Wednesday, October 16, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - CROSSING THE STRAIT OF GIBRALTAR - PART 01

Assalamualaikum.
Baik, jom kita naik feri meninggalkan negara Maghribi dengan menyeberangi Selat Gibraltar untuk ke negara lawatan kami seterusnya iaitu Sepanyol. 

Tangier dihubungkan dengan dua bandar di Spain melalui feri. Yang pertama ialah bandar Tarifa, yang hanya berjarak sejam dari pelabuhan Tanger Ville ini. Yang kedua ialah bandar Algeciras, yang berjarak dua jam dari pelabuhan Tanger Med. Jadi dari pelabuhan Tanger Ville ini, kami masuk ke Spain melalui bandar Tarifa.

Port de Tanger Ville, Avenue Mohammed VI, Tangier, Morocco.

Mohsein, our local tour guide selama kami di Maghribi, memberi beberapa pesanan dan peringatan dan kata-kata perpisahan.

Ada deretan tandas disediakan di tempat parkir di terminal feri ini. 
Bagaimanakah tandas di tempat-tempat yang kami lawati? Generally adalah bersih. Ada yang berbayar, tapi mostly free entry. Tandas-tandas di restoran-restoran, tempat-tempat tarikan pelancong dan di highway rest areas (RnR) juga adalah bersih. Yang tidak bersih adalah kerana disebabkan pengguna-pengguna yang tidak bertanggungjawab. 

Berramai-ramai mengambil beg-beg masing-masing untuk ke terminal feri.

Kelihatan penjual jalanan menjual beg-beg kulit yang sangat menarik 😅. Saya pun segera berjalan menjauhi dia, sebab risau beg-beg kami dikatakan beranak pula 😄.

Menarik beg ke terminal feri.




Gare Maritime. 
"Gare Maritime" adalah dalam bahasa Perancis untuk Maritime Station/Stesen Maritim.

🔴Sebagai sebahagian daripada projek untuk membangunkan semula kawasan pelabuhan Tangier Ville, stesen maritim lama yang terletak bertentangan dengan bandar lama Tangier (kasbah) telah diperbesarkan. Ruang lama seluas 3,500 m2 telah diubah suai sepenuhnya dan ruang baru seluas 2,800 m2 telah ditambah.
🔴Pelaburan ini bertujuan untuk mengoptimumkan pengurusan aliran penumpang dan kereta, serta mematuhi semua syarat-syarat keselamatan yang terlibat dalam pengurusan tersebut.


Di pintu Departure.

🔴Setelah kami tiba di depan pintu Gare Terminal ini, setiap ahli kumpulan diberikan tiket feri masing-masing. Kami akan melalui pemeriksaan imigresen sebaik saja masuk ke dalam bangunan Gare Maritime, jadi mesti pastikan passport dipegang bersama tiket.
🔴Feri kami dijadualkan berlepas dari Tangier ke Tarifa pada pukul 10 pagi melalui Route: Tangier Ville-Tarifa menaiki Vessel: Tarifa Jet.

Beratur masuk ke dalam Gare Maritime. Hanya penumpang yang mempunyai tiket feri sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam.

Pemeriksaan passport di Gare Maritime berlaku cepat dan lancar. Next, tunggu dipanggil boarding the ferry. 


Suasana ruang menunggu di dalam Gare Maritime.

Pemandangan Port de Tanger Ville dari tingkap ruang menunggu.


 Lebih kurang pukul 9:30 am, penumpang dipanggil untuk ke feri.

Bagasi perlu dibawa sendiri. Ada disediakan kemudahan troli bagi yang memerlukan.





Itulah feri yang kami naik untuk ke Sepanyol - Feri DFDS.

Ia adalah feri Syarikat DFDS (Det Forenede Dampskibs-Selskab - literally The United Steamship Company). DFDS ialah syarikat perkapalan dan logistik antarabangsa Denmark.

Suami tolong tolak sekali beg isteri, isteri tolong ambil gambar 😄. Kerjasama dan persefahaman ini adalah sangat penting bagi memastikan percutian kami didokumentasikan dengan sebaik mungkin 😂.



Feri ini juga ada menyediakan perkhidmatan untuk penumpang berkenderaan. 

Penumpang jalan kaki masuk dahulu ke dalam feri, diikuti oleh penumpang berkenderaan. 




Berjalan masuk ke feri dua tingkat Tarifa Jet. Jambatan ke feri ini adalah juga laluan untuk kenderaan masuk ke dalam feri.

Melangkah masuk feri sambil membaca doa.

Ruang parking untuk kenderaan.

Beg-beg besar tidak dibenarkan dibawa naik ke ruang penumpang. Jadi dikumpulkan di tepi dinding seperti dalam foto di bawah.

Jom naik ke tingkat atas.



Ruang duduk penumpang feri begitu luas sekali. Tempat duduknya free seating.

Ada banyak lagi tempat duduk di bahagian depan sana.

Tepat pukul 10 pagi, feri Tarifa Jet ini berlepas meninggalkan Port de Tanger Ville, menuju ke Tarifa. Perjalanan adalah merentas Selat Gibraltar yang selebar 14 km, dan ambil masa lebih kurang sejam.

Jom tengok pemandangan dari open deck feri ini.

Port of Tangier Ville.

🔴Port of Tangier Ville terletak di pintu masuk ke Selat Gibraltar, di pinggir barat pelabuhan Tangier, terbuka ke arah barat laut.
🔴Terletak di bandar Tangier, ia berada di persimpangan Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean, di teluk antara Cape Spartel dan Cape Malabata.

🔴Dengan pembukaan pelabuhan baru Tangier Med, terletak 40 km timur bandar Tangier ini, kebanyakan trafik dipindahkan secara beransur-ansur antara akhir 2008 dan akhir 2010, membebaskan pelabuhan lama Port of Tangier Ville ini daripada pengangkutan barang supaya ia dapat menumpukan perhatian pada pengangkutan penumpang dan bot sukan.

🔴Pelabuhan itu kini sedang menjalani penyusunan semula yang besar dengan matlamat utama untuk menawarkan perkhidmatan baharu tertumpu pada pelancongan kapal persiaran dan kapal layar. Dengan perubahan ini, Port of Tangier Ville akan membolehkan bandar Tangier menjadi destinasi pelancongan kelas pertama.

🔴Pelabuhan ini mempunyai tiga dermaga untuk tambatan bot laju yang berkhidmat di laluan ini serta terminal feri yang sedang dalam proses dimodenkan dan diubah suai.

Dalam feri ini ada dipaparkan maklumat tentang FRS, syarikat yang memiliki feri ini.
FRS, a shipping company based in northern Germany, has decided to develop new business activities beyond its home waters.
In the last few years, FRS has grown from a regional passenger carrier to an internationally active operator with nearly 73 vessels and more than 2,000 employees in more than a dozen countries around the world. Every year, FRS transports 7.6 million passengers and 2.1 million vehicles on its domestic and international shipping lines.
Today, the FRS Group consists of 21 lines located in Europe, North Africa and America.

🔴Syarikat pengangkutan feri FRS mempunyai laluan yang menghubungkan Tarifa dan Tangier City, dengan trafik penumpang melebihi 1.2 juta orang. 

🔴Laluan feri Tarifa-Tangier ini adalah merupakan laluan terpendek dan terpantas yang menghubungkan Sepanyol ke Maghribi dalam masa 1 jam sahaja dan dengan sekurang-kurangnya 8 perlepasan (setiap 2 jam) setiap hari.

🔴Feri ini boleh memuatkan seramai lebih dari 700 orang penumpang dan mempunyai kapasiti 175 tempat untuk kenderaan. Kelajuan maksimumnya boleh mencapai 42 knot.

🔴Tarifa Jet menawarkan banyak perkhidmatan on-board yang boleh dinikmati semasa menyeberang Selat Gibraltar seperti wifi percuma, kafetaria (makanan halal dalam semua feri/laluan feri), teres, beli-belah bebas cukai dan pet area.






🔴Selat Gibraltar menghubungkan Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean, adalah kira-kira 60 kilometer panjang dan antara 14 dan 44 kilometer lebar. 
🔴Selat Gibraltar ialah selat yang sempit yang memisahkan Eropah dari Afrika. Kedua-dua benua dipisahkan oleh 7.7 batu nautika atau 14.2 kilometer pada titik paling dekat antara kedua-dua benua itu. 
🔴Kedalaman Selat berjulat antara 300 meter dan 900 meter. 

🔴Selat Gibraltar adalah satu-satunya penghubung semula jadi antara Lautan Atlantik dan Laut Mediterranean dan merupakan salah satu laluan air paling sibuk di dunia. Kira-kira 300 kapal menyeberangi selat ini setiap hari, kira-kira satu kapal setiap 5 minit. 
🔴Terdapat perkhidmatan feri menyeberang antara dua benua itu setiap hari dalam lebih kurang 1 jam.

🔴Selat ini terletak di perairan Maghribi, Sepanyol, dan wilayah luar negara British Gibraltar. 
🔴Di dalam Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Undang-undang Laut, kapal dan pesawat asing mempunyai kebebasan navigasi dan penerbangan untuk menyeberangi selat Gibraltar sekiranya transit berterusan.

🔴Nama “Gibraltar” berasal dari Rock of Gibraltar, yang berasalnya pula adalah dari bahasa Arab Jabal Ṭāriq (bermaksud "Gunung Tariq"), dinamakan sempena Tariq ibn Ziyad. Ia juga dikenali sebagai Selat Gibraltar, Gut of Gibraltar dan STROG (STRait Of Gibraltar) kod dalam kegunaan tentera laut.  
🔺Nota: Tariq ibn Ziyad ialah seorang komander Umayyah yang memulakan penaklukan Muslim Visigothic Hispania (sekarang Sepanyol dan Portugal) pada 711–718 Masihi.

🔴Lembangan Mediterranean hari ini adalah peninggalan Laut Tethys, yang wujud sekitar zaman dinosaur. Apabila plat Afrika dan India bertembung dengan plat Eurasia, Laut Tethys beransur-ansur hilang. Sebuah jambatan darat semulajadi telah terbentuk, yang memisahkan sepenuhnya Laut Mediterranean dari lautan lepas kira-kira 6 juta tahun yang lalu. Tanpa sambungan ini, Laut Mediterranean menjadi kering menjadi padang pasir garam yang besar. 
🔴Jambatan darat itu tenggelam sedikit kira-kira 5.3 juta tahun yang lalu, membolehkan air laut lepas mengalir kembali ke dalam lembangan Mediterranean. Untuk beberapa milenium ini hanyalah jumlah yang kecil. Hakisan air yang berterusan dalam jangka masa yang panjang pada jambatan darat itu menyebabkan lebih banyak air mengalir masuk, sehingga paras air di Mediterranean meningkat pada akhirnya mungkin sehingga 10 meter setiap hari.

🔴Kini, oleh kerana lebih banyak air masih tersejat daripada yang dibawa masuk oleh sungai dan hujan, Mediterranean hari ini akan kering semula tanpa sambungan ke Atlantik. Paras air Lautan Atlantik adalah kira-kira 1.5 meter lebih tinggi, sehingga kira-kira 1 juta meter padu air sesaat mengalir ke Laut Mediterranean di permukaan.

🔴Oleh kerana kepekatan garamnya yang tinggi, air Mediterranean jauh lebih berat dan oleh itu tenggelam ke bawah di atas lembangan Mediterranean yang lebih dalam, menolak air dalam kembali ke Laut Atlantik. Di ketinggian dan lekukan ambang Gibraltar di kawasan Selat, pergolakan berlaku, yang membawa banyak nutrien dari kedalaman ke permukaan.

🔴Air laut yang kaya dengan nutrien bersama dengan cahaya menyokong pembentukan plankton tumbuhan (phytoplankton) - prasyarat untuk bekalan makanan yang banyak. Paus dan ikan lumba-lumba juga mendapat manfaat daripada kejadian ini. Maka tidak hairanlah terdapat tujuh spesies ikan paus dan ikan lumba-lumba di selat ini walaupun lalu lintas perairannya sibuk.
🔴Untuk melindungi ikan paus, Kementerian Alam Sekitar Sepanyol menetapkan had laju 13 knot (24 km/j) untuk selat ini pada Februari 2007.


Kalau jarak terdekat antara Maghribi dan Sepanyol hanya 14 km sahaja, kenapa tidak dibina jambatan atau dibuat terowong bawah tanah untuk menghubungkan kedua-dua benua?
🔴Kesukaran utama membina terowong atau jambatan antara kedua-dua negara adalah kerana terdapat sesar aktif yang menjalar jauh di dalam Selat Gibraltar. Sesar ini menandakan titik geseran antara plat tektonik Afrika di selatan dan plat Eurasia di utara.
🔴Ini menyebabkan kawasan di bawah selat ini kurang stabil berbanding di Selat Inggeris. Sesar geologi utama yang aktif, Sesar Transformasi Azores–Gibraltar(Azores–Gibraltar Transform Fault), membelah selat ini, dan gempa bumi yang teruk pernah berlaku di kawasan itu.

🔴Kedua, arus kuat dan aliran pasang surut: Selat ini terkenal dengan arusnya yang kuat, terutamanya pada kawasan paling sempit. 
🔴Arus ini mewujudkan persekitaran yang dinamik dan tidak dapat diramalkan yang boleh menimbulkan risiko besar kepada pembinaan dan kestabilan jambatan atau terowong.

🔴Ketiga, Selat Gibraltar adalah selebar 14 kilometer tetapi kedalaman air dan sifat dasar laut memberikan cabaran besar untuk pembinaan jambatan.
🔴Hakisan yang dihasilkan oleh perairan yang masuk menjadi punca utama bagi kedalaman Selat sekarang iaitu sedalam 900 meter dan di bahagian sempitnya pula sedalam 280 meter.

Feri ini juga ada top deck di mana dapat disaksikan keindahan pemandangan Selat Gibraltar.

Top deck ini dinaungi bumbung tensile canopies. Disediakan juga bangku panjang untuk penumpang bersantai sambil menikmati pemandangan selat ini. 

Berlayar dari perairan Maghribi ke perairan Sepanyol.

Sungguh menenangkan duduk di top deck ini. Alhamdulillah cuaca cukup indah hari itu dengan langit biru yang menawan. Suasana cukup nyaman dengan tiupan angin laut yang tidak terlalu sejuk atau terlalu panas.










🔴Ditubuhkan pada tahun 1866, DFDS beribu pejabat dan disenaraikan di Copenhagen Stock Exchange.
🔴Ia mengendalikan rangkaian pengangkutan di dalam dan sekitar Eropah, mempunyai 12,800 pekerja sepenuh masa, dan mengangkut barangan dalam treler dengan feri, jalan raya dan kereta api, serta menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik pelengkap. 
🔴DFDS juga membawa penumpang berkereta dan and foot passengers pada laluan feri jarak dekat dan semalaman.

Good bye Morocco. Till we meet again.
Au revoir le Maroc. Jusqu'à ce que nous nous revoyions.
وداعا المغرب. حتى نلتقي مرة أخرى

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment