami. Cuba teka yang mana breakfast saya? hehehe...
Benar seperti nama warung ni, memang hidangan sarapannya begitu 'terasa' sedapnya :). What a way to start our day 2 here in JB. Syukur Alhamdulillah.


Pagi tu Cik Nik bawak kami ke Tanjung Balau pula. Dia kata ada pantai yang cantik. Kami ok je :).

Pemandangan di Lebuhraya Senai-Desaru yang cantik.

Peta perjalanan kami pagi tu ke Tanjung Balau dari Johor Bahru. Sejam lebih jugak nak sampainya.

Kalau semalam kami ke Tanjung Piai di sebelah Barat Johor mengadap Selat Melaka, pagi ni kami ke Tanjung Balau sebelah Timur Johor pulak mengadap Laut China Selatan. 

Lebih kurang setengah jarak perjalanan ke Tanjung Balau kami sampai di jambatan lebuhraya yang awesome ni! Inilah Jambatan Sungai Johor yang menyeberangi, you know it, Sungai Johor :). 
Panjangnya 4 km dan merupakan jambatan sungai terpanjang di Malaysia. Menara tu tingginya 143 meter. Tingginya! 

Saja saya masukkan di sini imej dari peta Google. Boleh zoom-in sampai nampak jambatan ni. How nice lah!

Dan yang nemariknya juga masa lalu jambatan ni boleh nampak pemandangan yang best ni! Ada ternakan ikan dalam sangkar!






Ehh... ada Muzium Nelayan pulak di Tanjung Balau tu. Ni yang best ni :).

Cantik pulak jalan ni :).

Selamat tiba dah di Tanjung Balau. Alhamdulillah.

Terus kami ke Muzium Nelayan Tanjung Balau ni :).


Info tentang Muzium Nelayan ni.


Moh.. jom kita masuk dalam ya :).

Ada perahu-perahu tradisional. 




Cantik sungguh seni ukir di perahu ni. 

Info Desaru. 


Jom masuk! Panas pun kat luar ni. Kat dalam ada air-con.. hehehe...

Cuma RM2.00 sahaja. 

Saya suka betul foto-foto lama macam ni :).

Kaunter depan Muzium Nelayan Tanjung Balau.

Baiklah... foto-foto seterusnya are self explanatory :).


Sejarah penangkapan ikan.

Cara tangkap ikan guna racun.

Cara guna bantuan haiwan.

Terus dengan tangan.

Punyalah saya teruja bila ada diorama macam ni! :)


Detailed sungguh! :o







Ramalan dan Kepercayaan Nelayan - Tradisional.
Jadi kena cari kawasan yang airnya hijau bercampur atau kemerah-merahan. Baru banyak ikannya.

Tengok riak permukaan air boleh tahu ada ikan apa di bawahnya. 

Cahaya bulan juga mempengaruhi tabiat ikan. Ini sangat membantu nelayan mencari rezeki. SubhanAllah, hebatnya ciptaanNya. 

Ikan 'belida' dipercayai berasal dari seekor kucing? Menjerit macam kucing bila ditikam? Tulangnya putih halus macam bulu kucing? Oiittt... ni first time tahu pasal kepercayaan sebegini.
Read on lagi pasal ikan 'tumuli' dan 'kalui' pulak :o 

Ramalan dan Kepercayaan Nelayan - Meteorologi.

Fascinating!


Tahyul dan khurafat ni. 


Sebuah cerita rakyat. Kenapa pawang tu terjun ke dalam laut ek? 


Wah! Siap ada diorama jeti nelayan! How awesome is that! :)

Alat-alat menangkap ikan di Semenanjung Malaysia. 



Ada macam-macam cara nak tangkap ikan. 

Perangkap jermal. 

Bubu.

Bintoh, perangkap ketam dam udang.

Sauk tangan. 

Tangguk kerang. 

Pukat rawa. 

Ambal.

Pukat Kenka.

Pukat tarik. 

Pukat sudu. 

Belat lengkong.

Pukat kisa. 







Tukang perahu dan bot.








Membuat perahu dan bot.






Ukiran-ukiran di perahu.














Beginilah banyaknya khasiat seekor ikan. SubhanAllah. 

Anatomi ikan Pari.




Pengunjung boleh juga duduk dalam perahu menyaksikan rakam video pendek tentang nelayan.


Ada ikan nama jebong ayam laut. Gerong-gerong. Aji-aji. Kaci. Malong. Landok. Semua saya tak pernah dengar. 

Ikan biji nangka. Kacang lopek. Alu alu. Dengkis. Dan ikan yu bodoh [kesian ikan ni].

Traditional playgames. 

Wah! Wah! Wah! Ada diorama ni! Kampung nelayan tepi laut! So much details! So awesome! 

Saksikanlah betapa detailed diorama ni! Tengok la ombak tu!

Budak bergayut dari pokok kelapa while someone watched over him. 

Ada nelayan tengah membaiki jala. Ada yang tengah membuat perahu.

Siap ada pelepah kelapa berserakan.

Uwahh.. saya suka betul yg ni! Ada jeti tu!

Nelayan tengah gendong hasil tangkapan. 


Backdrop sungguh cantik!

My favourite!

Ada wanita berkemban tengah sidai kain. Lengkap dengan buah-buah kelapa yang gugur ke tanah. 

Nelayan tengah membaiki jala dan baby merangkak. This is too much details, I so happy lah.. hehehe... 




Ni yang saya paling suka. Detail macam ni memang hebat. Siap ada jemuran ikan kering. Ada bantal dijemur di tingkap macam orang dulu-dulu selalu buat. Awesome tak awesome detail macam ni!!!

Daily chores by the ladies.

Budak-budak main tarik pelepah kelapa :).

Lengkap dengan merpati dan rumah merpati. Ada juga ayam dan reban ayam :). 

Ni yang paling tak tahan! Ada meow jugak! Hehehehe.... 

Aktiviti nelayan. 

Ada Angsa. Ada tukang bot tengah buat bot. Tengok la rangka bot tu!

Boys main sepak takraw!

Peniaga menimbang pakai dacing :). 

Huii... puas hati sungguh dapat tengok dan ambik gambar miniature kampung nelayan macam ni. Syabas kepada Kurator Muzium Nelayan Tanjung Balau! 

Seterusnya ke contoh rumah nelayan pula. 

Cantik betul binaan rumah kayu nelayan ni. Nampak authentic! 

Boleh masuk dalam dan lihat bilik-bilik dan ruang-ruang yang ada di dalam. 

Ini ruang dapur. Ada dapur kayu, kayu api, rak dan pinggan mangkuk fesyen lama, lesung, acuan kuih agar-agar, penyapu lidi, acuan kuih putu dan lain-lain. 

Set makan pinggan ayan serta sudu, botol air lama F&N [Singapore-Kuala Lumpur] dan 7 Up dulu, teko basuh tangan dan pelita. 

Bilik tidur. Atas meja tu ada old brylcreem glass jar! Vintage collection tu! :)

Di sini pula ada seterika arang, penyembur nyamuk, piring hitam, lampu suluh, tin rokok, risalah lama Berita Pertanian, Jamu Sehat, cover gramophone record, kalendar dinding 1968, gramophone dan radio lama, Al Quran lama serta rehal, jam dinding lama dan surat khabar lama Utusan Melayu [اوتوسن ملايو]. Suka betul saya tengok barang-barang lama ni! :)

Secara keseluruhannya, Muzium Nelayan Tanjung Balau ni memang bagus. Sarat dengan barang-barang yang dipamerkan. Paling seronok juga pada saya ialah ia juga sarat dengan pelbagai maklumat menarik. Muzium ini juga cukup selesa, teratur dan dijaga rapi. Syabas sekali lagi pada kurator muzium ni terutama sekali kerana memasukkan diorama sebagai salah satu bahan pameran dan memastikan barang-barang pameran adalah autentik dan asli. Muzium ini sesuai untuk lawatan oleh semua lapisan masyarakat, semua bangsa dan umur. Bagus juga kalau pihak sekolah-sekolah buat lawatan ke sini sebagai pendedahan kepada generasi muda tentang kehidupan nelayan. 

Ok, selesai di Muzium Nelayan, kami ke Galeri Geologi ni yang terletak di sebelah Muzium Nelayan.

Ada T-Rex ni. Mula-mula dia diam. Bila kami lalu tiba-tiba dia bergerak dan ROAR!!! Terkejut kami! Hahahaha...!! 
Berapa la agaknya harga animatronic dinosaur ni? Saya tanya sebab it is a really good animatronic :).

Ok, saya tak tau nak cerita pasal geologi so kita tengok foto-foto je la ya.. hehehe... 
















Okeh, selesai dah jalan-jalan di Muzium Nelayan dan Galeri Geologi :). 

Bersambung.... 

Di bawah adalah links kepada semua entries Jalan-Jalan di Johor saya:

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

6 comments:

  1. diorama tu sungguh datail kan!!
    saya duduk situ nengok satu persatu..
    dekat setengah jam duduk perpegun nengok diorama tu!
    bantal jemur kat lepa tingkap.. kucing.. main layang-layang
    makcik berkemban..
    saya kagum!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul doc. Sabar sungguh orang yg buat ni. Dan details tu betul2 capture the real nelayan kampung life.

      Delete
  2. Assalamualaikum... Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terkira atas nilaian, dan respon yang positif oleh pihak tuan. Susah saya nak jumpa pengunjung yang betul2 menghayati pameran dalam muzium nelayan ini. Saya bertugas telah 10 tahun sbg Penolong Kurator di muzium ini dan seringkali ada juga yang seperti tuan menghargai warisan negara ini. TERIMA KASIH! Datang lagi tuan! Pelbagai program saya akan wujudkan dan tambahbaik dari masa ke semasa... Wassalam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Sama-sama.
      Saya ni memang suka muzium. Kerana ia sarat dengan maklumat yang seringkali saya tak jumpa kalau search di internet. Dan maklumat dalam sebuah muzium adalah lengkap dan sah. Itu yang saya suka.
      And definitely Muzium Nelayan menepati kriteria ini.

      Bila saya masuk sesebuah muzium, immediately saya dapat feel 'kesungguhan' kurator. Ini yang buat saya excited. Saya perhatikan cara materials dipaparkan. The audio, visuals, video dan lain2 medium. Even the lightings pada saya sangat penting dalam menyenangkan pelawat membaca maklumat atau to create the right mood of items being displayed.
      Sekali lagi Muzium Nelayan sangat cemerlang dalam kriteria yang saya nyatakan di atas.

      Maaf jika my sharing di atas tu kurang descriptive atau kurang jelas, kerana saya bukanlah seorang kurator, cuma dari perspective seorang yg sukakan muzium :).

      Terima kasih pada Encik/Cik/Puan and your team kerana berjaya membuatkan kunjungan kami ke Muzium Nelayan sesuatu yang memorable and very informative. We really did have a good time there.

      Kalau saya ada rezeki ke Muzium Nelayan lagi, saya plan nak spend at least 3 jam di situ :).
      Dan nak tengok the upgrades yg semestinya awesome :).

      Terima kasih kerana sudi membaca blog saya ini and for leaving such wonderful comments. I really do appreciate it.

      Dapatlah kiranya salam dan terima kasih saya disampaikan ke semua warga Muzium Nelayan bersama ucapan selamat berbuka puasa dn selamat hari raya (versi PKP).

      Delete
  3. Assalamualaikum... Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan yang tidak terkira atas nilaian, dan respon yang positif oleh pihak tuan. Susah saya nak jumpa pengunjung yang betul2 menghayati pameran dalam muzium nelayan ini. Saya bertugas telah 10 tahun sbg Penolong Kurator di muzium ini dan seringkali ada juga yang seperti tuan menghargai warisan negara ini. TERIMA KASIH! Datang lagi tuan! Pelbagai program saya akan wujudkan dan tambahbaik dari masa ke semasa... Wassalam..

    ReplyDelete