Monday, September 23, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - FES MEDINA - PART 02

Assalamualaikum.
Sambung lagi cerita walking tour kami di Medina Fez. Dari Place Seffarine kami dibawa berjalan ke Fondouq Staouniyine / Funduq Al-Tetwaniyyin.

Kami dibawa masuk oleh local guide melalui gerbang ini. Di atas gerbang ini ada iklan kedai permaidani:
ANDRAMOUS At the Wonders of the Carpet
Large Selection of Ancient and Modern Carpets Berber Hangings Specialty of Fez Carpets
Famous Exhibition of Antique and Modern Carpets
Wholesale and Retail Shipping to all countries Home Delivery By: DHL OR FEDEX


Juga ada iklan restoran Fassi Medina Delice yang menghidangkan makanan Fassi tradisional.

Burger unta pun ada dijual dalam Medina Fez ini.

Ada satu lagi iklan kedai permaidani:
Qux wonders of the carpet
Wide choice of ancient and modern carpet berber wraps specialty of fes carpet
Famous exhibition of antique and modern carpets wholesale and retail expeditica, for any country.

Inilah Funduq Al-Tetwaniyyin (Fondouq Staouniyine). 
Funduq al-Tetwaniyyin ('caravanserai penduduk Tetouan'), juga dikenali sebagai Funduq al-Staouniyine, ialah funduq bersejarah (caravanserai) di Fes el-Bali, bandar lama Fes, Maghribi. Ia dibina untuk kegunaan pedagang ke Fes pada masa lalu. 

Ia diasaskan pada abad ke-14 semasa era Marinid, mungkin sekitar masa yang sama dengan pembinaan Madrasah al-Attarine oleh Sultan Abu Sa'id Uthman II, menjadikannya salah satu funduq tertua di Fes.

Funduqs ialah sejenis karavanserai bandar di Maghribi yang berfungsi sebagai tempat penginapan dan pusat komersial untuk perdagangan, menyediakan perkhidmatan dan penginapan untuk pedagang dan pengembara dari luar bandar. 

Beberapa funduq juga diduduki oleh para tukang dan pengilang dan bukannya pedagang, tetapi Staouniyyin Funduq ini adalah semata-mata untuk pedagang. 

Nama Tetwaniyyin bermaksud "orang dari Tetouan" (sebuah bandar di utara Maghribi), menunjukkan bahawa pedagang di Fes mengikut sejarah dikumpulkan bersama mengikut asal usul mereka.

Terdapat ukiran-ukiran kayu yang pernah menjadi hiasan di funduq ini satu ketika dahulu yang diselamatkan semasa renovasi dan dipamerkan di sini untuk pengunjung. Turut dipamerkan ialah alat timbang besar yang menggunakan pemberat-pemberat besi/logam yang pernah digunakan oleh para pedagang ketika itu. 



Pemberat yang digunakan sebagai alat penimbang.

Bangunan ini telah diklasifikasikan sebagai monumen negara pada tahun 1925. Ia telah dipulihkan, bersama-sama dengan beberapa funduq lain, oleh agensi pemeliharaan warisan ADER-Fes, dan dibuka semula pada Mac 2019 sebagai pusat kebudayaan dan komersial untuk ahli pertukangan, dengan beberapa kemudahan moden ditambah.

Funduq mempunyai susun atur tipikal yang sepadan dengan caravanserais lain di Maghribi dan di Nasrid Granada pada masa itu, yang terdiri daripada halaman yang dikelilingi oleh galeri bertingkat yang memberikan akses kepada bilik yang disusun merentasi tiga tingkatnya. 

Funduq ini kini mempunyai keluasan lantai yang boleh digunakan (selepas pemulihan) seluas 437 meter persegi. 

Turut dipamerkan foto-foto funduq ini sebelum, ketika dan selepas direnovasi.

Tingkat bawah kemungkinan besar digunakan untuk menyimpan haiwan dan barang dagangan, dan merupakan tapak perdagangan, manakala tingkat atas adalah untuk penginapan pedagang.


Galeri ini disokong oleh ambang kayu yang terletak pada tiang persegi, dan dilapisi dengan pagar kayu seperti mashrabiya atau parapet. 

Bangunan ini juga terkenal dengan ruang depannya, yang mempunyai siling kayu berukir dan dicat yang menampilkan motif geometri dan bunga, serta inskripsi Arab yang diukir dalam tulisan Kufic. 

Ukiran kayu corbels di bahagian halaman vestibule sangat canggih dan merupakan antara contoh terbaik dari zaman Marinid.

Cantik sungguh ukiran kayu di funduq ini.




Pengetuk pintu besi yang besar dan cantik turut diselamatkan ketika renovasi.

Empat karavanserais (termasuk funduq ini) yang bertarikh dari abad ke-14-18 berada dalam keadaan pembaikan yang berbeza: satu memerlukan pemulihan, satu telah dipulihkan, dan dua yang lain, yang telah dimusnahkan oleh api, telah dibina semula. 

Terkini (2024), terdapat kira-kira 10 Funduq yang telah dipulihkan sepenuhnya sementara 30 Funduq lagi sedang menjalani pemulihan.

Kesemua funduq itu yang pada asalnya digunakan oleh para pedagang pada zaman dulu, kini berfungsi sebagai pusat wanita, bengkel latihan kraf dan studio untuk artis dan ahli pertukangan di mana penekanan diberikan kepada kegunaan kontemporari.

Hanya bahan dan teknik tradisional digunakan dalam keempat-empat projek pemulihan, dan tinjauan dan latihan dalam teknik ini merupakan komponen penting dalam keseluruhan program, begitu juga kerjasama dengan pelbagai kementerian kerajaan untuk mendapatkan kelulusan bagi pendekatan baharu ini terhadap warisan bandar dan seni bina di Maghribi.

Kraf yang diamalkan di funduqs kini termasuk sulaman, jahitan, tenun permaidani, tenunan, pembuatan tali pinggang tradisional, hiasan tradisional pada kayu, baldi kayu dan barangan loyang.

Kiosk souvenir.

Babouche slippers key-chains.




Ada oyen di funduq ini 😃😍😊.

Kemudian kami ke landmark seterusnya.

Dulang-dulang tembaga dengan pelbagai tempaan.

Kami pun berhenti seketika di Mosque of Al-Karaouine (Masjid Qarawiyyin atau Mosquee Al Quaraouiyine).
Selama lebih 1200 tahun, Masjid Al-Qarawiyin (atau al-Karaouine) telah menjadi salah satu pusat kerohanian dan pendidikan terkemuka di Dunia Islam. Dengan sejarah sejak abad ke-9, masjid ini dan Universiti Al-Qarawiyin ini telah menjadi ruang jemaah terpilih untuk ulama Islam sepanjang berabad-abad.

Pada abad ke-9, Fez adalah ibu kota dinasti Idrisid, dianggap sebagai negara Islam Maghribi yang pertama. Menurut salah satu sumber awal utama dalam tempoh ini, Rawd al-Qirtas oleh Ibn Abi Zar, al-Qarawiyyin diasaskan sebagai masjid pada tahun 857 atau 859 oleh Fatima al-Fihri, anak perempuan seorang pedagang kaya bernama Mohammed al- Fihri. 

Keluarga al-Fihri telah berhijrah dari Kairouan (masjid ini dinamakan sempena Kairouan), Tunisia ke Fez pada awal abad ke-9, menyertai komuniti pendatang lain dari Kairouan yang telah menetap di daerah barat bandar itu. 

Fatima dan kakaknya Mariam, kedua-duanya berpendidikan tinggi, mewarisi sejumlah besar wang daripada bapa mereka. Fatima berikrar untuk menghabiskan seluruh harta pusakanya untuk membina masjid yang sesuai untuk komunitinya.  Begitu juga, kakaknya Mariam juga dikatakan telah mengasaskan Masjid al-Andalusiyyin pada tahun yang sama.

Masjid Al-Qarawiyyin diasaskan pada abad ke-9, tetapi bentuknya sekarang adalah hasil daripada evolusi sejarah yang panjang selama lebih daripada 1,000 tahun. 



Dinasti berturut-turut mengembangkan masjid sehingga menjadi yang terbesar di Afrika, dengan kapasiti 22,000 jemaah. 

Masjid masa kini meliputi kawasan yang luas kira-kira setengah hektar. Secara umum, ia terdiri daripada ruang dalaman yang besar untuk solat (dewan solat), halaman dengan air pancut, menara di hujung barat halaman, dan beberapa tambahan di sekeliling masjid itu sendiri.




Kerajaan Morocco kini menguruskan Masjid Al-Karaouine, yang merupakan sebahagian daripada Universiti Al-Qarawiyyin. Disebabkan faktor ini, ia telah diiktiraf oleh UNESCO dan Guinness Book of World Records sebagai institusi penyelidikan tertua yang masih beroperasi sehingga hari ini.

Maka selesailah walking tour kami di medina Fez yang hebat ini. 


Berjalan keluar dari medina untuk ke bas dan pergi makan tengahari.





Kami passed by Mosque-Mausoleum Sidi Ahmed Tijani.

Information on Mosque-Mausoleum Sidi Ahmed Tijani.


Cantik sungguh!




Terus merakam suasana di dalam medina yang sangat menarik dan bersejarah ini. 



Penjual snek tradisional Fez.

Penjual mulberries.



Inilah peta walking tour Medina Fez kami yang bermula di Platz El Mokhifa hingga ke Mosque and University Kairaouine.

Keluar ke jalan besar, kami terus berjalan ke bas.

Selain push carts, keldai juga digunakan untuk membawa muatan berat. 

Terus merakam foto dari bas ketika dalam perjalanan ke restoran. 

صحراؤنا، وطننا
ملف الصحراء هو النجارة التي يعمل بها المغرب إلى العالم
"Our desert, our homeland"
"The Sahara file is the carpentry that Morocco works on to the world"
I think this mural refers to Morocco's claims to western sahara.

Mural kubu Borj Nord di Fez.














Turun dari bas, kami berjalan ke restoran.


Restaurant Palais La Medina.

Uwahhh... dalamnya memang macam "palais" - istana!

Beautiful Arab-Moorish architecture. 

Reka bentuk dalaman yang menakjubkan, dengan jubin berwarna-warni, panel berukir dan tiang berhias yang membawa pengunjung to another time and place.





Cantik sangat restoran ini, jadi saya explore ke tingkat atas juga 😄.











Ok, jom makan. 




Beef tagine.

Beef tagine yang sungguhlah sedap. Dagingnya lembut dan rempahnya tidaklah terlalu overwhelming. Syukur alhamdulillah dapat merasa hidangan makanan Maghribi.

Bananas, oranges, mulberries and yellow plum.

Alhamdulillah, sedap dan mengenyangkan. 

Bergambar kenangan bersama rakan-rakan sekembara.

Bergambar kenangan bersama pemandu bas kami. Nama dia pun Syed juga. Seketurunan 😄.

Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

2 comments:

  1. Salam Syed Amran. I really enjoyed reading your post. Very informative and beautiful photos. Till next time then.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Thank you so much for sharing your thoughts about this blog. Much appreciate it.
      My passion, first and always will be, is photography and it goes splendidly with the travels :).
      Alhamdulillah.

      Delete