Assalamualaikum.
Setelah makan tengahari, melawat Kasbah Oudayas, Hassan Tower dan Mausoleum Mohammed V di bandar Rabat, kami pun ke bandar seterusnya iaitu Fes.
Di sebelah kanan dalam foto di bawah ialah sebuah taman namanya 'Plaza 16 Novembre' yang kami lalui tadi semasa dalam perjalanan ke Hassan Tower.
Taman 'Plaza 16 Novembre', sungai Bou Regreg dan Marina Bouregreg di Salé.
Marjane ialah rangkaian pasar raya besar Maghribi. Ia dimiliki sepenuhnya oleh syarikat induk Al Mada. Rangkaian itu membuka pasar raya pertamanya, pada tahun 1990, di Rabat.
Bangunan futuristik ini ialah Grand Théâtre de Rabat - Grand Theater of Rabat yang direka oleh arkitek terkemuka dunia Zaha Hadid.
Ini Mohammed VI Tower. Bangunan ini ialah bangunan tertinggi di Afrika, menjulang ke ketinggian 250 meter yang mengagumkan. Terletak di bandar Rabat, Maghribi, ia direka untuk dilihat dari jarak 50 kilometer. Ketika ini kami melalui Pont Fida - Fida Bridge.
🔴Direka oleh arkitek Sepanyol Rafael de la Hoz dan arkitek Maghribi Hakim Benjelloun dan dimiliki oleh Bank of Africa, menara ini menggabungkan fungsi kediaman, hotel dan pejabat.
🔴Bangunan itu terdiri daripada sebuah menara yang dipasang di atas podium, menyerupai roket pada pad pelancarannya.
🔴Ia mempunyai 55 tingkat mengandungi sebuah hotel mewah, pejabat, pangsapuri mewah dan juga teres pemandangan di bahagian atas, semuanya boleh diakses melalui sejumlah 40 lif, 23 di menara dan 17 di podium.
🔴Bangunan ini boleh bertahan dari bukan sahaja unsur-unsur biasa, seperti angin kencang atau kejadian seismik, tetapi juga banjir dari sungai Bouregreg yang berdekatan.
Jambatan yang menyeberangi sungi Bou Regreg ini namanya 'Pont Moulay Youssef' - Moulay Youssef Bridge.
🔴Dengan panjang 200 m dan lebar 22 m, jambatan ini akan mengukuhkan infrastruktur pengangkutan Lembah Bouregreg, menyerap hampir 20% aliran arus.
Studios Vilarmar, the studios of the Moroccan arts village for voiceover.
Guard house, Rabat Palace.
This is Maamoura Forest Park.
🔴Hutan Maâmora terletak di bahagian timur laut Maghribi. Dengan jumlah keluasan semasa kira-kira 1,330 km² (termasuk enklaf), hutan Maâmora dahulunya dianggap sebagai hutan oak terbesar di dunia.
🔴Jenis pokok oak di sini ialah Cork Oak yang merupakan sumber utama gabus untuk penyumbat botol wain dan kegunaan lain.
Di Maghribi, Hutan Mamora adalah lokasi yang sempurna untuk mencari kedamaian, ketenangan dan pengasingan dari dunia luar yang sibuk.
Cantiknya taman ini! Lokasi fotografi yang awesome.
Ok, sudah masuk lebuh raya. Berikut adalah pemandangan yang sempat kami rakam semasa perjalanan dalam bas dari Rabat ke Fes ini.
Kawasan perladangan yang saujana mata memandang.
Melalui Province Khémisset.
Then, kami berhenti di stesen petrol untuk short break dan bersolat di Station-service TotalEnergies Relais D'Oulmes, Khémisset.
TotalEnergies, Oulmes.
Sambil menunggu group members lain selesai urusan, kami jalan-jalan pusing kawasan rehat ini.
Saya baca tumbuhan yang berasal dari negara-negara Mediterranean ini mempunyai manfaat kesihatan seperti menurunkan kadar gula pada pesakit diabetes, menurunkan kadar kolesterol, mengatasi sakit perut, kram, mual dan muntah (dispepsia), mencegah kanser dan lain-lain.
Dalam makanan, daun milk thistle dan bunga boleh dimakan sebagai sayuran untuk salad dan pengganti bayam, namun tanaman ini juga dapat digunakan sebagai pengubatan herbal melalui supplement.
Satu lagi ladang gandum yang luas di seberang lebuh raya sana.
Beautiful Blue Jacaranda.
Biru langitnya pelbagai shades and hues. Epik sangat.
🔴Khemisset adalah adalah pengeluar gandum yang ke 7 terbesar di Maghribi, iaitu sebanyak 5.58% dari jumlah keseluruhan penghasilan gandum Maghribi.
🔴Pada 2023-24, Maghribi mengimport 80% daripada keperluan gandumnya dari negara Kesatuan Eropah.
🔴Gula, gandum, kentang, dan buah zaitun adalah tanaman utama yang dihasilkan di Maghribi.
🔴Tiga eksport utama ialah hasil pertanian (buah sitrus dan sayur-sayuran pasaran), barangan separuh proses dan barangan pengguna (termasuk tekstil), dan produk fosfat dan fosfat.
Kelihatannya kenderaan beroda yang ditarik haiwan (kuda) masih lagi digunakan di ladang-ladang dan kawasan luar bandar Maghribi.
Kami pun selamat tiba di Fes pada pukul 8.30 malam. Alhamdulillah.
Fes Town Hall building.
Kiri ialah Fontaine Le Globe Terrestre - Fountain The Terrestrial Globe. Di tengah itu Royal Mirage Hotel Fes.
Tiba di Hotel Sofia, hotel penginapan kami di bandar Fes ini.
Makan malam kami disediakan di hotel ini. Lepas letak beg di lobi untuk sementara waktu, kami terus ke restoran hotel.
Sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah.
Lobi Hotel Sofia, Fes, Maghribi. Terdapat beberapa set sofa perabot mewah klasik memenuhi ruang lobi. Ruang-ruang tempat duduk dengan bahagiannya tersendiri menyediakan privasi untuk tetamu. Candeliernya pun cantik.
Kaunter check-in hotel ini sangat cantik dihias dengan corak Islamic geometry dan seni Maghribi pada dinding, kaunter dan panel atas kaunter. Very nice and elegant.
Satu lagi set sofa di penjuru lobi hotel. Intimate and cosy.
Di salah satu sudut lobi hotel ini juga ada satu setting ruang makan zaman dulu di Maghribi yang mewah lengkap dengan hiasan pintu tradisional Maghribi di belakang yang sangat cantik dan set makan dan minum tembaga dengan ukiran khas tradisional Maghribi.
Inilah bilik kami. Ruangnya luas, selesa untuk letak/buka beg-beg besar kami dan juga untuk bersolat.
Pemandangan malam bandar Fes dari tingkap bilik hotel kami.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment