Wednesday, September 25, 2024

MOROCCO-SPAIN-PORTUGAL - MOROCCO - FES ROYAL PALACE & BORJ FEZ SHOPPING MALL

Assalamualaikum.
Lepas makan tengahari, kami sambung lagi program lawatan di bandar Fez ini. Next, kami dibawa ke Fes Royal Palace.

Kubu, dinding dan benteng pertahanan serta pintu-pintu gerbang kubu banyak dapat kami lihat waktu melalui bandar Fez ini. Semuanya nampak sudah dipulihara dengan baik oleh  Ministry for Cultural Affairs.





Sudah pun kelihatan Fes Royal Palace.

Dataran ini namanya Place des Alaouites. 

 جماعة مشور فاس الجديد - Mashwar group of New Fez - The board of Education.

Ketika ini kami berada di jalan Rue Bou Ksissat.


Inilah Royal Palace di Fes. Tentulah lawatan ke sebuah Istana Diraja cuma di pintu depannya sahaja. Penduduk tempatan, apatah lagi pelancong, tentulah tidak dibenarkan masuk ke kawasan istana. 

Tapi tiada pula "Moroccan Royal Guards" di sini seperti Royal Guards berkuda yang ada di Kompleks Sejarah Rabat “Hassan Tower” dan "Mausoleum of Mohammed V" yang kami lawat.


🔴Royal Palace atau Dar al-Makhzen (House of the Makhzen) ialah istana King of Morocco di kota Fez. Kediaman utama dan rasmi King of Morocco adalah di Rabat.
🔴Asas asal Fez Royal Palace ini bermula sejak asas Fes el-Jdid ("New Fez"), benteng diraja dinasti Marinid, pada 1276 CE dibuat. 
🔴Kebanyakan bahagiannya yang ada hari ini berasal dari zaman 'Alawi (abad ke-17-20). 
🔴Di dalam perkarangannya yang luas ada pelbagai struktur persendirian, teres dan taman, tetapi mengikut sejarah turut termasuk pejabat pentadbiran dan tribunal kerajaan. 
🔴Hari ini, bahagian istana yang boleh dilihat secara umum hanyalah pintu masuk utamanya di Old Mechouar (ke timur laut) dan pintu gerbang abad ke-20 yang sangat berhias di Place des Alaouites, berhampiran Mellah (di barat daya).


🔴Istana ini diasaskan dan pada mulanya dibina, bersama dengan seluruh Fes el-Jdid, oleh sultan Marinid Abu Yusuf Ya'qub pada tahun 1276. 
🔴Ia berfungsi sebagai kediaman diraja dan pusat pemerintahan baru untuk Maghribi di bawah pemerintahan Marinid. Sebelum ini, pusat kuasa dan kerajaan utama di Fes ialah Kasbah Bou Jeloud di pinggir barat kota lama (di lokasi Masjid Bou Jeloud yang masih wujud). 
🔴Keputusan untuk mewujudkan kubu baru dan berkubu tinggi yang berasingan daripada bandar lama (Fes el-Bali) mungkin mencerminkan kewaspadaan berterusan pemerintah Maghribi terhadap penduduk Fes yang sangat bebas dan kadangkala bergolak.

Penerangan serba ringkas dari Mohsein.




Saya tanya Mohsein, dia pun tak tahu apakah maksud tulisan yang ada pada dinding pintu istana ini. 





Pintu tembaga. Katanya dicuci dan digilap menggunakan lemon juice.



Ada taman panjang di sisi dataran depan pintu istana ini.




Tak lama lawatan di sini. Lepas beberapa minit kami naik semula bas.

Kata Mohsein di sekitar istana adalah kawasan namanya Mellah yang dulunya merupakan kawasan penduduk Yahudi. 

Kata Mohsein lagi, kalau nak kenal rumah Yahudi di situ, ia mempunyai balkoni di luar seperti dalam foto di bawah. Kalau rumah orang Islam, balkoninya di dalam rumah overlooking the inner courtyard. 

Next kami balik hotel, Hotel Sofia, Fez.


Kedai ais krim.

Kedai snek Maghribi.

Kenderaan roda 3 ini ada banyak kami nampak di Fez ini.

Ini salah satu gerbang yang ada di sini, namanya Semmarin Medina Gate atau Samarin Gate.
🔴Samarin Gate, yang ujud sejak pertengahan abad ketiga belas Masihi, adalah merupakan salah satu pintu masuk ke bandar bersejarah Fez yang terkenal. 
🔴Ia memisahkan Mellah, yang merupakan kawasan kejiranan Yahudi tertua di Maghribi, dan lorong Fez dan perdagangan yang baharu dan meriah.
🔴Ciri paling penting bagi pintu pagar berkubu ini ialah reka bentuk Andalusia dan siling berkubah.





Di Avenue Hassan II.


Taman di Avenue Hassan II.

Di taman ini ada satu mercu tanda budaya, iaitu sebuah patung singa - Monument Lion de Fes - Lion Monument of Fes

Monument Lion de Fes.






Jualan barangan terpakai di tepi jalan.

Jam tangan.


Penjaja jalanan.


Kiri: Florence Park.

Avenue Lalla Meryem. Kiri - Bank Al Maghrib - Central Bank.

Hotel Sofia, hotel penginapan kami di bandar Fez.

Di Maghribi, pokok hiasan bandar ialah pokok limau.

Sampai di hotel, setelah selesai solat dan rehat, bancuh teh dan download foto-foto. 

Untuk program sebelah petang, kami diberi options untuk rehat saja di hotel atau trip ke Borj Fez Shopping Mall. We opted for the latter. 

Taman cantik dan panjang di antara Avenue Hassan II.




Place de la Fiat.

Borj Fez Shopping Mall di Boulevard Allal El Fassi.




Jom kita jalan-jalan dalam shopping mall di Fez.

Sama je macam shopping malls lain.

Saya baca ini adalah shopping mall pertama yang besar begini yang dibina di Fez. 









Ada anjung besar untuk lepak di outdoor. 

Pemandangan bandar Fez dari shopping mall ini.





Isteri inginkan kelainan, jadi instead of having more Moroccan food, dia nak burger. Kami pun ke food court. 

Staff di sini hanya tahu cakap Arab dan French, so susah lah sikit berkomunikasi. Nak order senang sebab tunjuk saja pada menu yang ada descriptions yang lebih kurang kita faham. Tapi nak minta take-away tu yang susah. Jadi kami guna Google Translate je 😃. 

Cantik jubin kedai ini.

Isteri order burger dan saya order nuggets. Dan 2 botol air mineral. Semuanya MAD 94 atau RM40.00.

Burger and fries.





Balik ke hotel.



Suasana malam di bandar Fez.







Makan malam kami adalah di Hotel Sofia, hotel penginapan kami. Ramai jugalah group members kami, termasuklah kami berdua, yang gembira sebab tidak perlu bersiap-siap dan keluar dari hotel untuk makan di restoran. 

Buffet dinner kami.




Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment