Assalamualaikum.
Sudah beberapa kali ada saya tulis tentang medina (old town) di bandar Fez ini. Jadi selepas melihat keindahan Fes Medina yang sudah ujud sejak beratus tahun yang lalu dari viewing point di Borj Sud, kami pun dibawa untuk jalan-jalan di dalam Fes Medina itself.
A beautiful ornate water fountain. Seperti kebiasaannya di bandar-bandar purba seperti Fes ini, pastinya ada banyak water fountains di seluruh bandar yang disediakan oleh pemerintah-pemerintah ketika itu untuk kegunaan rakyat.
Cimetery Bab Ftouh.
Kawasan berpenduduk padat di bandar lama di Fes El Bali.
Melalui jalan-jalan sempit di kawasan R'habet Zbib dengan pemandangan suasana dalam Fez Medina. Ini jalan Rue Bouajjara.
Meneruskan perjalanan di Boulevard Ben Mohammed El Alaoui.
Di sini kami pun turun dari bas for a walking tour through the amazing labyrinth of the magnificent old medina.
Ketika ini kami berada di kawasan yang agak sibuk di Boulevard Ben Mohammed El Alaoui ini di mana terdapat bust stop, beberapa riad (hotel), Tourist Information Center dan banyak kafe dan restoran.
Di bahagian boulevard ini juga luas oleh itu ia menjadi tempat yang sesuai untuk bas-bas berhenti menurunkan pelancong. Di seberang sana jalan ialah kawasan R'habet Zbib dan di sebelah sini jalan ialah kawasan El Mokhifa. Jadi walking tour kami adalah di dalam kawasan El Mokhifa yang merupakan sebahagian dari Fes El Bali.
Di sini kami diperkenalkan kepada local tour guide yang akan membawa kami walking tour di Fez old medina. Beliau memakai pakaian tradisional Maghribi: jubah hitam Maghribi, topi Fez merah dan selipar Maghribi (Morrocan slipper) berwarna kuning yang dipanggil "babouche". And with that dark sunglasses, he looked cool, I think.
Kami sering melihat polis awam dan polis tentera di tempat-tempat pelancongan di Maghribi.
Nota: Penganalisis Global Guardian menilai Maghribi sebagai destinasi yang umumnya selamat. Maghribi menawarkan perkhidmatan keselamatan yang baik, dan kerajaan mengutamakan keselamatan pelancong. Kecurian kecil adalah isu paling biasa yang dihadapi, tetapi keganasan dan penculikan, walaupun kurang kerap berlaku, juga menjadi kebimbangan.
Kelihatan juga beberapa orang penduduk yang menawarkan khidmat mengangkut barang menggunakan push/pull carts.
Ok, jom kita mulakan walking tour ini. I just love walking tours sebab dapat peluang melihat dengan lebih dekat kegiatan harian penduduk serta keunikan tempat yang dilawati.
Kami melalui sebuah taman kecil / dataran kecil Platz El Mokhifa.
Melalui lorong-lorong sempit yang lebarnya hanya cukup untuk laluan motorsikal/basikal dan kenderaan-kenderaan pengangkutan roda dua/tiga kecil.
Terdapat kedai-kedai gunting rambut/salon rambut. Di sini dipanggil "coiffeur" (French) - pendandan rambut - hairdresser atau home hairdresser.
Local guide holding "Wow Konsortium" (our Malaysian travel agent) Guide Flag.
Hanya kenderaan bersaiz kecil begini sahaja yang boleh lalu di antara bangunan-bangunan di medina ini.
🔴Medina Fez merupakan contoh luar biasa bandar zaman pertengahan yang dicipta pada abad pertama pengislaman Maghribi dan menampilkan jenis penempatan manusia asli dan pendudukan tradisional yang mencerminkan budaya bandar Maghribi dalam tempoh sejarah yang panjang (dari ke-9 hingga awal abad ke-20).
🔴Daerah kuno medina yang berpecah-belah dengan kepadatan tinggi serta monumen-monumen keagamaan dan awam dan ketenteraan, adalah contoh-contoh luar biasa budaya yang terhasil dari interaksi-interaksi dengan banyak lapisan penduduk yang telah mempengaruhi pelbagai bentuk seni bina dan landskap bandar.
Ini salah satu fountain yang ada di medina ini yang sudah ada sejak pembentukan bandar lama ini yang merupakan cara penduduk mendapatkan bekalan air harian mereka.
Ingin tahu apakah maksud tulisan di atas fountain ini, maka saya pun carilah maknanya.
Di seluruh Fez, terdapat kira-kira 60 air pancut awam yang tersebar di sekitar medina ini. Pernah satu ketika dahulu ia membekalkan air tawar kepada penduduk tempatan di bandar ini, air pancut ini diletakkan berhampiran masjid dan hammam (mandi awam); dan, bukan sahaja ia berfungsi, tetapi beberapa di antaranya adalah juga cantik, dihiasi dengan jubin bercorak rumit.
Pada saya personally, berpeluang dan dapat rakam foto-foto sebeginilah yang "really made my day" 😃.
Iya, di dalam medina ini ada banyak kucing. Comel-comel semuanya 😃😄😍.
Di dalam medina ini kami nampak beberapa riad. Yang ini namanya Riad Blue Oasis.
🔴Riad ialah rumah tradisional Maghribi yang terkenal dengan taman dan halaman tertutupnya (inner courtyard).
🔴Riads mempunyai sejarah yang kaya sejak abad ke-11 apabila bandar Marrakech diasaskan. Pada asalnya, rumah ini direka bentuk untuk menjadi kediaman persendirian keluarga Maghribi yang kaya. Selama berabad-abad, mereka berkembang menjadi rumah tamu dan hotel butik yang menawan yang kita lihat hari ini.
🔴Istilah riad berasal daripada istilah Arab untuk "kebun". Dari segi sejarah, istilah ini merujuk kepada sejenis taman dalaman yang biasa terdapat dalam seni bina Moor bersejarah di Al-Andalus (Semenanjung Iberia) dan Afrika Utara.
🔴Apakah perbezaan antara riad dan hotel? Salah satu perbezaan yang paling ketara antara hotel dan riad ialah saiznya. Kebanyakkan riad mempunyai kurang daripada 10 bilik atau suites. Oleh kerana tidak mempunyai banyak bilik, setiap bilik di riad boleh dihias dengan mewah dan dilengkapi dengan perabot yang unik.
🔴Bangunan tradisional yang dipanggil "Riads" ini memainkan peranan utama dalam menjadikan Maghribi sebagai salah satu destinasi pelancongan terbaik di dunia. Mengalami cara hidup Maghribi yang sebenar dengan tinggal di Riad dan bukannya hotel biasa, adalah pengalaman pelancongan yang mempesonakan untuk pelawat dari seluruh dunia.
Terdapat juga lorong-lorong 'berbumbung' kerana telah dibina binaan di atasnya yang menghubungkan bangunan-bangunan di kedua-dua belah lorong seperti dalam foto di bawah.
Di tengah laluan kadang kala ada perancah-perancah begini mungkin untuk kerja-kerja membaiki kerosakan atau pemuliharaan.
Tinggi juga perancah ni.
Ada juga kami dibawa melalui lorong yang sangat sempit ini. Risau juga takut kalau badan lebar saya ni tak muat nak lalu 😅.
Di lorong sempit ini ada cawangan Derb Sidi Khalil (Fes) yang menawarkan khidmat 'home doctor' dan 'emergency doctor' yang datang ke rumah untuk konsultasi. Pastinya ini bahagian belakangnya.
Terfikir juga bagaimana kalau ada orang lain datang dari arah depan? Adakah kami mesti berundur? Lepas tu terfikir mungkin ini adalah laluan sehala.
Banyak saya nampak penyokong-penyokong/penahan-penahan yang dibuat dari kayu yang dipasang di antara bangunan di lorong ini.
Di seberang jalan ada pasar dalam bangunan namanya Marché Rcif (Rcif Market) yang kelihatannya begitu sibuk sekali.
Keluar dari lorong-lorong tadi, kami bertembung semula Boulevard Ben Mohammed El Alaoui.
🔴Ia dibina pada awal abad ke-19 Masihi semasa pemerintahan Mulay Suleiman, Sultan Alaouite yang memerintah Maghribi antara 1792 hingga 1822.
🔴Masjid ini telah diisytiharkan sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada tahun 1981 sebagai sebahagian daripada Medina Fez.
Penduduk medina sedang menunggu bas.
Menara sebuah masjid di sebelah Rcif Market.
Ini suasana di depan La Porte Du Marché Rcif (The Rcif Market Gate).
Penjaja buah mulberry.
Ok, jom kita masuk ke Marché Rcif (Rcif Market).
🔴R’Cif bermaksud "jalan berturap", sebuah pasar bersejarah di Fez.
🔴Pasar beratap kayu ini terletak bersebelahan dengan Place R'Cif.
🔴Ia merupakan pasar makanan utama di kawasan ini.
🔴Ia adalah tempat terbaik untuk membeli hasil segar seperti buah-buahan segar, sayur-sayuran dan daging.
🔴Ini juga merupakan tempat yang sesuai untuk menyaksikan suasana dalam sebuah pasar Maghribi.
🔴Kita juga boleh melihat kedai manisan tempatan, kedai daging dengan kepala unta dan kedai serbaneka.
Curious nak tahu apa yang uncle ini jual di kedai dia. Pada sign di atas pintu kedai ini ada gambar ayam, lembu dan biri-biri. Tapi tulisan dalam bahasa Perancis dan Arab.
Here's the literal translations. Oooo... ayam, kepala lembu dan kepala biri-biri stim. And these are 'light snacks'? 😃
Wah! Sesaknya pasar ini! Itu yang best tu... hihi 😃.
🔴Kelihatan setiap kedai di kiri kanan lorong pasar berbumbung ini ada dipasang awning ayu yang cantik yang sama reka bentuknya.
🔴Dan setiap kedai juga mempunyai pintu kayu berlipat yang juga cantik.
🔴Ini memberikan satu bentuk kerapian dan hiasan dalam sebuah pasar tradisional yang sudah tentunya sibuk dan bising tapi meriah.
🔴Perhatikan juga bumbung kayu pasar ini yang juga dibuat dengan reka bentuk rangka pagar yang cantik yang membenarkan cahaya masuk menerangi ruang pasar di bawah.
🔴Pemasangan lampu-lampu dengan design klasik melengkapkan penataan pasar tradisional ini sesuai dengan keujudannya yang sudah berabad lamanya dan nilai dan sumbangan sejarahnya pada Maghribi.
Beautiful fragrant rose petals.
Kedai menjual sayur-sayuran.
These are artichokes.
Di pasar ini juga ada kedai-kedai menjual makanan.
🔴Kelihatan di kedai ini seorang auntie sedang menebar doh nipis (seperti doh roti canai) ke atas alat pemanas/kuali bulat untuk memasak doh.
🔴Roti ini adalah sebahagian dari hidangan yang dipanggil Rfissa atau Trid (or Tride) yang dimakan bersama lauk pauk seperti masakan ayam. Rupanya seperti roti canai tapi lebih nipis dan berderai kepingannya.
🔴Tride ialah hidangan lazat yang terdiri daripada ayam, lentil dan bawang yang dihidangkan bersama sup di atas pastri tride yang dicincang.
🔴Dalam dulang di sebelah kanan dalam foto di bawah adalah tride yang sudah siap masak.
🔴Tride berasal daripada hidangan Arab berusia berabad-abad yang dikenali sebagai tharid, iaitu hidangan rebusan dan sup yang dihidangkan di atas roti.
Yang ini pula ialah kedai jual cookies and other sweets. Dalam dulang besar ini ialah Moroccan Almond Macaroon atau Mlewza atau Ghrieba d’ellouz.
Kalau kawan-kawan ada ke Maghribi, tolong belikan saya Mlewza ni ya. Setengah dozen cukup le... hihi 😊.
Seterusnya kami melalui kedai-kedai menjual daging. Ada bermacam jenis daging dijual di sini.
Ini pula kedai menjual siput.
🔴Babbouche atau Ghlal ialah hidangan yang berasal dari Maghribi yang bahan utamanya ialah siput.
🔴Siput dimasak perlahan-lahan dalam sup yang mengandungi bahan-bahan seperti thyme, aniseed, gum arab, pudina, jintan dan liquorice.
🔴Hidangan itu kadang-kadang disediakan dan disajikan sebagai sup.
🔴Dalam masakan Maghribi, Babbouche/Ghlal, adalah makanan jalanan yang popular.
🔴Ia dimasak dalam balang yang diisi dengan air panas, rempah istimewa dan herba.
🔴Selepas masak, siput Maghribi itu dihidangkan dalam mangkuk kecil dengan sup dan dimakan panas.
🔴Siput Maghribi kebanyakannya dinikmati semasa musim sejuk kerana ia dipercayai bermanfaat untuk kesihatan, terutamanya ketika berhadapan dengan selsema atau reumatik.
🔴Jangan tersilap pula antara Babbouche dan Babouche sebab Babouche adalah selipar kulit Maghribi. Nanti masak sup selipar pulak... hihi 😄.
🔴Fyi, daging siput mengandungi 37%–51% protein, iaitu lebih tinggi daripada kandungan protein dalam ayam (18.3%), ikan (18.0%), lembu (17.5%), biri-biri (16.4%), dan babi (14.5%).
🔴Halal ke? Kalau yang akuatik sepenuhnya, halal lah macam siput sedut.
🔴Tapi saya sekarang kalau travel sudah tak pakai tali pinggang sebab leceh sungguh nak tanggal dan pakai balik masa lalu check points di airport.
🔴Pernah sekali sampai nak terlurut... hihi 😄. Mujur saya pantas! 😆
Dalam bekas dengan kandungan warna kuning itu adalah Moroccan preserved meat jerky yang dipanggil Khlii atau Khlea.
🔴Khlii adalah sejenis daging confit atau dendeng.
🔴Daging pilihan untuk membuat Khlii biasanya adalah daging lembu atau unta, tetapi juga boleh dibuat dengan kambing atau biri-biri.
🔴Confit (secara literal bermaksud "untuk mengawet") ialah sebarang jenis makanan yang dimasak perlahan-lahan dalam tempoh yang lama sebagai kaedah pengawetan.
🔴Ia pernah menjadi cara penting untuk mengawet daging sebelum ada peti sejuk
🔴Dimasak dalam gris/lemak atau minyak pada suhu yang lebih rendah, berbanding dengan menggoreng.
🔴Secara tradisinya ia dibuat dengan memerap jaluran panjang daging dalam pelbagai jenis rempah ratus dan bawang putih.
🔴Daging kemudiannya dijemur, dimasak dalam lemak haiwan dan akhirnya diawet dalam lebih banyak lemak haiwan lagi. Jadi yang berwarna kuning itu ialah lemak haiwan.
🔴Ia boleh disimpan selama lebih dua tahun pada suhu bilik.
🔴Dikatakan tradisi membuat khlii ini telah bermula di Fes sebelum merebak ke seluruh Maghribi dan Afrika Utara. Ini mungkin sebab mengapa Fez masih dirujuk sebagai "Ibukota Khlii" di Maghribi.
🔴Yang tengah itu, berbentuk segi tiga, ialah Briouat (Brewat):
Ia adalah Moroccan almond sweets - pastri Maghribi bersalut madu diisi dengan pes badam yang berperisa dengan kayu manis dan air bunga oren.
🔴Yang kanan itu ialah Shebakiah:
Shebakia atau Chebakia, juga dikenali sebagai Griwech atau Griouech, ialah pastri Maghribi yang diperbuat daripada jalur doh yang digoreng hingga keemasan, kemudian disalut dengan sirap yang diperbuat daripada madu dan air bunga oren dan ditaburi bijan. Ia biasanya dimakan semasa Ramadan dan perayaan keagamaan.
Kaki dan perut lembu.
🔴Walaupun pada sesetengah orang, kuku lembu (cow hooves) mungkin rasanya tidak sedap, ia cemerlang dalam mempromosikan kesihatan kulit.
🔴Penuh dengan sumsum tulang, ia kaya dengan gelatin, bahan yang mengandungi protein dan antioksidan. Unsur-unsur ini memainkan peranan penting dalam melindungi sel-sel di seluruh badan, meningkatkan kesihatan kulit.
🔴Terdapat banyak lemak daging pada kaki lembu dan banyak sumsum tulang yang lazat. Sup sentiasa sangat sedap kerana lemaknya.
🔴Awal tadi salah satu perkara yang diberitahu oleh local guide kami ialah bila terdengar orang menjerit "Balak! Balak!" yang bermaksud "Awas! Awas!" semasa berjalan dalam medina ini, maka kami mestilah perhatikan dan memberi laluan kepada pekerja penghantaran barangan seperti dalam foto di bawah ini.
🔴Pekerja ini mestilah diberikan keutamaan untuk lalu kerana selalunya muatan yang mereka sorong adalah sangat berat.
🔴Dalam foto di bawah, pekerja ini sedang menyorong 6 tong gas silinder. Berat 1 tong penuh beriisi gas adalah lebih kurang 30 kg. Jadi berat muatan yang ditolak oleh pekerja ini adalah lebih kurang 180 kg! Kalau sesiapa kena langgar, pasti cedera.
🔴Dalam medina ini ada khidmat penghantaran dengan push carts yang sangat sesuai digunakan di lorong-lorong sempit di sini.
Ini foto-foto pekerja pengangkut barang yang kami nampak awal tadi.
Iya betul, yang bergantungan itu adalah kepala-kepala unta. Ini adalah kedai menjual daging unta dan susu unta.
Ini beberapa fakta menarik tentang unta/daging unta:
🔴Daging unta digambarkan berwarna merah raspberi hingga coklat gelap dengan rasa manis kerana kandungan glikogen yang tinggi.
🔴Ia lebih tinggi dalam vitamin C dan asid lemak tak tepu daripada daging merah yang lain. Kesemua vitamin, mineral dan protein ini mempunyai kesan yang menakjubkan untuk pencegahan kanser, keupayaan penjanaan semula, tenaga, penghidratan dan kesejahteraan umum.
🔴Daging unta dimakan terutamanya di kawasan tertentu, termasuk Eritrea, Somalia, Djibouti, Arab Saudi, Mesir, Syria, Libya, Sudan, Ethiopia, Kenya, Kazakhstan, dan kawasan gersang lain di mana bentuk alternatif protein mungkin terhad atau di mana daging unta mempunyai sejarah budaya yang panjang. Negara yang mempunyai jumlah pemakanan daging unta terbesar ialah Arab Saudi.
🔴Bahagian terbaik unta untuk dimakan bukanlah bonggolnya, tetapi bahagian betul-betul di bawah bonggol, di mana lemak dari bonggol telah menjadikan dagingnya enak dan lembut. Jangan cuba makan lidah unta. Ianya kasar kerana unta boleh memakan semua tumbuhan padang pasir yang berduri.
🔴Negara yang ada paling banyak unta ialah Somalia - 7 juta ekor, diikuti oleh Sudan dan Kenya.
Inilah hidangan kepala kambing stim dimakan bersama garam dan jintan manis. Bukan sahaja daging kepala kambing ini dimakan, tetapi pasti juga otak, bola mata dan lidahnya. Foto ini saya rakam di dataran Jemaa el-Fna semasa lawatan kami di bandar Marrakech. Saya fikir beginilah juga hidangan kepala unta disediakan.
Penjual rose petals untuk buat the very fragrant rose water.
Meneruskan lagi berjalan dalam pasar yang menarik ini. Kalau tidak silap, botol-botol di sebelah kanan itu adalah rose water dan orange blossom water.
Kedai tangkapan laut juga ada di pasar ini. Nampaknya seperti ikan sardin.
🔴Terdapat banyak jenis ikan yang dieksport dari Maghribi tetapi yang paling popular ialah sardin dan makarel. Bagaimanapun, ikan sardin membentuk hampir 75% daripada semua ikan yang akan ditangkap dan ikan ini adalah yang utama untuk dieksport.
🔴Maghribi ialah pengeksport sardin dalam tin terbesar di dunia dan pembekal utama sardin ke pasaran Eropah.
🔴Kawasan menangkap ikan di Canary Current di luar pantai barat Maghribi sangat kaya dengan sardin, bonito dan tuna, tetapi negara itu kekurangan armada moden dan kemudahan pemprosesan untuk memanfaatkan sepenuhnya sumber marin ini.
Mangkuk tagine pun ada. Ini adalah Tagine Fassi - Tembikar Fassi terkenal sebagai tembikar paling berharga di Maghribi, diperbuat daripada tanah liat periuk halus berwarna cerah.
Suasana di dalam Rcif Market.
Sebuah kedai kulit yang kemahirannya membuat jaket-jaket kulit.
Kedai berbumbung hijau itu namanya "Carpenter Idris" (terjemahan literal) yang melakukan kegiatan (all types of dyeing) mencelup/mewarna bulu biri-biri, kapas, sutera dan kulit.
🔴Perdagangan pencelupan tradisional adalah antara yang tertua di bandar bersejarah Fez ini, seperti yang dilaporkan oleh beberapa sumber sejarah, termasuk Rawd al-Qirtas, sebuah buku mengenai sejarah zaman pertengahan Maghribi yang ditulis pada 1326 C.E.
🔴Perdagangan pencelupan tradisional di Fez yang pernah satu ketika dahulu sangat berkembang maju, kini diancam kepupusan. Di antara dua puluh bengkel-bengkel yang terlibat dalam kegiatan pencelupan tradisional, hanya lima yang masih berdedikasi untuk aktiviti pencelupan.
🔴Proses bermula dengan bulu biri-biri dibersihkan daripada kekotoran dan dicuci.
🔴Selepas pengeringan, gentian bulu itu disikat dengan berus dawai, untuk menguraikannya.
🔴Selepas itu, bulu itu dipintal dan dililitkan pada gelendong.
🔴Selepas dicuci sekali lagi dalam air panas, barulah pencelupan sebenar berlaku.
🔴Pewarna semula jadi digunakan yang diperoleh daripada pelbagai tumbuhan; bunga kunyit untuk kuning, mignonette untuk warna dari kuning ke hijau dan madder untuk varian merah.
🔴Walaupun dalam beberapa tahun kebelakangan ini bengkel-bengkel pencelupan ini telah kehilangan sebahagian daripada aktivitinya disebabkan oleh peningkatan dalam penggunaan pewarna industri, namun masih lagi terdapat beberapa bengkel-bengkel kecil yang masih beroperasi.
🔴Tetapi dengan pewarna kimia adalah mustahil untuk mendapatkan semua rona-rona warna yang diperoleh oleh tukang tradisional.
🔴Kebanyakan bulu ini digunakan untuk pengeluaran permaidani Maghribi.
🔴Souk ini terletak berhampiran dataran yang terkenal, iaitu Place Seffarine atau Seffarine Square.
🔴Souk ini dinamakan sempena tukang tembaga (seffarin atau saffarin) yang mempunyai bengkel-bengkel mereka di sini sejak berabad-abad yang lalu.
🔴Cantik dan mewah sungguh ukiran/tempaan tembaga bingkai-bingkai cermin dalam kedai ini.
🔴Bengkel-bengkel tukang tembaga di sini telah ujud di sini sekurang-kurangnya sejak abad ke-16.
🔴Di souk ini kita dapat menyaksikan pembuat barangan tembaga bertukang menggunakan cara tradisional yang diwarisi turun termurun menggunakan tembaga merah, alpaka dan loyang untuk membuat barangan rumah dan dapur seperti teko, mangkuk dan kedi yang terkenal untuk menyimpan teh, penutup lampu berhias dinding dan siling, bingkai gambar dan cermin dan lain-lain perhiasan rumah.
🔴Di souk ini kita boleh menemui barangan yang hampir semuanya diperbuat daripada logam.
🔴Barangan logam yang dihasilkan, antara lain, adalah periuk dan kuali, teko, kotak teh dan gula, penapis berkaki, cerek, penapis couscous, samovar, dulang pelbagai saiz, cawan, dan banyak lagi.
Genie lamps also got.
Those lamp shades are simply gorgeous.
Tiba-tiba ada jeritan Balak! Balak! Maka kami pun segeralah ke tepi lorong 😄.
Ketika ini kami sudah hampir hendak tiba di Seffarine Square. Makin kami dekat ke dataran itu, makin kuat bunyi paluan dan ketukan pada logam yang tidak henti-henti.
Dan kami pun tiba di Seffarine Square / Place Seffarine, sebuah dataran lama bersejarah dalam Fez medina ini. Di sini tertumpunya kerajinan tembaga di Fez yang sudah ujud sejak berabad yang lalu.
Di sini ada papan maklumat tentang Place Seffarine.
Terdapat kedai-kedai yang juga berfungsi sebagai bengkel bertukang menggunakan kaedah zaman pertengahan dalam menghasilkan berbagai perkakas dan peralatan dapur.
Di sini pengunjung boleh menyaksikan aktiviti-aktiviti harian para tukang membentuk bekas memasak tembaga menggunakan tukul dan peralatan tradisional lain.
🔴Teknik pembuatan turun termurun kini dipertingkatkan dengan pendekatan yang dikemas kini, di mana para tukang menempa dan membentuk logam menggunakan mesin-mesin seperti mesin pelarik, penggelek dan penggilap.
🔴Bahan logam baharu seperti perak nikel kini digunakan.
Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.
No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.
No comments:
Post a Comment