Wednesday, March 13, 2024

UMRAH 2024 - DAY 02 - PERFORMING UMRAH

Assalamualaikum.
Selepas selesai solat Jumaat kami pun ke lobi Hotel Safwah Royale Orchid, hotel penginapan kami selama di Makkah, untuk mendapatkan beg-beg kami dan kad kunci bilik.

Dan inilah bilik kami. Hotel 4 bintang ini mempunyai 22 tingkat berbilik. Bilik kami di tingkat 16. 

Sungguh pun di tingkat 16, tiada pemandangan Masjidil Haram dari tingkap bilik kami ini. Ada pilihan kalau nak bilik dengan view Masjidil Haram, which is actually a 'partial view' tapi ada extra cost RM3k seorang. 

Bilik ini lengkap dengan semua basic amenities. 



Hampir pukul 2:30 petang masa itu, jadi kami sudah lapar. Lepas masuk bilik, letak beg dan refresh, kami pun pergi cari makan tengahari di food court yang ada dalam bangunan Safwah Tower ini.  

Pakej Az Zuha yang kami ambil hanya termasuk sarapan sahaja, tiada lunch and dinner. So we went for fullboard, which of course with extra charges. Ada 2 pilihan untuk Pakej Fullboard: International ataupun Far Eastern. Kami pilih Far Eastern which offers Malaysian and Indonesian food. Pada kami berbaloi pilih fullboard kerana tidak perlulah kami mencari-cari makanan dan beratur setiap kali kami hendak makan tengahari dan makan malam untuk selama 5 hari kami di Makkah. Dengan fullboard, contohnya lepas balik solat Zohor di Masjidil Haram, kami boleh terus saja ke dewan makan hotel dan makan tengahari dari buffet yang disediakan. Begitu juga dengan makan malam.

Tapi untuk hari pertama kami di Makkah ini kami beli makan tengahari sebab pakej makan fullboard kami untuk hari pertama ini bermula dengan makan malam. Mulai esok akan fully fullboard with breakfast, lunch and dinner. 

Memang terasa sangat convenient bila ada food court dalam bangunan yang sama dengan hotel penginapan kami. Tidak perlulah kami keluar bangunan mencari restoran. Di food court ini terdapat pelbagai makanan yang dijual.

Satu lagi yang kami perhatikan tiada banyak kerusi meja tempat makan yang disediakan di food court ini. Very limited actually. So ramailah yang duduk di lantai begini. Agaknya konsep food court ini ialah beli dan makan di bilik/luar sebab kalau nak sediakan tempat duduk makan akan memerlukan kawasan yang sangat besar to cater to the huge crowd. 

Di food court Safwah Tower ini juga ada 2 buah restoran yang menjual makanan Malaysia iaitu D'Saji dan Restoran Nur Muhammad.


Ketika itu saya mendapat confirmation yang permohonan saya untuk dapatkan permit untuk masuk ke dalam Raudhah di Masjid Nabawi telah diluluskan. Inilah Permit Raudhah yang saya terima. Isteri saya pun sama. Syukur Alhamdulillah. 

Inilah makanan tengahari kami. 

Isteri memilih pasta. Sedap! Fyi, portion sangat besar. Jadi kalau beli elok buat makan berdua.

Saya pilih ayam goreng dan fries. I must say the fried chicken was so delicious with juicy chicken and crispy crunchy fried coating 😋. Alhamdulillah.

Since we opted for fullboard, maka pada malamnya kami pun makanlah di dewan makan hotel ini, Al Diwan Restaurant. Jadi tidak perlulah kami mencari-cari dinner di food court, beratur panjang untuk membayar dan makan di dalam bilik. Lepas solat Isyak, terus saja kami ke dewan makan ini, which actually saves us a lot of time.

Al Diwan Restaurant, AL Safwah Royale Orchid.





The buffet.

Lauk kambing.

Ayam.

Sayur.

Minuman.

Alhamdulillah, sedap dan mengenyangkan. 





Pada pukul 9:00 malam, kami semua pun berkumpul di lobi hotel untuk melaksanakan rukun-rukun umrah yang seterusnya iaitu tawaf dan saie dan bertahallul bagi melengkapkan umrah kami. Kami akan dibawa oleh Ustaz. 


Dan kami pun beramai-ramai melangkah ke Masjidil Haram. Panduan dari Ustaz memang sangat kami perlukan supaya kami dibawa masuk ke pintu yang betul di samping mendapat tunjuk ajar dan refreshers on performing umrah.

Ketika itu Makkah berada dalam musim sejuk dengan suhu sekitar belasan hingga 20an. 

Ini saya kumpulkan beberapa screenshots cuaca/suhu di Makkah untuk waktu-waktu berlainan. Di waktu Subuh sekitar 4:00 pagi hingga 5:00 pagi, suhu boleh serendah 17℃ atau lebih rendah lagi. Waktu tengahari boleh mencecah hampir 30℃. Dengan beza suhu harian yang besar begini, cuaca sejuk kering dan kami yang tidak menyangka dan tidak bersedia dengan keadaan sejuk kering ini, itu semua menjadi antara penyebab kami berdua mula sakit batuk teruk pada hari ketiga kami berada di Makkah. 

Tengahari tadi, selepas berbincang dan mendapat nasihat dari Ustaz, kami semua bersetuju untuk melaksanakan rukun-rukun umrah yang seterusnya pada pukul 9:00 malam, setelah selesai solat Isyak dan makan malam. Ini kerana semasa kami sampai di hotel, waktu itu sudah pun hampir waktu Solat Jumaat jadi suasana di Masjidil Haram adalah sangat sesak. Bukan sahaja sesak disebabkan kehadiran jemaah mengerjakan Solat Jumaat tetapi juga kerana sudah kebiasaan penduduk Makkah mengerjakan umrah pada hari Jumaat. Tambahan pula dengan penangguhan ini dapatlah kami semua berehat setelah penerbangan/perjalanan selama hampir 11 jam. 

Merakam suasana malam di dataran Masjidil Haram.



Bagi mengawal pergerakan para jemaah dan untuk menjaga keamanan, pihak Masjidil Haram telah menetapkan lorong-lorong khas sehala untuk masuk dan untuk keluar ke/dari kawasan Kaabah dan tempat bersaie yang dikawal ketat oleh pegawai-pegawai yang bertugas.  

Lorong-lorong khas ini juga dibuat untuk memastikan hanya jemaah yang berpakaian ihram sahaja dibenarkan masuk bertawaf di dataran Kaabah (Mataf). Ini demi memberikan kemudahan dan keselesaan untuk para jemaah yang ingin melakukan tawaf umrah dengan tidak bersesak-sesak bertawaf bersama dengan jemaah lain yang melakukan tawaf sunat. Kalau hendak melakukan tawaf sunat dengan berpakaian biasa, mestilah dibuat di tingkat atas Masjidil Haram.

Alhamdulillah keadaan di Mataf ketika kami bertawaf adalah tidak terlalu sesak dan kami dapat menyiapkan tawaf kami dalam masa 1 jam. Kebiasaanya bahagian yang sesak hanya di Hajarul aswad. Di bahagian lain adalah agak selesa juga. 

Inilah antara foto-foto Kaabah yang sempat kami rakam setelah selesai bertawaf, sebelum kami ke tempat saie. Dan dari sinilah sahaja dapat kami rakam foto-foto Kaabah dengan jelas kerana banyak kawasan yang menghadap ke arah Kaabah dihadang dengan dinding sementara bagi kerja-kerja pembinaan.










Minum Air Zamzam sebelum ke tempat saie.

Berjalan ke tempat bersaie melalui lorong khas sehala. 

Tempat bersaie juga dipanggil Masa'a.


Tiba di Masa'a.

Suasana di Masa'a ketika itu agak sesak juga. Kebiasaannya memang sesak di bukit-bukit Safa dan Marwah. Di antara kedua-dua bukit itu tidaklah sesesak ini.


Saie dimulakan di Bukit Safa.

Kami dapat menyiapkan saie kami dalam masa 50 minit. Dan selepas bertahallul maka siaplah Umrah Wajib kami. Alhamdulillah. Sesungguhnya kami berasa sangat bersyukur. 

Baik, berikut adalah foto-foto di Masa'a yang kami rakam setelah selesai saie. Ini adalah di Bukit Marwah.

Di sinilah kami bertahallul dengan bergunting rambut.

Laluan pergi/balik antara kedua-dua bukit dibuat sehala. 

It is fully air-conditioned. 


Di sepanjang laluan ada beberapa tempat minum Air Zamzam. 

Di bahagian tengah ada laluan khas untuk pengguna kerusi roda. 







Kenderaan pencuci lantai Masa'a.


Di tempat minum Air Zamzam ini ada disediakan plastic cups. 

Dilarang menadah air ke dalam bekas air besar atau botol minuman. 





 Jemaah lelaki disunatkan untuk berlari-lari anak di kawasan bawah lampu hijau.


Ini Bukit Safa.


Kami pun keluar dari kawasan Masa'a melalui lorong khas sehala menuju ke hotel. 

Suasana malam di dataran.


Kelihatan ramai jemaah sedang berjalan menuju ke tempat bertawaf. Ketika itu sudah pun pukul 11:30 malam.









Till the next coming entry, inshaAllah. Meanwhile do take care.

No photograph or videos may be reproduced, downloaded, copied, stored, manipulated, or used whole or in part of a derivative work, without written permission from Syed Amran. All rights reserved.

No comments:

Post a Comment