Monday, March 25, 2024

UMRAH 2024 - DAY 06 - ABUBKER ALAMOUDI MUSEUM

Assalamualaikum.
Pada hari ke 6 ini kami dibawa melawat ke Muzium Abubekr Alamoudi dan Masjid Hudaibiyah. Seperti Masjid Jaaranah, Masjid Hudaibiyah juga adalah Miqat Umrah bagi penduduk Makkah. 

Waktu Solat Subuh pada hari itu di Makkah adalah pada pukul 5:39 pagi. Jadi seperti biasa kami ke Masjidil Haram 1 jam awal. 

Suasana pagi di dataran Masjidil Haram.

Walau pun sampai masjid 1 jam awal, jemaah sudah ramai begini. Tapi jangan risau sebab further in ada banyak lagi tempat kosong. Cuma jauh sikit la nak jalan. However, for the jemaah wanita memang harus tiba ke masjid awal kerana ruang solat wanita adalah terhad.

Suasana sejuk kerana suhu di waktu subuh di Makkah ketika itu 18℃. Maka saya sudah siap berjaket dan pakai face mask.

Juga pakai stokin. Saja standby bawa stokin dalam poket in case sejuk. Memang sejuk pun 😆.




Ruang solat wanita yang kelihatannya begitu sesak.

Suasana ketika selesai solat.





Berjalan balik ke hotel. 





Bersarapan.

Lovely pastries and breads.

The main breakfast dishes.


Pukul 7:30 pagi kami berkumpul di lobi hotel untuk acara ziarah hari ke 6 ini.


Seperti semalamnya, bas kami menunggu di atas puncak bukit berhampiran Safwah Tower.

Berjalan panjat bukit sikit.






Pukul 8 pagi kami pun bertolak.

Suasana pagi di Makkah.

Sambil itu terus merakam Makkah. The Jabal Omar Hotel “The Address”. 

Anjum Hotel Makkah‏ (kiri) dan Jabal Omar Marriott Hotel.

Di Makkah terdapat 381 jalan utama dan lebih daripada 18,000 jalan subsidiari, dengan jumlah jarak lebih daripada 5,600 kilometer. Terdapat juga 58 terowong dengan panjang keseluruhan kira-kira 35 km. Kota ini mempunyai kira-kira 60 jambatan dengan panjang dan reka bentuk yang berbeza dan rangkaian saliran banjir dengan jumlah panjang 540 kilometer dan memanjang di bawah tanah yang berbeza seperti saluran kotak, saluran tiub, saluran saliran permukaan dan lain-lain.

Constructions of the Masjidil Haram's extension in progress.

Kawasan At Taysir. 
Berdekatan dengan Masjidil Haram, At Taysir terkenal dengan banyak hotel-hotelnya, yang terletak di tengah-tengah beberapa bangunan kediaman lama. Terdapat beberapa masjid-masjid yang lebih kecil di seluruh kawasan ini, di samping kedai cenderamata dan kedai runcit. Agensi-agensi pelancongan dan restoran-restoran gaya kafeteria ringkas di situ memenuhi keperluan para jemaah.

Passed by a park opposite of Jars Square.
Municipality of the Holy Capital is making great efforts in the field of maintaining and cleaning green spaces and gardens, planting streets, increasing the green area, creating pedestrian paths, and creating and providing more suitable and prepared places for citizens and residents, while providing the necessary services in them, preparing sessions, preparing bathrooms, children’s games, and various playgrounds. 

Beautiful landscapes at the Jeddah-Makkah highway. Taking care of green spaces.
Humanizing Makkah...an innovative approach to improving the urban landscape and enhancing the quality of life

Al-Baqarah: 196
"And complete the Hajj and umrah for Allah. But if you are prevented, then [offer] what can be obtained with ease of sacrificial animals".

Al-Yatima Mosque - unique architectural designs.

قائد يسطر التاريخ - A leader who writes history.

Hypermarket Panda.

Al-Najim Mosque.

Social Development Bank (left) and offices/corporate offices buildings.

Makkah Chamber of Commerce, Makkah - Jeddah Expy.


حديقة البوابة - Gate Park - Bawaba Park.



Dan kami pun tiba di Abubker Alamoudi Museum. Tak jauh muzium ini dari hotel, cuma 27 km atau lebih kurang 30 minit perjalanan bas.

Muzium ini terletak di daerah El Shimeisi, sempadan Jeddah-Makkah.

Portrait of King Salman bin Abdulaziz Al Saud, King of Saudi Arabia since 2015.

Pemandangan depan muzium.

Bas kami. Ketika itu hanya group kami yang baru tiba. Later, so many groups came as well.

Suasana kawasan gurun di keliling muzium.


From the outside, the Al Amoudi Museum is built like an old Arab fort and is brown like most of the buildings here. Reportedly, the walls of this museum are built traditionally which is a mixture of mud, palm oil frond straw and milk, just like the traditional Arab houses of the past.

Jom kita masuk.


The operating hours.

Muzium ini memaparkan pelbagai pameran yang menggambarkan kehidupan di Saudi pada awal 1900-an dengan paparan, gambar dan banyak artifak untuk pengunjung terokai. Ia adalah Muzium Warisan Budaya Saudi milik persendirian Abu Bakr Al-Amoudy.

Reception dan kiosk snek dan minuman di pintu masuk.

Deretan beberapa mud houses yang di dalamnya dipamerkan barangan yang menggambarkan gaya hidup orang Arab, saya rasa, sebelum penemuan minyak pada tahun 1938.

Meow Arab 😍😊.

Kedai buku dan souvenirs. 

Sumber air ketika itu dan sepertinya di kebanyakkan tempat di Arab adalah dari telaga.

Orang-orang di sini dipakaikan jubah Arab lelaki atau thobe with pointed straw hat.

Pam air tradisional.
Antique style hand cranked manual water well pump device

Posing with an Arab scarecrow. Well, because I've never seen one before and most probably will never see one again... hihi 😄.

Exploring the outdoor part of the museum.

Ada museum guide beri penerangan. 


Penerangan tentang telaga.


Pencedok airnya dibuat dari kulit.


مخزن - store

Setor tempat penyimpanan makanan dan barang-barang keperluan lain.




Ini bahagian pameran mud bricks. 

Ada acuan petak kayu, bata lumpur yang sudah siap, tanah yang digunakan dan juga dulang/jaring mengayak tanah. Bata lumpur ini dikukuhkan lagi dengan penggunaan jerami.


Ini adalah kulit haiwan yang dijadikan bekas mengaduk bagi membuat mentega. 

Bahan kulit haiwan juga digunakan untuk membuat buai bayi.






Wonderful antique memorabilia, giving visitors a peek of the yesteryears. 


Alat timbangan tradisional yang menggunakan pemberat besi.









Bahagian tukang besi.

Peralatan tukang yang digunakan. Juga terdapat ladam kuda. 




Ini adalah replika sebuah surau kecil. Nanti kita explore.

Kawasan muzium ini tidaklah besar tapi ia cukup selesa dan mempunyai beberapa inner courts kecil seperti ini. 


Ok, jom kita masuk ke dalam bangunan ini melihat the indoor exhibitions.

Reka bentuk bangunan ini dibuat ringkas mirip bangunan rumah-rumah pada zaman Arab silam. 

Bangunan ini hanya mempunyai hiasan atas yang ringkas lengkap dengan lubang-lubang ventilasi dan corong-corong air. 

Ada bendera Arab Saudi di atas pintu masuk bangunan muzium ini. Bendera kebangsaan Arab Saudi, juga dikenali sebagai al-Alam, adalah latar belakang hijau dengan tulisan Arab dan pedang berwarna putih. 
Inskripsi tersebut adalah syahada: "لَا إِلٰهَ إِلَّا الله مُحَمَّدٌ رَسُولُ الله"
Bendera ini tidak boleh diturunkan separuh tiang, walaupun semasa berkabung. Sebagai undang-undang di bawah perundangan Saudi, ia juga tidak boleh dinaikkan dalam kedudukan menegak. Kedua-duanya dilihat sebagai blasphemous acts. Ia juga tidak boleh digulung hanya separuh jalan.

Suasana di dalam bangunan muzium ini. Ada pelbagai artifak yang dipamerkan di sini. Jom kita saksikan.





Penerangan sedang diberikan oleh museum guide.


Contoh benang yang digunakan untuk menenun kelambu Kaabah.

Kunci pintu Kaabah.

Juga ada foto 3D Hajar al-Aswad.

Jadi bolehlah bergambar seolah-olah sedang mencium Hajar al-Aswad 😁.

Foto menunjukkan perbezaan tempat jamrah dahulu dan sekarang.

Jamrah pada masa dahulu.






















Bergambar di muzium.




Sambung lagi explore muzium ini di bahagian luar.




Ada mangga kunci lama yang sangat unik. Let's have a closer look.

These are just simply amazing!



Ada beberapa lagi bilik-bilik yang mempamerkan barangan yang menggambarkan gaya hidup orang Arab pada suatu ketika dahulu.

Hasil tenunan.


Di kiri itu ialah pengisar kopi. 

Kepingan daun tingkap dan pintu yang masih disimpan di muzium ini. The door has beautiful traditional patterns. 

Pameran peralatan mengisar seperti lesung tumbuk dan penggiling batu serta periuk belanga pelbagai saiz.

Alat pengisar bijirin.


Inner court yang cantik.


Beberapa lagi pameran luar.

Periuk belanga besar serta senduk-senduk besar.



Tempat penyembelihan.





Mesin pembasuh pakaian retro.



Set untuk hidangan teh dan kopi.







Jom tengok suasana dalam rumah orang Arab dulu-dulu. 


Senapang mesti ada. Juga selalunya mereka akan ada floor sofa dengan hamparan karpet di ruang tamu.


Taxidermy haiwan ternakan dan haiwan liar gurun.

Peralatan memetik kurma.


Satu lagi ruang tamu rumah. 

Di ruang tamu ini ada corner sofa with beautiful covers. 

Hasil tenunan yang sangat cantik.


Actually masa saya masuk ruang tamu ini, I was alone. Punya la terkejut bila ternampak patung berabaya hitam tu!! Actually, it wasn't just me, tapi pengunjung lain juga terkejut sampai ada yang terus keluar tak jadi masuk bilik ini... hihi 😄.


Penjara. 


Gari dan kunci penjara.

A bear taxidermy. I guess once there were wild bears in the deserts here. 


Beberapa lagi bilik pameran luar.

Tukang.




Anyaman.






Pottery.




Kulit binatang. 








Dacing besar.

Vendor cart.


Copper tray and antique rare brass copper Dallah coffee pot.

Dapur - مطبخ





Bumbung yang dibuat dari tiang-tiang kayu.


Semakin ramai pengunjung datang.

Bergambar dengan aksi minum kopi Arab.

Cara menggunakan penggiling batu.

Kelihatannya ramai pengunjung Malaysia dan Indonesia.

Ramai juga yang berpakaian ihram untuk melakukan umrah nanti.


Replika masjid.

Pada zaman dahulu beginilah masjidnya.


Mihrab.

Terdapat satu blok kayu dengan ukiran yang sangat cantik yang turut diselamatkan dari masjid asal dan dipamerkan di muzium ini.

Masjid dulu dibina dengan menggunakan campuran tanah liat, jerami pelepah kurma dan susu serta tiang-tiang kayu bagi membentuk dan mengukuhkan struktur masjid yang dibina.

Pada dinding masjid dibuat tempat meletak Al Quran dan buku-buku serta pelita dan bekas membakar wangi-wangian.

Bumbung dibuat dengan tiang-tiang kayu yang ditutup dengan pelepah pokok kurma dan lain-lain pokok.






Satu kumpulan besar dari Indonesia sudah sampai.


Group photo.


Selesai lawat muzium kami ambil gambar sekitar kawasan gurun di sini pula.





Kelihatan sekumpulan kambing ternakan.





Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment