Monday, February 15, 2016

KEMBARA EROPAH - DAY 09 - GOING HOME

Dan tiba masa untuk kami pulang ke tanahair tercinta. Indah negara orang, negara sendiri tetap di hati. Or something like that lah.. hehehe... 

Haaa... enough bread, Croissant and scrambled eggs already! Hahaha.... 

Masa kami nak bertolak ke airport, salji turun. Cukup nostalgik.  

Salji dan looked like macam hujan juga. Very cold. Sebagai kenangan snap la jugak a few more shots.  

Tiba di airport Zurich. Our tour guide suggested that we left for the airport early just in case traffic jam atau salji mungkin turun lebih lebat lagi. We all agreed.

Suasana di airport Zurich. Makin lama makin ramai orang. Bila kaunter dah bukak, kami pun beratur. Masa beratur tu kami bersembang dengan satu keluarga Melayu dari Singapura. Mereka nak dekat seminggu di Switzerland.

Dah check-in, semua bergerak ke gate untuk ke boarding area. 

Suasana di bahagian perlepasan airport Zurich. Huge and ultra modern.



Penerbangan kami adalah mengikut jadual. Risau jugak takut delay sebab salji tengah turun masa tu. 

Kami pun mencari prayer room atau apa yang mereka panggil chapel. Jenuh mencari sehingga kami hampir sesat dan jauh dari Gate kami. Sampai terpaksa bertanya beberapa airport staff dan polis. Tapi rupanya prayer room tu cuma untuk kegunaan staff airport dan penumpang yang berlepas di gate D sedangkan kami di Gate E. Last-last kami bersolat je di seating area. 

Selesai solat kami pun cepat-cepat menuju ke Gate E dengan menaiki tren yang canggih ni. Begitu futuristic!

Terus menuju ke Gate E.

Menunggu boarding time.

Time to board. 


Dalam pesawat Airbus Qatar Airways.

Canggih airbus ni. Tingkap tertutup with a blue colored shade yang see through. Nak bukak tutup pun pakai tekan button. 

Penerangan keselamatan.

Flight info.

Flight map.

Peta siang dan malam.


Peta satelit pun ada. Hebat!

Pesawat bergegar masa terbang atas Pergunungan Alps. Kami terus berdoa. Alhamdulillah, selepas lalu gunung ganang tu, turbulence dah reda. 

Dalam pesawat pun nak berpanorama.. hehehe...

Time to sleep. Eh... kat Zurich tadi kan baru pukul 3 petang? Rasanya begitulah cara airlines nak kurangkan kesan jet lag since masa tu pesawat dah mula memasuki kawasan malam. Tapi saya tengok banyak TV menyala je.. hehehe..

Then terang benderang.

Masa untuk makan. Sedap ke? Alhamdulillah, sedap dan mengenyangkan. 


Terbang dalam kawsan malam.

Tahu tak kenapa pilot buat lencongan ni? Untuk elak war zones. Fikir-fikir balik, terasa takut. Tapi kita sebagai orang Islam mesti lah banyak berdoa dan berserah kepadaNya. 

Memandangkan penerbangan mengambil masa lebih kurang 5 jam 40 minit dan masa tu tak pun rasa ngantuk, so dikeluarkan mini laptop dan sort through photos. 




Saya perasan masa flight lampu dalam pesawat ni bertukar-tukar warna. Ia dipanggil 'Mood lighting'.
Mood lighting boleh membuat penumpang merasa lebih tenang dan bahagia dan ia membantu mereka tidur/bangun. Masa makan ia diselaraskan kepada tona yang lebih 'warm and cozy'. Dan lepas makan dan nak relak bersandar, kabin akan selubungi warna lavender yang menenangkan. Apabila tiba masa untuk tidur, lampu bertukar ke biru dan nyaman. Nak pasang lampu dalam pesawat pun kena guna psikologi. Semua bertujuan nak hapuskan/kurangkan kesan jet lag. Of course la this will translate to favorable reviews from the airlines' customers and potentially repeat customers as well, which means that it is good for business.  

Approaching Doha.

Arah Mekah pun ada. 


Map navigation console/menu yang canggih. I really like it!



There are so many movies and TV series selections.


Because Qatar Airways cares. 

Kami tiba di Doha pada pukul 9.15 malam waktu tempatan.

Transit di Doha ni adalah selama 4 jam. Jadi kami guna kesempatan ni untuk bersolat. Selesai solat saya cari power sockets dan charge handphone dan laptop. Lepas tu terus ke Gate 3 untuk perlepasan ke KLIA.  

Penerbangan sambungan kami dari Doha ke Kuala Lumpur berlepas pada pukul 1.20 pagi waktu tempatan.






Dah tiba angkasa Malaysia. Kalau hari tu masa terbang dari KL ke Doha ambik masa 7 jam, dari Doha ke KL pula 6 jam 30 minit. Kenapa lagi pendek dari Barat ke Timur? 
Jet Stream adalah aliran angin altitude tinggi yang sentiasa bertiup dari Barat ke Timur merentasi Atlantik. Pesawat yang bergerak pada kelajuan konstan akan bergerak lebih cepat ke arah Barat-Timur berbanding dengan arah Timur-Barat. 
Kami tiba di Kuala Lumpur pada pukul 1.00 tengahari. Cuaca cukup baik.

Alhamdulillah kami pun selamat mendarat di KLIA. 

Saya terus ajak isteri makan mee goreng.. hehe... 

Ada saya mesej kawan-kawan saya nak ucapkan terima kasih kerana mendoakan kami berdua :). 
Tapi sungguh la, memang terasa panas dan bahangnya Malaysia bila tukar climate. Takut jugak kot sakit ke. Maklum la bukannya muda lagi. 

Lepas letak beg terus ambik Tam Tam di pet shop. Kesian tengok dia dok dalam sangkar macam tu. Adik yang jaga dia kata Tam Tam suka sangat dengan blanket dia tu yang memang kami letakkan sekali dalam sangkar di situ. Kira macam safety blanket dia la. Dan macam dulu juga lepas kena boarding lama, bila balik rumah si Tam Tam ni macam masuk rumah baru. Ingat tak ingat la tu... hehehe...  

Syukur Alhamduillah.

Di bawah adalah links kepada semua entries Kembara Eropah saya:
01) KEMBARA EROPAH - DAY 01 - DEPARTURE - UK - BICESTER VILLAGE

02) KEMBARA EROPAH - DAY 02 - PART 01 - UK - LONDON CITY TOUR

03) KEMBARA EROPAH - DAY 02 - PART 02 - UK - LONDON CITY TOUR

04) KEMBARA EROPAH - DAY 03 - PART 01 - FRANCE - PARIS CITY TOUR

05) KEMBARA EROPAH - DAY 03 - PART 02 - FRANCE - PARIS CITY TOUR

06) KEMBARA EROPAH - DAY 04 - BELGIUM – ATOMIUM

07) KEMBARA EROPAH - DAY 05 - PART 01 - NETHERLANDS - ZAANSE SCHANS DAN AMSTERDAM CITY TOUR

08) KEMBARA EROPAH - DAY 05 - PART 02 - NETHERLANDS - AMSTERDAM CITY TOUR

09) KEMBARA EROPAH - DAY 06 - PART 01 - GERMANY - KE COLOGNE DAN COLOGNE CATHEDRAL

10) KEMBARA EROPAH - DAY 06 - PART 02 - GERMANY - KE FRANKFURT

11) KEMBARA EROPAH - DAY 07 - PART 01 - GERMANY - KE BLACK FOREST DAN TITISEE-NEUSTADT

12) KEMBARA EROPAH - DAY 07 - PART 02 - GERMANY - BLACK FOREST, TITISEE-NEUSTADT DAN RHEINFALLS

13) KEMBARA EROPAH - DAY 08 - PART 01 - SWITZERLAND - MOUNT TITLIS

14) KEMBARA EROPAH - DAY 08 - PART 02 - SWITZERLAND – LUCERNE

15) KEMBARA EROPAH - DAY 09 - GOING HOME

16) KEMBARA EROPAH 2015 - RINGKASAN KESELURUHAN PERJALANAN

No photograph may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved. 

No comments:

Post a Comment