Friday, September 27, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - FROM FES TO CHEFCHAOUEN - PART 01

Assalamualaikum.
Hari ini kami bertolak dari Fez untuk ke Tangier sebelum meninggalkan Maghribi. Masa dalam perjalanan itu kami buat satu persinggahan dulu di sebuah lagi bandar di Maghribi iaitu Chefchaouen. 

Pagi itu kami tak turun ke restoran hotel untuk sarapan dan makan di bilik saja.

Pemandangan suasana pagi bandar Fez dari tingkap bilik hotel penginapan kami, Hotel Sofia.


We just had to take one photo untuk kenangan 😄.

Bas sudah pun menunggu di depan hotel. 

Di depan hotel ketika itu ada beberapa orang penjual menjual teutamanya beg-beg, purses and wallets dan lain-lain barangan kulit. A few of our group members took the opportunity to do some last minute shopping before we left. I must say the leather products looks nice and the prices are quite reasonable too. Rasa tergoda juga namun kami tidak membeli 😁.


Pukul 8:30 pagi kami pun bertolak. Untuk ke Chefchaouen dari Fez ambil masa lebih 3 jam dan perjalanan dari Chefchaouen ke Tangier pula adalah selama lebih 2 jam.

Ini bangunan Bank Al Maghrib

🔴Bank Al-Maghrib ialah bank pusat Kerajaan Maghribi. 
🔴Ia diasaskan pada tahun 1959 sebagai pengganti kepada Bank Negara Maghribi. 
🔴Pada tahun 2008 Bank Al-Maghrib memegang rizab mata wang asing dengan anggaran nilai AS$36 bilion.

Suasana bandar Fez masih tenang masa itu. 

Saya suka tengok bangunan-bangunan lama seperti ini, yang ada faux balconies dipanggil "Juliet balconies" (named after Shakespeare's Juliet who famously courted Romeo from her balcony).

Di roundabout besar ini, di Avenue Hassan II, ada Fontaine Le Globe Terrestre - Fountain The Terrestrial Globe.

Btw, inilah duit Maghribi. 
🔴Dirham Maghribi ialah mata wang monetari rasmi Maghribi. Ia dikeluarkan oleh Bank Al-Maghrib, bank pusat Maghribi.
🔴Wang kertas 100 dirham diperkenalkan pada tahun 1970 dan wang kertas 20 dirham pada tahun 1996.

Masjid-masjid di Fez adalah bahagian penting dalam bandar dan kehidupan seharian penduduknya. Masjid-masjid itu bukan sahaja tempat ibadat tetapi juga karya seni bina Maghribi.

Dakarat Factory - Factory equipment supplier.

🔴Kelihatan Mosquée Al Ikhlass - Al Ikhlass Mosque.
🔴Melalui Pont Dick Silon - Bridge Dick Dilon yang menyeberangi landasan kereta api. 
🔴Fes terletak di laluan utama timur-barat di utara Maghribi dan menawarkan sambungan terus ke Oujda dan Nador di timur, Tangier di utara, dan melalui pemindahan di Meknes, laluan barat laut utama ke Rabat, Casablanca dan Marrakech.

Al Mountazh Residence - a townhouse complex.


🔴Ini adalah air pancut di pintu masuk ke bandar dari Jalan Meknes, dihiasi dengan Maghribi Fez zellij. 
🔴Zellij (kadangkala dirujuk sebagai Zellige atau Zelige) ialah bentuk seni Moor yang banyak menampilkan seni bina Maghribi. Kerja jubin yang menarik dicipta menggunakan jubin geometri yang ditetapkan dalam dasar plaster untuk membentuk corak yang sangat rumit.

Kawasan ladang yang sangat luas. Ini adalah kawasan El Mariniyine, sebuah kawasan pinggir bandar di Fès-Meknès, Maghribi. El Mariniyine terletak berhampiran dengan kawasan kejiranan Hay Oued Fès dan Hay Doukkarate.


Seorang penjaja yang menjual dari belakang kenderaan dan menggunakan kuasa solar. Never have I ever seen... 




Melalui kawasan Sebaa Rouadi, komune luar bandar di Fes.

Ok, jom saksikan pemandangan-pemandangan indah kawasan perladangan yang luas sepanjang perjalanan ini yang sempat kami rakam.








Penternakan, terutamanya biri-biri dan lembu, adalah penternakan utama di Maghribi. Maghribi memenuhi keperluan dagingnya sendiri dan sedang berusaha untuk menghasilkan produk tenusu yang mencukupi untuk negara.





Pelbagai bentuk muka bumi Maghribi yang dapat kami saksikan dan rakam semasa perjalanan ini. 







Merakam foto pemandangan-pemandangan landskap begini semasa percutian seperti sudah menjadi kemestian bagi saya 😊.


At times we were travelling quite close to the mountainous area that we got to witness magnificent landscapes like this.

Apa yang dilihat ketika itu adalah pergunungan Rif (Er-Rif).
The Rif atau Riff, juga dipanggil Rif Mountains, ialah sebuah wilayah geografi di utara Maghribi. Ia bersempadan di utara dengan Laut Mediterranean dan Sepanyol dan di barat dengan Lautan Atlantik.

Ladang gandum yang luas dan beralun-alun.



And then we saw the bluest of blue skies 😯.






🔴Pada tahun ini (2024), sebelum perayaan Aidil Adha, melebihi 600,000 ekor biri-biri Merino Sepanyol, berharga sehingga MAD 65 sekilogram, telah dibeli oleh Maghribi bagi menyokong sektor ternakan tempatan yang terjejas oleh kemarau.
🔴Ternakan yang diimport itu semakin mendapat perhatian kerana kualiti daging dan harganya yang berpatutan, menjadikannya pilihan yang menarik untuk sambutan hari raya.



Passed by Moulay Yacoub Province. 

A shepherd and his flock of sheep.
🔴Populasi biri-biri dan kambing Maghribi telah menurun dengan ketara antara 1971 dan 2014, dengan penurunan ketara dalam bilangan pengembala. 
🔴Keadaan semasa gembala dianalisis, didapati pertambahan sumbangan kaum wanita yang signifikan. 
🔴Sektor penternakan biri-biri menghadapi cabaran seperti gaji rendah, jam kerja yang panjang, dan hubungan sosial yang tidak sama rata. 
🔴Profesion penggembalaan memerlukan pengiktirafan sosial dan undang-undang, profesionalisasi, dan daya tarikan yang dipertingkatkan untuk memperbaiki keadaan kerja dan status sosial golongan muda luar bandar.

🔴Gembala di Maghribi adalah permata budaya, yang mewakili keunikan geografi Maghribi dan akar salasilah utama bagi kebanyakan orang Maghribi. 
🔴Mereka merangkumi penghormatan terhadap alam semula jadi dan pengetahuan, dan dianggap sebagai sebahagian daripada warisan tidak ketara mengikut kriteria UNESCO. 
🔴Walau bagaimanapun, cara hidup pengembala semakin hilang disebabkan oleh cabaran yang semakin meningkat seperti laluan transhumance (sejenis pastoralisme atau nomadisme, pergerakan bermusim ternakan antara padang rumput musim panas dan musim sejuk yang tetap) yang terhad, akses air, kekurangan status sosial dan kekurangan sokongan masyarakat. 
🔴Untuk menilai semula profesion ini, adalah penting untuk mengiktiraf, menghargai dan melindungi peranan gembala dalam masyarakat Maghribi.

Nampak pengembala ini, teringat kami sempat merakam mural besar bertajuk "Aziz the shepherd" (foto bawah) yang dilukis oleh German artist Hendrick Beikirch, semasa kami Tuk Tuk tour di bandar Marrakech.




Passed by Meknes Prefecture.
🔴Meknes ialah salah satu daripada empat bandar Empayar Maghribi, terletak di utara tengah Maghribi dan bandar keenam terbesar mengikut populasi di kerajaan itu. 
🔴Diasaskan pada abad ke-11 oleh Almoravids sebagai penempatan tentera, Meknes menjadi ibu kota Maghribi semasa pemerintahan Sultan Ismail Ibn Sharif (1672–1727), anak kepada pengasas dinasti Alaouite. 
🔴Sultan Ismail mencipta kompleks istana empayar yang besar dan menganugerahkan bandar itu dengan kubu-kubu yang luas dan pintu-pintu gerbang yang indah dan monumental.












Semasa dalam perjalanan ke Chefchaouen ini, kami singgah sebentar di look-out point ini untuk menyaksikan Barrage Sidi Chahed atau Empangan Sidi Chahed.

Cantik sungguh cuaca pagi itu. SubhanAllah.


Ada kedai-kedai souvenir di sini.


Papan maklumat tentang Empangan Sidi Chahed. 
Sidi Chahed Dam on Oued Mix
(A tributary of Sebu)
🔺Year of completion: 1996
🔺Real size: 152 million and 800 thousand cubic meters
🔺Height of the dam: 60 meters
🔺Length of the dam barrier: 413 metres
🔺German basin area: 1010 square kilometers
🔺Uses: Irrigating livestock and Watering

🔴Empangan Sidi Chahed siap dibina pada tahun 1996.
🔴Perairan tadahan air kawasan Mikkes yang dikeringkan disimpan di dalam Empangan Sidi Chahed ini. 

🔴Tadahan air Empangan Sidi Chahed ini terletak di Oued Mikkes, hilir dari Oued Malleh, kira-kira 30 km Timur Laut bandar Meknes dan kira-kira 30 km Barat Laut bandar Fez.
🔴Dari segi sosioekonomi, pengekalan ini memainkan peranan penting bagi bandar-bandar di Meknes dan Fez yang dibekalkan dari empangan ini dengan air minuman dan pengairan.

🔴Dasar Diraja Maghribi dalam pembinaan empangan, yang kini melebihi 140 dengan kapasiti takungan keseluruhan melebihi 18.6 bilion meter padu, telah menyumbang kepada pengeluaran air minuman, kuasa hidroelektrik, dan pengairan dan perlindungan banjir. 

🔴Infrastruktur ini, yang sangat penting digunakan semasa tempoh kemarau dan kekurangan air yang berulang, juga telah mengukuhkan strategi pertanian "Green Morocco Plan" dan mengukuhkan sektor ini sebagai tunjang bagi pembangunan keseluruhan.

🔴Kerajaan Maghribi menyasarkan untuk mencapai kapasiti penyimpanan 30 bilion meter padu air hujan pada tahun-tahun akan datang dan meningkatkan bilangan empangan kepada 170 empangan menjelang 2030.
🔴Maghribi kini mempunyai 149 empangan besar dan 136 empangan kecil.

🔴Terdapat beberapa wilayah di Maghribi yang mengalami kekurangan air disebabkan oleh perubahan alam sekitar, populasi yang semakin meningkat dan pengambilan air bawah tanah yang berlebihan untuk pertanian. 

🔴Pada tahun 2022, Maghribi mengalami kemarau terburuk dalam 40 tahun. 
🔴Sejak 1960-an, akses kepada air telah berkurangan kepada kurang daripada 600m3 air setiap orang setiap tahun, daripada 2 600m3.

🔴Kemarau yang berpanjangan di Maghribi telah menyebabkan masalah yang serius kepada sektor pertanian. Pihak Berkuasa Tempatan meramalkan bahawa penuaian gandum tahun 2024 akan berkurangan hampir 50%.

🔴Di Maghribi, air merupakan komoditi yang berharga dan hakikatnya, pada 2020, 2021 dan 2022, dengan hujan tidak lebih daripada 200mm setahun menyebabkan takungan empangan di tahap kurang daripada 25% daripada kapasitinya.

Kelihatan beberapa orang penduduk tempatan sedang berjalan merentasi pada hijau yang luas.

Kawasan pertanian yang luas di tepi empangan.


Macam-macam souvenir kraftangan ada dijual di sini. 











Ok, jom kita sambung semula perjalanan ke Chefchaouen.

Untuk perjalanan seterusnya saya minta kebenaran dari tour guide kami untuk saya duduk di bahagian depan bas bersama pemandu. Ini kerana saya ingin sekali merakam keindahan landskap muka bumi Maghribi dari arah depan pula. 

Kerusi lipat dibuka, duduk, pakai tali pinggang keledar dan terus ambil gambar. Dan inilah hasilnya 😃. 

Terasa sungguh bahagia saya dapat ambil gambar dari depan bas ini 😄. Alhamdulillah.




Dan yang lebih menyeronokkan lagi duduk di depan ini ialah saya bukan sahaja dapat merakam pemandangan arah depan, tapi juga di sebelah kanan dan kiri.





Empangan Sidi Chahed.












Dan yang seronoknya juga duduk di depan ini, dari jauh lagi saya sudah boleh nampak apa yang ada di hadapan. 

Nun jauh di sana, di kaki sebuah bukit di depan kami, kelihatan sekumpulan biri-biri sedang meragut rumput. 


🔴Di Maghribi, baka biri-birinya adalah ternakan dwiguna terutamanya untuk daging yang merupakan produk yang paling penting, dan juga untuk bulunya. 
🔴Susu dari biri-biri biasanya tidak dihasilkan secara komersial, tetapi pemilik memerah susu kambing betina untuk kegunaan keluarga. 
🔴Pelbagai jenis biri-biri di Maghribi adalah termasuk dalam kategori "wooled thin-tailed sheep".

🔴Baka biri-biri Maghribi terbahagi kepada tiga subkumpulan geografi, iaitu jenis Gunung atau Berber, baka dataran tinggi, dan baka pantai Atlantik. Kumpulan pertama dianggap sebagai biri-biri baka tempatan, dan dua lagi migran, dengan kumpulan kedua berasal dari Arab, dan yang ketiga berasal dari Syria.

🔴Jenis biri-biri gunung Atlas dan Rif (sebelum ini dikenali sebagai Berber) adalah biri-biri yang paling kuno dan primitif di Maghribi, seperti yang digambarkan pada lukisan batu Zaman Batu. Mereka tersebar di kawasan yang besar dan heterogen, iaitu Atlas tinggi, Atlas tengah, anti-Atlas, dan Rif. 

🔴Biasanya, ketinggian dan berat baka biri-biri tertentu adalah bergantung pada ketinggian banjaran gunung, pendedahan mereka kepada hujan atau salji, dan kemungkinan untuk menggunakan padang rumput tambahan. Fleksibiliti ini mencerminkan ketahanan baka gunung.

Cerita pasal biri-biri pulak kan... hihi 😄. Ok, jom kita sambung menyaksikan keindahan bumi Maghribi.

Gembira bila dapat rakam jalan raya berbelok-belok begini 😄. 

Oh by the way, jalan raya yang kami lalui ini ialah N4 Road, bukanlah sebuah highway.



Masih lagi kelihatan Empangan Sidi Chahed.










Kelihatan N'Zalat Bni Amar yang merupakan sebuah bandar kecil dan komune luar bandar di Prefektur Meknès di wilayah Fès-Meknès di Maghribi.

Sarang burung di tiang letrik.



Sarang burung yang ini pula dibuat di atas bumbung bangunan. 


Suasana bandar N'Zalat Bni Amar.









Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment